Apakah rekaan yang boleh kita hasilkan daripada corak yang telah dibuat?
Mari hasilkan penanda buku.
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan penanda buku.
1. Lipatkan hasil 2. Lakarkan 3. Guntingkan 4. Bukakan hasil
kolaj. di belakang kedua-dua guntingan.
lakaran.
lipatan.
5. Cantumkan. 6. Tebuk lubang
dan ikatkan
benang. Hasil karya rekaan
penanda buku
Apresiasi
Bolehkah kamu ceritakan pengalaman ketika menghasilkan karya ini? Buat
perbandingan dengan karya rakan kamu.
NOTA GURU Guru menerangkan bahawa hasil corak teknik kolaj juga boleh 2.3
42 dijadikan rekaan yang lain kepada murid.
2.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Kita telah mempelajari cara untuk menghasilkan gambar dengan teknik
stensilan. Teknik stensilan juga boleh digunakan untuk membuat corak.
Dalam proses menghasilkan corak teknik stensilan, stensil yang sama
digunakan secara berulang untuk menghasilkan corak terancang.
Contoh corak terancang yang menggunakan teknik stensilan 43
2.1
Teknik
Teknik stensilan ini boleh menghasilkan rupa positif dan rupa negatif.
Kita memerlukan kertas lukisan, pensel, cat air dan kad manila untuk
menghasilkan corak teknik stensilan.
Stensil Hasil stensilan Corak stensilan
Positif
Negatif
NOTA GURU Guru memberikan penerangan dengan lebih mendalam tentang 2.2
44 rupa kepada murid.
Aplikasi Seni
Media Teknik
Stensilan
Alat Bahan
Gunting, kad manila atau Kertas lukisan, cat poster
alatan lain yang sesuai atau cat air atau oil pastel
atau pensel warna
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak dan rekaan teknik
stensilan.
1. Sediakan media. 2. Lakarkan stensil. 3. Tebuk dan 4. Lakarkan garisan
guntingkan grid pada kertas
stensil. lukisan.
5. Warnakan latar 6. Letakkan stensil
belakang. dan warnakan.
Hasil karya corak teknik stensilan
NOTA GURU Guru membimbing murid menggunakan stensil dengan teknik 2.2
yang betul. 2.3 45
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan rekaan kipas menggunakan
hasil corak teknik stensilan.
AB
DC
1. Lakarkan garisan 2. Tandakan A, B, C dan D. 3. Lipatkan bahagian
di belakang hasil corak. Guntingkan garisan. A, B, C dan D.
4. Lekatkan batang aiskrim
dengan paku tekan.
Hasil karya rekaan kipas
Apresiasi Perhatian
Jelaskan unsur seni dan prinsip rekaan Jaga kebersihan dan
yang terdapat dalam karya teknik stensilan. keselamatan semasa
Ceritakan pengalaman kamu semasa menjalankan aktiviti.
menghasilkan karya reka corak dan rekaan.
NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 2.3
2.4
46
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Teknik tiupan ialah proses menghasilkan karya corak tidak terancang. Karya
ini dihasilkan dengan meniupkan cat air yang terdapat pada kertas lukisan
menggunakan penyedut minuman (straw).
Di bawah ini ialah contoh hasil kesan teknik tiupan.
Berpancar
Mencapah
Berserabut
Hasil kesan teknik tiupan
2.1
47
Teknik Maklumat
Kita memerlukan bahan seperti kertas lukisan, cat Selain mencorak,
air, berus lukisan dan penyedut minuman untuk teknik tiupan
menghasilkan corak teknik tiupan. juga boleh
digunakan untuk
Corak yang dihasilkan pula bergantung pada: menggambar.
• Arah tiupan • Ukuran alat tiupan
• Kekuatan tiupan • Kuantiti dan tahap
kecairan cat air
Arah tiupan Hasil corak
Tiupan dari atas
Tiupan dari tepi 2.2
NOTA GURU Guru menerangkan tentang alat lain yang boleh digunakan
48 untuk menggantikan penyedut minuman kepada murid.
Aplikasi Seni
Media Teknik
Tiupan
Alat Bahan
Penyedut minuman, berus Kertas lukisan, cat air atau cat
lukisan, palet dan alatan lain poster atau cat tempera dan
yang sesuai bahan lain yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak dan rekaan dengan
teknik tiupan.
1. Sediakan media. 2. Cairkan cat air 3. Titiskan cat air di atas
di dalam palet. kertas lukisan.
4. Tiupkan cat air. 5. Ulangi langkah 3 dan 4 Hasil karya corak
dengan warna teknik tiupan
yang berbeza.
NOTA GURU Guru membimbing murid mengawal tiupan supaya dapat 2.2
menghasilkan corak yang baik. 2.3 49
Hasil corak teknik tiupan boleh dijadikan tanglung. Yang berikut ialah langkah
untuk menghasilkan tanglung.
1. Lipat dan lakarkan garisan 2. Guntingkan mengikut 3. Bentukkan tanglung.
di belakang hasil corak. lakaran.
4. Sapukan gam.
5. Cantum dan lekatkan. Hasil karya rekaan tanglung
Apresiasi
Apakah unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat dalam gubahan
tersebut? Jelaskan jenis jalinan yang terdapat pada karya.
NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 2.3
2.4
50 • Guru mempamerkan hasil karya murid.
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang. Salah
satu teknik ialah ikatan dan celupan. Melalui teknik ini, bahagian pada fabrik
atau kain yang tidak ingin diwarnakan akan diikat dengan cara tertentu.
Fabrik atau kain yang telah diikat ini kemudiannya dicelupkan ke dalam
bancuhan warna secara berulang kali supaya corak terhasil.
Di bawah ialah contoh karya ikatan dan celupan pada produk.
Contoh karya ikatan dan celupan pada pelbagai produk. 51
2.1
Teknik
Teknik ikatan yang berlainan akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza
pada hasil karya ikatan dan celupan. Yang berikut ialah contoh lipatan, ikatan
dan corak yang terhasil.
Lipatan Ikatan Corak
NOTA GURU Guru membincangkan jenis ikatan dengan murid. 2.2
52
Aplikasi Seni
Media Teknik
Alat Bahan Ikatan dan
celupan
Gelang getah, tali rafia, batu, Kain kapas putih, pewarna
guli dan alatan lain fabrik dan bahan lain
yang sesuai yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan corak teknik ikatan dan
celupan.
1. Sediakan media. 2. Ikatkan kain. 3. Celupkan ke dalam
pewarna fabrik.
4. Ulangi langkah 3 5. Keringkan. Hasil karya teknik ikatan
dengan warna dan celupan
yang berbeza.
NOTA GURU Guru boleh menyediakan beberapa bancuhan warna untuk 2.2
digunakan oleh murid.
2.3 53
Hasil karya ikatan dan celupan boleh dijadikan rekaan yang lain, contohnya
beg kecil.
1. Lipatkan kain. 2. Jahitkan bahagian kiri 3. Lipatkan bahagian atas
dan kanan. kain dan jahitkan.
4. Masukkan riben ke dalam
lipatan bahagian atas
kain menggunakan
pin baju.
Hasil karya rekaan beg kecil
Apresiasi Perhatian
Senaraikan media yang digunakan untuk Jaga kebersihan dan
menghasilkan ikatan dan celupan. Nilaikan keselamatan semasa
karya kamu dan rakan-rakan. menjalankan aktiviti.
NOTA GURU • Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 2.3
2.4
54 • Guru mempamerkan hasil karya murid.
Membentuk dan membuat binaan ialah cabang seni yang melibatkan binaan
berbentuk tiga dimensi (3D). Dalam modul ini, kita akan mempelajari cara
untuk menghasilkan arca timbul, asemblaj dan stabail.
55
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Arca timbul (relief sculpture) ialah binaan
yang menonjol keluar daripada sesuatu
permukaan. Kita boleh menghasilkan arca
timbul dengan teknik acuan, luakan atau
binaan.
Di bawah ini ditunjukkan tiga contoh
arca timbul.
Arca timbul teknik acuan
Arca timbul teknik luakan Arca timbul teknik binaan
56 3.1
Teknik
Arca timbul teknik acuan boleh dibuat menggunakan plaster Paris
(plaster of Paris). Proses membuat arca timbul memerlukan acuan sama
ada dibuat sendiri ataupun menggunakan acuan yang telah sedia ada.
Contoh bahan untuk membuat acuan ialah tanah liat.
Maklumat
Selain dijadikan
acuan, tanah
liat juga boleh
dijadikan bahan
untuk membuat
arca timbul.
Plaster Paris
Acuan sedia ada
Acuan tanah liat 57
NOTA GURU Guru menerangkan fungsi dan jenis arca timbul dengan lebih terperinci 3.2
kepada murid.
Aplikasi Seni
Media Teknik
Acuan
Alat Bahan
Kotak, model 3D dan alatan Plaster Paris atau tanah liat,
lain yang sesuai cat poster atau cat tempera
dan bahan lain yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan arca timbul teknik acuan.
1. Sediakan media.
2. Ulikan tanah liat. 3. Bentukkan tanah liat menjadi segi empat.
NOTA GURU Guru membimbing murid untuk menyediakan acuan daripada 3.2
3.3
58 tanah liat.
4. Bentukkan acuan dengan jari. 5. Letakkan batang aiskrim di atas acuan.
6. Bancuhkan plaster Paris. 7. Tuangkan bancuhan plaster Paris
ke dalam acuan.
8. Ratakan plaster Paris dan biarkan keras. 9. Tanggalkan acuan.
1 0. Bersihkan arca dengan pembaris. 1 1. Warnakan arca.
3.3 59
Maklumat
Arca timbul ialah
arca yang terkenal
sejak zaman
dahulu. Arca ini
boleh didapati di
dinding gua dan
di bangunan lama.
Hasil arca timbul
Kemasan karya dan pamerkan
Apresiasi
Bincangkan unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada arca yang
dihasilkan dengan rakan kamu.
3.4
60
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Asemblaj ialah arca yang dibuat daripada gubahan bahan kutipan. Bahan
kutipan ini akan digubah dan dicantumkan sama ada dengan cara ikatan,
kimpalan, skru, jahitan atau gam.
Gambar di bawah ini menunjukkan arca asemblaj yang digubah
menggunakan pelbagai bahan.
Plastik ARCA Besi
ASEMBLAJ
Gabungan pelbagai bahan Kayu
3.1 61
Teknik Laman IT
Dalam unit ini, kita akan mempelajari cara Layari laman
untuk menghasilkan arca teknik asemblaj. web berikut untuk
Bahan yang boleh digunakan ialah dawai, mendapatkan
kayu dan plastik. maklumat lanjut
tentang asemblaj:
Bahan kutipan untuk menghasilkan arca http://www.
asemblaj boleh disediakan berdasarkan assemblage.com
lakaran idea.
Melakarkan idea Mengumpulkan bahan berdasarkan
lakaran idea
Membina arca asemblaj
62 NOTA GURU Guru membimbing murid untuk mencantumkan bongkah kayu. 3.2
Aplikasi Seni
Media Teknik
Binaan
Alat Bahan
Gunting dan alatan lain Gam, bahan kutipan dan
yang sesuai bahan lain yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan arca asemblaj.
1. Lakarkan idea.
2. Sediakan media. 3. Lakarkan rupa layar.
NOTA GURU Guru membimbing murid untuk memilih bahan kutipan 3.2 63
dan membuat lakaran idea. 3.3
4. Guntingkan layar. 5. Gamkan bentuk layar pada lidi sate.
6. Cucukkan lidi sate pada penutup 7. Gamkan sudu pada botol dan
botol yang telah ditebuk. lidi sate.
8. Cucukkan kedua-dua layar 9. Ikatkan benang pada
pada botol yang telah ditebuk. tiang layar.
64
1 0. Gamkan batang aiskrim 1 1. Gamkan tapak pada
untuk membina tapak. badan kapal.
Hasil karya arca asemblaj
Apresiasi
Ceritakan pengalaman kamu semasa menghasilkan sebuah arca asemblaj.
Bincang dengan rakan kamu tentang bahasa seni yang terdapat dalam
arca yang dihasilkan.
NOTA GURU Guru membimbing murid berbincang tentang arca yang dihasilkan. 3.3
3.4
65
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Arca stabail ialah arca statik yang 1.
dibina pada suatu tapak yang
kukuh. Tapak arca stabail juga
digubah menjadi sebahagian
daripada struktur arca stabail.
Arca stabail yang dihasilkan
selalunya mempunyai makna
tertentu kepada pengkaryanya
dan bersifat abstrak.
Lihat pada contoh arca yang
ditunjukkan. Yang mana satukah
arca stabail?
2. 3.
3.1
66
Teknik
Stabail boleh dibina berdasarkan tema.
Gubahan suatu idea yang kreatif dapat
menghasilkan arca stabail yang menarik.
Lakaran idea berdasarkan imaginasi
sangat penting untuk menghasilkan
sebuah arca stabail.
Arca stabail bertemakan
alam semula jadi
Arca stabail bertemakan Laman IT
objek buatan manusia
Dapatkan maklumat lanjut tentang
stabail daripada laman web dengan
menggunakan kata kunci stabail
pada enjin gelintar (search engine).
NOTA GURU Guru membimbing dan menerangkan cara memilih tema dan 3.2
bahan kepada murid. 67
Aplikasi Seni
Media Teknik
Binaan
Alat Bahan
Gunting dan alatan lain Bod lekap (mounting board)
yang sesuai atau bod jerami (straw board),
gam, bahan kutipan dan
bahan lain yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan arca stabail.
1. Buatkan lakaran idea. 2. Sediakan media.
3. Lakarkan rupa arca pada bod lekap. 4. Guntingkan rupa lakaran. 3.2
3.3
NOTA GURU Guru membimbing murid untuk menyediakan lakaran.
68
5. Ulangi langkah 3 dan 4 berdasarkan 6. Gamkan potongan bod lekap pada
lakaran idea. kertas warna.
7. Bentukkan dan cantumkan 8. Cantumkan bahagian yang lain
struktur tapak. sehingga siap.
Apresiasi
Ceritakan pengalaman kamu
semasa menghasilkan karya.
Buat perbandingan antara
karya kamu dengan karya
rakan kamu.
Hasil karya arca stabail
3.3
3.4 69
Kraf tradisional ialah warisan budaya masyarakat Malaysia. Dalam
modul ini, kita dapat mempelajari dan mengenal seni tekat, tenunan, alat
pertahanan diri dan alat perhiasan diri.
70
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Seni tekat ialah seni menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu.
Tekat-menekat ini juga disebut sulaman timbul atau suji timbul.
Pada masa dahulu, hasilan seni tekat merupakan aksesori mewah dan
eksklusif bagi golongan kerabat diraja dan orang bangsawan.
Hasilan seni tekat biasanya digunakan dalam istiadat dan upacara
simbolik adat Melayu seperti majlis perkahwinan, upacara peminangan,
kelahiran dan majlis khatam al-Quran.
Tekat selalunya dihasilkan menggunakan benang emas atau perak di atas
kain dasar yang berwarna gelap.
Contoh hasilan seni tekat Maklumat
Puan Hajah Azizah
binti Mohamad
Yusof dilahirkan
pada 28 Januari
1938 di Kota Lama
Kiri, Kuala Kangsar,
Perak. Beliau dilantik
sebagai Adiguru
Kraf Tekatan Benang
Emas sejak
tahun 1995.
Beliau merupakan
penggiat dan
pencinta seni tekatan
benang emas yang
diwarisi secara
turun-temurun.
4.1
71
Jenis Tekat
Seni tekat terbahagi kepada dua, iaitu tekat timbul benang emas dan
tekat gubah.
Tekat timbul benang emas Tekat gubah
Tekat ini menggunakan benang Tekat ini menggunakan benang
berwarna emas dan mempulur berwarna-warni dan tidak
untuk membentuk rekaan bunga memerlukan mempulur. Tekat
di atas kain baldu. ini juga dihiasi dengan manik.
Motif Tekat
Motif tekat selalunya ialah bunga-bunga tradisional yang terdapat dalam
lingkungan masyarakat. Antara motif yang selalu digunakan ialah bunga
kekwa, bunga keembung, pucuk paku, bunga orkid, buah padi dan bunga
raya. Yang berikut ialah contoh motif tekat.
Bunga kekwa Bunga keembung Pucuk paku
Bunga orkid Buah padi Bunga raya
NOTA GURU Guru membincangkan motif tekat dengan murid. 4.1
72
Teknik Maklumat
Tekat dihasilkan dengan cara sulaman. Adiguru Kraf ialah seseorang
Dalam unit ini, kita akan mempelajari yang diberi penghormatan dan
cara untuk menghasilkan tekat timbul. pengiktirafan oleh kerajaan
Gambar di bawah ialah peralatan yang Malaysia sebagai tokoh
digunakan untuk membuat tekat. (master craftsmen) apabila
seseorang itu menepati kriteria
yang telah ditetapkan.
Ram Benang emas Kain baldu Mempulur Jarum
Pandangan dari atas Kain baldu (dasar)
Cuban Benang emas
benang Batang mempulur
emas
Jarum
Benang putih
Pandangan dari sisi Langkah kedua
Langkah pertama
Jarum Cuban
benang
Benang putih emas
Kain
baldu Benang
emas
Kain kapas Batang mempulur Benang putih yang
Teknik sulaman tekat mengikat benang
emas mesti ketat
4.2
73
Aplikasi Seni
Media Teknik
Tekat timbul
Alat Bahan
Gunting, jarum, ram dan alatan Bod kotak (box board), bod lekap
lain yang sesuai (mounting board), kain baldu
atau kain yang sesuai, benang
dan bahan lain yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan karya tekat timbul.
Perhatian
Jaga kebersihan
dan keselamatan
semasa
menjalankan
aktiviti.
1. Sediakan media.
2. Lakarkan motif. 3. Guntingkan motif 4. Pasangkan kain
untuk menghasilkan pada ram.
mempulur.
NOTA GURU Guru membimbing murid menghasilkan mempulur dengan 4.2
4.3
74 teknik yang betul.
5. Susunkan mempulur 6. Jahitkan mempulur 7. Sulamkan benang
di atas kain. dengan benang. sehingga menutupi
mempulur.
8. Tanggalkan ram daripada kain.
Hasil karya seni tekat timbul Kemasan karya dan pamerkan
Apresiasi
Apakah jenis tekat yang kamu hasilkan? Bagaimanakah caranya untuk
menghasilkan mempulur?
NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya seni tekat timbul dengan murid. 4.3 75
4.4
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Tenunan ialah proses menjalin
benang loseng (menegak) dan
benang pakan (melintang) untuk
menghasilkan sehelai kain.
Tenunan yang popular di Malaysia
ialah tenunan Pahang, tenunan
songket dan tenunan pua kumbu.
Semua tenunan ini menggunakan
alat tenun tradisional.
Tenunan Pahang Alat tenun Pahang
Tenunan Pahang menggunakan
benang kapas dan sutera. Pada Maklumat
masa dahulu, pewarna yang
digunakan ialah warna semula Puan Natipah @ Nortipah binti Abdul
jadi daripada daun tarum (untuk Kadir dilahirkan pada 8 November
warna biru) dan kunyit (untuk 1944 di Pulau Keladi, Pahang. Beliau
warna kuning). Air buah belimbing dilantik sebagai Adiguru Kraf Tenunan
pula sebagai pemati warna. Pahang Diraja sejak tahun 2006.
Tenunan Pahang Beliau mewarisi kemahiran
menenun sejak zaman remaja lagi.
Beliau merupakan satu-satunya
pewaris tenun sutera Pahang yang
masih aktif.
NOTA GURU Guru menerangkan sejarah tenunan Pahang kepada murid. 4.2
4.3
76
Tenunan Songket
Tenunan songket banyak terdapat di Terengganu dan Kelantan. Tenunan
songket menggunakan benang emas dan perak. Kain ditenun menggunakan
alat tenun. Songket dipakai oleh semua golongan masyarakat.
Loseng Kayu
penegang
Gigi Papan Tenunan songket
jentera gulung
Maklumat
Kayu
belira Puan Hajah Habibah binti
Zikri dilahirkan pada
Alat tenun tradisional (kek atau kei) 5 Februari 1948 di Sungai
Petani, Kedah. Beliau dilantik
Tenunan Pua Kumbu sebagai Adiguru Kraf Songket
pada tahun 2007. Beliau
Tenunan pua kumbu ialah warisan mewarisi kemahiran ini
turun-temurun kaum Iban. Tenunan daripada bapanya.
ini menjadi lambang adat dan tradisi
mereka. Motif tenunan ini adalah
berdasarkan gambaran tumbuhan
dan binatang yang mempunyai
kaitan dengan kepercayaan mereka.
Kek Iban (Kek Sandang Belakang) Tenunan pua kumbu
Maklumat
Puan Bangie a/k Embol dilahirkan pada
8 Mei 1945 di Kapit, Sarawak. Beliau dilantik
sebagai Adiguru Kraf Tenunan Pua pada
tahun 2000.
Beliau mewarisi kemahiran ini daripada ibu dan
bapanya. Beliau komited untuk memartabatkan
seni kemahiran masyarakat Iban.
NOTA GURU Guru menerangkan kek Sandang Belakang juga dikenali Kek Tegang 4.2 77
Belakang kepada murid. 4.3
Teknik
Dalam unit ini, kita akan mempelajari cara untuk menghasilkan kain
dengan cara tenunan. Alat yang diperlukan ialah alat tenun dan benang
bulu kambing.
Kita boleh menggunakan alat tenun gantian atau alat tenun buatan
sendiri.
Belira Cuban
Benang bulu kambing (akrilik)
Benang loseng Alat tenun gantian
(menegak)
Benang pakan
(melintang)
Kedudukan benang loseng 4.2
dan benang pakan pada alat tenun 4.3
Alat tenun buatan sendiri
NOTA GURU Guru membimbing murid cara menggunakan alat tenun.
78
Aplikasi Seni
Media Teknik
Tenunan
Alat Bahan
Gunting, set gantian (pemidang Benang bulu kambing
kayu, pembaris, jarum kait dan (benang kait) atau tali rafia atau
sikat) dan alatan lain bahan lain yang sesuai
yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan tenunan dengan alat tenun
gantian.
1. Sediakan media. 2. Ikatkan benang 3. Lilitkan benang 4. Lekatkan pita
pelekat.
loseng pada loseng dan
papan tenun. simpulkan.
5. Masukkan 6. Lilitkan benang 7. Condongkan 8. Masukkan cuban
belira ke bawah pakan pada belira ke bawah. antara bukaan
benang loseng. cuban. benang loseng.
NOTA GURU • Guru membimbing murid cara untuk menenun menggunakan 4.2 79
alat tenun buatan sendiri. 4.3
• Guru menerangkan nama dan fungsi alat tenun kepada murid.
9. Masukkan sikat di celahan 1 0. Ulangi langkah 8 dan 9 1 1. Condongkan belira ke
benang loseng dan sebanyak tiga kali. atas. Masukkan cuban
tarik ke bawah untuk di antara bukaan benang
merapatkan benang. loseng. Ulangi langkah 10.
1 2. Ulangi langkah 7 1 3. Guntingkan benang 1 4. Tanggalkan hasil
hingga langkah 11 pada papan tenun. tenunan.
sehingga siap
Hasil karya tenunan dan pamerkan
Apresiasi
Pamerkan hasil karya tenunan.
NOTA GURU Guru membimbing murid membuat pengiraan benang pada 4.3
4.4
80 papan tenun untuk mendapatkan motif tenunan.
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Alat pertahanan diri tergolong dalam kraf tradisional kerana mempunyai
nilai estetika yang tersendiri. Alat pertahanan diri tradisional di Malaysia
adalah seperti keris, parang ilang dan parang bajau. Keris ialah senjata
tradisional yang terkenal dan menjadi lambang kebesaran
raja-raja Melayu.
Parang bajau Parang ilang
Keris Maklumat
Encik Abdullah bin Daud dilahirkan pada
18 Julai 1943 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau
dilantik sebagai Adiguru Kraf Pandai Besi
sejak tahun 1993.
Beliau merupakan tukang besi yang
disegani di Malaysia. Beliau belajar
bertukang besi daripada ayahnya sejak
berumur lapan tahun.
Pembuatan barang senjata beliau adalah
unik dan berseni. Beliau mahir membuat
pelbagai jenis senjata. Antaranya ialah
keris, pedang, parang, tukul dan kapak.
NOTA GURU Guru menerangkan senjata tradisional yang lain kepada murid. 4.1
81
Teknik Maklumat
Kita boleh menghasilkan replika Lok ialah liku atau keluk pada
keris menggunakan pelbagai bahan mata keris. Bilangan lok adalah
gantian. Bod lekap (mounting board) dalam nombor ganjil. Kiraan
ialah media yang sesuai untuk lok bermula daripada lok tiga
membentuk replika keris. hingga lok 13. Jika lok keris lebih
daripada 13, keris itu dianggap
Hulu tidak normal.
Dagu Pendongkok Sampir
Belalai Tulang keris Batang serunai
gajah
Mata keris
Lok
Batang sarung
Pamur
Hujung keris
Tuntung Hujung sarung
Mata keris (buntut)
Sarung keris
NOTA GURU Guru menerangkan bahagian-bahagian utama keris dengan lebih 4.2
82 terperinci kepada murid.
Aplikasi Seni
Alat Media Teknik
Binaan
Gunting dan alatan Bahan
lain yang sesuai
Bod lekap (mounting board) atau
kad manila atau kertas lukisan,
gam, cat air atau cat poster dan
bahan lain yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan keris daripada bod lekap
dan kertas lukisan.
1. Sediakan media. 2. Lakarkan rupa keris.
3. Lapiskan pada sekeping 4. Guntingkan bod lekap 5. Gamkan tulang
di bahagian tengah mata
lagi kertas lukisan untuk untuk dijadikan tulang
keris hasil guntingan
mendapatkan lapisan tengah keris. pertama mengikut lok.
kedua dan guntingkan.
4.2
4.3 83
6. Gamkan hasil guntingan 7. Gamkan bahagian
kedua di atas tulang tepi keris.
tengah.
8. Gamkan guntingan bod 9. Gamkan kertas tisu
lekap pada kedua-dua yang telah direnyukkan
sisi bahagian pangkal pada celahan hulu
mata keris. keris.
1 0. Lilitkan hulu keris dengan 1 1. Warnakan mata keris. Hasil karya keris
benang bulu kambing.
Apresiasi 4.3
4.4
Bolehkah kamu menamakan bahagian-bahagian pada keris?
NOTA GURU Guru membimbing murid untuk menyediakan lakaran lok keris
84 pada kertas lukisan.
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek
Buatan Manusia
Terdapat pelbagai jenis alat perhiasan diri tradisional. Antaranya ialah
gelang, anting-anting, cucuk sanggul, sisir rambut, rantai, dokoh, kalung
dan kerongsang.
Pada masa dahulu, hanya golongan istana
dan orang bangsawan yang memakai alat
perhiasan ini kerana fungsinya sebagai alat
kebesaran. Selain itu, alatan ini juga dipakai
dalam majlis perkahwinan. Pada masa kini, alat
perhiasan ini dipakai oleh semua orang.
Alat perhiasan ini biasanya dihasilkan
daripada emas, perak atau tembaga. Ada
juga yang dihiasi dengan batu-batu permata
atau mutiara.
4.1
85
Cucuk Sanggul
Cucuk sanggul ialah alat perhiasan
kepala bagi wanita. Alat ini digunakan
untuk merapikan sanggul rambut
supaya dandanan rambut lebih kemas
dan menarik.
Sisir
Sisir atau sikat dipakai sebagai hiasan
kepala. Sisir ini diperbuat daripada
tanduk. Ada juga sisir yang dihiasi
dengan emas berukir.
NOTA GURU Guru menerangkan jenis tanduk yang sesuai digunakan untuk
86 membuat sisir kepada murid.
Kalung
Kalung atau rantai leher merupakan
alat perhiasan yang dipakai pada
leher. Kalung biasanya bersaiz besar
dan ada juga yang mempunyai
batu-batu permata.
Dokoh
Dokoh ialah perhiasan leher seperti
loket yang berbentuk kepingan
lebar. Biasanya dokoh terdapat
dalam satu, dua atau tiga tingkat.
Tahukah kamu?
Caping ialah sejenis alat
perhiasan diri tradisional yang
digunakan sebagai penutup
kemaluan kanak-kanak
perempuan pada masa dahulu.
87
Kerongsang
Pada asalnya kerongsang digunakan
untuk menyemat bahagian belahan
baju kebaya. Pada masa kini, kegunaan
kerongsang telah dipelbagaikan.
Pending
Pending ialah kepala tali pinggang.
Pending selalunya dihiasi batu-batu
permata untuk menyerlahkan lagi
ketampanan atau kejelitaan
si pemakainya.
Maklumat
Tuan Haji Abdul Manan bin Yakob
dilahirkan pada 10 Jun 1944 di Kampung
Sireh, Kota Bharu Kelantan. Beliau
mewarisi kemahiran pertukangan perak
sejak berusia 16 tahun.
Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf
Pertukangan Perak pada tahun 2008. Pada
tahun 2011, beliau dilantik sebagai Tokoh
Kraf Negara. Beliau meninggal dunia
pada tahun 2011.
88
Teknik Laman IT
Kita boleh menghasilkan alat perhiasan diri Layari laman
daripada pelbagai bahan gantian. web berikut untuk
mendapatkan
Antara bahan gantian yang boleh maklumat lanjut
digunakan ialah kertas, manik, labuci, butang tentang alat
baju dan pelbagai jenis tali. perhiasan diri:
http://www.
Gambar di bawah menunjukkan contoh muziumtekstilnegara.
alat perhiasan diri yang dibuat daripada gov.my/
bahan kutipan.
Gelang daripada kertas Rantai daripada riben dan manik
Rantai daripada kertas Gelang daripada butang baju
NOTA GURU Guru berbincang tentang bahan yang boleh digunakan untuk 4.2
menghasilkan alat perhiasan diri dengan murid. 89
Aplikasi Seni
Alat Media Teknik
Gunting Binaan
Bahan
Bod kotak (box board), atau kad
manila atau kertas warna, gam
atau pita pelekat, labuci, manik
atau bahan lain yang sesuai
Aktiviti
Yang berikut ialah langkah untuk menghasilkan alat perhiasan diri.
1. Sediakan media. 2. Gariskan di belakang 3. Guntingkan mengikut
kertas warna. garisan.
4. Gulungkan kertas 5. Masukkan tali ke dalam Hasil karya rekaan gelang
menggunakan lidi. butang, manik dan dan peragakan
gulungan kertas secara
Apresiasi berselang-seli.
Apakah bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan gelang?
NOTA GURU Guru berbincang tentang hasil karya dengan murid. 4.2
4.3
90 4.4