Teks Ucapan
Mesyuarat PIBG ke-47
Puan Siti Habsah binti Ahmad
Guru Besar SK Pulau Meranti
▪Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera kepada semua hadirin.
▪Izinkan saya membuka kalam bicara dengan serangkap pantun.
Anak itik kaki terluka
Sakit sangat tidak terkata
Asbab pandemik lama tak bersemuka,
Kini baru bertentang mata.
▪Terima kasih kepada Saudari Pengacara Majlis. Yang Berbahagia
Tuan Adhif Syan bin Abdullah, ADUN Dengkil, Yang Dihormati
Encik Azwan Hazle bin Aminuddin, YDP Persatuan Ibu Bapa Guru
Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Yang dikasihi Encik Hilmi bin
Isa, NYDP PIBG Sekolah, yang disayangi barisan guru-guru
penolong kanan, AJK PIBG, guru-guru,tuan-tuan dan puan-puan
yang dihormati sekalian.
▪Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan
limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada
pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG
Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-47.
▪Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya amat gembira dan
terharu kerana dapat kembali kita bersua muka selepas
pandemik. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.
▪ Saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih
dan tahniah kepada semua yang hadir kerana sudi meluangkan
masa untuk bersama-sama melibatkan diri dalam mesyuarat PIBG
pada tahun ini.
▪ Tahniah! Tahniah! Sesungguhnya ibu bapa yang hadir pada pagi
ini sebenarnya adalah ibu bapa yang hebat, ibu bapa yang prihatin
terhadap sekolah dan kemenjadian anak-anak kita. Syabas saya
ucapkan.
▪ Di sini, saya ingin menyatakan penghargaan kepada YDP PIBG,
Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah kerana telah
dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan
mesyuarat ini. Jasa semua pihak yang terlibat amatlah saya hargai
dan sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
▪ Seperti sebelum ini, mesyuarat PIBG ini bertujuan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan warga sekolah.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam
usaha untuk meningkatkan pencapaian anak-anak kita.
▪ Sebagai pentadbir, pihak sekolah berusaha melaksanakan tugas
sebaik mungkin. Sudah pasti keselamatan dan keselesaan anak-
anak murid amat diutamakan.
▪ Sepanjang 2 tahun kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan,
kami warga sekolah amat mengharapkan peranan ibu bapa untuk
membimbing anak-anak di rumah selain memantau latihan yang
diberi oleh guru-guru. Di sini, kita nampak peranan ibu bapa yang
sama-sama bertanggung jawab demi kecemerlangan anak-anak.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
▪Suka saya nyatakan di sini, SKPM telah banyak membangunkan
prasana sejak 2 tahun ini. Terima kasih kepada PIBG yang sentiasa
menyokong pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti. Sumbangan
dalam bentuk kewangan telah banyak membantu pihak sekolah
dalam penyelenggaraan dan infastruktur sekolah.
▪Walaupun kita terpaksa menghadapi Perintah Kawalan
Pergerakan, kerja-kerja menaik taraf sekolah tentang berjalan.
Antara projek-projek yang telah berjaya dijalankan setakat ini
ialah;
1. Pembelian Smart TV sebanyak _____dan telah dipasang di
setiap kelas. Ini semua menelan belanja yang sangat besar iaitu
dalam anggaran ….. Kita banyak mendapat dana daripada ibu
bapa, orang perseorangan dan badan-badan lain. Ini sangat
membantu guru-guru dan murid-murid dalam proses PdP.
2. Seterusnya, Taman Meranti Digital yang terletak di hadapan
bilik pemulihan. Tempat ini menjadi ruang santai, boleh juga
menjadi sudut Nilam di samping warga sekolah dapat menikmati
pemandangan yang indah pada dinding.
3. Selain itu, pintu-pintu kelas yang rosak telah diganti dan
pemasangan cermin tingkap di kelas bawah untuk mengelakkan
monyet-monyet liar masuk dan merosakkan harta benda kelas.
4. Di samping itu, beberapa buah kipas dan lampu telah dipasang
di Dataran Berbumbung untuk warga sekolah sepanjang aktiviti
dijalankan. Jadi murid-murid tidak lagi kepanasan ketika berada di
situ.
5. Seterusnya, Kita juga telah menaik taraf lantai simen di
hadapan pondok bas sekolah. Tujuan pemasangan ini untuk
mengelakkan kecederaan kepada murid memandangkan sebelum
ini kawasan di situ berlubang dan tanah tidak rata.
6. Akhir sekali, Pemasangan We Love SKPM…
Sebenarnya banyak lagi perancangan untuk pembangunan
sekolah dan pihak sekolah sedang berusaha menaik taraf dari
masa ke masa bersesuaian dengan peruntukan kewangan yang
ada.
Ibu bapa yang dihormati
▪ Marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul
sebarang masalah dan salah faham antara kita.
▪ Saya yakin kesepakatan yang kita menterai hari ini adalah demi
merealisasi kejayaan anak-anak kita.
▪ Jadi, besarlah harapan saya PIBG dapat berganding bahu dan
memberikan kerjasama yang padu kepada saya dan warga
sekolah untuk terus maju ke hadapan.
▪Saya percaya, segala usaha dan ketekunan yang dicurahkan pasti
akan membuahkan hasil jika kita yakin dan sabar. In sha Allah.
Sekian, terima Kasih.