PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
(KPS 3014)
Pengurusan Pelbagai Budaya
ENCIK MOHD ARIFIN BIN GHAZALI
NAMA :
SITI NURHANIS AISYAH BINTI MOHD FARID
COURSE :
AT04 - IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
NO. MATRIK :
D20202096199
KUMPULAN :
F
KANDUNGAN
Pengenalan
Definisi
Teori
Dasar
Dimensi
Isi-Isi Penting
Pengurusan Pelbagai Budaya Dalam Bilik Darjah
Pengurusan Program Pelbagai Budaya
Pengurusan Pelbagai Budaya Sekolah
Rumusan
Kesimpulan
Rujukan
PENGENALAN
Definisi Budaya
Menurut Deal dan Peterson, John dan Garatt, budaya membawa maksud entiti
keseluruhan yang kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan,
kepercayaan, moral, undang-undang, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta
kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan diaplikasi dalam kehidupan. Selain itu,
budaya juga merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh
sekumpulan manusia daripada sosialnya, (Amir, 2002). Bagi Tylor (1871), budaya
adalah keseluruhan yang kompleks mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi
oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.
Definisi Budaya Sekolah
Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks (1993), Deal dan Peterson (1998)
ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma
institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi matlamat dan tujuan yang
tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah
Rendah: Hubungannya Dengan Kepimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian
Akademik oleh Yaakob,2007. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah
satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah.
Justeru, remorfasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu
sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia
mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru,
dan prasarana. Namun, yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan
unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991;
Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh
warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk
mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepimpinan sekolah (Deal &
Peterson, 1999; Sergiovanni,2000).
Definisi Pendidikan Pelbagai Budaya
Menurut Saha (1997) pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan
yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik,
atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal
atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan
kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan
dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai,
keyakinan, dan sikap.
PENGENALAN
Teori Sosial Tentang Pendidikan Pelbagai Budaya
Kewujudan pendidikan pelbagai budaya juga adalah kerana adanya tiga teori sosial yang
dapatmenjelaskan hubungan antara individu dalam masyarakat dengan pelbagai latar
belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya. Menurut Garcia (1982 dalam Abdullah Aly,
2004) ketigatiga teori sosial tersebut ialah Melting Pot J: Anglo Conformity, Melting Pot JJ:
Ethnic Synthesis, dan Cultural Pluralism: Mosaic Analogy. Teori sosial ini juga dikenali teori
masyarakat majmuk (communal theory).
Teori Melting Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu
Pot 1: Anglo kumpulan majoriti dan minoriti.
Conformity Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut
agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama
golongan majoriti.
Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi
Melting Pot ll: Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota
Ethnic masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang
baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
Synthesis
Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil
sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan
membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
Cultural Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum
Pluralism yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan
(Mosaic budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti
Analogy) budaya mereka secara demokratik.
Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu,
termasuk identiti budaya kelompok minoriti.
PENGENALAN
Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya
Kepelbagaian masyarakat di Malaysia telah menyebabkan wujudnya beberapa dasar
pendidikan pelbagai budaya bagi mewujudkan perpaduan di bawah satu wadah dan
bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya. Hal ini kerana, pendidikan
pelbagai budaya ini bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Laporan Barnes (1951)
Mengesyorkan agar "matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk
satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum".
Laporan Fenn-Wu (1951)
Menyatakan "dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat
membina warganegara Malaya .. menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala
bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya".
Ordinan Pendidikan 1952 Akta Pendidikan 1961
Menyatakan "matlamat pendidikan akan Menyatakan "... sistem pendidikan itu
tercapai melalui pembentukan sekolah menepati prinsip bahawa kanak-kanak
berbagai-bagai kaum yang bercorak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa
kebangsaan ... dengan berorientasikan dan budaya ... atas dasar demokrasi
kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak pendidikan dan pengekalan budaya etnik
semua kaum ... dengan bahasa masing-masing kaum yang ada dalam
pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu masyarakat majmuk di negara ini".
bahasa Melayu dan Inggeris ... di
samping bahasa ibunda di sekolah
vernakular Cina dan Tamil".
PENGENALAN
Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya
Terdapat juga 5 dimensi pendidikan pelbagai budaya iaitu content integration,
the knowledge construction process, an equity pedagogy, prejudice reduction
dan an empowering school Culture and Social yang telah digambarkan menurut
Banks (2008).
CONTENT INTEGRATION PREJUDICE REDUCTION
Mengintegrasikan berbagai budaya Mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri
dan kelompok untuk budaya pelajar dan menentukan
mengilustrasikan konsep mendasar, kaedah pengajaran yang sesuai
generalisasi dan teori dalam mata untuk mereka. Ini adalah bagi
pelajaran disiplin ilmu mengurangkan perasaan prejudis
terhadap budaya kaum lain.
AN EMPOWERING SCHOOL CULTURE AND SOCIAL STRUCTURE
Melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga,
berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza
etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan
budaya sekolah dan struktur masyarakat.
AN EQUITY PEDAGOGY THE KNOWLEDGE
CONSTRUCTION PROCESS
Menyesuaikan kaedah pengajaran
dengan cara belajar para pelajar Membawa pelajar untuk memahami
dalam rangka membimbing prestasi implikasi budaya ke dalam sebuah
akademik pelajar yang pelbagai mata pelajaran.
baik dari segi ras, budaya ataupon
sosial.
ISI-ISI PENTING
Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya:
BANKS (1989)
Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari
pelbagai latar belakang.
Sensitif terhadap kemungkinan wujud kontroversi
tentang topik yang diajar.
Menggunakan teknik pembelajaran secara
berkumpulan integrasi etnik dalam pembelajaran.
NAJEEMAH (2007)
Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran
terbuka.
Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya.
Guru mesti beranggapan orientasi pelbagai budaya
memberi manfaat kepada mereka.
ISI-ISI PENTING
Terdapat beberapa isi penting di dalam topik ini antaranya ialah pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya, pengurusan pelbagai program budaya dan pengurusan pelbagai budaya sekolah.
Perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya ini dikatakan memang berbeza antara satu
sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah
semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama.
Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang
diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan dalam kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama,
taraf keluarga dan gender.
Kepelbagian kaum dan agama dalam kalangan para pelajar perlu dititikberatkan oleh para guru
dalam memastikan setiap para pelajar dapat menyemai sikap saling hormat-menghormati selain
daripada penekanan pemantauan dalam pengurusan pelbagai budaya di sekolah yang perlu
diamalkan oleh para pelajar.
Oleh itu, sekolah haruslah memikul tanggungjawab dalam memastikan sama ada struktur program
mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar.
1. PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH.
2.PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA.
3.PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA SEKOLAH.
ISI-ISI PENTING
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu perkara yang penting dalam
pengurusan merentas budaya. Dengan itu, seseorang guru perlu menguasai beberapa aspek
dalam pengurusan tersebut dalam mewujudkan pemahaman yang mendalam akan
kepelbagaian murid. Hal ini kerana, setiap kepelbagaian yang wujud di antara murid-murid perlu
difahami dan diterokai dengan sebaiknya bagi membantu memahami gaya pembelajaran serta
diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar. Secara tidak langsung, semangat
perpaduan akan dapat dipupuk. Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah,
guru seharusnya bijak mengendalikan suasana pembelajaran tersebut. Sebagai contoh, guru
perlu mengambil anisiatif yang bijak dalam mewujudkan satu suasana atau persekitaran psiko
sosial yang baik di dalam bilik darjah. Persekitaran psiko sosial ini meliputi pembinaan rapo,
layanan yang sama rata dan interaksi dua hala. Bukan itu sahaja, aspek pengurusan budaya
yang lain seperti penerapan nilai murni dan disiplin, amalan penggunaan bahasa yang sesuai,
aktiviti P&P bersifat koperatif dan sebagainya juga perlulah dikuasai oleh guru supaya proses
pembelajaran berjalan dengan lancar.
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Setiap peranan guru bimbingan dan kaunseling juga merupakan salah satu faktor penting
dalam melihat sejauhmana kejayaan guru dalam mengurus bilik darjah yang mesra untuk
membentuk pelajar yang mempunyai latar belakang hidup yang berbeza. Tambahan pula,
setiap pelajar dikurniakan personaliti yang berbeza dari segi emosi dan tingkah laku mereka
kerana setiap kelas mempunyai pelajar-pelajar yang berbagai-bagai jenis tingkah laku dan
emosi. Seseorang murid akan membentuk salah satu antara 2 jenis kelompok iaitu kelompok
yang pertama adalah pelajar yang bersifat positif dan bertingkah laku baik manakala bagi
kelompok yang kedua pula adalah pelajar yang bersifat negatif dan bertingkah laku buruk di
dalam kelas. Jadi, dengan adanya bantuan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut,
dapat membantu pelajar-pelajar yang mempunyai sebarang masalah dan menyelesaikan
masalah tersebut dengan baik. Peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah juga dapat
mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekaligus membantu pelajar dalam
membuat penyelesaian kepada masalah peribadi, sosial, emosi dan akademik untuk mereka
tingkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Ini juga penting dalam melahirkan suasana
persekitaran fizikal yang lebih harmoni di dalam bilik darjah supaya dapat memberi keselesaan
kepada pelajar untuk memulakan pembelajaran mereka.
ISI-ISI PENTING
Hubungan Guru dan Murid
Hubungan guru dan murid juga merupakan salah satu faktor untuk membina suasana bilik
darjah yang mesra melalui satu program iaitu amalan Guru Penyayang. Justeru itu, amalan
Guru Penyayang ini bertujuan supaya setiap guru dapat membudayakan nilai kasih sayang
kepada murid di sekolah. Hal ini dapat memberi impak yang positif kepada emosi pelajar kerana
mereka merasakan bahawa diri mereka disayangi. Guru Penyayang membawa erti kepada
perbuatan dan perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati
orang lain. Ini jelas menujukkan Guru Penyayang adalah seorang guru yang memilki sifat
kepedulian (concern) terhadap pelajar-pelajar dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
mengambil berat, bersikap mesra, sentiasa ceria, berbudi bahasa, saling menghormati, prihatin
dan sentiasa sabar. Guru Penyayang seharusnya meletakkan diri mereka sebagai ibu atau
ayah yang perlu memberi perhatian, menjaga, membimbing dan menghargai murid mereka
tidak mengira kepada agama, bangsa dan budaya. Tambahan lagi, penampilan guru yang
kemas dan ceria serta prihatin terhadap para pelajar dapat mengeratkan hubungan yang baik
sesama mereka kerana melalui sikap prihatin tersebut dapat mewujudkan komunikasi dua hala
yang baik dan berkesan. Sebagai contoh, pelajar dapat berinteraksi dengan guru tanpa ada
perasaan yang takut dalam bertanya soalan yang tidak difahami dan kurang jelas. Oleh itu,
komunikasi dan interaksi yang baik banyak dipengaruhi oleh para guru kerana mereka sebagai
pembimbing dalam membina kendiri seorang pelajar yang cemerlang dalam sosialisasinya.
ISI-ISI PENTING
PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA
Selain itu, pengurusan pelbagai program budaya merupakan suatu aktiviti yang boleh
membentuk perpaduan dalam pendidikan. Antara program yang boleh membentuk perpaduan
adalah kelab rukun negara, program silang budaya dan kelab Bahasa ke-3. Selain daripada
program tersebut aktiviti Kokurikulum juga boleh membentuk perpaduan dalam kalangan
pelajar. Misalnya, kokurikulum diperkenalkan memupuk sahsiah, perpaduan, integrasi nasional
dan nilai-nilai murni. Antara tujuan atau objektif kokurikulum ini di adakan adalah untuk
mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan. Hal ini kerana penglibatan pelajar
dari pelbagai bangsa dan agama mampu meningatkan perhubungan dan pergaulan melaui
kerjasama untuk mengatur strategi terutamanya dalam kokurikulum yang melibatkan aktiviti
lasak dan berkumpulan seperti permainan bola sepak, bola keranjang, ragbi dan sebagainya.
Objektif kedua yang melibatkan perpaduan adalah membina dan meningkatkan kerjasama dua
hala antara sekolah dan masyarakat. Dimana pihak sekolah dan masyarakat perlu memberi
sokongan kepada pelajar untuk menyertai kokurikulum yang melibatkan pelbagai pelajar dan
memberi galakan kepada pelajar untuk berpasukan dengan pelajar yang berbagai jenis latar
belakang. Jadi, perpaduan antara pelajar dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain
dapat dipupuk dengan berkesan.
ISI-ISI PENTING
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA SEKOLAH
Budaya Cara Berpakaian
Justeru itu, konsep kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh murid di setiap sekolah adalah
merujuk kepada budaya yang diamalkan oleh pelajar di sekolah. Budaya ini diamalkan oleh
sekolah menerusi pelbagai kempen dan aktiviti yang dijalankan untuk dijadikan contoh dan
tauladan pelajar. Antara konsep kepelbagaian budaya yang wujud di sekolah adalah budaya
kepada cara berpakaian. Budaya berpakaian di sekolah perlu selaras dengan peraturan dan
kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyelaraskan beberapa budaya berpakaian yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Bagi
peraturan pakaian seragam pelajar lelaki sekolah rendah adalah seperti berikut seluar Panjang
berwarna biru tua dan baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Bagi pelajar
permpuan sekolah rendah pula murid perempuan boleh memakai baju kurung berwarna putih
dan kain sarung berwarna biru tua serta memakai tudung atau mini telekung yang bewarna
putih dan berbentuk tiga segi 2 sama. Bagi pemakaian murid-murid lelaki sekolah menengah
pula hendaklah memakai seluar Panjang bewarna hijau tua beserta dengan tali pinggang yang
kepalanya tidak bersaiz besar. Bagi baju pula, berwarna putih dan berlengan pendek atau
Panjang. Pemakaian bagi pelajar perempuan sekolah menengah pula ialah “Pinafore Tunic”
berwarna biru muda dan limpas aras lutut beserta dengan “Blouse” bewarna putih. Bagi pelajar
perempuan yang mengunakan baju kurung hendaklah memakai baju kurung bewarna putih dan
kain sarung bewarna biru besertakan dengan tudung. (Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976)
Budaya Hormat-Menghormati dan Memberi Salam
Kepelbagaian budaya menjadi cabaran yang besar kepada murid dan pendidik (Rohaty Mohd.
Majzub, Salasiah Hashim & Elis Johannes H.S, 2011). Kehidupan dalam masyarakat yang
pelbagai budaya memerlukan tahap kefahaman dan sikap hormat-menghormati yang tinggi.
Dalam konteks ini, satu cara yang terbaik untuk mencapai kefahaman dan saling hormat-
menghormati adalah melalui pendidikan (Abd Rahim Hamdan, Mohd Najib Ghafar & Anis Ayuni
Che Ghani, 2010). Budaya Hormat Menghormati merupakan konsep kepelbagaian budaya yang
diamalkan oleh murid di setiap sekolah. Sikap saling menghormati sesama manusia sangat
dituntut setiap ajaran agama. Hormat menghormati perlu diamalkan oleh semua golongan.
Sikap menghormati guru adalah dituntut bagi memastikan ilmu yang diajar oleh guru adalah
berkat. Memetik kata-kata Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mazlee Malik berkata ’Saling
hormat-menghormati ialah perbuatan yang sangat mulia. Kita akan dihormati sekiranya kita
menghormati. Setiap pelajar digalakkan mengamalkan budaya hormat-menghormati antara
warga sekolah tidak kira sama ada pelajar, guru ataupun staf. Budaya salam juga merupakan
budaya yang baik juga untuk diamalkan. Budaya ini ialah selaras dengan sunnah Rasulullah
SAW yang sangat dituntut dalam Islam. Ucapan salam itu adalah termasuk dalam doa sesama
muslim. Memberi dan menjawab salam guru bererti saling mendoakan guru. Jika budaya salam
diamalkan maka kehidupan kita akan sentiasa beroleh kesejahteraan dan akan terus diberkati
olehNya.
RUMUSAN
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap manusia tidak akan lari dari berhadapan dengan pelbagai budaya di dunia ini
terutamanya di sekolah. Semua pelajar akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dipelajari.
Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai guru yang
cemerlang, menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut
acuan Malaysia adalah menjadi satu tanggungjawab kepada mereka Hal ini penting kerana pelajar
yang keluar dari alam persekolahan itu nanti mempunyai budaya yang boleh diterima oleh pelbagai
lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, peranan guru
sebagai pembimbing di dalam bilik darjah amat penting untuk membudayakan ciri-ciri kesederhanaan,
kepekaan terhadap orang lain dan menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa di
kalangan pelajar. Justeru itu, guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai
budaya. Oleh itu, seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya
yang datang dari pelbagai sudut dan aspek dan guru perlu bersifat “Multicultural”.
Bahkan, dalam kepelbagaian budaya ia merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk
memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Dengan itu
hubungan yang lebih harmoni dapat dapat diwujudkan semasa berinteraksi. Strategi ini juga
seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya yang ada di negara ini
supaya matlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang wujudnya
pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam masyarakatnya serta terdapat pula persamaan-
persamaan dalam budaya berbagai dapat dicapai. Jadi, setiap sekolah atau guru perlu memainkan
peranan yang sewajarnya dalam menjayakan semua program pengurusan pelbagai budaya agar dapat
melahirkan generasi-generasi yang berilmu pengetahuan serta berakhlak baik.
RUJUKAN
Azwani Ismail dan Zahara Aziz (2009), Pendidikan Pelbagai Budaya Dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia, DP,Jilid 9, Bil 2.
Che Nidazam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, E et al., (2014), Prngaruh
Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan
Pembelajaran.
Hafzan Omar, Zolkepeli Haron E et al., (2018), Sensitif Kepelbagaian Budaya
dalam Kalangan Guru Kebangsaan Pelbagai Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nor Suhara Br Haju Fadzil (2010), Kepentingan Kokurikulum dalam Pendidikan di
Sekolah Menengah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malayasia.
Mohamed Sharif (2003), Konsep dan Peranan Kaunseling dalam Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.