The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cadarfarghaly, 2019-10-13 23:48:33

Perwatakan - Novel SBE dan JMJ

WATAK SAMPINGAN

Watak sampingan mempunyai peranan penting dalam perjalanan sesebuah cerita. Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan satu watak sampingan yang
terdapat dalam novel yang anda kaji.

Jawapan Novel Songket Berbenang Emas

Dalam novel Songket Berbenang Emas, karya Khairudin Ayip, watak sampingan yang dipaparkan
ialah Embong iaitu ayah Dahlia.

Watak sampingan ini seorang yang bertanggungjawab. Embong bertanggungjawab
memastikan anak-anaknya terus bersekolah walaupun mereka dihimpit kemiskinan dan
menjalankan tanggungjawabnya menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Selain itu, watak sampingan ini seorang yang penyayang. Embong sangat menyayangi isteri dan
anak-anaknya. Demi melihat isterinya pulih, akhirnya Embong membenarkan isterinya dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan masalah jiwa.

Jawapan Novel Jendela Menghadap Jalan

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Mat Darin, watak sampingan yang
dipaparkan ialah datuk Lili iaitu Haji Abdul Rahman.

Watak sampingan ini seorang yang penyabar. Datuk sabar berhadapan dengan tohmahan
penduduk kampung yang mengaitkannya dengan pemaju yang ingin membeli tanah orang
kampung. Datuk juga sabar dalam meneruskan perawatan tradisional walaupun pesakitnya kian
berkurangan.

Selain itu, watak sampingan ini seorang yang rajin beribadah. Selesai solat biasanya Datuk akan
melakukan ibadah zikir menggunakan tasbih. Apabila tasbihnya hilang, datuk menjadi resah.


Click to View FlipBook Version