SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (BMMB1074)
SISTEM EJAAN
RUMI
AIDA RUSYAZANA BINTI AHMAD PERUS
KELAS : PPISMP B2
ANGKA GILIRAN : 2022192310033
Isi Kandungan
Pengenala
n
Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
CMaabsaarHanadSaisptaenm Ejaan Rumi pada
Rumusan
Rujukan
PENGENALAN
Tulisan rumi merupakan tulisan yang digunakan di seluruh
dunia pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
rumi membawa maksud abjad atau huruf dalam bahasa
Melayu dan bahasa moden yang bermula dengan huruf A
dan berakhir dengan huruf Z. Abjad rumi asas mengandungi
26 huruf. Tulisan Rumi berasal daripada perkataan Arab iaitu
Rumiyah yang bermaksud empayar Rom, manakala huruf
latin dipanggil abjad rumi kerana ianya digunakan oleh
empayar Rom pada ketika itu. Setiap konsonan dalam Rumi,
disebut seperti konsonan latin. Pada kurun ke-17, dibawah
pengaruh empayar Belanda dan British semasa penjajahan
dan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka, sebutan
dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke Latin.
SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN
RUMI
SEBELUM MERDEKA SELEPAS MERDEKA
Kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, Pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama
Portugis dan Inggeris telah menyogokkan sistem telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran
ejaan rumi kepada masyarakatnya, walaupun Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Hussain Onn
pada masa itu penduduk sudah mempunyai dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
sistem ejaan jawi yang lengkap. Sistem ejaan Indonesia. Sistem Ejaan Rumi ini adalah hasil
bahasa Melayu terus berkembang sehingga kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.
melahirkan profesion yang berupa daftar kata, Sistem standard ini diisytiharkan secara rasmi
glosari dan kamus Melayu asing. Ejaan rumi serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada
pertama wujud di alam Melayu dengan 16 Ogos 1972 oleh pemerintah masing-masing.
menggunakan aksara Rumi ialah sistem ejaan
yang diperkenalkan oleh Van Ophuysen, seorang
pentadbir Belanda pada tahun 1901.
Sistem Ejaan S-esjeabreaelhjuapmaenrmkreeurmmdbieaknag- an Sistem Ejaan
Wilkinson Rumi
Kongres
Sistem Ejaan Sistem
Za'ba Ejaan Fajar
Asia
Sistem ejaan
Wilkinson
R J Wilkinson merupakan seorang pegawai pemerintah Inggeris yang telah
menyusun sebuah kamus yang berjudul 'Malay-English Dictionary' setebal
1300 halaman pada tahun 1895.
Apabila pihak atasan menyedari bahawa pentingnya keseragaman ejaan,
mereka memulakan perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu pada
tahun 1902. Hal yang demikian, ejaan Wilkinson digunakan oleh semua sekolah
umum. Justeru itu, semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson yang telah
dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an menggunakan Ejaan Rumi
Wilkinson.
Sistem ejaan Wilkinson ini merupakan penambahbaikan daripada sistem ejaan
yang digunakan dalam Kamus Maxwell yang banyak menerapkan kaedah
tulisan rumi Shellabear, kaedah baba peranakan dan kaedah tulisan rumi
Melayu - Belanda.
Panduan ejaan rumi Wilkinson adalah berpandukan kamus jawi-melayu-inggeris yang telah
diatur oleh beliau pada tahun 1903. Seterusnya Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi
daripada jawi kepada rumi sebagai cara perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyatakan
bahawa ada dua sistem yang rasional bagi perumian bahasa Melayu.
PERUMIAN SECARA PERUMIAN SECARA
HARAFIAH FONETIK
Pengambilan huruf-huruf jawi Perumian mengikut bunyi
yang membentuk sesuatu huruf Arab yang sama
kata serta memadankannya dengan huruf rumi.
dengan huruf-huruf rumi Contohnya, huruf
tertentu yang boleh diterima.
Sebagai contoh, huruf < با-- ba
T ----> ت
Sistem ejaan
za'ba
Sistem ejaan
za'ba
Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf
bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan
vokal dan huruf benar terdiri daripada 21 huruf.
Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukakan dalam sistem Ejaan Za’ba.
Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam suku kata pertama
dan kedua jika suku kata kedua itu suku kata tertutup.
Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi sepenuhnya,
hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya dengan memakai tanda ‘ dan ditulis
dengan huruf condong.
Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet, dalam
tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi.
Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi
sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu.
Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada awal
perkataan di pangkal ayat. Kedua, selepas daripada noktah.
Sistem ejaan
fajar asia
Ejaan Rumi yang dikenali Ejaan Fajar Asia ialah kaedah ejaan yang terpakai
dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula
tahun 1943.
Sistem Ejaan Fajar Asia ini juga telah dijadikan sebagai ejaan rasmi oleh
Angkatan Sasterawan 50 iaitu sebuah pertubuhan sastera.
Ejaan ini digunakan pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Selepas
berakhir pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1945 dan Tanah Melayu
kembali kepada pemerintahan British, ejaan ini terhenti penggunaannya dan
Ejaan Za'ba digunakan. (Asmah Omar, 2008:93).
Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia mempunyai sedikit sahaja perbezaan
daripada sistem ejaan Wilkinson dan dalam sistem ejaan Za'ba. (Ismail
Dahaman, 2007:290)
Walaupun sistem ejaan ini dilihat lebih baik berbanding Ejaan Wilkinson dan
Ejaan Za'ba dari sudut grafem, namun ianya tidak menepati untuk digunakan
sebagai sistem ejaan di dalam kajian terhadap Tafsir Nur Al-Ihsan, kerana ianya
masih lagi tidak mempunyai pedoman dan transliterasi yang konsisten.
Sistem ejaan
rumi kongres
Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang di bawah
Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Sidang
tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu.
Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi
bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf
sahaja.
Kedua, perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku
kata awal dan suku akhir tertutup.
Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali
dengan sistem Za’ba yang banyak menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes
tertentu sahaja.
Keempat, terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan
tertentu disebabkan ejaan Kongres menetapkan supaya perkataan dieja
berdasarkan sebutannya yang asal.
Kelima, terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata
gelaran si, kata depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya
daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.
Ejaan Malindo sejar-ashelpeepraksreumm
mbeirandgekaan- ejaan
Sebuah jawatankuasa telah dibentuk Sistem Ejaan Baru
untuk menghalusi Ejaan Kongres dan
membuat hubungan dengan pihak Sistem ejaan Malindo tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku konfrontasi antara
Indonesia untuk tujuan penyelarasan. Malaysia dan Indonesia. Namun, usaha ini disambung semula pada tahun 1966
Antara persetujuan yang dicapai dalam iaitu selepas tamat konfrontasi. Puncak daripada segala kegiatan
sistem ejaan ini adalah sistem ini penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan ejaan
mengandungi 6 huruf vokal (a,e,e,i,o dan Rumi baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tahun 1972. Ejaan Rumi
u), tiga diftong (ay, aw dan oy). Selain baru yang terkenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia
itu, fonem f, s dan z hendaklah (SERBBM) di Malaysia dan Pedoman Edjaan Bahasa Indonesia Jang
digunakan untuk menggambarkan kata- Disempurnakan (PEBIJD) di Indonesia itu ialah hasil daripada perancangan bahasa
kata asing. Perselisihan politik antara pada peringkat supranasional dalam bidang ejaan, iaitu salah satu langkah
Malaysia dan Indonesia menyebabkan permulaan dalam bidang perancangan bahasa bagi negara-negara yang
sistem ini akan digunakan sepenuhnya berbahasa Melayu di rantau ini. (Ismail Dahaman, 2007:353).
pada tahun 1964.
PERANAN DEWAN BAHASA PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
Hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu ke-3 iaitu pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah ditubuhkan di Johor Bahru. DBP diletakkan
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat
DBP mengikut Akta DBP (Semakan 1978, Pindaan dan
Perluasan 1995) adalah untuk membina dan menjulang
tinggi bahasa kebangsaan ibunda negara.
PERANAN DEWAN BAHASA PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
Menggiatkan program bahasa Menyeragamkan sistem ejaan rumi Pencetakan dan penerbitan penulisan ilmiah
DBP perlu menjalankan Penyeragaman sistem ejaan ini Pihak DBP merupakan sebuah organisasi
dipermudahkan lagi apabila bahasa penerbitan yang terbesar di Malaysia.
program dari semasa ke Melayu dijadikan sebagai bahasa Tambahan pula, pihak DBP telah banyak
pengantar di sekolah rendah, mencetak dan menerbitkan buku-buku dalam
semasa seperti menjalankan menengah dan peringkat institusi tulisan rumi untuk sekolah-sekolah.
pengajian tinggi. Hal ini demikian Selanjutnya, DBP juga bergiat aktif dalam
Minggu Penulis Remaja yang kerana pelajar akan menggunakan menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
satu sistem ejaan sahaja iaitu ejaan Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris yang
bertujuan melahirkan rumi. DBP telah menubuhkan satu menggunakan ejaan rumi. Hal ini seterusnya
jawatankuasa yang bertujuan membuktikan peranan yang dimainkan oleh
pewaris generasi ilmu mengumpul, membentuk dan DBP adalah sangat penting dan ia juga
mengembangkan istilah dan ejaan memberi impak yang baik dalam bidang
kesusasteraan pada masa bahasa Melayu dalam bidang sains kesusasteraan, pendidikan dan juga industri
dan sains gunaan. percetakan Negara.
hadapan. Dengan wujudnya
program-program sebegini,
generasi yang
memartabatkan bahasa
Melayu dapat dilahirkan
terutamanya dalam
golongan belia.
Cabaran Sistem Ejaan Rumi
Jika diperhatikan pada zaman ini, sistem ejaan bahasa Melayu berhadapan dengan
cabaran dalam menjaga kedaulatan dan mengekalkan martabatnya.
Penggunaan kata singkatan
Seiring dgn perkembangan sains dan tekonologi yang semakin relevan, komunikasi secara dalam talian seperti WhatsApp dan
Instagram semakin mendapat perhatian masyarakat. Menurut Noriah Mohamed (2014), ruang siber merupakan kacukan ruang fizikal,
mental dan sosial. Namun, kebanyakan pengguna media sosial sering menggunakan kata singkatan apabila berkomunikasi. Sebagai
contoh, singkatan bagi perkataan ejaan ‘yg’ (yang), 'spt' (seperti) dan lain-lain lagi. Penggunaan singkatan dalam ejaan perkataan ini
merupakan perubahan yang amat merisaukan kerana akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam sistem ejaan bahasa Melayu.
Tambahan pula, perkataan ejaan yang tidak lengkap ini tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dan kelihatan janggal
apabila dibaca (Syamsul Aizuwani, Suhasni Dollah dan Zurihan Yusof, 2020) .
Kesalahan Ejaan Menggunakan bahasa yang
tidak betul
Bukan setakat itu sahaja, sesetengah notis ataupun
risalah awam yang disebarkan tidak dieja dengan ejaan Sedar atau tidak, hanya sebahagian sahaja daripada
yang betul dan terdapat kesalahan tatabahasa. rakyat Malaysia yang menggunakan penggunaan
Penggunaan bahasa Melayu seperti ini perlu dicegah bahasa Melayu dengan betul terutamanya dalam
kerana apabila setiap masyarakat sudah menerima penulisan. Kebanyakan masyarakat lebih cenderung
ejaan seperti ini, hal ini akan menyebabkan ianya mula untuk menggunakan bahasa pasar dalam bahasa
digunakan secara meluas (Supyan Hussin, 2018). perhubungan komunikasi harian mereka.
Cabaran Sistem Ejaan Rumi
Dianggap kolot Penggunaan Bahasa Rojak
Masyarakat kini terutama generasi Bahasa rojak adalah campuran pelbagai
muda menganggap penggunaan bahasa bahasa dalam perbualan dan pertuturan.
yang betul ini adalah kolot dan lapuk Bahasa rojak di Malaysia sering
kerana ia dikatakan tidak mengikut dicampurkan dengan bahasa Inggeris.
peredaran masa. Malah, mereka lebih Malahan terdapat masyarakat yang
memilih menggunakan bahasa negara menggunakannya dalam urusan rasmi
lain. seperti wawancara televisyen dan temu
bual. Ini boleh mempengaruhi
masyarakat dan mendorong untuk
menjadi satu kebiasaan pada masa
hadapan. Oleh itu, masyarakat
digalakkan untuk menguasai bahasa
Melayu yang betul agar dapat melahirkan
masyarakat yang berilmu.
MdkdbpdTeiaaeieuptdngrlenaauairtnybuiaDmmdualsaaBnheastnPyalaeignannsdu,dmsabkuseaneaanirpssgigtuhatiemiisablmamktieliohhanetlaegeanzpbhgjngaaeeapinaknsrnaanguejtahattmikjiinbaaaenpdahpnneeihnggrmmageaatsudamuraalsalbiabysraMaaiialnhbnnrekiuae,liarkrzmjatyaaabaumtwaesporkaaaisi.aankgnalia.m.SppkrDiieeashPrittaseaiedTekrrtmaakabu-akpknarayriabheamnahkajtaaeyksnManaeMnbgnepbeaggleaarluiraywnsntnyeuiyiaasd,ajikiiitnkaabameinlcaaasupadheknsebapaitrsa.eulmtrutrkeautlemanilnihtspeeyaeirrhadnjuiaamnissakgreaundmkdmaebibehriraainaahtnjjdedaaayalagasaapananhki
Emilinda, M. (2000). Analisa perkataan: Rumi dan Jawi/Emilinda Mohamad (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Naim, M. (1991c). This document first appeared in: Mohd Naim Daipi. Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, 9(1), 28–
48. https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf
Izzah Zahh. (2013, May 20). SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. Slideshare.
https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu
Timur II, P. (2010, August 10). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html
Afida, A. (n.d.). SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN RUMI. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/32237445/SEJARAH_PERKEMBANGAN_TULISAN_RUMI
Lemada. (2013, October 1). Aram: EJAAN RUMI ZA’BA. Aram. http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-
zaba.html
Terima Kasih