The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leanmooibong, 2021-05-25 06:11:30

Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Psikometrik PPSi

Pentaksiran Psikometrik

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kandungan

1 Konsep
2 Komponen
3 Inventori Personaliti
4 Ujian Aptitud

Konsep

Konsep

Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang
digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat
personaliti dengan tujuan;

 Untuk mengukur aptitud, tret (trait) personaliti dan
kecenderungan minat kerjaya murid.

 Untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran dan
pencapaian murid .

Instrumen pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan
pengajaran-pembelajaran.

Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang
diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran.

Komponen

Aptitud Aptitud Am Kecenderungan
Aptitud Khusus Minat Kerjaya
Inventori
Personaliti Penyelesaian
Masalah

Pentaksiran
Psikometrik

Komponen dan konstruk

Aptitud Aptitud 1 Verbal Linguistik
Am Khusus 2 Visual
3 Logikal Matematik
(A) 4 Muzik
1 Kemahiran berfikir 5 Naturalis
2 Kemahiran 6 Kinestatik
7 Interpersonal
menyelesaikan 8 Intrapersonal
masalah 9 Existential

(B)
3 Kecenderungan

Minat Kerjaya

Konstruk Aptitud Khusus

1. Verbal Linguistik (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu
menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons
dalam pelbagai bentuk set komunikasi.

2. Visual – Spatial (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu
mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.

3. Logikal- Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu
menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat
penyelesaian secara logikal.

4. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai,
menghayati dan menggubah muzik.

5. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu
mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.

Konstruk Aptitud Khusus

6. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang
individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

7. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan
seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan
bekerjasama dengan orang lain.

8. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan
seseorang individu memahami kendiri dengan menilai
kekuatan, kelemahan.

9. Existential (Kewujudan): peka dan berkebolehan
membincangkan hal–hal kewujudan seperti mencari makna
dalam kehidupan.

Inventori Personaliti

Membantu murid dan ibu bapa mengenal
pasti personaliti murid

Inventori Membantu murid menyedari potensi /kekuatan dan
Personaliti kelemahan diri

Membantu guru merancang pengajaran dan
pembelajaran

Membantu murid merancang hala tuju kerjaya

Komponen Personaliti

Tret Intelektual Minat Realistik
Personaliti Kreatif kerjaya Investigatif
Kepelbagaian Artistik
Struktur Sosial
Analitikal Enterprising
Menolong Konventional
Ekstrovert
Kritik diri
Autonomi
Agresif
Pencapaian
Resilien
Memimpin
Wawasan
Ketelusan

Definisi Konstruk Personaliti

Autonomi • Individu lebih sukakan kebebasan
dalam tindakannya dan dapat
mengawal serta menentukan aktiviti-
aktiviti hariannya.

Kreatif • Individu berkebolehan mencipta,
Agresif menghasil dan mengembangkan idea
baru dan asli.

• Individu terlalu kritikal terhadap orang
lain, tegas, berani dan tidak suka
dimanipulasi. Tidak menghiraukan
perasaan orang lain dalam mencapai
matlamat diri.

Definisi Konstruk Personaliti

Ekstrovert • Individu suka berada, berinteraksi dan
bekerja dengan orang ramai.

Pencapaian • Individu ini seorang yang bersemangat
dan bermotivasi untuk menyelesaikan
tugas. Mahukan kejayaan dan suka
persaingan walaupun banyak
halangan.

Kepelbagaian • Individu yang dapat menerima dan
mudah menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi. Sukakan
pengalaman yang pelbagai ke arah
perubahan berterusan.

Definisi Konstruk Personaliti

Intelektual • Individu berminat kepada aktiviti yang
memberi cabaran dari aspek
intelektual. Mementingkan aktiviti
yang berbentuk kognitif dan ilmiah.

Kepemimpinan • Individu yang suka mengawal orang
lain atau lebih suka memimpin
daripada dipimpin.

Struktur • Individu suka kepada perkara yang
teratur, kemas, terperinci dan mengikut
peraturan.

Definisi Konstruk Personaliti

Resilien • Individu yang cekal, mempunyai daya
tahan dan ikhtiar yang tinggi untuk
menyempurnakan sesuatu tugasan.

Menolong • Individu berkecenderungan untuk
menunjukkan rasa empati, kasih
sayang dan suka memberi bantuan
kepada orang lain.

Analitikal • Individu yang suka membuat
pemerhatian dan analisis sebelum
membuat keputusan. Keputusan adalah
berdasarkan fakta dan bukti..

Definisi Konstruk Personaliti

Kritik Diri • Individu yang tidak stabil dari aspek
emosi dan psikologi. Mempunyai
anggapan bahawa orang lain adalah
lebih baik.

Wawasan • Individu yang berpandangan jauh,
memiliki daya imaginasi yang tinggi,
memikirkan idea-idea yang tidak
terjangkau oleh orang lain, dan
berkarisma.

Ketelusan • Individu yang telus dalam memberi
maklum balas terhadap item ujian ini.

Contoh Item Tret Personaliti

Bil Item Ya Tidak
1. Saya tidak sepandai rakan saya
2. Terus terang menyatakan kesalahan orang
3. Terus berusaha hingga berjaya
4. Memberi tempat duduk kepada wanita hamil
5. Resah apabila bersendirian
6. Saya tidak yakin berjaya dalam hidup ini
7. Tidak terikut dengan pujukan kawan
8. Memesan makanan mengikut selera sendiri
9. Memarahi pelayan jika pesanan lambat
10. Seronok dijemput ke majlis keramaian

Contoh Item Tret Personaliti

Bil Item Ya Tidak
11. Sering membuat pilihan salah
12. Saya tidak pernah marah
13. Saya membuat keputusan sendiri
14. Tidak menerima sesuatu bulat-bulat
15. Orang lain kata saya suka bercakap
16. Saya amat yakin saya boleh berjaya
17. Suka dipuji dikhalayak ramai
18. Saya tidak suka diarah
19. Saya memaksa seseorang bagi mendapatkan apa

yang saya hendak
20. Saya tidak pernah cemburu

Tafsiran Skor- Agresif

Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40%
Anda seorang yang pasif, mudah
dimanipulasi dan terlalu menjaga perasaan
orang lain.

Sederhana 40-70% Anda seorang yang asertif, iaitu berani
menyatakan hak, perasaan dan pandangan
sendiri tanpa menafikan hak dan perasaan
orang lain.

Tinggi 70-90% Anda seorang yang cepat bertindak tanpa
berfikir, sangat berterus terang tanpa
menghiraukan perasaan orang lain, sangat
tegas dalam mempertahankan hak dan yang
penting matlamat anda tercapai.

Inventori Minat dan Kerjaya

Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973,
1985, 1996) mengutarakan empat andaian
asas yang menjadi nadi dan teras kepada
teori ini

Holland- Andaian 1

TERDAPAT Realistik
6 JENIS PERSONALITI Investigatif

Artistik
Sosial
Enterprising
Konvensional

Holland- Andaian 2

Terdapat enam jenis persekitaran
pekerjaan yang menyokong personaliti
individu dan di dominasi oleh jenis
personaliti tertentu iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Konvensional (K).

Ringkasan bagi enam jenis persekitaran
pekerjaan ini ialah RIASEK.

Holland- Andaian 3

 Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan
yang selaras dengan personaliti yang membolehkan
mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta
melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha
menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang
wujud dalam persekitaran tersebut.

 Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas
sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam
persekitaran kerja yang selaras dengan
personalitinya. Misalnya, individu yang mempunyai
personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat
bekerja dalam persekitaran realistik juga.

Holland- Andaian 4

 Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan
melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-
kriteria persekitarannya.

 Apabila kita mengetahui tentang pola personaliti
dan persekitaran, secara tidak langsung kita akan
dapat meramalkan pemilihan kerjaya, pencapaian
kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku
pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

Definisi Operasional: Realistik

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

1. Realistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran
(Membuat) praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek,

peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai
kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,
lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek
praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka
bekerja di luar bangunan.

Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator,
pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi,
pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba
dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin,
mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot.

Tret Personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka
menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur,
natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan
berprinsip.

Definisi Operasional: Investigatif

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

2. Investigatif Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran

menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan

(Memikir) mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian,

mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis,
menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan
matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan
intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya
bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi,
psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani,
ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli
kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi,
profesor, guru sains dan matematik.

Tret Personaliti: pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual,
introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.

Definisi Operasional: Artistik

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

3. Artistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi
(Mencipta) yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif,

inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang
kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang.
Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil
seni kreatif.

Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis,
pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis,
wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen,
juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek.

Tret Personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika,
emosional, introspektif, reflektif, tulin, bebas, sensitif dan
idealistik.

Definisi Operasional: Sosial

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

4. Sosial Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,
(Menolong) kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan

membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai
kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang
lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi
perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja
sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu,
pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari/
pramugara dan pemandu pelancong.

Tret Personaliti: sosial, suka menolong, bekerjasama,
mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati,
bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Definisi Operasional: Enterprising

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

5. Enterprising Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan

pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya

(Memujuk) suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan

mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea.
Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan
organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator,
eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran,
pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel,
pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen
pelancongan.

Tret Personaliti: ciri kepimpinan, sukakan pencapaian,
bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi,
kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri,
optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi,
berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak
berkomunikasi.

Definisi Operasional: Konvensional

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

6. Konvensional Persekitaran pekerjaan yang melibatkan kerja
(Mengurus) berstruktur, teratur, melibatkan data, nombor,
dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja
secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan
kira-kira, guru perdagangan/ guru perakaunan,
akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai
cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit,
juruwang dan pegawai perangkaan.

Tret Personaliti: berstruktur tinggi, teliti, teratur,
daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan
dan rutin, menurut perintah, cermat dan cekap
mengemaskini.

Contoh Item Minat-Kesukaan

Bil. Item YA TIDAK

1. Membuat kerja tangan
2. Membaca buku mengenai komputer
3. Meminati suasana zoo
4. Melawat pameran hiasan dalaman
5. Menghayati keindahan alam
6. Mendengar masalah rakan
7. Melakukan aksi ngeri
8. Menulis sajak
9. Menghias taman
10. Mencuba masakan baru

MODEL HEXSAGON HOLLAND
Inventori Minat dan Kerjaya

RI

KA

ES

KESELARASAN / KONGRUENS

 Jenis personaliti tertentu memerlukan jenis persekitaran yang tertentu
juga.

 Cth 1: Darjah keselarasan yang tinggi berlaku apabila jenis personaliti
Sosial berada dalam persekitaran Sosial juga. Padanan ini merupakan
padanan yang tepat.

 Cth 2: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang
berhampiran iaitu persekitaran Enteprising atau Artistik, maka darjah
keselarasannya berlaku secara sederhana.

 Cth 3: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang
bertentangan seperti Realistik, menunjukkan tiada keselarasan berlaku.
Hasil ketidakselarasan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati,
menghasilkan perlakuan kerja yang tidak berkesan dan menjadikan
individu merasa kurang stabil dari segi kepuasan kerja dan gaya hidup.

KESELARASAN / KONGRUENS

RI

KA

S-S : Keselarasan tinggi
S-A : Keselarasan sederhana

E S S-E : Keselarasan sederhana
S-R : Tiada keselarasan

KESELARASAN / KONGRUENS

PERSONALITI PERSEKITARAN TAHAP
KERJAYA KONGRUEN

SOSIAL DENGAN SOSIAL TEPAT / TINGGI

SOSIAL DENGAN ARTISTIK SEDERHANA

SOSIAL DENGAN REALISTIK TIADA

Contoh Item Ujian Aptitud

Skala Penskoran

4. Menerangkan diri saya sepenuhnya
3. Menerangkan sebahagian diri saya
2. Menerangkan sedikit mengenai saya
1. Tidak menerangkan diri saya

Item Ujian
1. Muzik sangat penting dalam kehidupan seharian saya
2. Tugasan bernombor mudah untuk saya
3. Saya suka hadir ke majlis sosial
4. Saya sayang haiwan peliharaan
5. Membaca peta adalah mudah bagi saya
6. Saya boleh memainkan alat muzik dengan baik
7. Saya boleh melukis dengan baik


Click to View FlipBook Version