The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SURIANI BINTII SYED ALI KPM-Guru, 2023-02-01 21:16:25

Kerajaan yang sezamanpdf

Kerajaan yang sezamanpdf

KERAJAAN ALAM MELAYU YANG MASYHUR


KERAJAAN ANGKOR Diasaskan oleh Jayavarman II Zaman kemasyhuran adalah pada zaman pemerintahan Suryavarman II. Beliau berjaya meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar. Beliau juga berjaya menghalang ancaman Champa dan Dai Viet Beliau juga berjaya mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar Angkor mengalami kemerosotan apabila di serang oleh Siam selepas kematian Jayavarman VII.


KERAJAAN MAJAPAHIT Diasaskan oleh Raden Vijaya Zaman kemasyhuran adalah pada zaman pemerintahan Patih Gajah Mada. Beliau berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan Majapahit. Beliau juga berjaya meluaskan tanah jajahannya ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo,bahagian selatan timur Sulawesi dan kepulauan Maluku. Beliau juga berjaya menjadikan majapahit sebagai pusat perdagangan pada abad ke-14 Majapahit mengalami kemerosotan apabila diserang oleh kerajaan Demak selepas kematian Patih Gajah Mada


KERAJAAN KEDAH TUA Kerajaan muncul apabila terdapat penglibatan masyarakat di Guar Kepah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas Nama lain bagi Kedah Tua ialah Kataha, Kalah-bar dan Chieh Cha’a. Kemasyhuran Kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang Kerajaan Kedah Tua mengalami kemerosotan apabila munculnya pengasasan Kesultanan Kedah di negeri Kedah


KERAJAAN GANGGA NAGARA Diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna Pendapat lain pula mengatakan kerajaan ini diasaskan oleh Raja Khmer dari Kemboja Kemasyhuran kerajaan ini dikaitkan dengan sering dikunjungi oleh pedagang luar kerana kaya dengan hasil bumi seperti emas dan bijih timah Mengalami kemerosotan apabila diserang oleh tentera Chola dari India.


KERAJAAN ALAM MELAYU DAN KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN ABAD KERAJAAN ALAM MELAYU KERAJAAN LUAR Pertama Funan Empayar Rom,empayar Parsi, empayar Kushan, Dinasti Han Kesembilan Champa, Srivijaya,Angkor Kerajaan Abbasiyah,empayar Byzantine,Dinasti Tang, kerajaan Chola Ke-14 Champa, Angkor,Majapahit Empayar Mongol,kerajaan Turki Uthmaniyah,Kesult anan Delhi


HUBUNGAN PERDAGANGAN Kedudukan Alam Melayu yang strategik di laluan perdagangan antara timur dan barat serta kekayaan hasil bumi mendorong pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain. Kemakmuran ekonomi kerajaan Alam Melayu adalah disebabkan sikap keterbukaan pemerintah kerajaan Alam Melayu yang mendorong pedagang luar menjalankan kegiatan perdagangan di Alam Melayu


HUBUNGAN KEAGAMAAN Agama Hindu tersebar di Alam Melayu melalui peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin Agama Buddha tersebar melalui peranan Asoka yang telah menghantar sami-sami Buddha ke Alam melayu Agama Islam tersebar melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah


HUBUNGAN DIPLOMATIK KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN CHINA Funan: Tujuan= Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet Champa: Tujuan= Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet Majapahit: Tujuan= Menjalinkan hubungan persahabatan Angkor: Tujuan= Memperkukuh persahabatan dan perdagangan Srivijaya: Tujuan= Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan Kedah Tua: Tujuan= Memperkukuh hubungan perdagangan


HUBUNGAN DIPLOMATIK KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN INDIA Funan: Tujuan= memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India Majapahit: Tujuan= Mengeratkan hubungan persahabatan Srivijaya: Tujuan= Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan Angkor: Tujuan= Mengeratkan hubungan persahabatan


Click to View FlipBook Version