INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 3 TAHUN 2021
MPU3062
KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM
BUKU LOG PANDU PUTERI KADET
TUGASAN 2: RANCANGAN LATIHAN PERMAINAN
NAMA NURUL ATIRAH BINTI ABDUL FATTAH
KUMPULAN PENDIDIKAN KHAS 1
NO KAD PENGENALAN 011118121056
NAMA PENSYARAH PN MARIANI BINTI ALI
TARIKH HANTAR 14 JULAI 2021
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL ISI KANDUNGAN 2
Biodata 3
Maklumat Kumpulan 4
1.0 Lencana Dunia dan makna 5
2.0 Lencana Pandu Puteri Malaysia dan makna 5
3.0 Panji-panji 5
3.1 Bendera Pandu Puteri Dunia 6
3.2 Bendera Pandu Puteri Malaysia 7
4.0 Lambang Kumpulan Patrol 9
5.0 Sejarah Unit Beruniform 10
5.1 Sejarah pengasas 10
5.2 Sejarah penubuhan
5.3 Sejarah penubuhan di Malaysia 16
5.4 Tujuan penubuhan 19
5.5 Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan 21
6.0 Carta Organisasi 22
6.1 Peringkat kebangsaan 23
6.2 Peringkat negeri (Cawangan) 24
6.3 Peringkat daerah 25
6.4 Peringkat IPG
6.5 Peringkat sekolah 27
6.6 Peringkat kumpulan
6.7 Fungsi majlis tadbir
7.0 Prinsip asas Pandu Puteri
7.1 Persetiaan
8.0 7.2 Cogan kata 27
7.3 Undang-undang 28
9.0 7.4 Piagam 28
10.0 7.5 Visi/misi 29
7.6 Nilai 29
7.7 Objektif 30
7.8 Cara hormat 30
Pengurusan dan pentadbiran
8.1 Pendaftaran ahli dan kumpulan 31
8.2 Kuasa penganjur 32
8.3 Struktur unit 33
8.4 Pengurusan buku log/folio/laporan aktiviti 35
8.5 Tanggungjawab pemimpin 37
8.6 Pakaian seragam ahli dan pemimpin 38
Lagu Pandu Puteri 48
Laporan Mingguan
10.1 Laporan Minggu 1 49
10.2 Laporan Minggu 2 50
10.3 Laporan Minggu 3 52
10.4 Laporan Minggu 4 54
RUJUKAN 56
LAMPIRAN 57
BIODATA
Nama : Nurul Atirah binti Abdul Fattah
No Kad : 011118-12-1056
Pengenalan
Tarikh Lahir : 18-11-2001
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,
Sabah
Alamat Tetap : Lorong 6, Rumah No 12, Taman Putera
Jaya, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Institut Pengajian : IPG Kampus Darulaman, Bandar Darul
Aman, 06000 Jitra, Kedah
Program : PISMP JUN 2020 Pendidikan Khas 1
Pengajian
Nama Patrol : Melur
1
MAKLUMAT KUMPULAN
MELUR
“Melur taat dan setia, berusaha setiap masa”
Ahli Kumpulan:
1. ALIA BINTI MUSTAFA (ketua kumpulan)
2. ADLEEN NABILAH BINTI ASMADIE
3. NURUL ATIRAH BINTI ABDUL FATTAH
4. SHAARMINI A/P AMAIYAPARTHEVAR
5. NOR ALIYA BINTI ZAIBUDIN
6. NURUL ANIS IZZATI BINTI MOHD SULAIMAN
7. NURUL HUWAINA BINTI ZULKURNAIN
8. NUR FARAH NATASHA BINTI KAMARUL ZAMAN
2
1.0 Lencana Dunia dan Makna Trefoil
Jalur/Urat Tajam
Bintang
Tapak
(Lencana Dunia Pandu Puteri)
SIMBOL MAKSUD
Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil) Tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.
Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang
sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri.
Jalur atau urat menajam ke atas Melambangkan jarum kompas yang sentiasa
menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang
Dua bintang benar dalam kepanduan.
Melambangkan Persetiaan dan Undang-
undang yang menjadi pedoman hidup kita.
Lencana Trefoil Dunia (World Badge) ialah lambang WAGGGS. Lencana ini hanya
boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh
yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, lencana ini merupakan simbol
perpaduan di kalangan Pandu Puteri sedunia. Warna emas pada lambang ini membawa
maksud sinaran matahari yang memancar ke atas semua kanak-kanak tanpa mengira
bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang
melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang asalnya telah diperkenalkan oleh Lord
Baden Powell. Bentuk segi empat bujur ke atas di tengah-tengah daun adalah jarum
kompas yang menunjuk ke arah utara, iaitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri.
Manakala, dua bintang di sebelah kiri dan kanan menandakan Persetiaan dan Undang-
Undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.
3
2.0 Lencana Pandu Puteri Malaysia dan Makna Trefoil
Bintang
(Lencana Pandu Puteri Malaysia)
Simbol Penerangan
Trefoil Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri
Bintang pecah empat belas 13 buah negeri di Malaysia. 1pecahan lagi
menghala ke atas menandakan jarum kompas
bermaksud jalan yang benar.
Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS –
World Association of Girl Guides and Girl Scouts) pada tahun 1928, semua negara
bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar, sebagai lambang cita-cita
Pandu Puteri. Reka bentuk lencana Pandu Puteri Malaysia pada mulanya diperkenalkan
pada bulan Januari tahun 1962. Ia dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya
Latihan, Ibu Pejabat. Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut
sehelai daun yang jatuh ke tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya.
Berikutan satu perbincangan sesama ahli-ahli kadetnya, mereka telah mencapai kata
putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya reka bentuk daun tadi digunakan
sebagai reka bentuk trefoil. Ini meggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah
digunakan sebelum tahun 1962.
Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau
cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu
Puteri di bawahnya. Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan.
Cantuman tiga daun ini melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini.
Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah-tengah cantuman daun itu bererti wujudnya
perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di negara ini. Ini penting
kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahli walaupun terdiri daripada
bangsa, agama dan budaya berlainan. Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf
ahli semasa Upacara Pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Jadi
lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan.
4
3.0 Panji-panji
3.1 Bendera Pandu Puteri Dunia
Bendera Dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya
diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang
diadakan pada tahun itu. Pepina dan Bendera Dunia yang baru
ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian PAX
LODGE. Tiga petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan
bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian Putih
di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri terhadap keamanan. Lencana Dunia
berwarna kuning emas dalam latar biru melambangkan matahari
menyinari kanak-kanak di dunia.
3.2 Bendera Pandu Puteri Malaysia
Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap
perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah
mahupun sekolah. Ia juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri atau
Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri. Latar belakang
keseluruhan bendera ini berwarna biru. Lencana Pandu Puteri
Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan di tengah-
tengahnya. Ia membawa maksud matahari menyinari setiap
kanak-kanak di dunia. Perkataan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia mengelilingi lencana tersebut.
4.0 Lambang Kumpulan Patrol
5
5.0 Sejarah Unit Beruniform
5.1 Sejarah pengasas
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell Olave St.Clair Soames (Lady Baden
Powell)
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord
Baden-Powell atau BP merupakan pengasas Pengakap dan Pandu Puteri. Baden-Powell
dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia
pada 8 Januari, 1941.
Lady Baden Powell pula merupakan orang yang bertanggungjawab dalam
mengembangkan Pergerakan Pandu Puteri ini. Nama sebenarnya ialah Olave St. Clair
Soames yang dilahirkan pada 22 Februari 1889. Sepanjang membesar, beliau kurang
berpuas hati dengan kehidupannya yang terkongkong daripada melakukan aktiviti lasak
kerana beliau dilahirkan dalam keluarga yang berada. Beliau inginkan kebebasan untuk
bergaul dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan kerja-kerja amal.
Detik permulaan terciptanya Pandu Puteri adalah apabila pada satu
perhimpunan pengakap (Boy Scouts) di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul
sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini.
Disebabkan pengakap semasa itu hanya dikhaskan untuk lelaki, remaja wanita tersebut
telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell.
Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan
programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada
6
Guides Corps di India. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes,
mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan
seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri. Pada tahun yang sama, Sir Robert
yang baru bersara daripada kerjayanya sebagai askar mula bergerak secara sepenuh
masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap
dan Pandu Puteri pada tahun 1912, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan
seterusnya berkahwin dengannya.
Pada tahun 1916, Lord Baden Powell telah menubuhkan Pergerakan Pandu
Puteri secara rasmi dan Lady Baden Powell telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri
pada tahun 1918. Pada tahun 1918-1919, Lady Baden Powell telah menubuhkan
Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa yang bertanggungjawab secara langsung
terhadap Pergerakan Pandu Puteri di tanah jajahan takluk Britain yang kemudiannya
dikenali sebagai Persatuan Komanwell. Majlis Antarabangsa pula bertanggungjawab
sebagai badan perantaraan antara Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negeri dengan
Persatuan Pandu Puteri di negara-negara lain. Kini, Majlis Antarabangsa dikenali
sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS).
Pada tahun 1970, beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis.
Dalam keadaan sedemikian, lawatan dan pengembaraan beliau mula dikurangkan dan
akhirnya dihentikan terus. Beliau sekadar menyumbang kata-kata perangsang kepada
ahli-ahli Pergerakan Pandu Puteri yang sempat menemuinya. Lady Baden Powell
akhirnya meninggal dunia pada tahun 1977 dalam usia 88 tahun.
Pemergiannya amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat dunia.
5.2 Sejarah penubuhan
Penubuhan pergerakan Pandu Puteri di serata dunia kian pantas berlaku
walaupun ia diasaskan di Britain. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10
7
negara yang berbeza. Kumpulan-kumpulan dari berlainan negara ini mempunyai
pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi
prinsip dan cita-cita yang sama. Di United Kingdom dan sesetengah negara,
pergerakan ini dikenali sebagai Pandu Puteri(Girl Guides), manakala di Amerika dan
sesetengah negara lain pula ia dikenali sebagai Pengakap Puteri(Girl Scouts). Banyak
kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15
lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri mereka, termasuklah Brazil,
China dan Estonia. Pertumbuhan pesat ini adalah atas sokongan dan usaha ramai
wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua
melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti
Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska
(pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu
membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.
Oleh sebab pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan
untuk menyatukan semua ahli. Oleh itu, Olave Baden-Powell membentuk Majlis
Antarabangsa (International Council) pada tahun 1919. Majlis ini sangat berjaya.
Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan.
Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang
kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar
pendapat. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula
merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang
pertama diadakan. Setelah itu, Buletin Dunia pula dikeluarkan dan kini dikenali sebagai
“Our World News”.
Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam
mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919,
Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia dan pada tahun 1930,
Olave Baden-Powell pula dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Selepas
Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun
1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan pasangan Baden-Powell dan
mencadangkan pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa
Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua
pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal tentang perkara tersebut.
Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara sebulat suara membuat keputusan
8
untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).
Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Satu draf
perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.
5.3 Sejarah penubuhan di Malaysia
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu
Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916. Pada
tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat
Pandu Puteri di Calcutta, India. Pada mulanya, Pusat Pentadbiran PPPM berada di
Singapura pada tahun 1956 dan telah dipindahkan ke Wisma Pandu Puteri, Kuala
Lumpur pada tahun 1957. PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun
1958. Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan
bilangan ahli melebihi 130,000 orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas,
tidak terlibat dengan parti politik atau mana-mana badan kerajaan, dan tidak
berasaskan keuntungan.
Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides
and Girl Scouts (WAGGGS) dan diterima sebagai ahli Tenderfoot dalam tahun 1960.
Pada tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member). PPPM
mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang
berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan
negara dan bangsa malalui visi PPPM "Menerajui perkembangan potensi gadis dan
wanita untuk membawa perubahan." Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan
menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan
wanita dewasa agar mampu menjadi seorang pemimpin yang berkaliber pada masa
akan datang. Persatuan
9
Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak
pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan
perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan
remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Setelah 100 tahun berada di Malaysia,
PPPM telah menyumbang ke arah melahirkan pemimpin wanita yang hebat, cemerlang
serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
5.4 Tujuan pertubuhan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) mempunyai tujuan mendidik, melatih dan
mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang
peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk
menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa,
mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untukmembantu
orang lain. Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui
program Pandu Puteri mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang
menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.
5.5 Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan
Istiadat lingkungan tunas
i. Pemimpin akan menentukan tempat
perjumpaan dibuat dan meletakkan
panji ditengah-tengah kawasan.
ii. Tetapkan satu tema untuk rekaan
membentuk lingkungan contohnya
tema haiwan, kenderaan dan lain-lain
yang sesuai dan menarik. Pemimpin
boleh memanggil kumpulan untuk
masuk satu persatu.
iii. Arahan akan diberikan untuk ketua Tema: Kenderaan (Kapal Terbang)
kumpulan berenam membentuk
lingkungan. Pemimpin akan
menentukan giliran patrol.
iv. Contohnya, Kumpulan Melur masuk
seperti arnab bergerak sebaris
mengelilingi panji dan kemudian
berdiri dalam lingkungan besar (yang
akan terbentuk setelah enam
kumpulan mengambil tempat)
v. Apabila semua kumpulan telah
berada dalam lingkungan besar,
semua ahli berpegang tangan dan
berskip ke kiri sambil menyanyikan
lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah
10
selesai skip ke kiri, skip pula kekanan
dan menyanyikan lagi Pandu Puteri
Tunas.
Catatan: Tujuan menggunakan tema
adalah sebagai satu cara yang
menarik bagi ahli membentuk satu
lingkungan besar.
vi. Setiap kumpulan akan masuk secara
bergilir (tanpa pegang tangan),
berskip dan humming (bernyanyi- Tema: Haiwan (Ayam)
nyanyi kecil) lagu kumpulan.
vii. Ahli kumpulan akan membuat
lingkungan kecil di sekeliling panji,
pegang tangan dan skip ke kiri dan
kanan sambil menyanyikan lagu
kumpulan.
viii. Setelah selesai ahli kumpulan akan
melepaskan tangan dan masuk
semula ke lingkungan besar
didahuluidengan ketua kumpulan.
ix. Semasa berskip balik ke lingkungan
besar, ahli sekali lagi humming lagu
kumpulan.
x. Setelah selesai keenam kumpulan
menyanyikan lagu patrol masing-
masing, semua ahli pegang tangan
dalam lingkungan besar, skip ke kiri Lingkungan besar
dan ke kanan beramai-ramai.
Kemudiannya, menyanyikan lagu
Pandu Puteri Tunas.
xi. Setelah selesai menyanyikan lagu dan
berskip, semua ahli berhenti,
lepaskan tangan dan berdiri tegak .
xii. Pemimpin akan sebut perkataan
’T.O.S’ sekali.
xiii. Ahli meletakkan tangan dalam
keadaan hormat (aras bahu) dan
sebut T.O.S tiga kali .
xiv. Setelah selesai serentak turunkan
tangan.Aktiviti semasa dalam
lingkungan adalah seperti
menyampaikan maklumat,
memeriksa kebersihan ahli dan
pakaian seragam, membuat kutipan
dan lain-lain.
xv. Lingkungan boleh ditutup dengan
cara rekaan atau cara yang diguna
dalam ladam kuda.
Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli
baharu (sekiranya ada):
11
• Setelah semua kumpulan berenam Istiadat Lingkungan Tunas
membentuk lingkungan secara bersama Ahli Baru
rekaan, ahli baharu akan masuk ke
tengah panji dan duduk
bertinggung.
• Setelah selesai semua ahli
menyanyikan lagu kumpulan, ahli
baharu berdiri berpegang tangan
dan menyanyikan lagu ahli baharu
sambil skip ke kiri dan kanan.
• Ahli baharu akan skip ke kumpulan
berenam mereka.
• Semua ahli skip ke kiri dan kanan
beramai-ramai menyanyikan lagu
Pandu Puteri Tunas.
Pow Wow
Istiadat ini merupakan satu cara yang
menarik untuk tujuan perbincangan,
mengundi, membuat keputusan dan aktiviti
bercerita. Pow wow dikendalikan oleh
pemimpin.
Cara melaksanakan:
i. Pemimpin akan memanggil ahli untuk
melakukan Pow Wow.
ii. Ahli akan memberi respon dengan
berpegang tangan dan menyebut
Pow Wow berulang kali.
iii. Ahli berkumpul membuat lingkungan
kecil dan duduk berlutut.
iv. Pemimpin memberi arahan kepada Lingkungan kecil Pow Wow.
ahli. Sekiranya mereka ingin memberi
pendapat, letak tangan atas telinga
seperti arnab (3 jari).
v. Semasa ahli ingin memberi undi
rahsia, letak tangan dibelakang dan
tunjukkan isyarat seperti gengam jari
(tidak setuju) atau buka genggaman
(setuju).
vi. Pemimpin boleh bergerak
mengelilingi belakang ahli untuk
mengira undian.
vii. Apabila selesai Pow Wow, semua ahli
boleh berdiri dan bersurai.
Hormat Besar
Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai
12
satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan
orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan
semasa ahli dalam bentuk lingkungan.
i. Semua ahli berdiri tegak dan kedua-
dua tangan diletak dibawah dagu
seperti kuntum bunga yang belum
berkembang.
ii. Tetamu akan masuk ke lingkungan
dibawa oleh ahli lain.
iii. Pemimpin boleh memberi signal dan
ahli serentak beraksi menggayakan
kuntum bunga yang tertutup
beransur-ansur berkembang.
iv. Semua ahli dalam lingkungan secara
serentak bertepuk tangan di atas
bahu kiri empat kali sambil Lingkungan Hormat Besar
mengucap “selamat datang”.
v. Kemudian, ahli bertepuk tangan di
atas bahu kanan empat kali dan
menyebut “selamat datang”.
vi. Semua ahli berdiri tegak dan
memberi isyarat hormat sambil
memberi senyuman.
vii. Ahli boleh menyanyikan lagu
“Selamat Datang”.
Ladam Kuda Pandu Puteri
Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum
Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam
Kuda:
Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20
ahli)
- Pasukan (Pasukan menghadap
Kapten dalam keadaan Sedia)
- Ketua, masuk baris (Ketua
kumpulan berbaris di hadapan
kapten bahu ke bahu)
- Pasukan, masuk baris! (Kumpulan
masuk baris di belakang ketua
masing-masing dan berada dalam
keadaan senang diri)
- Pasukan, sedia.
- Pasukan, hentak kaki… hentak!
- Pasukan, ke ladam kuda, cepat
jalan!
13
Cara 2: Untuk Pasukan Besar.
Kumpulan 1 dan 4 mengetuai pergerakan
kawad membentuk Ladan Kuda. Kumpulan 2
ikute belakang Kumpulan 1 manakala
Kumpulan 3 ikut belakang Kumpulan 4.
Kumpulan 1 dan 4 akan bertemu dan
berselisih di puncak Ladam Kuda dan terus
berkawad hingga tiba di kedudukan yang
bertentangan dengan kedudukan permulaan.
1. Pasukan, berhenti! Cara 1: Pasukan Kecil
2. Ke dalam pusing.
14
Cara2 : Pasukan Besar
Pelantikan ahli baru
Pelantikan dimulakan dengan pembentukan
Ladam Kuda. Setelah ahli membentuk
Ladam Kuda, arahan seperti berikut akan
diberi:
1. Pasukan panji-panji keluar baris! (2
pasukan panji)
· Pasukan panji-panji, cepat jalan!
· Berhenti!
· Ke kiri/kanan pusing!
2. Ketua kumpulan bawa ahli baru ke Hormat Bendera.
hadapan untuk dilantik
· Ahli baru, masuk baris!
· Ahli baru, cepat jalan!
· Berhenti!
· Ke kiri/kanan pusing!
· Hormat Bendera, hormat!
· Ke kanan/kiri pusing!
· Cepat jalan!
· Berhenti!
· Ke kanan/ kiri pusing!
· Masuk baris.
· Ke dalam pusing!
15
6.0 Carta Organisasi
6.1 Peringkat Kebangsaan
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN
Penaung Diraja
Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Yang Dipertua- Yang Dipertua Ahli- ahli Ex-Offico
Cawangan
Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
Bahagian Kebangsaan
16
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LEMBAGA EKSEKUTIF
KEBANGSAAN
Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Yang Dipertua- Pesuruhjaya- Pesuruhjaya- Ahli- ahli
Yang Dipertua pesuruhjaya pesuruhjaya Ex-Offico
Perkembangan
Cawangan Bahagian Kebangsaan
Kebangsaan
PJ PP Kelip-Kelip PJ Antarabangsa Setiausaha
PJ PP Tunas Kehormat
PJ Program
PJ PP Remaja Bendahari
PJ PP Renjer PJ Struktur & Kehormat
PJ PP Klover Pengurusan
Penasihat
PJ Guild PJ Keahlian Undang-
Undang
PJ Perhubungan
Dengan Masyarakat
PJ Latihan
17
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LEMBAGA EKSEKUTIF
KEBANGSAAN DENGAN PORTFOLIO
Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Yang Dipertua- Pesuruhjaya- Pesuruhjaya- Ahli- ahli
Yang Dipertua pesuruhjaya pesuruhjaya Ex-Offico
Perkembangan
Cawangan Bahagian Kebangsaan
Kebangsaan
PJ PP Kelip-Kelip Majlis PP PJ Antarabangsa Setiausaha
PJ PP Tunas Renjer Kehormat
PJ PP Remaja PJ Program
PJ PP Renjer Guild Trefoil Bendahari
PJ PP Klover PJ Struktur & Kehormat
PJ Guild Pengurusan
Penasihat
PJ Keahlian Undang-
Undang
PJ Perhubungan
Dengan Masyarakat 18
PJ Latihan
6.2 Peringkat Negeri (Cawangan)
MAJLIS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN
19
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT CAWANGAN
20
6.3 Peringkat Daerah
MAJLIS PESURUHJAYA DAERAH
LEMBAGA EKSEKUTIF DAERAH
21
6.4 Peringkat IPG
YANG DI PERTUA
NAIB YANG DI PERTUA
KETUA UNIT KOKURIKULUM
DAN PENYELARAS UNIT
BERUNIFORM
SETIAUSAHA
(PESURUHJAYA IPG)
PEMIMPIN
KETUA PASUKAN
KETUA PATROL
TERATAI KESIDANG CEMPAKA
MELUR SIANTAN KENANGA
22
6.5 PERINGKAT SEKOLAH
PENAUNG
(GURU BESAR)
PENASIHAT
GPK KO KURIKULUM
BAHAGIAN PP BAHAGIAN PP BAHAGIAN PP RENJER
TUNAS REMAJA
KAPTEN PEMIMPIN
PENGERUSI KAKAK KAPTEN PEMIMPIN DEWASA
SETIA DEWASA
LEFTENAN
SETIAUSAHA SITI LEFTENAN (PEMIMPIN DEWASA)
SETIA I & II (PEMIMPIN DEWASA)
KETUA PASUKAN
KETUA PASUKAN PP KETUA PASUKAN PENOLONG KETUA
TUNAS (AHLI)
SETIAUSAHA
KAKAK BERENAM KETUA KUMPULAN & BENDAHARI AJK
PENOLONG KETUA
AHLI PANDU PUTERI
AHLI PANDU PUTERI AHLI PANDU PUTERI RENJER
TUNAS REMAJA
23
6.6 PERINGKAT KUMPULAN
PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS
KAKAK SETIA
SITI SETIA
KETUA PASUKAN
KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA
PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN
SANTAN TERATAI KESIDANG CEMPAKA KENANGA
MELUR
PEN. KETUA PEN. KETUA PEN. KETUA PEN. KETUA PEN. KETUA PEN. KETUA
PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN PASUKAN
AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI
24
6.7 Fungsi majlis tadbir
a) Pengerusi
i. Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan,
pentadbiran dan kegiatan persatuan.
ii. Bertanggungjawab mempengerusika semua Mesyuarat Jawatankuasa
Persatuan.
iii. Menandatangani setiap minit mesyuarat sebagai pengesahan.
iv. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Persatuan
dalam perlaksanaan tuga mereka.
v. Menentukan akaun Persatuan sedia untuk diaudit, diluluskan dan
dikemukakan ke Cawangan
vi. Bertanggungjawab dalam memastikan belanjawan dan perancangan
belanjawan persatuan tersusun rapi.
b) Naib Pengerusi
i. Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
ii. Mengambil ahli jawatan Pengerusi apabila beliau meletakkan jawatan
sehingga pengerusi baharu dilantik.
iii. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan persatuan.
iv. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan.
c) Setiausaha
i. Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan serta menjadi Pegawai
Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan unit.
ii. Membantu Jawatankuasa Persatuan dalam memelihara perhubungan dengan
Badan-badan Kerajaan, Swasta serta Perhubungan lain.
25
iii. Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk
Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi.
d) Penolong Setiausaha
i. Membantu setiausaha menjelaskan segala tugas dan tanggungjawabnya.
ii. Bekerjasama dengan Setiausaha
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yanng diarahkan dari semasa ke semasa.
e) Bendahari
i. Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan
ii. Bertanggungjawab untuk menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata
Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci kira-kira
bulanan dan tahunan.
iii. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Persatuan serta
Unit.
iv. Menandatangani semua cek yang dilakukan bersama pegawai yang dilantik
oleh Jawatankuasa Persatuan .
v. Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukaakan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.
vi. Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan audit dan kewangan.
vii. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Persatuan seperti
tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat serta lain-lain.
f) Ahli Jawatankuasa
i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
26
7.0 Prinsip Asas Pandu Puteri
7.1 Persetiaan
Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri
Bahawa Dengan Sesungguhnya, Saya Berjanji Dan
Bersetia Dengan Sedaya Upaya, Menunaikan
Kewajipan Saya Kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Saya Malaysia, Menolong Orang Setiap Masa, Dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.
7.2 Cogan kata
“Selalu Bersedia”
Be Prepared
"Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri.Ini
bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa
bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan
sebarang imbuhan dan balasan.
27
7.3 Undang-undang
Seorang Pandu Puteri
1. Boleh Dipercayai
2. Sentiasa Taat Dan Setia
3. Suka Menolong Orang Lain
4. Bersahabat Dengan Semua Orang Dan Bersaudara
Dengan Ahli
Pandu Puteri Yang Lain
5. Sentiasa Bersopan Santun
6. Melindungi Haiwan Dan Memelihara Alam Sekitar
7. Sentiasa Menurut Perintah
8. Bersemangat Dan Bergembira Walaupun Dalam
Kesulitan
9. Sentiasa Berjimat Cermat
10. Suci Dalam Fikiran, Perkataan Dan Perbuatan
7.4 Piagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
∞ Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti
∞ Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program PanduPuteri
∞ Melahirkan ahli yang berkaliber
∞ Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
∞ Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
∞ Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
28
7.5 Visi dan misi
VISI
Menerajui Perkembangan Potensi Gadis Dan Wanita Untuk Membawa Perubahan
Taking The Lead In Developing The Potential Of Girls And Women For Change
MISI
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mempunyai Komitmen Melahirkan
Golongan Wanita, Remaja Dan Dewasa Yang Berkaliber Melalui
Penerapan Ilmu, Kemahiran Dan Nilai Pandu Puteri Demi
Kepentingan Nusa, Bangsa Dan Antarabangsa.
Girl Guides Association Malaysia Is Committed To Develop Girls And
Women Of Calibre Through Internationalization Of Girl Guiding
Knowledge, Skills And Values To Benefit The Society And Country.
7.6 Nilai
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikutsetiap
masa:
∞ Integriti
∞ Kejujuran
∞ Hormat-menghormati
∞ Tolerasi
∞ Kasih Sayang
∞ Bantu-membantu
29
7.7 Objektif
Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan
dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat,
berinisiatif dan berdaya kreatif.Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga
negara yang peka, berguna,bersih, cekap, amanah dan bertimbang rasa terhadap orang
lain.
7.8 Cara hormat
Cara Hormat Pandu Puteri
Cara Pandu Puteri memberi dan
menerima hormat adalah sama
seperti hormat Pengakap. Semasa
memberi hormat ini,tangan
hendaklah diangkat separas
dengan dahi dan berdiri dalam
keadaan sedia.
Maksud Hormat Pandu Puteri
∞ Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.
∞ Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu
yang lemah.
Penggunaan Hormat Pandu Puteri
∞ Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,raja-raja,pembesar-
pembesar negara dan negeri, pemimpin Pandu Puteri negara, negeri, daerah
dan kumpulan.
∞ Semasa menerima hadiah dan kurniaan.
∞ Semasa istiadat mengibar bendera .
∞ Semasa memberi penghormatan kepada jenazah.
30
8.0 Pengurusan dan Pentadbiran
8.1 Pendaftaran ahli dan kumpulan
Pendaftaran Ahli
PROSEDUR PENDAFTARAN
∞ Lengkapkan borang-borang pendaftaran
∞ Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild
∞ Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
∞ Ahli Seumur Hidup
∞ Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada
Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
∞ Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran
Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild).
∞ Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan berpandukan butiran
pembayaran berikut.
Pendaftaran Kumpulan dan Pasukan
1. Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip, Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu
Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet, Pasukan
Pandu Puteri Siswi, Pasukan Pandu Puteri Dewasa, Guild Pandu Puteri Raja, Guild
Trefoil, Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya serta Kumpulan Ahli Sukarela Pandu Puteri
hendaklah disahkan serta didaftarkan secepat mungkin.
2. Borang pendaftaran boleh didapati daripada ibu pejabat kebangsaan atau ibu
pejabat cawangan ataupun dari laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
3. Borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat
kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Daerah
dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
4. Borang pendaftaran dari Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu) hendaklah
dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran
pendaftarannya melalui Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
31
5. Borang pendaftaran Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi hendaklah
dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran
pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa Kebangsaan.
6. Yuran pendaftaran pasukan dibayar hanya sekali.
7. Ibu pejabat kebangsaan merekod pendaftaran dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran
Pasukan.
8. Pasukan perlu mengemaskinikan dan membaharui pendaftaran tahunan ahli-ahlinya
dengan ibu pejabat kebangsaan melalui eDaftar.
9. Pembaharuan pendaftaran tahunan berserta bayaran yuran ahli perlu dihantar ke ibu
pejabat kebangsaan tidak lewat daripada 30 Mac setiap tahun melalui Pesuruhjaya
Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan .
10. Sijil pendaftaran adalah hak milik pasukan. Jika sijil hilang, bayaran dikenakan untuk
sijil ganti.
Catatan: Pesuruhjaya Daerah mesti melaporkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan
mengenai pasukan yang tidak aktif atau terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.
Ketua Pesuruhjaya Cawangan memaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu
Puteri Malaysia untuk tindakan ibu pejabat kebangsaan.
8.2 Kuasa penganjur
Tanggungjawab kuasa penganjur
o Meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu pejabat
Persekutuan Pandu Puteri Malaysia.
o Merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official
signatories) bagi akaun simpanan atau akaun semasa untuk unit Pandu Puteri.
o Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit Pandu
Puteri.
o Mengesahkan penyata akaun unit yang disediaka oleh pemimpin Pandu Puteri.
o Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan,
kembara, perkhemahan untuk ahli.
o Menyelia dan mengawal kemajuan unit Pandu Puteri.
32
8.3 Struktur unit
Struktur Organisasi Induk
YANG DIPERTUA
HJ. HASHIM BIN ASMAN
NAIB YANG DIPERTUA
DR. HJH. AMANI BINTI ABDULLAH
MUBARAK
KETUA UNIT KOKURIKULUM DAN
PENYELARAS UNIT UNIFORM
EN. ABD SATAR BIN HAMZAH
SETIAUSAHA
(PESURUHJAYA IPG)
HJ. HASHIM BIN ASMAN
PEMIMPIN
PN. MARIANI BINTI ALI
PN. NUR HIDAYAH BINTI HASHIM
KETUA PASUKAN
NADZIHAH BINTI TAHAS
KETUA PATROL
TERATAI MELUR KENANGA
NUR SHAHIDA BINTI HALIM
ADLEEN NABILAH BINTI SHARIFAH NUR HAZIQAH
ASMAMDIE BINTI SYED OMAR
CEMPAKA SIANTAN
FARAH BALQIS BINTI MOHD
AYUNI MASTURA BINTI
ABDUL AZIZ KUDZI
33
Struktur Organisasi Pasukan
PENASIHAT
PN MARIANI BINTI ALI
PENGERUSI
NADZIHAH BINTI TAHAS
NAIB PENGERUSI
NUR SYAFIQAH BT MOHD ZAMRI
SETIAUSAHA
ANIS ZAFIRAH BINTI JAMALLUDIN
PENOLONG SETIAUSAHA
AFRINA BINTI NAWANG
BENDAHARI
NUR FARAH NATASHA BINTI
KAMARULZAMAN
PENOLONG BENDAHARI
ANISA AYUNI BINTI HAKIM
AHLI JAWATANKUASA
AKTIVITI ADIBAH HANIM BINTI KHAIROL PERALATAN ADLEEN
NASSUHA SHAARMINI A/P AMAIYAPARTHEVAR
NURUL ATIRAH BINTI ABDUL FATTAH
KEHADIRAN NURUL ANIS IZZATI BINTI MOHD PERHUBUNG NURAINI BINTI MOH YUSFARIZAL
SULAIMAN AN NURUL NAJIHAH BINTI AZRAN
DOKUMENTA NURUL FIRZANAH BINTI ABDUL
SI KARIM EFFENDY
TUGAS KHAS
SHARIFAH NUR HAZIQH BINTI SYEP KEBAJIKAN ALIYA
OMAR AYUNI MASTURA BT ABDUL AZIZ
ALIA BINTI MUSTAFA
PROTOKOL& NOORSAMRIZA BINTI MAST ASRI
ARIESYA
NUR FARAH IZZETY BINTI ZOLKIPLI DISIPLIN NURUL HUWAINA BINTI ZULKURNAIN
34
8.4 Pengurusan buku log/folio/laporan aktiviti
Buku Log merupakan sebuah rekodcatatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia
merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri
Tunas. Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan
panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia
juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu
aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan
menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam
bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.
(1) Jenis-jenis Buku Log
(a) Buku Log Peribadi
Buku Log ini mengandungi:
∞ Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di
sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan
∞ Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua
peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)
(b) Buku Log Kemajuan
Buku Log ini mengandungi:
(i)Semua laporankemajuan Program Pandu Puteri Tunas
(ii)Laporan Lencana kecekapan
(c) Buku Log Acara
Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai
Contoh acara adalah seperti:
(i) Perkhemahan/ Cuti pasukan
(ii) Khidmat
(iii) Lain-lain projek
35
(2) Ciri-Ciri Buku Log
Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada
pengalaman yang dilalui.
Pastikan:
(a)Bahan-bahan disusun kemas
(b)Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat
(c)Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan
(d)Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan
(e)Keaslian dan kreativiti amat digalakkan
(f)Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak
KECUALI biodata / profil diri dan gambar
(3)Kandungan Buku Log( setiap buku log)
(a)Biodata/ Profil Diri
Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui
siapa penulisnya. Contohnya:
Nama
No. Mykad / No Mykid / No surat beranak
Tarikh lahir
Alamat rumah
No tel rumah / No tel bimbit
Alamat e-mail
Nama &alamat sekolah
No tel sekolah
Nama pasukan
Nama Kumpulan Berenam
36
(b)Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri
Jawatan yang dipegang
Pencapaian dalam Pandu Puteri
Senarai acara Pandu Puteri yang disertai
(4)Kandungan laporan aktiviti
Tarikh, tempoh, aktivitiatau program yang dihadiri
Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan
Renungan –ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yang diperoleh
semasa menyertai acara
Sertakan lampiran seperti:
(i) Bahan asal atau salinanbercetak
(ii)gambar-gambar acara
(iii)salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan
Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu
Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisian buku log
tersebut
8.5 Tanggungjawab pemimpin
∞ Menubuhkan pasukan
∞ Membentuk jawatankuasa
∞ Mengetuai perjumpaan
∞ Mendaftarkan pasukan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
∞ Merujuk Pesuruhjaya Daerah/Negeri untuk mendapatkan pandangan/nasihat dan
bantuan
∞ Bekerjasama dalam pengendalian dengan pemimpin lain di dalam dan di luar
daerah dan negeri.
37
8.6 Pakaian seragam ahli dan pemimpin
PANDU PUTERI KELIP-KELIP
PANDU PUTERI TUNAS
38
PEMAKAIAN LENCANA CALIT
EMAS DAN TANGGA EMAS
Calit Emas
Tangga Emas
Calit emas di jahit 3 jari dari Tangga emas di jahit
‘shoulder flashes’ sebelah lengan di selempang
kiri
39
KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG PANDU
PUTERI TUNAS
JAWATAN DI DALAM PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS
40
BAJU PERKHEMAHAN/AKTIVITI
1. Baju T PPPM berwarna biru. Ianya perlu
dibeli dari Kedai Ibu Pejabat PPPM.
2. Bagi mereka yang bertudung:
• tudung hitam kosong tanpa sebarang
hiasan dan dimasukkan ke dalam baju.
3. Seluar sukan berwarna biru tua atau hitam.
4. Kasut hitam
5. Stokin hitam
6. Baju ini di guna pakai untuk semua peringkat
ahli Pandu Puteri
7. Vest hanya boleh dipakai bersama dengan
baju TPPPM
8. Skaf tidak perlu di pakai bersama baju T
41
PANDU PUTERI REMAJA
42
KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG
PENERIMA ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA
43
PANDU PUTERI RENJER
44
PEMIMPIN
BAJU KURUNG BERPESAK • Baju rasmi adalah baju kurung berpesak biru
• Shoulder flashes dijahit rapat pada kelim
bahu kanan dan kiri
• Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah
• Beg hitam kosong
BAJU KEBAYA • Baju kebaya kelepet pendek
• Shoulder flashes dijahit rapat pada kelim
bahu kanan dan kiri
• Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah
• Beg hitam kosong
BAJU PERJALANAN AKTIVITI • Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan
BAJU BATIK PPPM princes cut
• Topi bowler
• Tudung hitam kosong
• Klip PPPM bersama skaf pemimpon
• Shoulder flashes dijahit rapat pada kelim
bahu kanan dan kiri
• Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak
ketat
• Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah
• Beg hitam kosong
45
KADET IPG
1. Ahli Kadet memakai skaf berwarna ‘royal blue’
yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali.
2. Lencana pelantikan untuk kadet berwarna
putih.
3. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan
berpotongan ‘princess cut’.
4. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu
kanan dan kiri.
5. Lencana dunia dipakai disebelah kanan dada
6. Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan
lurus dan tidak ketat.
7. Kasut bertutup, berwarna hitam dan bertumit
rendah.
8. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong
tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke
dalam baju
KLOVER
1. Ahli klover memakai skaf berwarna maroon
yang di lipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali dan
di pakai bersama wogel
2. Lencana pelantikan Klover berwarna merah
jambu
3. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan
berpotongan‘princess cut’.
4. Lencana Dunia dipakai pada bahagian dada
sebelah kanan
5. Jata mengikut cawangan dan di jahit 3 jari
(5cm) dari puncak skaf.
6. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu
kanan dan kiri.
7. Seluar berwarna biru gelap, berpotongan lurus
dan tidak ketat
8. Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit
rendah
9. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong
tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke
dalam baju
46
GUILD
1. Selendang putih
1. Blaus berlogo berpoket dua dan
berpotongan ‘princess cut’ dipakai ketika
dalam perjalanan dan aktiviti.
2. ‘slit’ belakang baju di bahagian punggung
adalah jenis belah bertindih.
3. Topi ‘bowler’ pemimpin.
4. Klip PPPM berwarna emas atau wogel
dipakai bersama skaf Guild berwarna hijau
dan lencana pelantikan ahli Guild yang juga
berwarna hijau diletakkan diatasnya
5. Skaf dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali.
6. Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim
bahu kanan dan kiri.
7. Seluar biru gelap berpotongan lurus dan
tidak ketat
8. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah.
9. Beg hitam kosong
1. Vest biru gelap di pakai bersama baju
TPPPM
2. Seluar berwarna biru gelap, berpotongan
longgar.
3. Kasut berwarna hitam, bertutup dan
bertumit rendah.
4. Jika bertudung :Tudung berwarna hitam
kosong tanpa sebarang hiasan dan
dimasukkan ke dalambaju
47