BMMB 1074 ENCIK SHAHREN
ISU DAN CABARAN
BAHASA MELAYU
DIADMNITAPALERARAYIBSNAIGNAKGADSTAAN
Directed by MUHAMMAD SYAHMI
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin
kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
(BMM 1074) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada En. Mohamed Shahren Bin Abdullah, selaku pensyarah bagi kursus tugasan ini kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam
usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya En. Mohamed
Shahren Bin Abdullah atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini
dijalankan.Selain itu, saya turut berterima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan padu mereka semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan baik dan lancar.
PENGENALAN
Menurut Siti Khajar Abdul Aziz di dalam Bahasa Melayu 1 (2008), Bahasa Melayu moden dikatakan
bermula pada abad ke-19. Jika dilihat di dalam catatan sejarah, bahasa Melayu mempunyai kedudukan
yang sangat tinggi di mata dunia. Sejak abad ke-7 pada zaman Srivijaya, bahasa Melayu sudah menjadi
bahasa yang mempunyai peranan yang sangat besar. Bahasa Melayu diterima pakai dan menjadi bahasa
pentadbiran kerajaan Srivijaya dan seluruh jajahan kerajaan wilayah, kuasa maritim yang sangat besar
ketika itu. Srivijaya bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, tetapi juga
sebagai bahasa perniagaan dan pengajian agama ketika itu. Itulah saatnya peranan Bahasa Melayu
sebagai Lingua Franca atau bahasa perhubungan umum dari rantau Alam Melayu telah digunakan oleh
semua bangsa tidak hanya oleh penduduk Alam Melayu bahkan oleh orang dari India dan China. Orang
yang datang ke Alam Melayu perlu mempelajari Bahasa Melayu, dimana sesiapa yang tidak dapat
berkomunikasi dalam bahasa Melayu boleh dianggap sebagai golongan yang tidak terpelajar. Pada Zaman
Kesultanan Melayu yang ketika itu meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera, Pasai sekitar abad 13
hingga 19 sesudah kedatangan agama Islam menyaksikan bahasa Melayu menjangkau puncak
kegemilangannya sebagai bahasa tamadun Melayu. Peranan Melayu dalam ilmu, pentadbiran,
perdagangan, undang-undang dan sebagai bahasa perhubungan diplomatik meliputi semua bidang
tamadun yang baik. Pada masa itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang tersebar dan digunakan
dengan sangat meluas, bukan sahaja bagi orang Melayu, tetapi juga bagi kumpulan etnik lain, seperti Arab,
India, Cina, Parsi dan Eropah. Tetapi, kegemilangan bahasa Melayu tidak kekal selamanya kerana sejak
Alam Melayu dijajah oleh kuasa barat, kelihatan kedudukan bahasa Melayu semakin rapuh dan semakin
luntur dalam jiwa bangsa Melayu itu sendiri. Perkara ini tidak terpencil dan tidak berdaya, kerana lahir
pahlawan-pahlawan berbahasa Melayu, mereka bekerja keras untuk mengekalkan bahasa Melayu dan
mengembalikan kegemilangan linguistik catatan sejarah. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang perlu
ditempuh sama ada dari dalam negara kita sendiri mahupun cabaran di peringkat antarabangsa bagi
mencapai hasrat untuk melihat bahasa Melayu disanjung semula oleh seluruh dunia.
1
ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
DAN PERINGKAT ANTARABANGSA
PENDIRIAN RAKYAT MALAYSIA YANG MEMANDANG REMEH TERHADAP BAHASA IBUNDA
Cabaran terbesar dalam mengekalkan bahasa Melayu ialah orang Melayu sendiri memperlekehkan
bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim (2004), memperkatakan bahawa bahasa Melayu, cabaran yang
sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa
Inggeris mempunyai kepentingan dan kesesuaian sebagai bahasa antarabangsa pada zaman kini.
Disebabkan Itu, terdapat masyarakat yang tidak menitikberatkan bahasa kebangsaan menyebabkan
kedaulatan bahasa Melayu tercabar. Hal ini disebabkan sejak kecil lagi mereka lebih diajar bahasa Inggeris
menyebabkan mereka lebih lancar bercakap bahasa Inggeris.Mereka hanya menganggap bahasa Melayu
sebagai mata pelajaran yang mesti lulus dalam peperiksaan awam. Terdapat juga segelintir masyarakat di
Malaysia yang meragui kredibiliti bahasa Melayu, kerana percaya bahawa bahasa Inggeris lebih unggul dan
"elegan" daripada bahasa Melayu. Akibatnya, wujudlah bangsa Melayu yang mempunyai satu sikap tidak
kisah terhadap bahasa ibunda. Misalnya, apabila mereka disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebin
suka bertutur dalam bahasa Inggeris atau lebih teruk, mereka menggunakan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris secara berselang seli. Oleh Itu salah satu cabaran yang dihadapi pada abad ke-21 adalah sikap
penutur dan kita perlu mengambil tindakan agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat
sendiri.
KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA
Cabaran seterusnya yang dihadapi bagi memartabatkan bahasa Melayu ialah wujudnya kepelbagaian
kaum di negara kita. Di negara Malaysia, kebiasaannya akan timbul satu masalah perpaduan kerana
Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Hal ini kerana setiap kaum di
Malaysia mempunyai latar belakang bahasa, budaya dan kepercayaan yang berbeza. Jika diperhatikan
dengan lebih mendalam, Isu ini secara tidak langsung menyumbang masalah dalam usaha
mempertahankan bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan kaum lain lebih selesa
menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan di Malaysia. Sebagai contoh, kaum Cina akan lebih selesa bertutur dalam bahasa Mandarin
manakala kaum India lebih selesa bertutur dalam Bahasa Tamil. Sebagai contoh, anak-anak di sekolah
kebiasaannya akan bertutur dengan rakan yang sama kaum dengannya sahaja. Kesannya, akan kurang
komunikasi yang melibatkan pelbagai kaum kerana mereka lebih suka berbual dengan kaum mereka
sendiri atas sebab persamaan bahasa dan hal ini boleh menyukarkan bahasa Melayu mengukuhkan
kedudukannya di Malaysia. Jika perkara ini tidak dapat dibendung, maka lama-kelamaan bahasa Melayu
kita yang tercinta berkemungkinan akan rosak, hilang kesantunan dan keasliannya.
2
WUJUDNYA BAHASA BARU IAITU BAHASA ROJAK (CAMPURAN BAHASA)
Bahasa Rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod atau
lebih difahami apabila seseorang rakyat Malaysia itu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu
pertuturan di mana bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Contoh bagi bahasa rojak ialah," Kau
smart-smart (cantik / lawa) ni nak pergi mana? ”. Dalam konteks ini dapat dijelaskan bahawa ayat tersebut
merupakan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris. Sebenarnya, sikap penutur itu
sendiri merupakan punca utama penggunaan bahasa rojak semakin kerap digunakan. Hal ini kerana sikap
penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebiasaanya penutur
bahasa rojak mendalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa
Inggeris yang sebenar. Jadi, mereka akan menggunakan inisiatif ini dengan cuba melatih kemahiran
berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Selain itu, penggunaan bahasa dalam
media massa dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Dalam meniti arus pemodenan
ini, sekurang-kurangnya seseorang manusia itu akan mempunyai telefon bimbitnya sendiri. Gadjet yang
canggih itu telah menyediakan banyak aplikasi sosial yang menjadi kegunaan masyarakat di seluruh
dunia. Kesudahannya, wujudnya media sosial seperti Instagram, Whatsapp, Telegram, Twitter dan banyak
lagi juga menyebabkan penggunaan bahasa rojak semakin hari-semakin berleluasa. Hal ini menyebabkan
kebanyakan pengguna di antara rakyat Malaysia sendiri yang tidak menitikberatkan penggunaan bahasa
Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Namun, sudah menjadi
kebiasaan kepada golongan ternama dan terpelajar menggunakan bahasa rojak di media sosial. Hal ini
dapat menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran
berbanding daripada menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Akibat daripada penggunaan bahasa
Rojak ialah penguasaan bahasa Melayu terus merosot, lemah dan terhakis. Ini akan menjejaskan bahasa
pengetahuan, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang dan budaya. Selain itu, ia juga menjejaskan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kerana penghayatan terhadap bahasa Melayu kini dipandang
remeh dan enteng.
3
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM SEKTOR PENDIDIKAN
Bahasa Melayu menghadapi cabaran untuk menjadi bahasa ilmu pada tahun 2003. Selepas 52
tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun melaksanakan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pendidikan, Bahasa Melayu telah diluluskan pada 1996 Akta Pendidikan dan Aka
IPTS 1906, dan semua IPTS boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Semua
peringkat mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini telah
menjejaskan status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Terdapat beberapa pejuang dan
tokoh bahasa bekerjasama untuk mengekalkan dan memperkasakan bahasa Melayu. Namun, yang
membuktikan kejayaan sesuatu bangsa bukan berdasarkan kecekapan berbahasa Inggeris, tetapi
kefahaman tentang sesuatu perkara dalam bahasa ibundanya sendiri. Namun, terdapat masyarakat
luar yang menganggap orang Melayu tidak akan maju jika tidak menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa ilmu.Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari
perspektif penggunaannya dalam bidang pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam
beberapa bidang utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia (Nik Safiah Karim 2004). Tokoh
mempercayai bahawa bahasa Melayu semakin berkembang dalam sektor pendidikan. Kejayaan
adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi kejayaan tidak kekal, kerana terdapat golongan elit,
masyarakat kelas atasan, dan peminat bahasa Inggeris yang bersedia untuk belajar di luar negara
dan memerlukan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran tertentu. Oleh itu,
seperti yang anda lihat hari ini, terdapat banyak sekolah yang mengajar subjek sains dan matematik
sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Di peringkat pengajian tinggi, kecuali jurusan bahasa, hampir
semua jurusan diajar dalam bahasa Inggeris. Pelajar mesti mempelajari jurusan tertentu dalam
bahasa Inggeris, seperti undang-undang, sains dan matematik. Tindakan ini secara tidak langsung
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk menimba ilmu diketepikan.
PENUTUP
Pendek kata, pendekatan yang konkrit dan pragmatik perlu diguna pakai untuk mengekalkan
bahasa Melayu. Saya berkata ini kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini
perlu diakui dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak boleh
dipertikaikan dan dinafikan lagi. Menurut Kamal Shukri (2007), beliau menyatakan bahawa Jepun
tidak berganjak dalam menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat
pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Jadi, kita sewajarnya mencontohi amalan
positif ini agar bahasa Melayu kita yang indah tetap terjamin. Bahasa Melayu memberi manfaat yang
besar untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berkemahiran. Kita mesti
mempertahankan dan menjunjung bahasa kita. Jika tidak, keturunan kita akan ketinggalan, dan
negara kita akan mudah dijajah oleh kuasa Barat menggunakan bahasa asing.
4
RUJUKAN
Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2011). Sejarah Bahasa Melayu.Kuala Lumpur
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Kamal. (n.d). KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI.
Academia.du. diambil Oktober 19.2021, dari https://www.academia.edu/13588718/
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA_ MASA_KINI
Ahmad Nursalam Zainal Abidin.Muhammad Mahfuz Mod Sabri Fatah Fahti Abdul Raiz,
Nik Nazreen Afifi Ab. Malek,Afif Farhan Nazeri Azrai Awang Kasani. (2017,Januari 13)
.Bahasa Rojak dalam Kalangan Masyarakat. blogspot.com.http://bahasarojakkita.
blogspot.com/2017/01/bahasa-rojak-dalam-kalangan-masyarakat.html
Hashim Bin Hj. Musa, (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi
Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hasliza Hassan. (2018, April 30). Martabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.
Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/04/418798
/martabatkan-bahasa-melayu-ke-peringkat-antarabangsa
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood et al (2015).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Dan Bahasa.
Zulkarnain Farihin. (2009, Oktober 15). BAHASA MELAYU DI LUAR NEGARA. PENA
MENARI MINDA BERAKSI. https://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/bahasa
-melayu-di-luar-negara.html
Rajab, R. (2012, May Friday). Pemerkasaan Bahasa Melayu Cabaran dan Pelaksanaannya. Retrieved
from blogspot: https://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/pemerkasaan-bahasa-
melayu-cabaran-dalam.html
Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi? / Kamal Shukri Abdullah Sani - Repositori Khazanah Melayu. (2016,
October 27). Repositori Khazanah Melayu. Retrieved December 23, 2021, from
https://melayu.library.uitm.edu.my/1833/
5