ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPE APAKAH KEMUDARATAN MENGHISAP VAPE? HUKUM & KAEDAH FIQH TENTANG VAPE APAKAH ITU VAPE? 1 MEI 2024 RM 9.90 SMRM 10.90 SSEDISI TERKINI ISU NO.3
MUHAMMAD DANISH 13DKA23F1037 PENULIS IMRAN FARIS 13DKA23F1062 PEREKA GRAFIK MUHAMAD HAZIQ 13DKA23F1052 PENGARANG FARHAN ASYRAF 13DKA23F1070 EDITOR INTRODUCTION OF MEMBERS
ISI KANDUNGAN Pengenalan 1 Definisi vape 2 Jumlah remaja yang terlibat 3 Pendapat ulama, dalil al quran & hadis 4 Kemudaratan 5 Hukum & kaedah fiqh 6 Rumusan 7 Rujukan 8
OBJEKTIF Menerangkan definisi vape Menganalisis jumlah remaja yang terjebak dengan penggunaan vape Menjelaskan pendapat para ulama & dalil al quran & hadis Membincangkan kemudaratan penggunaan vape Menyatakan hukum & kaedah fiqh yang berkait
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan limpah rahmat-Nya.Majalah yang berjudul rokok elektronik atau vape. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang menjaga dari kecil hinggalah kami besar dan banyak memberi semangat dan dorongan kepada kami walau apa jua keadaan sekalipun. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Che Nor Kharsiah Binti Yasin yang telah memberi banyak tunjuk ajar serta penerangan kepada kami dengan sempurna dari awal tugasan Ini diedarkan sehinggalah tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya. Seterusnya kami juga berterima kasih kepada puan kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kami dalam menyiapkan tugas ini. Di samping itu juga, sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang tidak jemu membantu kami dalam menyelesaikan tugas ini. Penerbitan majalah ini merupakan usaha yang penting untuk memastikan umat islam negara ini khasnya dan masyarakat secara umum untuk mendapat kefahaman secara jelas dan mendalam tentang topik ini yang biasanya dianggap sensitif dalam kalangan masyarakat setempat . PENGHARGAAN
Penggunaan vape telah dibincangkan dan dianalisis oleh para ulama. Menurut Jabatan Mufti , vape dianggap haram kerana mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini selaras dengan kaedah fiqh yang menyatakan bahawa tidak boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Keputusan fatwa ini juga didasarkan pada prinsip yang bermaksud menutup pintu kepada kerosakan. PENGENALAN 1
Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai vape.Di samping itu, rokok elektronik atau vape ialah alat yang menggunakan pengewap (vaporizer) berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair yang berperisa khas yang disedut penggunanya untuk mendapat rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Definisi vape 2 isi & huraian
Penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah sekarang ini memang amat membimbangkan. Baru-baru ini tular di media sosial seorang murid perempuan yang memakai baju sukan sekolah menghisap vape tanpa segan silu di tempat awam. Hal ini kerana vape mudah disembunyi atau dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Vape boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Nanostix, misalnya, hanya bersaiz pen.Peratusan pelajar sekolah yang menghisap vape mencecah sehingga 45%. jumlah remaja yang terlibat 3
Fatwa Kebangsaan Hukum vape adalah haram kerana ia memudaratkan bukan sekadar penghisap tetapi passive smoker iaitu orang yang menyedut asap daripada penghisap sendiri. Surah al-Baqarah ayat 195, Allah berfirman: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan." Kebinasaan itu boleh bermaksud bahaya fizikal dan sebagainya. Selain itu juga, Rasulullah pernah bersabda: "Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan memberi kemudaratan (kepada orang lain)." (Riwayat Imam Ahmad) pendapat para ulama & dalil al quran & hadis 4
Terdapat pertambahan kajian-kajian yang mengkaji kesan atau keburukan vape atau rokok elektronik kepada kesihatan. Kandungan nikotin dalam vape atau rokok elektronik boleh membahayakan perkembangan otak remaja. Otak manusia akan terus berkembang sehingga usia 25 tahun. Penggunaan nikotin bagi golongan remaja boleh merosakkan bahagian otak yang mengawal tumpuan, pembelajaran, mood dan kawalan impuls. Selain itu, penggunaan nikotin semasa remaja juga boleh meningkatkan risiko ketagihan kepada dadah atau seumpamanya pada masa akan datang. kemudaratan 5
Kaedah fiqh bagi vape ialah kaedah yang ke4 iaitu ( aldhararu yuzalu ). Maksudnya setiap kemudaratan perlu dihilangkan.Vape mendatang kemudaratan kepad kesihatan manusia seperti kanser paru-paru,asma,batuk dan banyak lagi.Mengikut kaedah fiqh,kemudaratan harus dihilangkan.Oleh itu,vape diharamkan kerana ia mendatangkan kemudaratan. Pada asasnya menghisap rokok elektronik atau vape termasuk dalam perbuatan yang haram sama seperti perbuatan merokok. hukum & kaedah fiqh 6
rumusan Vape sangat popular dalam kalangan masyarakat dengan pelbagai pendapat. Regulasi yang kuat diperlukan untuk melindungi konsumen,dampak sosial dan kesihatan jangka masa panjang yang masih belum difahami sepenuhnya.Pendidikan dan kesedaran amat penting untuk membuat keputusan yang terbaik. 7
https://online.fliphtml5.com/fyjcv/ontx/#p=8 https://theconversation.com/tiktok-promosikanvaping-sebagai-hiburan-menyenangkan-aman-danditerima-secara-sosial-dan-menghilangkanbahayanya-206599P http://e-smaf.islam.gov.my/esmaf/fatwa/fatwa/find/pr/15424 rujukan 8