The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Folio(MPU-23012-Liberalisme-Pluralisme)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 25ddt20f2060, 2022-01-07 11:51:15

E-Folio(MPU-23012)

E-Folio(MPU-23012-Liberalisme-Pluralisme)

POLITEKNIK MERSING
MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme Di

Malaysia

SESI 1 : 2021/2022

NAMA : MUHAMMAD ASRI BIN ROSLI (25DDT20F2060)
NUSHRULLAH BIN LOKMAN (25DDT20F2073)
NAZAR IMAN BIN NIZAM (25DDT20F2072)

PENSYARAH : SITI NOOR MARINI BINTI AS’ARI

ISI KANDUNGAN BI TOPIK MUKA
L SURAT
1 PENGHARGAAN 3

2 OBJEKTIF KAJIAN 4

3 PENGENALAN 5
• MAKSUD LIBERALISME 5
• MAKSUD PLURALISME 6

4 LIBERALISME 8
• SEJARAH 10 – 12
• LIBERALISME DI MALAYSIA 13 - 14
9
5 PLURALISME 10-12
• SEJARAH PLURALISME 18-19
• ISU-ISU PLURALISME DI MALAYSIA
20-23
6 FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN LIBERALISME DAN PLURALISME DI
MALAYSIA 24 - 25

7 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI AJARAN LIBERALISME DAN 26
PLURALISME
27 -28
8 KESIMPULAN

9 SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dalam kesempatan ini,
kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu SITI NOOR MARINI BINTI AS’ARI mengajar subjek
MPU23012, Pengajian Islam di atas kesudian beliau membantu dan
memantau kami setiap minggu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar beliau, proses menyiapkan tugasan ini akan mengambil masa yang lama.

Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat kami serta kedua ibu bapa kami. Mereka
sentiasa memberi dorongan, sokongan dan galakan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, kami bersyukur sebagai satu kumpulan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan cepat
dalam masa yang ditentukan. Kami memberi kerjasama dan memberi pendapat antara satu sama lain dalam tugasan ini. Tanpa
kerjasama kami sebagai satu kumpulan kami tidak akan mampu
menyelesaikan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

01 Menyatakan pengenalan konsep pluralisme 02 Menerangkan tentang definisi
dan liberalisme di Malaysia. liberalisme dan pluralisme di
Malaysia.

03 Menghuraikan tentang sejarah pluralisme 04 Mengenal pasti faktor-faktor penyebaran agama
dan liberalisme. pluralisme

05 Cara mengatasi liberalisme dan pluralisme

PENGENALAN

PENGENALAN

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik
tertinggi.Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun,
maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Umat Islam seringkali
berhadapan dengan isu yang cuba untuk merosakkan kesucian dan kemurnian Islam dengan kemunculan aliran
pemikiran yang melampau seperti muktazilah, Jabariyah dan sebagainya. Kecelaruan pemikiran yang dibawa
ini telah lama mewarnai sejarah umat Islam.Kemunculan fahaman pemikiran baru berteraskan liberalisme,
sekularisme, rasionalisme dan seumpamanya telah mewujudkan ancaman kepada masyarakat Islam di rantau
ini. Ancaman pemikiran yang sedang membelit umat Islam kini boleh mengelincirkan mereka kepada
kesesatan dan kerosakan akidah. Di atas nama kemajuan pada era globalisasi, ancaman pemikiran liberal ini
terus disemarakkan dengan semangat untuk menjadikan agama agar sentiasa relevan dengan peredaran zaman
sehingga ke tahap melangar batas syariah Islam itu sendiri.

Manakala, Perkembangan pluralisme agama di Malaysia bermula apabila unsur-unsur
liberalisme mula meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat. Gerakan liberalisme di Indonesia merupakan
faktor penting dalam perkembangan liberalisme dan pluralisme di Malaysia.

Liberalisme adalah satu bentuk fahaman sekularisme, iaitu memisahkan aspek agama dan
membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama.Perkataan 'liberalisme'
berasal daripada bahasa Inggeris bererti 'kebebasan'. Perkataan ini merujuk perkataan 'liberty' dalam
bahasa Inggeris atau perkataan 'liberte' dari bahasa Perancis bermaksud bebas. Syeikh Sulaiman al-
Khirasi dalam kitabnya, Libraliyah al-Khirasyi menyatakan, "Liberalisme ialah mazhab pemikiran
yang mementingkan kebebasan individu."Mazhab ini menegaskan mengenai wajibnya menghormati
kebebasan individu, serta berkeyakinan tugas utama pemerintah ialah menjaga, melindungi
kebebasan rakyat seperti kebebasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan hak
peribadi dan juga kebebasan individu.

Definisi pluralisme agama pula menurut sarjana di Malaysia berbeza mengikut penerimaan dan penolakan
konsep pluralisme agama. Bagi yang menerima konsep pluralisme agama, mereka mendefinisikan pluralisme agama
dengan maksud kepelbagaian agama atau pluraliti agama,dialog antara agama dan toleransi agama. Manakala bagi mereka
yang menolak, mereka mendefinisikan pluralisme agama dengan menerima kebenaran agama lain (semua agama).



SEJARAH

SEJARAH LIBERALISME

Bagi memahami isu pemikiran Islam liberal dengan lebih lanjut adalah lebih baik untuk difahami bagaimana fahaman ini
bermula. Liberalisme bukan hanya melanda umat Islam, bahkan pemikiran Liberal juga turut berlaku dalam agama lain seperti
agama Yahudi dan Kristian sendiri. Liberalisme dalam setiap agama sering dikaitkan dengan revolusi industri, perkembangan
idealisme politik dan kemajuan teknologi. Dalam mendepani kemajuan kemodenan, lahir kalangan penganutnya agama yang
membuat pentafsiran baru pada kitab agama masing-masing dengan alasan ia lebih bersesuaian dengan perubahan zaman dan
idealogi mereka sehingga terdapat sebahagian tafsiran yang baru itu membawa perubahan yang besar pada maksud sebenar yang
terkandung didalamnya. Tempias perubahan ini terkena juga kepada Islam. Apabila umat Islam mencapai tahap ketamadunan
paling tinggisewaktu zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, masyarakat Eropah mengalami ‘dark ages’ atau zaman gelap

Ia zaman kemunduran kemunduran Eropah dalam segala aspek kehidupan. Masyarakat Eropah dicengkam dan
dimanupulasi oleh golongan agama Kristian yang jauh menyimpang dari ajaran sebenar. Para paderi Kristian Katolik ketika
itu menguasai kepercayaan, bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran dengan memaksa setiap lapisan masyarakat agar patuh
kepada kuasa agama dan gereja. Hak asasi gereja berada di tempat teratas apabila mereka meletakkan setiap dasar-dasar
kehidupan, pentadbiran, ekonomi hinggalah kepada akhlak dan kehidupan individu hanya kepada kuasa gereja. Secara tidak
langsung golongan gereja ini berjaya mengongkong kumpulan bangsawan, ahli perniagaan dan orang awam. Penguasaan dan
pengongkongan para paderi gereja ini, membawa kepada pemberontakan oleh golongan yang ditindas. Mereka ini dari
pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, ini termasuk para cendikiawan yang banyak mengkritik kuasa autonomi
gereja terhadap masyarakat.

Apabila golongan intelek telah berani mengkritik golongan gereja, kumpulan-kumpulan feudal dan kapitalis maka
dari sini munculnya gerakan yang menentang gereja. Antaranya lahir idealism komunis oleh Karl Max menganggap agama
adalah candu masyarakat. Ahli-ahli falsafah Eropah juga mula mempersoalkan agama dalam kehidupan dan kriteria
kebenaran. Impak negatif kepada agama apabila masyarakat mula melihat agama lebih membawa masalah dari kebaikan.
Masyarakat mula berpegang bahawa kebenaran itu relatif dan membuat tanggapan baru bahawa kemunduran berlaku jika kuat
berpegang pada agama dan berada di bawah pengaruh gereja. Seterusnya perkembangan ini membawa kepada zaman
Renaissance iaitu zaman kebangkitan bangsa Eropah dari zaman kegelapan

Liberalisme di Malaysia

LIBERALISME DI MALAYSIA

Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan idea
liberalisme secara lebih meluas. Antara agenda golongan ini ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyama tarafkan
semua agama, agar kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan. Secara tidak langsung kedudukan agama
Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan
IFCatau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa
halangan dan tindakan. Selain itu, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghapuskan kedaulatan agama Islam sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan, atau Islam sebagai agama negara,
sengaja ditafsirkan dengan Islam sekadar agama rasmi sahaja. Tujuan mereka menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia
sebagai Negara Sekular berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam. Dengan sebab inilah mereka turut
menentang pemerkasaan terhadap Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Syariah. Mereka juga berhasrat untuk menghapuskan Institusi-
institusi Agama Islam di Malaysia.

Faktor munculnya pemikiran Islam Liberal adalah disebabkan segelintir individu yang terpengaruh dengan pandangan dan cara
hidup Barat dan peradabannya yang banyak menguasai dan mendominasi pelbagai bidang dan cabang ilmu.

SEJARAH PLURALISME

Sejarah Pluralisme

Pluralisme agama di Malaysia berkembang daripada pengaruh liberalisme di Indonesia. Seiring dengan perkara
demikian, maka muncullah isu-isu berkenaan dengan pengaruh ini seperti isu Perancangan penubuhan Suruhanjaya Antara
Agama (Inter Faith Commission-IFC), artikel 11, kebebasan beragama (Religious freedom), isu kontroversi kalimah Allah dan
lain-lain seumpamanya. Bertambah hangat dalam kemunculan pluralisme agama di Malaysia ialah berkenaan dengan
penerimaan dan penolakan para sarjana dalam konsep pluralisme agama. Pada Mac 2010, ucapan Anwar Ibrahim yang bertajuk
‘Religion Pluralism in a divided world’menjadi tumpuan apabila beliau dikaitkan dengan mendokong fahaman pluralisme
agama dalam ucapannya itu.Bertitiktolak daripada ini maka wacana-wacana yang membincangkan isu pluralisme telah
diadakan, antaranya ialah beberapa siri wacana yang dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
(Muafakat) dengan kerjasama beberapa agensi, antaranya ialah ‘Wacana fahaman Pluralisme Agama dan implikasinya terhadap
masyarakat Islam’ pada 1 Mei 2010, ‘Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 2 Peringkat Kebangsaan dengan tema
Gerakan Pluralisme agama dan pemurtadan Ummah’ pada 14 Disember 2010.



ISU-ISU PLURALISME DI MALAYSIA

1. Perancangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Inter Faith Commission-IFC)
Perancangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) bermula apabila Malaysian
Consultative Council on Budhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau
Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui
memorandum mereka kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001. Penubuhan IRC ini
mendapat tentangan masyarakat Islam sehingga tertubuhnya Allied Coordinating
Committee of Islamic NGOs (ACCIN)6. ACCIN melancarkan bantahan besar-besaran
terhadap IFC. Menurut Mohd Roslan (2010), tuntutan IFC ini telah mendapat tentangan
habis-habisan oleh NGO Islam dan ditolak cadangan penubuhannya oleh kerajaan.

2. Isu kebebasan beragama (Religious Freedom)
Merujuk kepada isu kebebasan beragama di Malaysia, terdapat beberapa perkara
mengenainya iaitu mengenai penubuhan kumpulan Artikel 11, murtad, isu tuntutan
COMANGO, pertikaian peruntukan perkara 121 (1A), kerajaan langit Ayah Pin dan kes
pengikut kerajaan langit Ayah Pin iaitu Kamariah Ali. Kesemua isu ini berkait rapat
mengenai tuntutan hak kebebasan beragama.

3. Kalimah Allah
Isu ini berkaitan dengan tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat buka Islam. Isu ini mula menjadi
kontroversi apabila akhbar minguan Herald menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan
penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbarnya. Isu tuntutan ini menjadi kebimbangan kepada umat Islam
kerana dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.

4. Perkongsian perayaan dan acara keagamaan
Isu berkongsi perayaan dan keagamaan berbangkit apabila muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 pada
12 April 2005 telah mengeluarkan garis panduan orang Islam turut merayakan hari kebangsaan agama orang bukan Islam.
Garis panduan tersebut dikeluarkan untuk digunapakai oleh masyarakat Islam terutamanya pemimpinpemimpin Islam
apabila menghadiri majlis perayaan dan keagamaan agar dapat membezakan upacara-upacara yang bertentangan dengan
akidah Islam.

5. Isu pengharaman yoga.
Isu pengharaman yoga menjadi polemik apabila fatwa dikeluarkan oleh Muzaka Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
melarang masyarakat Islam mengamalkan yoga yang mempunyai unsur-unsur agama Hindu seperti amalan fizikal, unsur-
unsur keagamaan, mantera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya,
penyatuan diri dengan Tuhan atau tujuan-tujuan lain. Amalan ini tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang
muslim. Disebabkan itu, masyarakat muslim dilarang untuk mengamalkannya.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN PLURALISME
DAN PLURALISME DI MALAYSIA

FAKTOR – FAKTOR PENYEBARAN PLURALISME DAN PLURALISME DI MALAYSIA

1. Penyebaran Melalui Media Massa
Media massa merupakan ejen teknologi yang penting dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat. Antara media massa tersebut
ialah media cetak (akhbar, majalah, buku dan sebagainya) dan media eletronik (televisyen, radio dan internet) (Sohana Abdul Hamid
2016).Penyebaran pluralisme agama di Malaysia juga tidak terkecuali dari dipengaruhi oleh faktor media massa.
2. Penyebaran Melalui Kursus Kepimpinan dan Pengurusan.
Kursus kepimpinan dan pengurusan yang asalnya dikesan mempunyai elemen-elemen pluralisme agama di dalamnya ialah kursus
Emotional Spiritual Quotient (ESQ) yang diperkenalkan oleh Ary Ginanjar Agustian. Kursus kepimpinan dan pengurusan ESQ merupakan
kursus di bawah syarikat ESQ Leadership Centre yang berpusat di Jakarta. Kursus ESQ ini telah tersebar di Malaysia melalui penubuhan
beberapa pusat pengajarannya. Mufti Wilayah Persekutuan pada masa itu, iaitu Wan Zahidi bin Wan Teh telah mewartakan ESQ haram
pada 17hb Jun 2010. Pengharaman tersebut berlaku kerana terdapat 10 ciri-ciri penyelewengan dalam kursus tersebut, dan antara salah
satu ciri penyelewengan tersebut ialah mempunyai fahaman yang bersandarkn kepada liberalisme dan pluralisme.Pada tahun 2010,
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam Malaysia telah melakukan semakan kepada kursus
ini dan Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia tetapi bersyarat,iaitu
dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ (Jawatankuasa Kebajikan Islam Malaysia 2016: 32-33).

3. Penyebaran Melalui Ajaran Keagamaan

Faktor penyebaran pluralisme agama yang seterusnya ialah melalui ajaran-ajaran keagamaan.
yang telah difatwakan sesat. Antara ajaran-ajaran keagamaan ini ialah ajaran ‘Ayah Pin’
(Ariffin Muhammad) atau yang dikenali juga dengan kerajaan langit Ayah Pin. Ajaran ini
diasaskan oleh Ariffin Muhammad di Hulu Besut, Terengganu.
Marzuki (2009); Ismail Mina Ahmad (2012); Latifah Abdul Majid et al. (2012)
mengatakan Ayah Pin telah memperkenalkan ajaran yang mempromosikan semua agama
mempunyai kebenaran yang sama dan setiap orang berhak untuk mengamalkan agama dengan apa jua cara
yang mereka sukai.Kerajaan Negeri Terengganu telah mewartakan fatwa ajaran Ayah Pin adalah
sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah pada 4 Disember 1997 (Ruj MB.TR(s)16/72 Bhg.
4; PUN). Manakala, kerajaan negeri Perak pula turut mewartakan fatwa ajaran Ayah Pin pada 30 Januari 2007
(Ruj MPNK: A351 1ST/01/7(72); PU.Pk. 07/2001).

4. Penyebaran Melalui Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memainkan peranan dalam penyebaran pluralisme agama antaranya ialah melalui
Malaysian Interfaith Network (MIN). MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk Konrad Adenauer Foundation (KAF), Institut
Kajian Dasar (IKD), Sister in Islam (SIS), Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism and Sikhs
(MCCBCHS), Council of Curches of Malaysia, Rotary Club dan lain-lain. NGO di dalam MIN banyak menyokong kepada penyebaran
pluralisme agama di Malaysia.

5. Penyebaran Melalui Tokoh-tokoh Berfahaman Liberalisme atau Pluralisme.
Penyebaran melalui tokoh-tokoh yang berfahaman liberalisme atau pluralisme, antaranya ialah tokoh-tokoh dari luar dan juga dari
Malaysia sendiri. Tokoh-tokoh luar yang dijemput ke Malaysia antaranya ialah Irshad Manji yang telah melancarkan bukunya Allah,
Liberty and love (2011) di Dewan perhimpunan Cina Selangordan Kuala Lumpur pada 2016. Selain dari fahaman liberalisme dan
pluralisme, penulis ini juga turut mempromosi homoseksualiti. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan tajuk
Allah, Kebebasan dan Cinta (2012). Kedua-dua buku ini telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana
bertentangan dengan akidah Islam.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI AJARAN LIBERALISME DAN PLURALISME

Ideologi – ideologi Islam liberal haruslah dibendung dan ditangani segera agar kelak tidak merosakkan akidah
umat Islam. Antara langkah yang penting, meletakkan Al-Quran danAs-Sunnah sebagai tunjang rujukan utama. Oleh yang
demikian, sebarang kemusykilan yang kitadapati dalam masalah agama atau perkara yang berkait dengan hukum-hakam
agama perlulahkita menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan pertama, Ini kerana Al-Quran dan As-Sunnah
Allah S.W.T tidak turunkan ianya tanpa tujuan malah sebaliknya menjadi rujukan dan panduan hidup hambaNya di muka
bumi. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam SurahAn Nisa ayat 59 yang terkandung untuk menjadikan Al
Quran dan Hadis sebagai sumber hukumapabila ada perselisihan maka sebaiknya dikembalikan kepada keduanya.

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang suatu perkara, maka kembalikanlah iakepada Allah (Al-Quran) dan Rasul
(sunahnya). Jika kamu benar-benar beriman kepada Allahdan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan
lebih baik akibatnya.” (QS. An-Nisa: 59)

Selain itu, tidak mengeluarkan hukum dan fatwa sendiri sebaliknya perlu rujuk kepada pakar agama atau para
ulama’ tentang sesuatu hukum yang tidak disentuh dalam Quran &Sunnah dek kerana era dunia yang semakin maju yang
boleh menimbulkan banyak hukum yangtidak pasti atau isu dan masalah agama yang mungkin tidak terdapat pada zaman
RasulullahS.A.W. Jika langkah tidak dipandang serius maka akan menyumbang kepada pimikiran liberalyang berpandukan
logik akal dan hak kebebasan tanpa memikirkan hukum hakam agama Islam.Seterusnya, peranan penting golongan para
ulama’ dan ahli intelektual dalam mendidik dan membuka mata masyarakat Islam terhadap fahaman dan ideologi
liberalisme mereka haruslebih berani tampil ke hadapan dan memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling denganlebih
agresif dalam usaha menghapuskan ideologi liberal sebagai contoh di platform mediasosial. Golongan ini juga berperanan
menggiatkan aktiviti penyelidikan ilmu dan programtadabbur Al-Quran. Tambahan lagi, mereka harus merumuskan dasar-
dasar penting dan nilaiIslamisasi berpandukan Syariah yang meliputi ekonomi dan melindungi nilai-nilai moral
masyarakat.

KESIMPULAN

Liberalisme merupakan falsafah besar yang mempunyai cabaran pelbagai bidang termasuklah agama, ekonomi, budaya,
politik dan sosial. Liberalisme pada masa kini dilihat sebagai satu kejahatan dan masyarakat negara ini sering berbincang tentang
liberalisme yang boleh merosakkan akidah akibat ketaksuban kepada kebebasan yang melampau dalam agama. Namun dalam
konteks Malaysia dan Perlembagaan, makalah ini inginkan masayarakat memahami dan cakna pengertian sebenar liberalisme dan
tidak hanya melihat liberalisme dalam ruang lingkup yang sempit. Ringkasnya, liberalisme ialah falsafah yang menekankan prinsip
kebebasan dan tanggungjawab individu, kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad dan ekonomi pasaran terbuka.

Bagi pluralisme pula, ia merupakan pandangan yang berkaitan dengan kebenaran pelbagai agama. Dalam perkembangan
pluralisme ia menjadi dua pandangan iaitu pluralisme sebagai toleransi dan pluralisme sebagai kebenaran mutlak semua agama.
Pluralisme tidak hanya menjadi suatu pandangan, namun juga telah berdampak pada kehidupan beragama.

SUMBER RUJUKAN

( INTERNET)
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pluralisme_agama

ARTIKEL
• AL-BAYAN SIRI 12: DARI LIBERALISME KE ISLAM LIBERAL: SATU SOROTAN oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-

BAKRI
https://zulkiflialbakri.com/al-bayan-siri-12-dari-liberalisme-ke-islam-liberal-satu-sorotan/

ARTIKEL

• ANALISIS LIBERALISME AGAMA DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF AKIDAH ISLAM
MUHAMMADIDRIS DUEREH (UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA) OKTOBER 2013
http://eprints.usm.my/43844/1/Muhammadidris%20Duereh24.pdf

• Liberalisme Dalam Agama : Memahami Pemikiran Golongan Anti Hadis Dan Puncanya.
Penulis
Sakinah Salleh Salleh (UPSI) , Rosni Wazir ( international islamic university college selangor), Abu hamdi Usman
(kolej universiti selangor ), suriani ( international islamic university college selangor).

https://www.researchgate.net/publication/340548945_Liberalisme_Dalam_Agama_Memahami_Pemikiran_Golongan_Anti
_Hadis_Dan_Puncanya/link/5e906336299bf130798dbe00/download

MAJALAH
1. Menyanggah fahaman liberalisme

Prof Madya Leftenan Kolonel Dr Burhanuddin Jalal - Ogos 5, 2017 @ 6:00am
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggah-fahaman-liberalisme


Click to View FlipBook Version