The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD ASRI BIN ROSLI (25DDT20F2060)
NUSHRULLAH BIN LOKMAN (25DDT20F2073)
AHMAD ZAID SYAHMI BIN FADZIL (25DDT20F2032)
MUHAMMAD SOLIHIN BIN ABDUL RAHIM (25DDT20F2042)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 25ddt20f2060, 2022-04-28 00:19:08

E-FOLIO 13 MEI PUNCA DAN PENGAJARAN

MUHAMMAD ASRI BIN ROSLI (25DDT20F2060)
NUSHRULLAH BIN LOKMAN (25DDT20F2073)
AHMAD ZAID SYAHMI BIN FADZIL (25DDT20F2032)
MUHAMMAD SOLIHIN BIN ABDUL RAHIM (25DDT20F2042)

MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI II 2021/2022

TAJUK : E-FOLIO TRAGEDI 13 MEI : PUNCA DAN PENGAJARAN

NAMA MUHAMMAD ASRI BIN ROSLI (25DDT20F2060)
NUSHRULLAH BIN LOKMAN (25DDT20F2073)
KELAS AHMAD ZAID SYAHMI BIN FADZIL (25DDT20F2032)
PENSYARAH MUHAMMAD SOLIHIN BIN ABDUL RAHIM (25DDT20F2042)

DDT 3IS 1

SITI NOOR MARINI BINTI AS’ARI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW. Setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka tugasan yang
diberikan telahpun selesai. Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SITI NOOR MARINI BINTI
AS’ARI selaku pensyarah subjek MPU21032 – Penghayatan Etika dan Peradaban kami yang telah banyak membimbing dan memberi
tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan saya yang berkongsi maklumat serta
motivasi dalam menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekumpulan saya yang gigih siang dan malam
dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga telah banyak mencurahkan idea yang bernas untuk melengkapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak– pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga
segala kerjasama dan usaha yang diberikan akan diberkati oleh Allah SWT. Semoga hasil tugasan kami ini memberi manfaat kepada
masyarakat di luar sana untuk dijadikan sebagai pengajaran.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4
NO TAJUK 5-8
1 PENGENALAN 9 - 15
2 KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 1969 BERMULA 16 - 20
3 PUNCA- PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969 21
4 PENGAJARAN 22
5 KESIMPULAN 23
6 SUMBER RUJUKAN
7 LAMPIRAN

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.Ia merupakan
satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik ,
ekonomi dan sosial masyarakat. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atau peristiwa yang
telah berlaku sebelumnya. Tragedi ini telah meragut ramai nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei
1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

KRONOLOGI

KRONOLOGI

Bagaimana Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 Bermula ?
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang,
telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang
Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan
syak wasangka.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi
majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang
sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP)
menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah
rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis
untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan
menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu
UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor
ketika itu, Dato’ Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai
lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan
penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke
arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Mesyuarat Rumah Menteri Besar Selangor

Menteri besar Selangor, Dato’ Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan
UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera
terpaksa terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu dan
jangka masa yang terhad.Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja (selangor).

PUNCA- PUNCA PERISTIWA 13 MEI
1969

• Pertelingkahan Antara Kaum

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

• Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan

begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu.

• Jepun yang pernah berperang dengan China

sebelum ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

• Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan

perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah
menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari
sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.

• Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan

perniagaan.

• Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau

nelayan kecil.

• Kaum India sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang
• menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera

khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan

Latar belakang pendidikan yang berbeza

• Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu

sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran
mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris.

Pertelingkahan Parti Politik

Pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) PAP
Singapura telah turut serta Pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang Tunku
membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya
dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu Mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal
bahasa dan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan.

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

• PAP tidak puashati terhadap hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan

• Mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan

• Kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

• Perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957,
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah
sebagai bahasa rasmi negara.

• Selepas sepuluh tahun merdeka,bahasa Melayu sahaja yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

PENGAJARAN

Pengajaran
Pergaduhan kaum antara melayu dan orang cina tercetus pada 13
Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak
dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan
pilihan raya tahum 1969 selesai diumumkan.13 Mei 1969 tidak akan berulang
lagi kerana membahayakan keamanan negara dan perpaduan masyarakat
Malaysia.

Antara pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia
ialah:

Kehilangan nyawa dan harta benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah ke
pada berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di antara
kaum melayu dan kaum cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda
yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang telah terkorban
akibat kejadian seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang
pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat dalam
tragedi 13 Mei 1969.

2. Arahan perintah berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.Kerajaan terpaksa mengeluarkan
perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara
kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan
kestabilan negara Ketika itu.Ini membawa kesan yang buruk terhadap
suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana
ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti
menjalankan perniagaan ,susah berinteraksi dan saling berhubungan. Sekatan
lalu lintas dilakukan semasa perintah berkurung.

Keuntungan kepada musuh-musuh negara.

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-
musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang
untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia
sebagai taklukan dan jajahan negaranya.Pengalaman yang perlu
diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan Negara yang
menjadi tidak aman,huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum
berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan
isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman antara kaum dan
segala aktiviti masyarakat tersekat.

KESIMPULAN

Peristiwa 13 mei merupakan peristiwa sejarah pertelingkahan yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara. Peristiwa ini merupakan detik hitam dalam sejarah negara kerana melibatkan pertelingkahan antara
kaum dan menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda di dalam negara. Oleh itu, Tragedi ini telah
menyedarkan semua masyarakat Malaysia betapa pentingnya perpaduan dan bersatu padu dengan kehidupan yang aman dan
damai serta menghindari segala sifat yang mencurigai antara satu kaum dengan yang lain.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat da menuju cita-cita menjadi negara maju, tragedi
pahit seperti penjajahan oleh kuasa luar lebih dari 400 tahun serta peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu terus dijadikan
iktibar dan pengajaran. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan
jambatan perpaduan yang ada dengan berpaksikan pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Jika
gagal, tidak mustahil negara ini kembali dijajah atau peristiwa 13 Mei berulang semula. . Pemimpin dan masyarakat
haruslah memainkan peranan penting untuk mengelakkan tragedi seperti ini berlaku semula dengan hormat-menghormati
antara satu sama lain dan tidak memainkan isu yang membawa kepada masalah perkauman.

Diharapkan semoga rakyat dan dan negara ini terus dijauhi dari segala jenis ancaman baik dari anasir dalam
mahupun luar.

Sumber Rujukan

1. BUKU
• Abdul Rahman Ibrahim(2011), 13 mei 1969 di Kuala Lumpur, Hazrah Enterprise
• May 13 declassified documents on the Malaysia riots of 1969, Kua,Kia Soong(2007)

2. Internet :
• https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

3. Artikel
• https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-

masyarakat-bersatu-padu.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version