KENALI JOHOR DARUL TAKZIM KENALI JOHOR DARUL TAKZIM Adam Irfan Bin Md. Said 3 Omar Adam Irfan Bin Md. Said 3 Omar
01 / BATU PAHAT 02 / JOHOR BAHRU 05 / KLUANG 04 / TANGKAK 03/ KOTATINGGI 06 / KULAI 07 / MERSING 08 / MUAR 09 / PONTIAN 10 / SEGAMAT
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. BATU PAHAT
Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenang. Pada awalnya, ia merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaan dari Teluk Belanga di Singapura. JOHOR BAHRU
Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.Selain itu, nama Kota Tinggi juga bersempena pembinaan kota-kota pertahanan yang terletak di tanah tinggi oleh sultan-sultan Johor sepanjang persisiran Sungai Johor, iaitu Kota Kara (1529), Kota Sayong (1536), Kota Batu (1540), Kota Seluyut (1564), Kota Batu Sawar (1587), Kota Touhid (1623), Kota Tinggi (1685) dan Kota Panchor (1716). KOTA TINGGI
Setelah perkampungan berjaya dibuka, mereka sering berulang alik ke tempat asalnya Cohong dan apabila diajukan pertanyaan "Engkau duduk tang mana?" , maka dijawabnya "Aku duduk tempat tang merangkak sana! Oleh kerana sering disebut perkataan "tempat merangkak" atau "tang merangkak" maka akhirnya diringkaskan menjadi sebutan Tangkak. Pada tahun 1901, Kerajaan Johor mewujudkan sistem pentadbiran moden apabila Pusat Pentadbiran di Cohong dipindahkan ke bandar Tangkak. TANGKAK
Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang' , yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya. KLUANG
Menurut portal Majis Perbandaran Kulai, terdapat dua versi berkaitan asal-usul nama Kulai. Pertama, ia dikatakan daripada perkataan “gui lai” yang bermaksud “kedatangan kura-kura” , yang dikaitkan dengan kemunculan berpuluhpuluh ekor kura-kura menghala ke pekan ketika peristiwa banjir 1920. Terdapat juga versi menyatakan Kulai mendapat namanya daripada “Tengku Lai” yang membawa maksud “Tengku datang” yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu. KULAI
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang. Cerita lisan kedua mengatakan bahawa nama Mersing berasal daripada perkataan "Kangka" dalam bahasa Hokkien yang bererti muara. Sekitar 1880-an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. MERSING
Perkataan 'Muar' dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan 'Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor. MUAR
Menurut seorang ahli sejarah tempatan, Cikgu Hassan bin Muhammad, daerah Segamat asalnya dikenali sebagai Rantau Panjang. Sekitar tahun 1511, Bendahara terakhir Melaka, Bendahara Tepok dan para pengikutnya berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke tangan tentera Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque. Bendahara dan para pengikutnya berhenti berehat di satu lubuk sungai di kawasan tersebut dan meminum air sungai tersebut. Setelah meminumnya, beliau berkata, "Segar amat badanku ini!" , dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai Segar Amat, yang kemudian berubah menjadi Segamat. SEGAMAT
PONTIAN API-API AYER BALOI BENUT SUNGEI PINGGAN RIMBA TERJUN JERAM BATU AIR MASIN SERKAT SUNGAI KARANG PENGKALAN RAJA Bandar Pontian Kechil Bandar Benut Pekan Nanas Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’ . Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar iaitu tempat berteduh bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. PONTIAN
Sesungguhnya, Negeri Johor Darul Ta’zim sememangnya mempunyai pelbagai sejarah penamaan bagi setiap daerahnya yang unik. Oleh yang demikian, kita seyogianya perlu mengambil tahu tentang asal usul tersebut dengan lebih mendalam kerana tak kenal maka tak cinta !