Paper Review
Keberkesanan Kit ‘PaSiKeS’ Membantu Murid Mengaplikasikan
Kemahiran Mengatakan ‘TIDAK’ Terhadap Sentuhan Tidak Selamat
Dr. Zul Aizam bin Yassin1, Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar3, Nurul Aizzah binti Abdul Razak @ Mr Royah
Kade2, Nurul Farzana binti Fahrurrazi4
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu
E-mel:[email protected]
ABSTRAK
Kit ‘PaSiKeS’ iaitu Pastikan Si Kecil Selamat merupakan satu inovasi yang dicipta khas bagi membantu murid-
murid untuk mengaplikasikan kemahiran mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan tidak selamat. Lazimnya,
murid sukar untuk mengatakan ‘Tidak’ apabila berlakunya sentuhan tidak selamat kerana kekurangan
pengetahuan terhadap aspek keselamatan diri. Perkara ini dibuktikan menerusi rekod anekdot yang dijalankan
kepada 10 responden Tahun 2 dari SK IPG Dato’ Razali Ismail yang menunjukkan 82% responden gagal dalam
ujian mengenal sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Secara tidak langsung, mereka gagal untuk
mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan tak selamat. Berpandukan konsep belajar sambil bermain, maka inovasi
kit ‘PaSiKeS’ telah diperkenalkan. Inovasi ini difokuskan kepada dua aspek yang dominan dan
digabungjalinkan dengan kemahiran menulis iaitu cara memegang pensel dengan betul. Fokus pertama ialah
memperkenalkan situasi sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat melalui 10 situasi yang telah ditetapkan
dalam kit. Fokus kedua, murid dapat mengatakan ‘Tidak’ melalui jalan yang dipilih berdasarkan situasi
berkenaan. Fokus sampingan, murid dapat memegang pensel dengan cara yang betul melalui penghasilan sarung
yang telah diciptakan. Hasil dapatan diperoleh menunjukkan responden tersebut dapat mengenal pasti sentuhan
selamat dan sentuhan tidak selamat. Rekod anekdot yang dibuat selepas ujian pos yang dijalankan menunjukkan
peratus lulus adalah melebihi 94%. Mereka dapat mengenal pasti kedua-dua jenis sentuhan sekali gus dapat
mengaplikasikan kemahiran mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan tidak selamat. Perkara ini menjelaskan
bahawa kemahiran mengatakan ‘Tidak’ dapat diaplikasikan setelah kit ‘PaSiKeS’ diperkenalkan. Maka, dapat
dirumuskan bahawa penggunaan kit ‘PaSiKeS’ semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) berjaya
meningkatkan kefahaman responden terhadap dua jenis sentuhan seterusnya mengaplikasikan kemahiran
mengatakan ‘Tidak’ ketika berhadapan dengan situasi sentuhan tidak selamat.
Kata kunci: kit PaSiKeS, sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat, kemahiran ‘tidak’
PENDAHULUAN
Penganiayaan seksual merupakan kes yang membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak di
Malaysia. Statistik telah menunjukkan bahawa kes ini telah mencatat peningkatan dari tahun ke tahun.
Menurut Saito (2000), umur kanak-kanak yang paling berisiko menghadapi penganiayaan seksual
adalah antara 4 tahun hingga 12 tahun. Setelah dilakukan penelitian, puncanya ialah kanak-kanak
yang berada dalam lingkungan ini kekurangan pengetahuan terhadap sentuhan selamat dan sentuhan
tidak selamat. Hal ini kerana mereka gagal memahami konsep-konsep sentuhan dengan sebaik
mungkin. Perkara ini menyebabkan mereka sukar untuk mengenal pasti sama ada berlakunya
penganiayaan seksual atau tidak. Secara tidak langsung, kesukaran ini akan mempengaruhi tindakan
kanak-kanak terbabit untuk mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan tidak selamat.
Pada tahun 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan
menerapkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam kurikulum Pendidikan
Kesihatan (KPM, 2016). Penerapan pendidikan ini merupakan satu proses sepanjang hayat untuk
memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti,
perhubungan dan keintiman sesama insan. Salah satu standard kandungan yang ditekankan dalam
kurikulum ini ialah kemahiran menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi
kesihatan diri dan reproduktif. Fokusnya ialah murid dapat meningkatkan pengetahuan terhadap
sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Jadi, kurikulum baharu iaitu Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS) dapat mengurangkan isu penganiayaan seksual dalam kalangan
kanak-kanak.
Justeru itu, kit ‘PaSiKeS’ telah diperkenalkan untuk membantu kanak-kanak dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) Pendidikan Kesihatan terhadap sentuhan selamat dan
sentuhan tidak selamat. Melalui kit ini, kanak-kanak dapat mengenal pasti jenis-jenis sentuhan sekali
gus mampu untuk mengaplikasikan kemahiran mengatakan ‘Tidak’ sekiranya sesuatu kejadian yang
tidak diingini berlaku. Penerapan elemen belajar sambil bermain dalam kit ini sudah tentu menarik
minat murid-murid untuk belajar. Secara tidak langsung, mereka mudah untuk memahami isi-isi
penting yang ingin disampaikan. Maka, penghasilan kit ‘PaSiKeS’ ini dapat memberi impak yang
positif dalam usaha meningkatkan pengaplikasian kemahiran ‘Tidak’ sekiranya berlaku sentuhan
tidak selamat.
TINJAUAN LITERATUR
Berdasarkan kajian lepas, didapati murid-murid cenderung untuk keliru dan tidak memahami
dengan jelas berkaitan sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat. Kajian yang dijalankan oleh
Tutty (1997) terhadap 231 orang murid sekolah rendah mendapati tahap pengetahuan kanak-kanak
mengenai sentuhan yang selamat dan tidak selamat berbeza berdasarkan gred pembelajaran. Kanak-
kanak yang lebih kecil didapati kurang memahami dengan jelas berkaitan sentuhan tersebut
berbanding kanak-kanak yang lebih berusia.
Sementara itu, terdapat kajian yang dilakukan oleh Putnam (2003) mendapati penganiayaan
seksual terhadap kanak-kanak melibatkan sentuhan selamat dan tidak selamat meningkat seiring
peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Di Amerika Syarikat, data pada tahun 1996 menunjukkan
bahawa hampir 10 % mangsa gangguan seksual terdiri daripada kanak-kanak yang berumur di antara
0 hingga 3 tahun. Kes yang melibatkan kanak-kanak pada peringkat umur 4 hingga 7 tahun pula
meningkat kepada 28.4%. Semenatara itu, kes yang melibatkan kanak-kanak berumur 8 hingga 11
tahun meliputi 25.5 % manakala kes kanak-kanak 12 tahun ke atas meliputi 35.9 % kes. Hal ini
membuktikan berlaku peningkatan kes penganiyaan seksual terhadap kanak-kanak yang bermula
dengan sentuhan tidak selamat dan seterusnya berpotensi untuk menjadi penganiayaan seksual yang
lebih serius.
Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam Norsaleha Mohd
Salleh et al. (2018) mendapati kes penderaan berkaitan seksual turut meningkat dari tahun 2014
hingga tahun 2017. Jumlah keseluruhan kes yang melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan pada
tahun 2014 ialah sebanyak 984 kes yang terdiri dari 64 kes kanak-kanak lelaki manakala 1029 kes
melibatkan murid perempuan. Jumlah ini menurun pada tahun berikutnya kepada 984 kes secara
keseluruhan yang melibatkan 60 kes kanak-kanak lelaki manakala sebanyak 924 kes bagi kanak-
kanak perempuan. Tahun 2015 mencatatkan jumlah keseluruhan kes penderaan seksual sebanyak 978
kes. 57 kes adalah melibatkan kanak-kanak lelaki dan 921 kes melibatkan kanak-kanak perempuan.
Tahun 2016 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 60 kes secara keseluruhan iaitu sebanyak 1038
kes di mana 56 kes melibatkankanak-kanak lelaki dan 978 kes melibatkan kanak-kanak perempuan.
Peningkatan kes terus berlaku pada tahun 2017 iaitu sebanyak 1397 kes secara keseluruhan yang
melibatkan 118 kes kanak-kanaak lelaki dan 1279 kes bagi kanak-kanak perempuan .
Sementara itu, kajian yang dilakukan di India oleh Manisha (2018) mendapati hampir 90 %
gangguan seksual yang bermula dari sentuhan tidak selamat berlaku melibatkan orang yang dikenali
oleh mangsa sendiri dan hanya 10 % sahaja kes yang berlaku melibatkan orang yang tidak dikenali
oleh mangsa. Deb dan Mukherjee (2011) menjelaskan banyak implikasi negatif terhadap kesihatan
mental kanak-kanak yang mungkin berlanjutan sehingga mereka dewasa. Kajian yang dijalankan oleh
Manisha (2018) melibatkan 45 000 kanak-kanak antara umur 7-12 tahun. Sampel kanak-kanak ini
diambil dari 26 negeri di India. Dapatan kajian yang dilakukan ini mendapati satu daripada 2 kanak-
kanak menjadi mangsa kepada penderaan seksual. Penderaan seksual dalam konteks kajian ini ialah
penderaan yang berhubung secara langsung seperti sentuhan terhadap anggota-anggta sulit kanak-
kanak.
PERNYATAAN MASALAH
Masyarakat telah banyak didedahkan dengan isu penganiayaan seksual sama ada dalam media
massa mahupun media cetak. Masyarakat mempercayai bahawa isu ini sememangnya memberi kesan
yang negatif kepada anak-anak khususnya bagi golongan kecil iaitu kanak-kanak. Tambahan pula,
beberapa kes yang dilaporkan sejak kebelakangan ini berakhir dengan pembunuhan manakala ada
kanak-kanak yang masih belum ditemui sehingga kini (Child Abductions Raise Concerns, 2010).
Justeru itu, masyarakat hendaklah diberikan kesedaran awal supaya masalah penganiayaan seksual
dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, masih ada individu yang masih memandang enteng
terhadap masalah ini. Perkara ini disebabkan oleh adanya sikap tidak cakna oleh segelintir masyarakat
dalam menerapkan pengetahuan tentang Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dalam
kalangan kanak-kanak. Implikasinya, golongan kanak-kanak ini kurang berpengetahuan dalam
penjagaan diri.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti tahap pengetahuan murid tentang
sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Kedua-dua jenis sentuhan ini sangat penting dalam
usaha mengurangkan isu penganiayaan seksual terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini
kerana, mereka dapat bertindak apabila berlakunya sentuhan tidak selamat. Bertepatan dengan
tindakan itu, kajian ini turut difokuskan kepada pengaplikasian kemahiran mengatakan ‘Tidak’ jika
kanak-kanak berhadapan dengan masalah sentuhan tidak selamat. Jelaslah, kemahiran ini dapat
membantu mengurangkan isu penganiayaan seksual terhadap diri kanak-kanak.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
a) Membolehkan murid mengenal anggota-anggota sulit yang tidak boleh disentuh oleh orang
lain tanpa sebab-sebab yang diizinkan.
b) Meningkatkan pengetahuan murid tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.
c) Meningkatkan kemahiran mengatakan tidak kepada sentuhan tidak selamat yang mungkin
berlaku kepada mereka.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab tiga soalan kajian berikut:
a) Pada tahap manakah tahap pengetahuan murid tentang sentuhan selamat dan sentuhan
tidak selamat?
b) Adakah belajar sambil bermain mampu merangsang minat murid semasa proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc)?
c) Sejauh manakah kit ‘PaSiKeS’ membantu murid dalam mengaplikasikan kemahiran
mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan tidak selamat?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang melibatkan teknik pengumpulan data dengan
menggunakan teknik pemerhatian dan temu bual berstruktur. Selain itu, reka bentuk kajian ini
digunakan bagi mengukur tahap pengetahuan dan kesedaran responden terhadap keselamatan diri
sebelum dan selepas keberkesanan kit ‘PaSiKeS’ dalam topik sentuhan selamat dan sentuhan tidak
selamat bagi subjek Pendidikan Kesihatan Tahun 2. Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kaedah
belajar sambil bermain untuk menarik minat murid mengikuti proses pdpc.
Instrumen Kajian
Rosinah Edinin (2012) menyatakan pembinaan alat atau instrumen kajian bergantung kepada
persoalan kajian yang telah ditetapkan. Instrumen kajian amat signifikan bagi mencapai objektif
sesuatu kajian dan sebagai alat ukur untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran secara total
tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Instrumen kajian yang digunakan adalah
seperti berikut:
i. Rekod anekdot
Rekod anekdot boleh ditakrifkan sebagai catatan berkaitan suatu peristiwa ataupun satu perubahan
tingkah laku kanak-kanak (Rosinah Edinin, 2012). Catatan ditulis secara ringkas dan tepat pada bila-
bila masa dan dalam jangka masa yang singkat. Tujuan menyediakan rekod anekdot adalah untuk
mencatat perkembangan yang diperhatikan ke atas seseorang kanak-kanak melalui pemerhatian yang
dijalankan secara tidak langsung. Ting Len Siong et al. (2014) menekankan setiap pemerhatian perlu
ditulis secara objektif dan perkara-perkara yang ditulis mestilah menggambarkan perkembangan
bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan
yang diperoleh murid. Semasa pemerhatian dijalankan, pengkaji telah menetapkan tiga orang sebagai
pemerhati untuk sentiasa peka terhadap kelakuan murid dan perkataan yang dituturkan oleh murid dan
merekodkan peristiwa atau tingkah laku dalam bentuk ayat. Pemerhatian dilakukan terhadap 10 orang
responden daripada murid Tahun 2 Pintar dan Tahun 2 Cerdik SK IPG dengan menggunakan rekod
anekdot bagi mendapatkan gambaran awal tahap pengetahuan responden terhadap sentuhan tidak
selamat. Pemerhatian dilakukan pada hari yang sama bagi memudahkan pengkaji mendapatkan data
responden bagi kedua-dua kelas yang terlibat.
ii. Temu Bual
Menurut Ting Len Siong et al. (2014) temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan
interaksi face-to-face antara pengkaji dengan responden atau orang yang ditemubual. Responden bagi
temubual yang telah dijalankan terdiri daripada empat orang guru SK IPG yang mengajar Pendidikan
Kesihatan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temu bual berstruktur bagi meninjau persepsi
subjek. Hal ini untuk mengelakkan responden menyatakan perkara-perkara di luar fokus kajian yang
dijalankan. Temu bual yang dijalankan telah direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio
supaya tidak ada maklumat yang akan tertinggal atau tercicir di samping mengekalkan keaslian
jawapan responden seperti memperdengarkan nada suara seseorang sama ada beremosi atau tidak.
Berdasarkan nota lapangan, protokol temu bual bermula dengan pengenalan iaitu menyatakan
apa yang ingin dibincangkan. Data yang diperoleh akan digunakan untuk menjawab persoalan 2;
mengenal pasti penggunaan kaedah belajar sambil bermain semasa proses pdpc digunakan secara
meluas atau tidak dan persoalan 3; keberkesanan kit ‘PaSiKeS’ membantu murid dalam
mengaplikasikan kemahiran mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan tidak selamat. Pengkaji
mendapatkan data secara berhubung terus dengan subjek secara bersemuka dan menggunakan telefon
sebagai alat komunikasi yang sesuai. Dalam kajian ini, temu bual bersama guru SK IPG diadakan
sebanyak empat kali dengan memberi item soalan yang sama kepada setiap peserta kajian dan dua kali
selepas penggunaan kit ‘PaSiKeS’ di sekolah. Jadual 1 menunjukkan sesi temu bual guru SK IPG
yang telah dilaksanakan.
Jadual 1: Temu Bual Bersama Guru SK IPG
Bil. Temu bual Tarikh Pengesahan Temu Bual Tarikh
1. Temu bual 1 10 Januari Temu bual 1 12 Januari
2. Temu bual 2 12 Januari Temu bual 2 15 Januari
3. Temu bual 3 16 Januari Temu bual 3 17 Januari
4. Temu bual 4 23 Januari Temu bual 4 26 Januari
Sampel Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah sampelan tidak rawak iaitu sampelan bertujuan.
Sampelan bertujuan ini memerlukan pengkaji memilih sampel dengan sengaja bagi tujuan
mendapatkan jumlah sampel yang mewakili populasi. Dalam konteks ini, pengkaji telah memilih 10
orang murid Tahun 2 SK IPG bagi kaedah pemerhatian dan empat orang guru Pendidikan Kesihatan
bagi kaedah temu bual. Maklumat responden kajian adalah seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2: Maklumat Responden Murid
Responden Kelas Jantina
R01 2 Cerdik Lelaki
R02 2 Cerdik Perempuan
R03 2 Cerdik Lelaki
R04 2 Cerdik Lelaki
R05 2 Cerdik Lelaki
R06 2 Pintar Perempuan
R07 2 Pintar Lelaki
R08 2 Pintar Perempuan
R09 2 Pintar Perempuan
R10 2 Pintar Lelaki
Pengkaji telah mengadakan satu perjumpaan yang ditetapkan atas persetujuan antara kedua-dua pihak
untuk menjalani sesi temu bual. Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan kecanggihan teknologi
yang ada iaitu aplikasi Whatsapp disebabkan oleh kekangan masa untuk bersemuka dengan guru yang
terlibat.
Jadual 3: Maklumat Responden Guru
Responden Umur Tugas Kelas
R01 3 Pintar
R02 43 Guru Pendidikan Kesihatan 2 Pintar
R03 3 Cerdik
R04 32 Guru Pendidikan Kesihatan 2 Cerdik
49 Guru Pendidikan Kesihatan
46 Guru Pendidikan Kesihatan
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian berpandukan dapatan analisis yang telah diperoleh
bagi menjawab persoalan 1, 2 dan 3.
Persoalan 1
Pada tahap manakah tahap pengetahuan murid tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak
selamat?
Pengkaji telah menganalisis data yang diperoleh melalui pemerhatian dengan menggunakan rekod
anekdot untuk mendapatkan gambaran awal tahap pengetahuan murid tentang topik sentuhan selamat
dan sentuhan tidak selamat. Sebanyak 10 rekod anekdot yang mewakili 10 orang responden. Tujuan
utama penganalisian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti respons terhadap pengetahuan murid
tentang sentuhan tidak selamat.
Berdasarkan rekod anekdot yang diperoleh, dapat dikatakan bahawa tahap pengetahuan murid
terhadap sentuhan tidak selamat berada pada tahap yang rendah. Bukan itu sahaja, mereka juga gagal
untuk menamakan anggota sulit dengan istilah yang betul. Perkara ini dapat dikenal pasti berdasarkan
tiga aspek yang utama. Berikut merupakan Rajah 1 dan Rajah 2 yang menunjukkan hasil dapatan
berdasarkan persoalan kajian.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R01
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
Berdasarkan lembaran kerja yang diberikan, R01 R01 gagal mengenal pasti anggota yang
tidak dapat membulatkan anggota badan yang sulit tidak selamat untuk disentuh. Dia juga tidak
bagi perempuan dan lelaki dengan betul. R01 juga mampu untuk menamakan dengan betul.
tidak dapat menyatakan nama anggota sulit
tersebut dengan betul.
Rajah 1: Rekod Anekdot R01
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R04
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R04 hanya membulatkan anggota tangan yang Pengetahuan R04 tentang anggota yang
merupakan anggota tidak selesa bukannya anggota sulit atau sentuhan tidak selamat berada
tidak selamat. Jawapan yang dinyatakan juga salah pada tahap yang rendah sehingga
sama sekali. menyebabkan kegagalan untuk
menamakannya.
Rajah 2: Rekod Anekdot R04
Aspek yang pertama dapat dilihat berdasarkan dua rekod anekdot responden di atas iaitu R01
dan R04 yang menunjukkan kedua-dua responden gagal untuk mengenal pasti anggota yang tidak
selamat untuk disentuh. Mereka membulatkan anggota badan secara rawak dan bukannya berdasarkan
pengetahuan tentang sentuhan tidak selamat. Secara tidak langsung, responden tidak dapat
menamakan anggota sulit yang dikategorikan sebagai sentuhan tidak selamat. Perkara ini
menunjukkan bahawa responden tidak mengetahui tentang sentuhan tidak selamat. Jelaslah bahawa,
dua responden ini mempunyai pengetahuan yang paling rendah di dalam Kelas 2 Cerdik kerana
mereka tidak dapat menjawab soalan dengan jawapan yang betul.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R02
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nurul Aizzah binti Abdul Razak
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R02 gagal menyatakan anggota badan yang sulit Kegagalan R02 untuk menamakan anggota
dengan istilah yang betul. yang sulit dengan betul adalah disebabkan
pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor
persekitaran.
Rajah 3: Rekod Anekdot R02
Berdasarkan Rajah 3 di atas, aspek yang kedua pula ialah R02 tidak dapat menggunakan
istilah yang betul untuk menamakan anggota yang sulit. Faktor dominan yang mempengaruhi aspek
ini ialah persekitaran. Jika dilihat daripada pemerhatian, responden merupakan salah seorang daripada
kelompok luar bandar. Kelompok luar bandar sangat terkenal dengan penggunaan bahasa slanga.
Menurut Kamus Dewan (2016), bahasa slanga didefinisikan sebagai kata-kata yang bukan daripada
golongan bahasa baku dan standard. Kata-kata tersebut tidak boleh digunakan dalam keadaan formal
atau penulisan. Namun begitu, pengaruh bahasa slanga yang kuat dalam diri R02 sehingga bahasa
tersebut digunakan dalam penulisan. Kesannya ialah kemurnian bahasa terjejas kerana kesopanan dan
kesantunan dalam berbahasa tidak dapat ditonjolkan.
Aspek yang terakhir sekali ialah responden tidak dapat membezakan antara anggota bagi
sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa. Seramai tujuh orang responden yang telah dikenal
pasti mempunyai masalah tersebut. Hal ini kerana, mereka masih keliru dengan konsep sentuhan tidak
selamat dan sentuhan tidak selesa. Kedua-dua sentuhan ini mempunyai perbezaan yang tersendiri.
Kesukaran untuk membezakan dua jenis sentuhan ini menyebabkan murid tidak dapat menyampaikan
maklumat dengan betul. Perkara ini dapat dilihat dalam jawapan yang diberikan ketika menjawab
soalan lembaran kerja. Oleh itu, pengetahuan perbezaan antara sentuhan tidak selamat dan sentuhan
tidak selesa perlu dipertingkatkan supaya murid tidak keliru. Berikut merupakan senarai rajah rekod
anekdot yang mempunyai masalah ini:
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R03
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nur Farzana binti Fahrurrazi
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
Jawapan yang diberikan oleh R03 tidak tepat R03 tidak dapat membezakan antara
kerana dia membulatkan anggota yang tidak sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak
selamat dan anggota yang tidak selesa. Istilah yang selesa. Istilah yang tidak sesuai digunakan
digunakan juga tidak tepat. kerana faktor persekitaran.
Rajah 4: Rekod Anekdot R03
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R05
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nurul Aizzah binti Abdul Razak
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R05 membulatkan anggota badan. Jawapan yang R05 hanya sekadar mengetahui anggota
diberikan tidak menjawab soalan dalam lembaran badan yang tidak boleh disentuh tetapi
kerja tersebut. R05 juga gagal menamakan anggota tidak dapat menamakannya.
tersebut.
Rajah 5: Rekod Anekdot R05
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R06
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nurul Aizzah binti Abdul Razak
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R06 membulatkan anggota yang menunjukkan R06 masih keliru dengan sentuhan tidak
sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa selamat dan sentuhan tidak selesa.
walhal soalan hanya menyatakan sentuhan tidak
selamat. Istilah yang digunakan juga turut tidak
tepat.
Rajah 6: Rekod Anekdot R06
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R07
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R07 menyatakan anggota yang terlibat dengan R07 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.
Rajah 7: Rekod Anekdot R07
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R08
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Naurul Farzana binti Fahrurrazi
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R08 menyatakan anggota yang terlibat dengan R08 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.
Rajah 8: Rekod Anekdot R08
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R09
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R09 menyatakan anggota yang terlibat dengan R09 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.
Rajah 9: Rekod Anekdot R09
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R10
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nurul Farzana binti Fahrurrazi
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R10 menyatakan anggota yang terlibat dengan R10 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.
Rajah 10: Rekod Anekdot R10
Kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan bahawa golongan murid di sekolah
mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dalam pembelajaran sentuhan selamat dan sentuhan tidak
selamat. Perkara ini dijelaskan lagi dengan dapatan rekod anekdot iaitu terdapat tiga aspek utama
dalam mengenal pasti tahap pengetahuan murid. Aspeknya ialah murid membulat anggota secara
rawak, murid tidak dapat menamakan anggota sulit dengan betul, dan murid tidak dapat membezakan
antara sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Oleh itu, ketiga-tiga aspek ini telah menjadi
indikator bahawa tahap pengetahuan murid dalam topik ini masih berada pada tahap yang rendah.
Persoalan 2
Adakah belajar sambil bermain mampu merangsang minat semasa proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (pdpc)?
Bagi menjawab persoalan berikutnya, pengkaji menggunakan instrumen temu bual berstruktur dengan
menggunakan rakaman audio serta transkripsi audio. Responden yang terlibat dalam temu bual sesi
pertama ini ialah empat orang guru SK IPG. Berdasarkan jawapan responden melalui rakaman audio,
pengkaji akan melakukan proses transkripsi audio dengan menyalin semula jawapan yang diberikan
ke dalam bentuk tulisan atau catatan. Tujuan kaedah temu bual ini dilaksanakan adalah untuk
mengetahui tahap penggunaan kaedah belajar sambil bermain yang digunakan oleh beberapa orang
responden semasa mengajar topik berkaitan Pendidikan Kesihatan.
Menurut Ting Len Siong et al. (2014), data-data penting boleh diperoleh daripada rakaman
audio melalui proses tiga fasa berikut:
a. dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat data-data penting
b. dengar sekali lagi untuk gambaran umum
c. dengar semula untuk mencari membuat transkripsi tentang data-data penting
Antara soalan yang diajukan kepada guru SK IPG adalah seperti berikut:
1. Bolehkah cikgu perkenalkan diri cikgu dan kelas yang cikgu ajar untuk
Pendidikan Kesihatan?
2. Sebagai guru Pendidikan Kesihatan, sejauh manakah tahap pengetahuan murid
tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat?
3. Adakah cikgu pernah menerapkan kaedah belajar sambil bermain semasa proses
pdpc?
Hasil transkripsi melalui temu bual ini, pengkaji mendapati bahawa majoriti responden
bersetuju pelaksanaan kaedah belajar sambil bermain mampu merangsang minat semasa proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Hal ini terbukti apabila tiga daripada empat responden yang
menitikberatkan kaedah belajar sambil bermain dalam proses pdpc semasa mengajar topik berkaitan
Pendidikan Kesihatan. Kenyataan ini turut disokong oleh Siti Farhana dan Mahaliza (2014), belajar
sambil bermain dijadikan sebagai pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi membuka peluang
kepada murid untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Perkara
ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan temu bual, iaitu tiga per empat bilangan responden
menyatakan pelaksanaan kaedah belajar sambil bermain dapat meningkatkan minat murid dalam
pelaksanaan aktiviti pdpc.
“Pernah. Saya menggunakan pelbagai medium seperti mini eksplorasi, simulasi dan
crossword. Dan semua ini sangat membantu pdpc berjalan dengan lancar kerana murid
memberikan kerjasama yang sangat baik.” (T/R01)
“Tidak berapa, sebab yelah subjek PK ni ada satu masa je so kaedah bermain ni susah
sikitlah. (T/R02)
“Pernah. Tajuk penyakit berjangkit. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pesakit,
vaksin dan virus. Kumpulan vaksin dan virus akan berlari mengejar pesakit bagi
menunjukkan cara penyakit berjangkit merebak.” (T/R03)
“Ya, saya memang menerapkan elemen belajar sambil bermain kerana saya mengajar Tahap
1 jadi saya rasa lebih sesuai pengajaran tersebut diajar dengan cara belajar sambil bermain
kerana untuk menarik minat murid dan saya tengok kalau tak guna kaedah ni agak susah
untuk mereka memahami dan mengaplikasikan pembelajaran pada hari itu.” (T/R04)
Setelah itu, pengkaji mula menyoal secara mendalam untuk mendapatkan penjelasan yang
lebih jelas dan mendalam mengenai penggunaan kaedah belajar sambil bermain semasa mengajar.
Pengkaji mendapati bahawa responden 1 menggunakan pelbagai jenis teknik permainan seperti mini
eksplorasi dan crossword. Selain itu, responden 3 juga menerapkan penggunaan kaedah belajar sambil
bermain dengan teknik simulasi iaitu menggambarkan situasi sebenar bagaimana penyakit berjangkit
itu berlaku melalui pembahagian kumpulan; pesakit, vaksin dan virus. Dapatan temu bual sesi
pertama ini signifikan bagi mengetahui sejauh mana penggunaan kaedah didik hibur dalam subjek
Pendidikan Kesihatan kerana pengkaji ingin meninjau persepsi subjek terhadap kaedah belajar sambil
bermain memandangkan kit ‘PaSiKeS’ ini mempunyai unsur belajar sambil bermain.
Berdasarkan dapatan temu bual ini, pengkaji mendapati bahawa guru menerapkan elemen
belajar sambil bermain kerana kaedah ini dapat merangsang minat murid untuk mengikuti sesi pdpc
pada hari tersebut. Hal ini bersangkut-paut dengan kenyataan yang diberikan oleh R04 bahawa
penggunaan kaedah didik hibur ini membantu guru untuk memudahkan murid memahami dan
mempraktikkan isi pembelajaran pada hari itu ke dalam situasi sebenar. Sehubungan dengan itu,
penggunaan kit ini membantu murid dalam mengaplikasikan tindakan betul sekiranya murid
mengetahui sentuhan tidak selamat berlaku terhadap diri mereka. Setiap stesen akan memberi
pendedahan kepada murid melalui video yang ditayangkan dan tindakan yang sepatutnya murid
lakukan apabila berlakunya sentuhan tidak selamat ke atas diri mereka.
Persoalan 3
Sejauh manakah, kit ‘PaSiKeS’ membantu murid dalam mengaplikasikan kemahiran
mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan tidak selamat?
Temu bual sesi 2 ini dijalankan selepas guru Pendidikan Kesihatan Tahun 2 menggunakan kit
‘PaSiKeS’ dalam mengajar topik sentuhan tidak selamat. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah
mengadakan satu perjumpaan bersama pentadbir sekolah dan guru Pendidikan Kesihatan Tahun 2
bagi merangka satu jadual yang sesuai untuk melakukan sesi temubual tentang keberkesanan
penggunaan kit ‘PaSiKeS’ dalam mengaplikasikan kemahiran mengatakan ‘Tidak’ terhadap sentuhan
tidak selamat. Temu bual yang dijalankan hanya melibatkan dua orang responden iaitu guru
Pendidikan Kesihatan Tahun 2. Pengkaji memperuntukkan masa selama 10 minit sahaja bagi sesi
temu bual yang dijalankan. Hal ini demikian soalan yang diutarakan kepada responden hanya
berfokuskan kepada respons dan tingkah laku murid setelah responden menggunakan kit ini semasa
mengajar topik sentuhan tidak selamat terhadap murid Tahun 2 Pintar dan Tahun 2 Cerdik. Berikut
merupakan contoh soalan yang dikemukakan kepada responden:
Hasil temu bual:
Adakah kit ‘PaSiKeS’ ini membantu cikgu dalam meningkatkan tahap pengetahuan murid tentang
kemahiran mengatakan ‘Tidak’ kepada sentuhan tidak selamat?
“Ya, saya dapat lihat murid memahami dengan lebih jelas tentang topik tersebut bila saya
menggunakan kit ‘PaSiKeS’ semasa pembelajaran pada hari tersebut tetapi masih terdapat
juga sebilangan murid yang masih keliru tentang sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak
selesa.” (T/R04)
“Sejujurnya kit yang saya gunakan ini sangat efektif kerana pertama sekali dia dapat menarik
perhatian anak-anak murid saya. Dengan adanya kit ini, macam kita tahu dia secara
luarannya pun sudah menarik dan di dalamnya pun ada orang kata ada permainan dan juga
video, video penerangan. Jadi, murid-murid sambil belajar tu dia boleh bermain la. Jadi
santai je lah, orang kata sesi pdpc tu.” (T/R02)
Hasil temu bual yang dijalankan mendapati kedua-dua responden menyokong penggunaan kit
‘PaSiKeS’ sebagai satu bahan bantu belajar (BBB) yang efisien kerana murid lebih memahami topik
sentuhan tidak selamat. Namun begitu, responden 4 memerhati sebilangan murid masih lagi tidak
mampu membezakan sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa. Hal ini demikian murid
kurang didedahkan perbezaan kedua-dua sentuhan tersebut dan kit ini lebih menekankan sentuhan
tidak selamat sahaja. Jadi, timbul kekeliruan apabila terdapat sebilangan murid yang menanyakan
kepada responden adakah tangan juga dikategorikan sebagai sentuhan tidak selesa.
Bagi responden 2 pula, kit ini mampu mengubah persepsinya terhadap kaedah belajar sambil
bermain. Hal ini demikian kit ini mampu mendedahkan kepada murid pengetahuan tentang sentuhan
tidak selamat sambil mereka bermain dari stesen pertama sehingga ke stesen lima dengan
menggerakkan figura tersebut mengikut jalan yang telah ditetapkan. Tambahan pula, kit ini
menerapkan kaedah belajar sambil bermain menjadikan murid belajar sentuhan tidak selamat dalam
keadaan santai dan menyeronokkan. Responden juga menyatakan respons murid yang teruja dan
seronok ketika bermain kit ‘PaSiKeS’ ini kerana mereka dapat bermain sambil mengetahui tindakan
yang betul apabila berlaku sentuhan tidak selamat. Jelaslah melalui aktiviti bermain sesuatu
permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling
dalam keadaan yang menggembirakan (Sharifah & Aliza, 2011).
Hasil temu bual daripada keempat-empat orang guru bagi menjawab persoalan kajian kedua
dan ketiga telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan. Mereka bersetuju bahawa kaedah
belajar sambil bermain dapat meningkatkan keupayaan murid dalam mengatakan ‘Tidak’ apabila
berlakunya sentuhan tidak selamat. Pengkaji mendapati kit ini perlu diberi pendedahan tentang
pengetahuan tentang sentuhan tidak selesa memandangkan kit ini hanya memfokuskan sentuhan tidak
selamat sahaja. Tambahan pula, pengkaji berharap agar guru Pendidikan Kesihatan mempelbagaikan
lagi bahan bantu belajar dan aktiviti yang menyeronokkan bagi menimbulkan minat murid untuk
mengetahui dan mengaplikasi sentuhan tidak selamat di samping kes penganiayaan seksual terhadap
kanak-kanak dapat dikurangkan. Hal ini penting kerana murid perlu mengetahui sentuhan tidak
selamat sejak dari kecil lagi bagi melindungi mereka daripada terjebak dengan gangguan seksual oleh
orang yang dikenali mahupun orang yang tidak dikenali.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengetahuan murid-murid berkaitan sentuhan selamat dan tidak selamat
sememangnya berada pada tahap yang membimbangkan. Pengetahuan yang cetek ini akan
menyumbang kepada pelbagai masalah gangguan seksual lain yang lebih serius. Justeru,
pengaplikasian kit ‘PaSiKeS’ dapat digunakan dalam usaha meningkatkan pengetahuan murid
berkaitan pengaplikasian sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Tambahan pula, kajian ini
secara tidak langsung menggalakkan pengkaji untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam
membina sesuatu bahan bantu belajar bagi mengukuhkan kefahaman murid tentang sentuhan tidak
selamat. Oleh yang demikian, penggunaan bahan bantu belajar yang menarik sangatlah penting ketika
proses penerimaan ilmu pengetahuan kerana mampu meningkatkan motivasi murid dan merangsang
fokus murid sepanjang sesi pdpc.
RUJUKAN
Child abductions raise concerns. (2010, Januari 17). New Straits Times. Diperolehi pada 1 Januari
2020 daripada http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20100117075800/Article.
Deb S., & Mukherjee, A. (2011). Background and adjustment capacity of sexually abused
girls and their perceptions of intervention. Child Abuse Review, 20 (3), ms 213-230.
Kamus Dewan. (Ed. 4). (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran:
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Manisha P., (2018). Awareness of Good and Bad Touch Among Children. Journal of
Nursing. 8 (2), ms. 1-6.
Norsaleha Mohd. Salleh et al. (2018). Statistik Kes Penderaan Kanak-Kanak Di Malaysia:
Satu Analisis. International Journal of Studies on children, Woman, Elderly and Disabled, 5,
17-24.
Putnam, F. W. (2003). Ten-year research update review: child sexual abuse. Journal of the
American Academy of Child & Adolescent Psychiatry. 42(3), ms. 269-278.
Saito, S. (2000). Child abuse (English version). Taipei: Linyu.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan
Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1 (2), 1-15.
Siti Farhana & Mahaliza Mansor. (2014). Roda C.I.U: Satu Teknik untuk Membina Kemahiran
Mengecam dan Mengingat Simbol Nombor Bulat 1 hingga 9 bagi Murid Lembam. Asian
Education Action Research Journal 3, ms. 1-25.
Ting Len Siong et al. (2014). Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons.
Tutty, L.M. (1997). Child sexual abuse preventions programs: evaluating “who do you tell.”
Child Abuse & Neglect: The International Journal, 21 (9), ms. 869-881.
LAMPIRAN
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R01
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
Berdasarkan lembaran kerja yang diberikan, R01 R01 gagal mengenal pasti anggota yang
tidak dapat membulatkan anggota badan yang sulit tidak selamat untuk disentuh. Dia juga tidak
bagi perempuan dan lelaki dengan betul. R01 juga mampu untuk menamakan dengan betul.
tidak dapat menyatakan nama anggota sulit tersebut
dengan betul.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R02
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nurul Aizzah binti Abdul Razak
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R02 gagal menyatakan anggota badan yang sulit Kegagalan R02 untuk menamakan anggota
dengan istilah yang betul. yang sulit dengan betul adalah disebabkan
pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor
persekitaran.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R03
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nurul Farzana binti Fahrurrazi
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
Jawapan yang diberikan oleh R03 tidak tepat kerana R03 tidak dapat membezakan antara
dia membulatkan anggota yang tidak selamat dan sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak
anggota yang tidak selesa. Istilah yang digunakan selesa. Istilah yang tidak sesuai digunakan
juga tidak tepat. kerana faktor persekitaran.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R04
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R04 hanya membulatkan anggota tangan yang Pengetahuan R04 tentang anggota yang sulit
merupakan anggota tidak selesa bukannya anggota atau sentuhan tidak selamat berada pada
tidak selamat. Jawapan yang dinyatakan juga salah tahap yang rendah sehingga menyebabkan
sama sekali. kegagalan untuk menamakannya.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R05
Kelas: 2 Cerdik
Pemerhati: Nurul Aizzah binti Abdul Razak
Tarikh pemerhatian: 15 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R05 membulatkan anggota badan. Jawapan yang R05 hanya sekadar mengetahui anggota
diberikan tidak menjawab soalan dalam lembaran badan yang tidak boleh disentuh tetapi tidak
kerja tersebut. R05 juga gagal menamakan anggota dapat menamakannya.
tersebut.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R06
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nurul Aizzah binti Abdul Razak
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R06 membulatkan anggota yang menunjukkan R06 masih keliru dengan sentuhan tidak
sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa selamat dan sentuhan tidak selesa.
walhal soalan hanya menyatakan sentuhan tidak
selamat. Istilah yang digunakan juga turut tidak
tepat.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R07
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R07 menyatakan anggota yang terlibat dengan R07 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R08
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Naurul Farzana binti Fahrurrazi
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R08 menyatakan anggota yang terlibat dengan R08 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R09
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R09 menyatakan anggota yang terlibat dengan R09 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.
Borang Rekod Anekdot
Nama murid: R10
Kelas: 2 Pintar
Pemerhati: Nurul Farzana binti Fahrurrazi
Tarikh pemerhatian: 16 Januari 2020
Masa pemerhatian: 10.15-11.15
Catatan Ulasan
R10 menyatakan anggota yang terlibat dengan R10 masih keliru dengan sentuhan tidak
kedua-dua sentuhan iaitu sentuhan tidak selamat selamat dan sentuhan tidak selesa.
dan sentuhan tidak selesa. Perkara ini salah kerana
soalan hanya meminta jawapan yang spesifik iaitu
anggota yang tidak selamat.