The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAADATUL ADAWIYAH BINTI MOHD JIN
F2K

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 869-3-saadatul, 2022-03-26 11:33:57

TUGASAN 1 BMMB1104

SAADATUL ADAWIYAH BINTI MOHD JIN
F2K

Keywords: EDUCATIION

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

KESUSASTERAAN MELAYU
DAN

MANIFESTASI AKAL BUDI



NAMA PENSYARAH: PUAN NORMI BINTI MOHD DALI

Istilah kesusasteraan berasal daripada TTAAKKRRIIFF Dalam konteks pendidikan , kesusasteraan
bahasa Sanskrit KKEESSUUSSAASSTTEERRAAAANN Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam
•‘su’ – indah, elok, cantik Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan
•‘sas’ – ajarkan, berikan panduan atau MMEELLAAYYUU kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen
arahkan drama, sajak, prosa tradisioanal atau puisi
•‘tera’ – media, karya, bahan atau tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani,
pemikiran pengarang emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai
kemanusiaan dan citra masyarakat.
Kesusasteraan ialah
satu bentuk ciptaan seni Sastera juga dianggap sebagai gambaran
yang disampaikan peribadi berupa pengalaman, pemikiran,
melalui bahasa. perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan
dalam bentuk gambaran konkrit yang
sastera dari segi makna umu membangkitkan keperibadian melalui
bermaksud bahasa yang digunakan pengantara bahasa tidak kira sama ada
dalam kitab-kitab. Menurut kamus, bermutu atau tidak bermutu..
kesusasteraan bermaksud hasil seni
atau karya tulisan dalam bentuk prosa Kesusasteraan Melayu merupakan hasil
atau puisi yang mempunyai ciri-ciri karya masyarakat Melayu yang mempunyai
keistimewaan yang tertentu. kata-kata yang indah, memberi mesej dan
menggambarkan sesuatu perasaan dan
keadaan yang tertentu sama ada mengenai
diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.

PROSA TRADISIONAL •CERITA •CERITA CERITA CERITA

LAGENDA RAKYAT LIPUR
MITOS LARA





PROSA •CERPEN NOVEL •DRAMA
MODEN



JENIS,BENTUK
•PANTUN •GURINDAM •SYAIR •SELOKA
DAN CIRI




PUISI
KESUSASTERAAN TRADISIONAL




PUISI •SAJAK


MODEN

PROSA TRADISIONAL

SASTERA RAKYAT (LISAN)



Sastera bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginatif
pencipta yang mengandungi nilai-nilai world view masyarakat itu sendiri.

Masyarakat sastera rakyat agak tertutup dan kurang berhubung dengan masyarakat
luar.

Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan agak
primitif.

Rakyat merujuk kepada orang biasa / masyarakat desa yang hidup secara kolektif
dalam satu bentuk kekeluargaan yang besar.


Konsep tersebut menjelaskan bahawa sastera rakyat merupakan hasil-hasil sastera
yang dilahirkan oleh masyarakat / rakyat yang diaspirasikan melalui bentuk lisan.



















CIRI-CIRI:





PROSA MODEN

Sebuah cerita pendek / rekaan dan sebenar atau kisah berbentuk prosa



Jumlah perkataan 500-20000



Menonjolkan 1 tema dan 1 kesatuan / kesan



Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa



1 plot / watak dan latar terhad



Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air
tulisan Khadijah Hashim.



PUISI TRADISIONAL

Puisi Tradisional : Sastera Rakyat Jenis Bukan Naratif.

Puisi rakyat ialah karangan berangkap yang mempunyai
kalimat yang tidak bebas.



Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan
mempunyai bentuk tertentu.



Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif
manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa.



Pantun Seloka Talibun ( ikatan puisi bebas yang hampir sama bentuk dengan
prosa lirik atau prosa berirama)
Ciri-ciri pantun : Ciri-ciri seloka :
•Jumlah baris yang genap (2-16 baris serangkap) •Memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan keseluruhan •Tidak tentu berangkap atau tidak.
•Bilangan suku kata pada setiap baris ada 8-12. idea. •Tidak tetap jumlah kata dalam serangkap.
•Setiap rangkap mempunyai pembayang dan •Bentuk hampir sama seperti gurindam dan talibun. •Kadang-kadang ada rima.
maksud •Isi mengandungi maksud mengejek, sindiran sama ada serius / •Lazim digunakan secara berulang-ulang dalam konteks yang
•Rima akhir a-b-a-b jenaka. sama dalam cerita itu.
•Mempunyai tema dan isi yang amat umum. •Isi dan tema yang luas dan beragam bentuknya bergantung
pada konteks.

Syair Teka-teki berpuisi Terasul (menyamai prosa lirik tetapi berkaitan adat)

Ciri-ciri syair : •Ungkapan lisan tradisional yang mengandungi 1 atau lebih unsur Khusus mengenai adat , menyatakan
•Empat baris serangkap pelukisan dan jawapannya harus dapat diteka. salasilah dan digunakan pada masa
•Kadang-kadang dalam bentuksyairatau pantun. memasang adat kebesaran, kenduri atau
•Rima akhir adalah sama •Berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang bagi menguji menjamu tetamu.
a-a-a-a. ketajaman akal / merendah-rendahkan kecerdikan seseorang.
•Juga dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang.
•Keseluruhan rangkap menggambarkan maksud dan idea •Ada pelbagaitematetapi lebih tertumpu kepada benda-benda yang
yang berurutan. hampir dengan persekitaranmasyarakat.

Gurindam Peribahasa berangkap

Ciri-ciri gurindam : Ciri-ciri
•Biasanya dalam bentuk terikat. •Terdiri daripada ungkapan
•2 baris serangkap. peribahasa.
•3 – 6 patah perkataan sebaris. •Ada perimbangan irama dan
•Rima akhir sama, a-a sekurang-kurangnya sama dari
•Memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan segi rentaknya.
idea.
•Dalam bentuk tidak terikat.
•Tidak berpasangan dan tidak berangkap/terus-menerus.

PUISI MODEN SAJAK

Balada Roman Oda
-Sajak yang berisi sanjung
an atau pujian
-Puisi atau sajak yang men
gandungi cerita, -Sajak tentang cinta ka
sih atau terhadap seseorang, terutama terhadap
kisah dan hikayat yang berkait dengan curahan kasih sayang yang mereka yang telah berjasa kepada
perasaan sedih atau satu-satu kisah yang digambarkan dalam bentuk sajak. masyarakat.
pernah dialami oleh pengarangnya.
Himne Elergi
Epigrem

Sajak yang menggambark
an keluhan
-Sajak yang diciptakan khusus untuk -Sajak yang mengandungi pujian dan pujaan jiwa dan rintihan sukma pengarang
memberikan nasihat dan pengajaran. yang ditujukan khusus kepada Tuhan. kerana kesedihan yang dialaminya.

Satira

- Sajak sindiran atau kecaman
yang lahir kerana

pengarang biasanya tidak berkenan atau tidak
bersetuju melihat sesuatu yang tidak benar,
menyeleweng dan tidak wajar berlaku dalam
masyarakat.

BENTUK SAJAK

Sajak sebagai sejenis puisi moden dilahir secara bertulis - dapat
dilihat dan dihayati.
Sama ada dilihat atau didengar, akan membawa imej mengikut
fahaman penulis, pembaca atau audien.
Oleh itu, sajak boleh dikenal secara luaran (bentuk) dan secara
dalaman (isi dan mesej).
Terdapat dua bentuk sajak iaitu
  1. Sajak bebas
2.  Sajak terikat:

Sajak Terikat Sajak Bebas
Idea sajak yang dipaparkan dalam Sajak bebas
bentuk tulisan disusun mengikut baris
dan bait yang difikirkan wajar serta bentuknya lebih
sesuai dengan kehendak dan bebas dan tidak
perasaan penyair. terikat seperti bentuk
Kepelbagaian bentuk susunan baris puisi Melayu lama,
dan bait menentukan sama ada sajak iaitu pantun dan syair.
berkenaan berbentuk terikat atau
bebas.
Bentuk luaran itu dipengaruhi oleh
jumlah kata, baris, rangkap, bait dan
bunyi hujung baris.
Jika binaan ini mempunyai
keseimbangan, maka sajak itu
dikatakan bentuk terikat.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

ALAT PENDIDIKAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat
dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-pengarang yang
menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah
menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini
diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum
didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur
pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak
menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu
pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke
arah kebaikan.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

ALAT PENDIDIKAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat
dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-pengarang yang
menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah
menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini
diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum
didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur
pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak
menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu
pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke
arah kebaikan.

INSTRUMEN PERPADUAN

Rusuhan kaum 13 Mei, 1969 di Malaysia memberi pertanda kepada kita bahawa hubungan etnik di negara ini adalah
rapuh. Untuk menanam sikap kesatuan dan perpaduan, banyak dasar kerajaan telah dilaksanakan. Sehubungan itu,
pengajaran perpaduan nasional dalam kesusasteraan Melayu telah menjadi matlamat utama dalam pendidikan.
Dalam karya Sasterawan Malaysia, memang terdapat unsur dan nilai-nilai positif atau optimis yang dapat
memajukan fikiran, kesedaran dan membuka mata hati masyarakat kita terhadap kepentingan semangat perpaduan
di Malaysia. Semangat perpaduan yang tersurat dan tersirat dalam karya sastera perlu dimantapkan dan dipupuk
melalui minat membaca karya sasterawan kita yang bermutu, di samping kesedaran, kefahaman dan penglibatan
semua pihak, terutama pelajar dan belia pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti bahasa dan kesusasteraan kebangsaan
Malaysia. Malah, sastera mampu menjana pemikiran masyarakat khususnya mempunyai wawasan dalam hidupnya.
Dalam hal ini juga, kita melihat setiap bangsa memang ada tokoh tokoh tertentu yang mereka agungkan serta
kagumi. Baik cerita mitos, cerita binatang. cerita lipur lara, cerita legenda dan sebagainya itu kadangkala terlalu
kental berbaur dengan dongeng-dongeng tertentu. Namun yang harus diperhatikan, ada segala nasihat dan teladan
yang terdapat dalam cerita cerita tersebut. Tukang-tukang cerita, selain bertindak untuk menyeronokkan hati
khalayak yang mendengar, juga menekankan nasihat. Ungkapan yang sering diulang atau dinyatakan oleh tukang-
tukang cerita, seperti "Jangan jadi seperti Si Tanggang" atau "Sang Kancil itu cerdik dan bijak" atau "Kalau rajin
bekerja mesti hidup senang" dan sebagainya.

DAKWAH

Antara ciri-ciri penting yang membentuk pandangan sastera adalah nilai ijabiyah (positif) dan
waqi'iyyah (realistik), yang mendalami dan menilik sesuatu sebagaimana adanya. Sastera
dalam Islam itu perlu jelas berciri waqi'iy, realistik, "dalam erti melihat apa adanya" . Ia
meraikan pandangan yang haq dalam menilai dan melukiskan sesuatu hakikat, dengan
menekankan peranan al-tawjih (membimbing) dan al-ta'dib (mendidik), dan pengisbatan ciri-
ciri estetik dan prinsip takamul dan takmilahnya. Kekuatan prinsip inilah yang melahirkan
pandangan kosmologinya yang ampuh yang berakar dari kefahaman nilai yang jelas dalam
menggerakkan transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dan kesannya dalam
membentuk citra dan perubahan yang dinamik. Ciri-ciri positif dan dinamik ini yang
memungkinkannya menggerakkan dan menjalankan fungsi kerana ia berciri positif-dinamik.
Dengan kata lain, "ia adalah al-adab al-muwajjih atau sastera yang membimbing ke arah yang
lebih sempurna dan mulia."

MEDIUM PROTES DAN KRITIK SOSIAL

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat,
kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-
tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai
susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang
dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila
adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan
mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai
peranan tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu
mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan.

HIBURAN

Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa
keseronokan yang indah. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata
yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah. Hiburan terhasil
daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang
tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca
atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi
hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipur lara diterima
oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai pada suatu
ketika dahulu.

PANTUN MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan
manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa
Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang mereka anuti.Pantun
digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua
memang asal kepunyaan masyarakat Melayu. Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka
telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama mereka. Pencipataannya terkandung dalam
dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap, dua belas rangkap, dan pantun
berkait. Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi pembayang
maksud dan maksud.

Contoh pantun:



Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang:
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Aspek pemikiran dalam pantun ini dapat dilihat dalam apek tersirat iaitu dalam
pemilihan diksi bagi pembayang dengan alam iaitu buah nanas dan ubi . Nanas

mempunyai bau yang wangi dan berwarna kuning apabila masak dan jika
dibandingkan dengan emas, akan menyebabkan masyarakat tertarik dan ingin

memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi.Ubi seperti yang diketahui umum
dikaitkan dengan sifat yang suka berbudi dan tidak suka mempamerkan
kehebatan diri yang sama dengan ubi berisi tetapi tetap berada di dalam

tanah.Jadi, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya tidak hanya
memandang fizik atau luaran tetapi perlu lebih mementingkan dalaman atau budi

dan kerendahan hati seseorang

SYAIR MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

Hamzah Fansuri ialah seorang penyair yang dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus
atau Panchor, Sumatera Utara. Hasil karya beliau yang paling popular ialah 'Syair Perahu' yang
banyak membawa pemikiran agama iaitu lebih kepada ajaran tasawuf.

Contoh syair:



Inilah gerangan suatu madah,



Mengarangkan syair terlalu indah,



Membetulkan jalan tempat berpindah,



Di sanalah l'tikaf di perbetul sesudah.



(Rangkap 1)

Dalam aspek akal budi, penulis iaitu Hamzah Fansuri mencipta syair bertujuan untuk membetulkan perjalanan hidup manusia di
dunia ini demi kesejahteraan hidup di akhirat. Selain itu, penyair menganjurkan agar kita sentiasa berfikir demi membetulkan
iman. Hanya melalui iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan kita berjaya di dunia dan di akhirat.





Wahai muda, kenali dirimu,
lalah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke ahirat jua kekal diammu.



(Rangkap 2)



Dalam rangkap kedua ini, penyair meminta kita mengenali diri sendiri. Apabila sudah mengenal hakikat diri,
barulah kita dapat mengenali Allah yang mencipta kita. itu, penyair mengibaratkan kehidupan manusia sama
seperti sebuah perahu. Kita terpaksa melayari kehidupan dunia yang sementara ini penuh dengan pelbagai ujian
seperti perahu yang dipukul gelombang.
[ Tujuan tamsilan ini mengharapkan kita bersedia menghadapi ujian dunia yang bersifat sementara. Jika kita
berjaya mengharungi ujian ini, kita akan dapat berlabuh dengan selamat di pulau idaman, iaitu tempat yang kekal
selama-lamanya dalam syurga Allah.

SELOKA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka
dipercayai berkembang di alam Melayu semasa kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara. Seloka dipercayai mula dikenali

di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000
rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk seloka (Harun Mat Piah,

1989)

Contoh seloka Pandai Pak Pandir: Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela Orang berbunga, dia berbunga
Harta habis badan tergadai Orang berbuah, dia haram
Mendengar gelagak dagang
Kilat memancar hujan tak jadi
Tak sedar bertelanjang Awak juga berkecundangan.
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,

Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung.

Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap
negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah mendahului keluarga terdekat bukannya

orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri disebabkan tiada talian darah. Buktinya Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan
anaknya sendiri malahan menyakitinya sebagaimana dalam frasa 'anak dipijak'. Manakala pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya pula diberi

layanan baik sebagaimana dalam frasa 'dagang dijinjing'.



Manakala dalam baris 'hartanya habis tergadai' menunjukkan gambaran Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan watak
tersebut seorang yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Ada kemungkinan yang lebih besar watak Pak
Pandir suka berjudi atau bertaruh. Pertaruhan seseorang yang berjudi selalunya melibatkan harta. Jikalau kalah berjudi dengan sendirinya harta
akan terjual atau terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang Sewajarnya kita perlu pandai mentadbir harta. Jika tidak, harta akan habis
tergadai dan menanggung hutang seperti maksud baris, "hartanya habis tergadai. "Kalau dibincangkan baris tak sedar bertelanjang' merupakan

suatu kritikan halus tentang sikap yang tidak sedar kelemahan diri. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah
bertindak menutup sebahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar maka dia telah mebiarkannya dirinya tidak berpakaian.

Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau tidak
mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.



Pengarang juga mengkritik sikap individu yang terlalu mendengar kata pihak lain dan cepat terpengaruh seperti "Mendengar guruh di langit, air
tempayan dicurahkan". Seterusnya, hidup kita akan terikat dan tersiksa sekiranya kita tidak tahu tipu helah musuh yang berpura-pura baik di
hadapan kita sebalik akan mengawal kehidupan kita iaitu, "Mulut kena suap pisang", "Buntut kena cangkuk onak". Dengan ini kita akan
menanggung derita tanpa ada kesudahan kerana masalah timbul disebabkan kelemahan sendiri iaitu,"Awak juga berkecundangan". Aspek akal
budi juga dapat dilihat apabila pengarang mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang lain sama seperti Gelagak rambutan
jantan" yang tidak mengeluarkan buah walaupun berbunga apabila tiba musimnya. Kelemahan ini sama juga seperti sikap melakukan sesuatu

perkara tidak bersungguh-sungguh akan menyebabkan kerja yang dilakukan tidak mendatangkan hasil seperti, "Kilat memancar hujan tak jadi".
Keseluruhan isi seloka Pandai Pandir menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif.
Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan seharian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan
Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap.

GURINDAM MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

Gurindam sebagai suatu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja
Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846. Bentuk. gurindam adalah terikat, iaitu

terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima akhir, 'a',
'a'. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Isinya mengadungi

nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.



Menurut kamus Dewan (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-
bagai pengajaran. Manakala, Za'aba (1965) menjelaskan gurindam sebagai sejenis syair melarat yang tetap

sukatannya atau rangkapnya. Isinya mengandung fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan dinyanyikan.
Gurindam berasal dari bahasa Tamil 'iradam', "kirandam' yang dimaksudkan sebagai puisi secara terbuka dan

mengutarakan idea yang saling lengkap melengkapi serta merupakan petua, nasihat atau pengajaran. Gurindam
terdiri dua baris serangkap dan rima akhirnya ialah a.a. Jika disebut kedua baris jadi ayat majmuk; jika dipisah ayat

pertama jadi sebab dan ayat kedua jadi akibat.

Contoh akal budi masyarakat Melayu dalam Gurindam Pasal Pertama

Gurindam Dua Belas



Ini Gurindam Pasal yang Pertama:



Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,

suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri.

maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,

tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah la dunia mudarat.

Akal budi pada fasal satu ini pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila hidup tidak mengenal agama yakni Tuhan. maka
hidupnya sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal ini menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Manakala,
mengenal yang empat berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syari'at, ma'rifat, tarikat dan hakikat. Apabila seseorang telah mengenal yang
empat ini maka kehidupan akan semakin terang tanpa ada sedikit rasa was-was.

Dalam kehidupan di dunia kita mesti mengetahui hakikat diri kita sebagai hamba. Sesiapa yang mengetahui dirinya serba kekurangan tentu
sahaja seseorang itu memerlukan Allah yang maha berkuasa dalam menentukan kehidupan di dunia dan seterusnya membawa kejayaan di
akhirat. Selain itu kita perlu mengenal dunia yang bersifat sementara atau fana. Justeru, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan
godaan dunia. Oleh itu, hakikat sebenar kehidupan menjadikan dunia sebagai jambatan kehidupan di akhirat yang kekal buat selama-
lamanya.

Perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga boleh dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran dalam puisi tersebut. Falsafah
bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk
mendapatkan kebenaran. Falsafah menurut Mana Sikana (1996) ialah suatu kesenian berfikir, yang waras, bernas dan mendalam.
Menurutnya lagi, karya sastera yang dihasilkan yang membicarakan sesuatu subjek, biasanya akan membicarakan sesuatu itu secara
artistik dan estetik, maka di situlah tersimpannya mutiara falsafahnya. Tuntasnya, falsafah bermaksud memikirkan sesuatu dengan sangat
mendalam dan membincangkan sesuatu perkara secara terperinci untuk mendapatkan jawapan yang benar dan sebenar terhadap sesuatu
perkara.

Falsafah yang terkandung dalam karya Gurindam Dua Belas membincangkan pelbagai persoalan kehidupan manusia, sama ada kehidupan
di dunia, mahupun kehidupan di akhirat. Antara persoalan yang terkandung dalam puisi tersebut termasuklah perkara yang berkaitan
mengenai aqidah dan tasawuf, syariat rukun Islam, kepentingan menjaga akhlak, serta konsep pemerintahan. Setiap fasal yang ditulis oleh
Raja Ali Haji berupaya menyentuh kesedaran dalam jiwa masyarakat, serta dapat memainkan peranan penting bagi membentuk nilai
keperibadian insan yang mulia berlandaskan syariat Islam. Nilai-nilai Islam yang disusun dan digarap dalam Gurindam Dua Belas secara
tidak langsung mencerminkan diri setiap insan sebagai contoh insan yang memiliki kualiti serta jati diri yang indah dan sempurna.

RUJUKAN

Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul
Rani bin Hassan, Dr Hasnah binti Awang. (2022). PENGENALAN KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU. Pustaka al-Ehsan.

Nurul Farahanis Binti Mohd Zaidi. (2020). MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI
TRADISIONAL - Flip eBook Pages 1-8. AnyFlip. Retrieved March 26, 2022, from
https://anyflip.com/sfcby/lmxq/basic

SEKIAN ,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version