Peribahasa
dan simpulan bahasa
*Bertema
*Bergambar
*Maksud
* Contoh ayat
Tema :
Kekeluargaan
dan
keibubapaan
BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH
Maksud:
Kasih sayang ibu bapa kepada anaknya sehingga
dijaga dengan baik agar anaknya mendapat semua
yang terbaik dan tiada sebarang kekurangan.
Contoh ayat:
Encik Rahmat dan isteri menjaga anaknya bagai
menatang minyak yang penuh kerana itulah
satu-satunya anak yang mereka ada.
BAPA BOREK ANAK RINTIK
Maksud:
Bagaimana ibu bapa, begitulah anak-anaknya.
Anak-anak akan mengikut kelakuan dan peribadi
kedua ibu bapanya.
Contoh ayat:
“Kau lihatlah anak Kamal itu seperti bapa borek
anak rintik, rajin berkemas seperti ayahnya
juga.” kata Zainab..
KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH
MATI KELAAPARAN
Maksud:
Kelakuan sesetengah ibu bapa yang lebih
mengutamakan orang luar sehingga mengabaikan
anak sendiri.
Contoh Ayat:
Malek lebih mementingkan rakan- rakanya
daripada keluarganya, dia ibarat kera di hutan
disusukan,anak di rumah mati kelaparan.
BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA
Maksud:
Bagaimana ibu bapa, begitulah anak-anaknya.
Anak-anak akan mengikut kelakuan dan peribudi
kedua ibu bapanya.
Contoh ayat:
Sikap peramah yang dimiliki oleh Helmi sama
seperti ibunya, sebagaimana acuan begitulah
kuihnya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-
rakan.
Tema :
Perpaduan dan
Hidup Bersatu Padu
SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN
LURUS.
Maksud:
Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi diri
sendiri tidak melakukan demikian.
Contoh ayat:
“Kamus menyuruh adik-adik kamu bersembahyang,
tetapi kamu sendiri tidak sembahyang. Kamu
seperti ketem menyuruh anaknya berjalan lurus,”
kata Encik Zaki kepada anaknya, Firdaus.
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG,BULAT MANUSIA
KERANA MUAFAKAT
Maksud:
Keptusan bersama yang dicapai dalam perbincangan.
contoh ayat:
“Kita harus berbincang untuk menyelesaikan masalah
kampung ini kerana bulat air kerana pembetung bulan
manusia kerana muafakat,”ujar ketua kampung kepada
orang kampung yang hadir.
BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH
Maksud:
Amalan bersatu padu dapat mengeratkan hubungan
dan memperkuatkan semangat kemasyarakatan.
Contoh ayat:
Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling
bertolak-ansur dan bersatu padu kerana bersatu
teguh, bercerai roboh.
BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING
Maksud :
Amalan hidup bermasyarakat, susah senang
bersama-sama.
Contoh ayat:
Semua penduduk kampung Seri Pinang bergotong
royong membersihkan kawasan kampung mereka,
bak kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing..
BAGAI ISI DENGAN KUKU
Maksud:
Hubungan yang sangat rapat.
Contoh ayat:
Hubungan baik antara Husna dan Amira sangat
rapat bagai isi dengan kuku kerana mereka berjiran.
Tema :
Budi Bahasa
BAGAI KACANG MELUPAKAN KULIT
Maksud:
Seseorang yang tidak menghargai jasa orang lain. .
Contoh ayat:
Nisdawati dianggap bagai kacang lupakan kulit. Dia
sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sering
membantunya dalam pelajaran
HARIMAU MATI MENINGGALKAN
BELANG,MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA
Maksud:
Setiap manusia dikenang kerana bakti yang telah dibuat.
Contoh ayat:
Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh
orang-orang kampung kerana beliau banyak berjasa bak kata
pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.
Tema :
kasih Sayang atau
Perhubungan
AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS
Maksud:
Perbalahan antara saudara mara tidak akan terputus
saudara.
Contoh ayat:
“Kamu berdua tidak perlulah asyik bertengkar sahaja
kerana air dicincang tidak akan putus,”nasihat ayah
kepada anaknya Umar dan Ahmad.
BUKIT SAMA DIDAKI LURAH SAMA DITURUNI
Maksud:
Perhubungan yang sangat rapat.Susah senang
bersama-sama.
Contoh ayat:
Aini dan Amalina berkawan baik sejak sekolah rendah
lagi dan mereka sering bersama-sama dalam semua
keadaan ibarat bukit sama didaki lurah sama dituruni.
BAGAI AUR DENGAN TEBING
Maksud:
Perhubungan yang sangat rapat dan saling
membantu antara satu sama lain.
Contoh ayat:
Kehidupan penduduk Taman Indah bagai aur
dengan tebing kerana sering menyelesaikan
masalah yang berlaku di taman itu secara
bersama-sama.