TAJUK: SIKAP DAN TINGKAH LAKU REMAJA YANG NEGATIF
TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA
AHLI KUMPULAN
SATTHISHWARAN GANGATHAREN 18DDT20F1098
ASHVINDRA RAJ A/L SUKUMARAN 18DDT20F1071
THAVANES A/L SIVAM 18DDT20F1031
PRITHIKA A/P GUNALAN 18DDT20F1054
EBENISH ERWIN A/L JAMES 18DDT20F1100
PENGENALAN
• BELAKANGAN INI TERLALU BANYAK DIPERKATAKAN ISU YANG
BERKAITAN DENGAN MASALAH SOSIAL YANG MELIBATKAN
REMAJA. PELBAGAI ANDAIAN, HUJAH, CADANGAN, PROGRAM
DAN AKTIVITI BAGI MENANGANI MASALAH SOSIAL INI
DIUTARAKAN. PERLAKUAN SOSIAL YANG NEGATIF DALAM
BENTUK DEVIAN SOSIAL TIDAK SEHARUSNYA MERUPAKAN SATU
PETUNJUK KE ATAS KELEMAHAN MASYARAKAT UNTUK
MEMBUDAYAKAN PEMBANGUNAN SECARA POSITIF YANG
BERTERASKAN PRINSIP DAN NILAI-NILAI MURNI KEMANUSIAAN
SERTA AGAMA.
DISEDIAKAN OLEH ;
EBENISH
Disediakan oleh,
Satthishwaran
Rokok ialah tembakau yang dibaluti
dengan kertas dan apabila seseorang
menghisap rokok, individu tersebut
boleh menghembuskan asap yang
dikeluarkan dari paru-paru melalui
mulut dan hidung. Terdapat lebih 7,000
bahan kimia yang digunapakai untuk
menghasilkan sebatang rokok seperti
bahan cat, racun dari eksos kereta,
kadmium yang terkandung di dalam
bateri, bahan pelarut toluena, ammonia
yang digunakan untuk mencuci tandas,
naftalena dari ubat gegat, tar untuk
membuat jalan, asenik yang dipakai
untuk membuat racun tikus dan nikotin
yang digunakan untuk membunuh
serangga. Walaupun rokok mempunyai
seribu satu keburukan yang bukan
sahaja boleh menjejaskan kesihatan
malah kewangan perokok, ianya masih
dihisap kerana ketagihan yang dialami
oleh kebanyakan perokok yang sukar
untuk dibendung
.
Rokokelektronik atau vape menggunakan
pengewap (vaporizer) berkuasa bateri
untuk menghasilkan
suatu aerosol daripada cecair yang
berperisa khas yang disedut
penggunanya untuk mendapat rasa
seakan menghisap rokok tanpa
membakar sebarang tembakau. Cecair
khas ini biasanya diperbuat
daripada nikotin(tidak
semuanya, propilena glikol, gliserin dan
bahan perisa.
Amalan ini berkemungkinan lebih
selamat daripada merokok secara
biasanya namun kesan yang terhasil
tidak tampak begitu jelas berbanding
dengan langkah penghentian
merokok.Kesan jangka panjang
pengunaan rokok jenis ini terhadap
kesihatan manusia dengan sendirinya
tidaklah diketahui.
DADAH' atau 'DRUG' adalah bahan
atau kimia yang amat merbahaya
kepada individu yang
menggunakannya kerana ia
mengubah cara minda dan tubuh
manusia berfungsi. Menurut Kamus
Dewan Melayu-Inggeris, 'Drug'
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun
sedemikian, untuk memberi takrif
penyalahgunaan kepada 'drug'
perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse'
perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan 'drug'. Contohnya
'drug abuse' atau 'misuse of dug'
yang membawa maksud
penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas
yang merujuk kepada sejenis bahan
yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari
segi fizikal, mental dan emosi serta
tingkahlaku pengguna apabila
digunakan. Akibat daripada kesan ini,
seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan
menjadi ketagihan dan akan terus
bengantung kepadanya.
Vandalisme adalah tingkah
laku yang berasal dari
asal-usul Vandal, oleh
orang Rom, berkenaan
dengan kebudayaan:
kemusnahan kejam atau
merosakkan sesuatu yang
indah atau dihormati.
Istilah ini juga termasuk
kerosakan jenayah seperti
grafiti dan penipuan yang
ditujukan ke mana-mana
harta tanpa izin pemilik.
Rempit ialah sekumpulan
penunggang motosikal yang
menunggang motosikal
secara melulu dan
merbahaya sama ada
membahayakan dirinya
sendiri mahupun pengguna
jalan raya yang lain. Menurut
kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, rempit bermaksud
menyesah atau memukul
sesuatu contohnya dengan
menggunakan rotan. Sebutan
rempit itu sendiri
sebenarnya adalah berasal
daripada perkataan rampit
iaitu menggambarkan
pelumba memeras minyak di
jalan raya (litar).
punca terhadap pembangunan negara
Diseadiakan oleh Thavanes A/L Sivam
1.Penagihan Dadah boleh digunakan sebagai ubat
dadah ataupun sebagai senjata.Biarpun dadah
mempunyai banyak kegunaan dalam
bidang perubatan yang membawa
kebaikan kepada kita tetapi ia juga
membawa keburukan kepada kita apabila
ia disalahgunakan.Mengikut kajian yang
dijalankan, remaja yang terlibat dalam
penagihan mencatat peningkatan yang
mendadak.
PUNCA
Remaja-remaja yang tidak mendapat
prihatin daripada keluarga mereka sentiasa
diabai.Untuk mengatasi rasa kesedihan
yang dihadapi,mereka mengambil dadah
yang membolehkan mereka bakal dan
menjadi penagih dadah selepas
memakainya.
Pengaruh kawan
Sesetengah daripada mereka menagih
dadah kerana mereka dipengaruhi oleh
ajakan kawan mereka untuk mengambil
dadah.Jika mereka menolak ajakan kawan
mereka untuk menagih dadah maka
mereka akan kehilangan kawan
baik.Akhirnya,mereka terjebak ke dalam
kancah dadah yang menghancurkan masa
depan seseorang.
2.ROGOL Pada kebelakangan ini,kes rogol yang
melibatkan remaja sering menjadi tajuk utama
surat akhbar.Di mana perginya akhlak anak-
anak muda kita?Setiap perkara atau peristiwa
yang berlaku tentunnya ada sebab musabab
yang tersembunyi.Mangsa-mangsa rogol
merupakan golongan wanita yang lemah dari
segi fizikal berbanding golongan lelaki.Kes rogol
yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak
31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga
September tahun ini berbanding tempoh yang
sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus
membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke
bawah. Memanadngkan perkara ini semakin
hari semakin serius,ia adalah penting bagi kita
untuk melihat secara mendalam perkara ini.
PUNCA
Kemajuan teknologi memberi kemudahan
kepada kita untuk mendapat maklumat dengan
senang.Sesetengah remaja telah
menyalahgunakan kemudahan ini untuk
mendapatkan gambar dan bahan lucah.Dalam
kegairahan mereka menonton video-video
lucah,mereka tidak sedar bahawa mereka
menuju ke arah melakukan jenayah seks iaitu
rogol.
Tidak mempunyai pegangan agama yang kuat
Remaja yang tidak mempunyai pegangan
agama yang kuat berkemungkinan besar gagal
dalam mengawal hawa nafsu
mereka.Akibatnya,gadis yang tidak berdosa
akan menjadi bahan korban demi memenuhi
kepuasan penjenayah.
3.GEJALA Pelajar merupakan pemimpin kepada
PONTENG negara pada masa akan datang
memperlihatkan betapa pentingnya
pelajar kepada negara dan pelajar-pelajar
kita terdiri remaja-remaja yang bakal
menjadi pucuk
kepimpinan.Sayangnya,remaja-remaja
sebagai pelajar asyk ponteng sahaja dan
ia telah menjadi masalah yang serius di
kalangan remaja masa kini.Selepas
ponteng,mereka akan menghabiskan
masa mereka di kompleks beli-belah dan
pusat-pusat hiburan.
PUNCA
Hilang minat dalam pelajaran
Bukanya semua pelajar mempunyai tahap
kefahaman yang sama dan di kalangan
mereka adanya yang
lemah.tetapi,golongan pelajar sentiasa
diabaikan oleh guru menyebabkan
mereka hilang minat.Selain itu,mereka
diabaikan malah dipandang rendah oleh
cikgu mereka kerana tidak cemerlang
dalam pencapaian akademik mereka.
Pengaruh daripada rakan-rakan
Ada di kalangan mereka yang ponteng
kerana dipengaruhi oleh kawan
mereka.Mungkin mereka akan menolak
permintaan pada permulaan tetapi
kawan mereka akan mula menjauhi
mereka.Demi meneruskan hubungan
mereka sebagai kawan,mereka terpaksa
ikut jejak rakan mereka ponteng kelas.
CONTOH
ARTIKEL
KESAN
TERHADAP
PEMBANGUNAN
NEGARA
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari
institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu
masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi
kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan
keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak
seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan
bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi
kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas
kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam
kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya
penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan
terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat
bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-
masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-
masalah yang lain.
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini
ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya
terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia
hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang
mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan
dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang
mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif
akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim
terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya
dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan
remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran
islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan
agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan
juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan
yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Kesan ke atas negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak
ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan
pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan
menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut
dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana
wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di
kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah
dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos
perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah.
Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam
negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu
menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah
remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur
dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama
yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa
kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat.
Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan
masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak
yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak
hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur
dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan
rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara
yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak
dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi
porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya
perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat
saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini
menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-
isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan
antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan
masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh
kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
KESAN VANDALISME
Pada masa kini, vandalisme bukan lagi sesuatu masalah sosial baru kepada
masyarakat. Berita yang berkaitan dengan gejala ini setiasa dipaparkan di atas
surat khabar. Contohnya, tandas-tandas awam dan telefon awam diconteng
dengan perkataan atau gambar yang menyakitkan mata . Kesannya, ia telah
memberi impak negatif kepada masyarakat dan juga memburukkan nama baik
negara. Hal ini kerana perbuatan ini telah menyebabkan pihak awam dan swasta
terpaksa mengeluarkan berbelanja untuk membaiki dan menggantikan
kemudahkan-kemudahkan yang telah dirosakkan. Perbuatan yang merosakkan
segala benda awam merupakan vandalisme. Di Malaysia pelbagai kemudahan
diberikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi malangnya kebanyakan daripada
kemudahan awam yang disediakan ini rosak. Hal ini disebabkan oleh
sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan
awam ini dengan sewenang-wenangnya. Selain itu, kita dapat berita bahawa
orang yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk
sampai ke hospital. Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas
berlaku adalah vandalisme. Telefon awam yang sudah dirosakkan menyebabkan
kita tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta
paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan
air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi
yang menyayat hati.
Di samping itu, merokok juga
menjejaskan personaliti perokok.
Nafasnya, rambutnya dan
pakaiannya berbau asap rokok.
Giginya berwarna kuning atau
perang kerana dikesani oleh
KESAN MEROKOK nikotina dalam asap rokok. Hal ini
Salah satu kesan buruk itu ialah menyebabkan orang lain berasa
merokok mengakibatkan kurang selesa apabila berdekatan
penyakit. Antara penyakit yang dengannya.
diakibatkan oleh merokok ialah
kanser paru-paru dan penyakit
jantung. Kedua-dua penyakit ini Seterusnya, merokok
berpunca daripada bahan kimia membazirkan wang. Hal ini kerana
seperti tar, ammonia, dan arsenik harga rokok sangat mahal,
yang terkandung dalam asap contohnya, sekotak rokok berisi 20
rokok. Penyakit ini mat batang rokok berharga RM 10.00.
berbahaya dan boleh membawa Jika perokok menghisap dua kotak
maut. rokok seharai dia membazirkan RM
20.00 sehari untuk menikmati
sesuatu yang bukan sahaja tidak
Selain itu , merokok akan berfaedah tetapi juga
menyebabkan ketagihan. memudaratkan kesihatannya
Ketagihan berpunca daripada
nikotina dalam asap rokok.
Seseorang yang ketagiah rokok
akan berasa letih dan murung
jika tidak merokok. Tangannya
akan menggeletar dan degupan
jantung menjadi lebih laju. Dia
juga tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap kerja yang
dilakukannya.
Akhir sekali, kesan penyalahgunaan dadah
dalam kalangan rakyat akan menjejaskan
ekonomi negara.Hal ini demikian kerana,
imej dan maruah negara akan terjejas di
persada dunia yang akan menyebabkan
urusan politik yang membabitkan
perdagangan dengan negara-negara lain
tidak dapat berjalan dengan lancar. Bagi
menggelakkan kejadian ini berlaku,
kerajaan telah melancarkan kempen
antidadah di seluruh negara secara
meluas.Namun demikian,tanggungjawab
untuk memerangi dadah seharusnya kita
pikul bersama.
KESAN MENGAMBIL DADAH
Terdapat banyak kesan atau impak yang negatif akibat
penyalahgunaan dadah,antaranya adalah masa depan
penagih dadah tersebut tidak terjamin serta seolah-
olah membawa diri ke kancah kemusnahan. Penagih
dadah tersebut bukan sahaja menuju ke arah
kemusnahan masa depan dirinya malah telah
membahayakan kesihatan di mana akan meninggikan
risiko untuk mendapat penyakit jangkitan jantung,
AIDS, Hepatitis B, C dan D, kerosakan buah
pinggang,otot-otot badan mengecut dan
berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah
apabila sekiranya bekalan dadah tidak
diperoleh,mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan
amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang
dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit
AIDS yang amat digeruni. Bak kata pepatah “sesal
dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya”.
KESAN MEREMPIT
Antara kesan-kesan yang timbul dari gejala merempit ini ialah, gejala
merempit ini ialah Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak
dalam kalangan remaja. selain itu masalah merempit ini juga akan
menyebabkan wujud pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan
seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan
lain-lain. Namun, perkara yang paling menyedihkan apabila kita bercakap
mengenai mat rempit ini ialah ianya terdiri daripada orang islam
terutamanya kaum melayu yang kita tahu sejak kecil lagi telah disemai
dengan adat serta kesopanan dalam diri.
Selain itu, budaya merempit ini juga dapat meningkatkan kemalangan
jalan raya. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai dan
cara menunggang motosikal yang melulu oleh penunggang yang merempit.
Sikap menunggang yang tidak ada etika dalam kalangan mat rempit ini
menyebabkan sebahagian daripada pemandu kita takut ketika memandu di
jalanraya kerana mereka takut akan menjadi mangsa kemalangan yang
berpunca daripada mat rempit ini.
CARA – CARA
MENGATASI
MASALAH
TERSEBUT
DISEDIAKAN OLEH
ASHVINDRA RAJ A/L SUKUMARAN
MEROKOK & VAPE
Dalam ceramah mahupun iklan itu
hendaklah dinyatakan tentang
bahayanya merokok, kesan merokok
serta dinyatakan faedah orang yang
tidak merokok atau berhenti merokok
seperti hidup lebih lama, dapat
menghindari racun yang terkandung
dalam rokok, dapat melindungi diri,
keluarga dan orang lain daripada
bahaya merokok, menjadi teladan yang
baik kepada anak-anak, dapat
meningkatkan kecergasan serta
memiliki tubuh yang sihat,
meningkatkan deria rasa dan bau, gigi
lebih putih dan nafas lebih segar dan
dapat mengelakkan budaya membazir
dengan menggunakan wang untuk
membeli rokok kepada tujuan yang
lebih baik dan bermanfaat.
Individu yang aktif bersukan
selalunya menitik beratkan
kesihatan tubuh badan dan
menghindari tabiat yang boleh
merosakkan diri mereka seperti
merokok. Pilih aktiviti sukan yang
sihat dan lakukan dengan
berkumpulan untuk menambah
keseronokan dan motivasi diri.
Oleh itu, perokok hendaklah
melakukan aktiviti sukan ini kerana
ia dapat menghindarkan dirinya
dari tabiat merokok.
DISEDIAKAN OLEH
ASHVINDRA RAJ A/L SUKUMARAN
PENGAMBILAN
DADAH
Tuliskan beberapa mantera yang
boleh anda gunakan sekiranya
anda merasa ingin mula
menggunakannya lagi. Motivasi
anda untuk berhenti haruslah
bersifat peribadi dan cukup
penting sehingga anda selalu
berpegang pada keputusan anda
ketika memilih antara berhenti
dan terus. Beberapa contoh di
bawah:
1. Tentukan untuk berhenti
supaya isteri anda dapat
melihat anda lagi dengan
rasa bangga dan bukannya
prihatin.
2. Tentukan bahawa anda akan
berhenti kerana anda ingin
mempunyai cukup wang
untuk tinggal sendiri tanpa
memerlukan wang orang
lain.
3. Tentukan anda akan
berhenti untuk kembali
sihat. Anda akan berhenti
kerana anda ingin kekal
hidup untuk masa yang lama
dan berada di sana untuk
orang yang anda sayangi.
DISEDIAKAN OLEH
ASHVINDRA RAJ A/L SUKUMARAN
VANDALISM
Penguatkuasaan dan Media hiburan dan sumber maklumat
pelaksanaan undang-undang terkini, media massa juga seharusnya
perlu dijalankan oleh pihak
berkenaan. Di bawah Akta ada tanggungjawab sosial kepada
Kerajaan Tempatan 9 Undang- masyarakat. Media massa
Undang Kecil Vandalisme1991), memainkan peranan dan mempunyai
sesiapa yang didapati
pengaruh kuat dari segi menanam
merosakkan harta benda awam
boleh didenda membabitkan RM kesedaran memperoleh kerjasama
2,000 atau penjara tidak lebih dan menyampai maklumat tentang
setahun jika sabit vandalisme dalam apa bentuk
kesalahan.Pelaksanaan undang- rancaangan yang tersiar atau yang
undang baru menetapkan
pesalah-pesalah vandalisme terdapat dalam media massa.
menjalankan kerja-kerja Media massa juga
khidmat masyarakat berperanan membantu pihak
dan mereka juga akan kerajaan dari segi mengadakan
menggunakan pakaian seragam kempen agar masyarakat faham dan
pesalah vandalisme.(kerja ini menghayati kempen ” Harta Awam
dilakukan di tempat awam
Milik Bersama” kerana dengan
seperti pusat membeli-
belah)Tindakan tegas perlu adanya iltizam dan komitmen
dikenakan kepada pesalah agar daripada media massa maka kempen
menjadi teladan kepada rakan- ini dapat direalisasikan
rakan.
keberkesanannya
DISEDIAKAN OLEH
ASHVINDRA RAJ A/L SUKUMARAN
MEREMPIT
Mengamalkan nilai-nilai
murni semasa menggunakan
jalan raya. Mat rempit mesti
sedar bahawa jalan-raya
bukan tempat untuk
berlumba dan menunjukkan
aksi berbahaya. Mat rempit
juga mesti mengamalkan
nilai mematuhi peraturan
jalan raya dan sentiasa
berhemah ketika
menggunakan jalan raya.
Mat rempit perlu juga
memikirkan keselamatan
pengguna jalan raya yang
lain.
Pihak polis perlu memainkan
peranan untuk mengatasi gejala
mat rempit. Pihak polis perlu
membuat rondaan untuk mengawasi
pergerakan mat rempit. Jika pihak
polis mendapat aduan daripada
masyarakat atau pengguna jalan
raya, tindakan segera hendaklah
diambil. Selain itu, operasi
membanteras aktiviti mat rempit
DISEDIAKAN OLEH hendaklah dibuat sekerap mungkin
ASHVINDRA RAJ A/L SUKUMoAleRhANpihak polis.
KESIMPULAN
• . PELBAGAI LANGKAH BOLEH DIAMBIL DAN DILAKSANAKAN, TETAPI APA
YANG LEBIH PENTING: IBU BAPA MESTILAH MEMAINKAN PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB DALAM MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN
AKHLAK DI KALANGAN REMAJA. DENGAN KATA LAIN, WALAU APAPUN
LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH MANA-MANA PIHAK, TANPA
KERJASAMA DARIPADA IBU BAPA, NESCAYA GEJALA INI SUKAR DIATASI