BUKU PANDUAN
UJIAN KENAIKAN PANGKAT
SARJAN
KADET REMAJA SEKOLAH
SEKRETARIAT KRS DAERAH KERIAN
1
Sekretariat KRS Daerah Kerian
PENDAHULUAN
Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah
dalam ujian kenaikan pangkat Sarjan Kadet Remaja Sekolah. Guru dan murid boleh
menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya kaum dan elemen-
elemen lain berlandaskan teras dan kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Namun Buku
Panduan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam
menjalankan aktiviti Kadet Remaja Sekolah.
Ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan dapat
membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan
ahli -ahli Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat. Sehubungan itu, ujian-ujian
ini akan melahirkan ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang berkualiti, berketrampilan dan
berwibawa yang bakal menjana generasi yang ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’
Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu
ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja Sekolah iaitu ‘ILMU,
IMAN dan AMAL’
2
Sekretariat KRS Daerah Kerian
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT
Ujian Kelayakan : SARJAN
Nama :
Tingkatan :
Syarat-syarat :
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 3 iaitu:
Tarikh Lulus
Bil. Perkara &
Pengesahan
A ITEM UJIAN KHAS
1 Ujian Bertulis
• Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur meliputi Tarikh:
semua tajuk dalam silibus KRS.
2 Ujian Kawad
• Berkebolehan memberi perintah kawad kepada skuad atau platun Tarikh:
sendiri.
3a Ujian Kerohanian
• Berkebolehan memimpin sembahyang berjemaah dengan Tarikh:
mengetahui bacaan wirid dan doa selepas sembahyang.
• Menghafaz 2 hadis pendek dari kitab ‘Hadis Empat Puluh”. Tarikh:
• Menceritakan atau menulis mengenai riwayat kehidupan seorang Tarikh:
dari khalifah Ar-Rasyidin.
3b Ujian Moral Tarikh:
Pengucapan awam:
Tajuk :
• Sesal kemudian tidak berguna
• Etika perniagaan yang baik
• Pengorbanan kaum ibu
• Fikir sebelum bertindak
4 Ujian Kecergasan
• Larian 2.4 km dalam masa Tarikh:
12 minit (L) /15 minit (P) Tarikh:
• Bangkit tubi (30 kiraan/minit) Tarikh:
• Tekan tubi (20 kiraan/minit) Tarikh:
• Lentik Belakang (20 kiraan/minit) Tarikh:
• Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak kurang 50 kg
3
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B DISIPLIN DAN KEROHANIAN
1. Ketatanegaraan
• Nama dan jawatan Jemaah Kabinet Tarikh:
• Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 amalan baik Tarikh:
dalam agama masing-masing.
• Nama-nama Sultan dan Yang Di Pertua Negeri Tarikh:
2. Ketahanan diri dan kebudayaan
2.1 Perkhemahan
• Membantu menguruskan perkhemahan selama 2 hari Tarikh:
1 malam/ Menjadi Pengerusi AJK kecil
• Menyertai perkhemahan selama 4 hari 3 malam di luar Tarikh:
sekolah
• Mengendalikan satu aktiviti terancang dalam Tarikh:
perkhemahan
2.2 Ikatan Tarikh:
• High Element Activity
Tarikh:
- Abseiling, Flying Fox, Repelling, Ascending Tarikh:
• Membuat 5 Simpulan/ Ikatan Pemancing
• Membina 3 jenis gajet
2.3 Kompas
• Latihan dan aktiviti orienteering di kawasan sekolah Tarikh:
• Membaca/ mengguna dan orientasi peta Tarikh:
2.4 Ikhtiar Hidup Tarikh:
• Mengenali pokok-pokok perubatan/ tumbuhan/ buah- Tarikh:
Tarikh:
buahan yang boleh dimakan/ minum
• Membuat perangkap/ jerat Tarikh:
• Memasak mengikut kaedah ikhtiar hidup
• Membina dan mengendali rakit
1. Buluh
2. Tiub Getah
2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula Tarikh:
Menguasi 3 kaedah praktikal pemulihan pernafasan.
1. Mulut ke mulut
2. Holger-Nelson
3. Slivester
4
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.6 Kebudayaan
• Telah menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan Tarikh:
dengan kebudayaan tidak kurang dari 1 tahun.
2.7 Basikal Tarikh:
• Pengenalan basikal Tarikh:
• Membaiki kerosakan kecil
2.8 Kayak Tarikh:
• Kemahiran Asas Kayak
• Pengendalian kayak
3. KHIDMAT MASYARAKAT Tarikh:
Tarikh:
• Menyertai 6 khidmat masyarakat dengan masa
tidak kurang daripada 18 jam.
• Menyedikan laporan bertulis mengenai sejarah
tempat tinggal anda.
4. ALAM SEKITAR Tarikh:
Lulus ujian mengenalpasti salah satu berikut:
• 20 jenis burung yang terdapat di Malaysia
• 20 jenis hidupan liar di hutan
• 20 jenis ikan air tawar atau laut.
• 20 jenis serangga
5. KEUSAHAWANAN
Berkebolehan melaksanakan salah satu aktiviti berikut: Tarikh:
• Merekacipta satu logo dan slogan berkaitan dengan
logo berkenaan cth. Hari Kebangsaan, Hari Kantin,
Hari KRS
• Membaiki 10 buah kerusi atau meja.
• Merekacipta satu alat dapur yang dibuat dari
bahagian-bahagian pokok kelapa.
• Merekacipta satu alat daripada bahan-bahan
terbuang.
5
Sekretariat KRS Daerah Kerian
A: ITEM UJIAN BERTULIS
A: 1. UJIAN BERTULIS
Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur meliputi semua tajuk dalam silibus KRS
A: 2. UJIAN KAWAD
MATLAMAT
Mendedahkan kepada anggota Kadet Remaja Sekolah yang berpangkat Sarjan tentang bahasa
hukuman yang betul dan kaedah mengajar kawad yang berkesan kepada anggota-anggota.
SIFAT-SIFAT SESEORANG JURULATIH KAWAD
Seseorang jurulatih kawad hendaklah mempunyai sifat-sifat pemimpin dan pendidik seperti berikut:
- Kesabaran menghadapi sesuatu.
- Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh.
- Mempunyai kemahuan untuk maju.
- Bertanggungjawab
- Berperikemanusiaan
- Taat setia yang tidak berbelah bahagi.
- Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan.
- Memuji dan menegur kesalahan.
- Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
- Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi dan diteladani.
- Mempunyai mutu disiplin yang tinggi.
KHUTBAH SEBELUM MEMULAKAN LATIHAN KAWAD KAKI.
“Assalamualaikum/ Selamat pagi skuad. Pada pagi/petang ini saya akan
mengawadkan skuad. Apa yang saya mahu setiap hukuman saya yang betul hendaklah
dibuat dengan cergas dan pantas, hukuman saya yang salah jangan dibuat. Faham itu
skuad.....”
6
Sekretariat KRS Daerah Kerian
KAWAD STATIK
2.1 SEDIA
Hukumannya:
“Skuad............ Sedia”
2.2 SENANG DIRI
Hukuman:
“Senang........ Diri”
2.3 REHATKAN DIRI
Hukuman:
“Rehatkan. ................... Diri’
2.4 MASUK BARIS
Arahan masuk baris:
“Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya
gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di
tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad”
Hukuman:
“Tiga Barisan di hadapan saya.................. Gerak”
2.5 MEMBETULKAN BARISAN
Hukuman 1a:
“Ke kanan. ....................... Lurus”
Hukuman 1b:
“Pandang................... depan”
Hukuman 2:
“Ke kiri................. Lurus”
Hukuman 3:
“Luruskan................. Barisan”
2.6 NOMBOR
Hukuman:
“Dari kanan.................. Nombor”
2.7 BUKA/TUTUP BARISAN
Hukuman:
“Buka Barisan..................... Gerak”
Hukuman:
“Tutup Barisan................Gerak”
7
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.8 BERPUSING KE KANAN/KIRI/BELAKANG
Hukuman:
“Bergerak ke kanan, kanan...................... Pusing”
Hukumannya:
“Bergerak ke kiri, kiri......................... Pusing”
Hukumannya:
“Menghadap ke belakang, belakang.............. Pusing”
“Menghadap ke hadapan, belakang.................. Pusing”
2.9 BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI
Hukumannya:
“Bergerak ke kanan, separuh kanan.......... Pusing”
“Bergerak ke kiri, separuh kiri................ Pusing”
2.10 BERSURAI DAN KELUAR BARIS
Hukuman 1:
“Ber................ surai”
Hukuman 2:
“Keluar................ Baris”
2.11 PARAS
Paras boleh dilakukan seperti berikut:
a) Anggota tinggi di sebelah kanan, anggota rendah di sebelah kiri.
b) Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan.
c) Anggota rendah di tengah-tengah.
d) Anggota tinggi di tengah-tengah
a) Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri.
Hukuman:
“Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.......... paras”
“Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan.. pusing”
“Jadikan tiga barisan.................. cepat jalan”
b) Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan kiri dan rendah di tengah-
tengah.
Hukuman:
“Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan................... paras”
“Dari kanan............... Nombor”
“Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang........... gerak”
“Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri,
barisan kanan dan kiri................. pusing”
“Jadikan tiga barisan.....................cepat jalan”
8
Sekretariat KRS Daerah Kerian
c) Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan kiri, tinggi di tengah-
tengah.
Hukuman:
“Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan............. paras”
“Dari kanan...................... Nombor”
“Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang............ gerak”
“Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri,
barisan kanan dan kiri.................. pusing”
“Jadikan tiga barisan.................. cepat jalan”
“Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan..............
pusing”
“Jadikan tiga barisan................ cepat jalan”
2.12 JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA TIGA BARISAN
Hukuman:
“Jadikan Dua................... Barisan”
2.13 JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN
Hukuman:
“Jadikan tiga..................... Barisan”
9
Sekretariat KRS Daerah Kerian
KAWAD DINAMIK
2.14. CEPAT JALAN
Hukuman:
“Dari kanan/kiri, cepat jalan”
2.15. BERHENTI
Hukuman:
“Skuad........... Henti”
2.16. PERLAHAN JALAN
Hukuman:
“Dari kanan/kiri, perlahan................... Jalan”
2.17. BERHENTI SEMASA PERLAHAN JALAN
Hukuman:
“Henti”
2.18. LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG
Hukuman:
“1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang................ Gerak”
2.19. LANGKAH MERUSUK
Hukuman:
“1/2/3/4/5/6/7/8........................ langkah ke kiri / kanan........... gerak”
2.20. BELOK
Hukuman:
“Kanan/kiri........................ Belok”
2.21. BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN
KE KANAN PUSING
Hukumannya:
“Menghadap ke hadapan/belakang, kanan............... pusing”
“Bergerak ke kanan/kiri, kanan.................... pusing”
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
“Menghadap ke hadapan/belakang, kiri................ pusing”
“Bergerak ke kanan/kiri, kiri..................... pusing”
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya
“Bergerak ke kanan/kiri, belakang................. pusing”
10
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.22. BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN
KE KANAN PUSING
Hukumannya:
“Menghadap ke hadapan/belakang, kanan.................. pusing”
“Bergerak ke kanan/kiri, kanan..................... pusing”
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
“Menghadap ke hadapan/belakang, kiri.................. pusing”
“Bergerak ke kanan/kiri, kiri..................... pusing”
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya:
“Bergerak ke kanan/kiri, belakang.................. pusing”
2.23. HENTAK KAKI,MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN
SEMASA CEPAT JALAN
Hukumannya
“Hentak........ kaki”
Hukuman :
“Maju”
SEMASA BERHENTI
Hukuman :
“Hentak kaki. ........ cepat”
Hukuman:
“Skuad........... henti”
2.24. TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN
SEMASA PERLAHAN JALAN
Hukuman :
“Tukar langkah masa berjalan, tukar............ langkah”
SEMASA CEPAT JALAN
Hukuman :
“Tukar langkah masa berjalan, tukar............ langkah”
11
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.25. BERJALAN, HENTAK KAKI
BERHENTI DALAM MASA BERLARI
HUKUMAN:
“Dari kiri/ kanan........ cepat lari”
HENTAK KAKI SEMASA BERLARI
Hukuman:-
“Hentak… kaki”
Hukuman:-
“Maju”
2.26. TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI
Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan
Hukuman:
“Tukar langkah perlahan, perlahan......... jalan”
Dari Perlahan ke Jalan Cepat
Hukuman:-
“Tukar langkah cepat, cepat... jalan”
Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari
Hukuman:
“Tukar langkah berlari........ cepat lari”
2.27. BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN
Hukuman:-
“Buka......... Barisan”
Hukuman :
“Tutup............... barisan”
2.28. TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN
PERLAHAN JALAN
TUKAR HALUAN MASA BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN
Hukuman:
“Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan............. Tukar”
Hukuman :
“Cepat jalan”
12
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.29. HORMAT DALAM MASA BERHENTI
Hukuman:
“Hormat, ke hadapan.................... hormat”
2.30. MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN
HORMAT KE HADAPAN
Hukuman:
“Hormat ke hadapan................... hormat”
HORMAT KE KANAN/KIRI:
Hukuman:
“Hormat ke kanan/kiri.................. hormat”
2.31. HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL
Hukuman:
“Selaku terima sijil, hormat ke hadapan................ Hormat”
13
Sekretariat KRS Daerah Kerian
A: 3a. UJIAN KEROHANIAN
14
Sekretariat KRS Daerah Kerian
15
Sekretariat KRS Daerah Kerian
16
Sekretariat KRS Daerah Kerian
17
Sekretariat KRS Daerah Kerian
BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB R.A :
Nama penuh : Ali bin Abu Talib bin Abdul Muttalib
Tarikh lahir : 601 Masihi
Tempat lahir : Di dalam Kaabah, Makkah
Keturunan : Bani Hasyim
Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khulafa Al-Rasyidin
Tarikh menjadi khalifah : 655 Masihi bersamaan tahun 35 Hijrah
Tempoh memerintah : 4 tahun
Tarikh meninggal dunia : 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah bersamaan tahun 661
Masihi
Gelaran : Abu Al-Hasan dan Abu Turab
SIFAT PERIBADI SAIDINA ALI
1. Saidina Ali memiliki sifat peribadi yang mulia.
2. Saidina Ali mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah. Beliau
ialah sepupu dan menantu Rasulullah. Beliau juga telah tinggal bersama Rasulullah
sejak dari kecil lagi. Beliau telah mendapat didikan dan pengajaran secara langsung
daripada Rasulullah. Justeru, beliau banyak mewarisi keperibadian dan akhlak
Rasulullah SAW.
3. Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam iaitu ketika berumur 10
tahun. Beliau tidak pernah menyembah berhala. Sehubungan dengan itu, beliau digelar
dengan “Karamallahu Wajhah” yang bermaksud “Allah memuliakan wajahnya”. Beliau
juga termasuk dalam kategori sepuluh orang sahabat Rasulullah yang dijamin syurga.
4. Saidina Ali merupakan seorang yang berpengetahuan tinggi. Beliau dapat menguasai
pelbagai disiplin ilmu. Kelebihan yang dimiliki oleh Saidina Ali ini adalah berikutan
beliau berdamping dengan Rasulullah sejak daripada kecil.
5. Beliau merupakan seorang yang gagah, berani dan handal menggunakan pedang.
Beliau digelar “Singa Allah” ekoran keberanian dan ketangkasannya di medan perang.
6. Saidina Ali juga merupakan seorang khalifah yang tegas dan adil dalam
pemerintahannya.
7. Sebelum memegang jawatan khalifah lagi, beliau telah diberi peranan dalam tugas-
tugas dan jawatan-jawatan yang penting seperti gabenor dan hakim.
CENDIAKIAWAN ULUNG
1. Saidina Ali terkenal sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai pelbagai ilmu
pengetahuan.
2. Saidina Ali telah dianggap sebagai gedung ilmu ekoran daripada ketinggian ilmu yang
dimilikinya Sabda Nabi S.A.W
3. Antara ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Saidina Ali ialah ilmu hisab, sastera,
perundangan, dan kehakiman.
4. Kehidupan Saidina Ali bersama-sama Rasullullah sejak daripada kecil adalah pendorong
serta pencetus bagi beliau untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan daripada Rasulullah.
5. Ekoran daripada ketinggian ilmu yang dimiliki, Saidina Ali telah dilantik menjadi penulis
wahyu.
6. Dalam perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada tahun 622 Masihi, Rasullulah telah
melantik Saidina Ali menjadi jurutulis bagi perjanjian tersebut.
7. Beliau juga telah dilantik menjadi pemerintah di Yaman ketika usianya dalam lingkungan 30
tahun.
18
Sekretariat KRS Daerah Kerian
SAIDINA ALI PEMUDA YANG BERANI
1. Keberanian Saidina Ali begitu terserlah apabila beliau sanggup tidur di tempat perbaringan
Rasulullah S.A.W ketika baginda hendak berhijrah ke Madinah. Pada ketika itu, pemuda-
pemuda musyrikin Quraisy sedang mengepung rumah Rasulullah untuk membunuh
baginda.
2. Saidina Ali juga terkenal dengan seorang pahlawan yang gagah berani terutamanya di
medan perang.
3. Beliau menggunakan pedangnya yang bernama Zullaqar dan menyertai hamper semua
peperangan menentang musyrikin.
4. Dalam peprangan Khandak, Saidina Ali telah dicabar berlawan satu sama satu dengan
pahlawan Quraisy yang bernama Amru bin Ward. Saidina Ali menyahut cabaran tersebut
dan dengan mudah beliau berjaya menewaskan lawannya itu yang jauh lebih
berpengalaman daripadanya.
5. Saidina Ali juga mempunyai semangat jihad yang tinggi, berani dan tidak gentar
menghadapi musuh semata-mata menegakkan kebenaran dan kesucian Islam.
PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF
1. Saidina Ali telah dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di Yaman. Beliau telah menjadi
seorang hakimdi Yaman. Beliau telah menjadi seorang hakim dan pentadbir yang adil.
2. Setelah Saidina Usman wafat dibunuh, Saidina Ali telah dilantik memegang jawatan
khalifah Islam yang keempat. Beliau telah mendapat sokongan padu daripada rakyat
jelata. Beliau telah berjaya menyatupadukan umat Islam pada ketika itu yang berada
dalam keadaan tidak aman ekoran pembunuhan yang telah dilakukan terhadap Saidina
Usman.
3. Saidina Ali berjaya mententeramkan keadaan negara yang dilanda fitnah dan kekacauan.
Kekacauan berlaku adalah disebabkan perancangan jahat kaum munafik dan Yahudi.
4. Saidina Ali juga merupakan seorang pemerintah yang kreatif. Beliau telah melengkapkan
angkatan tentera berkuda Islam menubuhkan pasukan polis yang diberi nama As-Syurfah
menubuhkan pasukan yang belum pernah ditubuhkan oleh khalifah-khalifah sebelumnya.
JASA SAIDINA ALI
1. Saidina Ali banyak menabur jasa serta mengorbankan diri untuk kepentingan Islam.
2. Antara jasa Saidina Ali ialah:
(a)sebagai jurutulis Perjanjian Hudaibiyyah.
(b) mengetuai misi dakwah di Hamadan, Iraq
(c) mengembangkan ilmu-ilmu Islam.
(d) penasihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga Khulafa Al- Rasyidin.
(e) penulis wahyu
(f) menjadi hakim di Yaman
(g) menerima jawatan khalifah dalam keadaan negara huru-hara.
(h) menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah belah.
19
Sekretariat KRS Daerah Kerian
A: 3b. UJIAN MORAL
Pengucapan Awam
Tajuk : 1) Sesal kemudian tidak berguna
2) Etika perniagaan yang baik
3) Pengorbanan kaum ibu
4) Fikir sebelum bertindak
Contoh:
Nazri membisu. Merajuk sejak semalam. Hatinya membuku menahan marah dan sebak
dengan tindakan ayahnya, Encik Mustakim. Ayah tidak menepati janji. Ayah penipu. Nazri ingin
menghukum ayahnya.
Dari semalam Nazri tidak menjamah apa-apa makanan. Dia hanya minum segelas air.
Perlakuannya itu membimbangkan Puan Rokaih, ibu Nazri. Akan tetapi Encik Mustakim membiarkan
sahaja perangai anaknya itu sahaja.
“Abang, awak tengoklah Si Nazri itu. Sejak balik sekolah semalam, sampailah pagi ini,
langsung dia tidak makan. Asyik mengurung diri dalam bilik sahaja. Risau saya…”, ucap Puan rokiah
hamper menangis.
Encik Mustakim memandang isterinya. Kemudian dia bangun perlahan-lahan menuju ke
arah bilik Nazri.
“Nazri…,” panggil Encik Mustakim dari luar bilik. “Nazri, ayah tahu kamu kecil hati. Ayah
bukan tidakmahu memberikah wang yang ayah janjikan tetapi kamu tidak memenuhi kehendak
ayah. Ayah mahu kamu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan semester yang lepas. Tetapi
kamu tidak memepati kehendak ayah. Kamu hanya mendapat pangkat ‘B’. Bagaimana dengan
Peperiksaan PMR yang sebenar nanti? Ayah berpendapat tindakan ayah ini betul. Cuba kamu fikir
baik-baik. Selama ini ayah tidak pernah menolak permintaan kamu. Permintaan ayah itu untuk
kebaikan kamu pada masa akan datang. Kita perlu bertolak ansur.”
Panjang lebar Encik Mustakim menasihati Nazri. Nazri membisu. Dia mematikan dirinya.
Dalam diam dia mula insaf akan kesilapannya.
Perlahan-lahan Nazri membuka pintu dan mendongak memandang ayahnya.
“Maafkan Nazri ayah. Nazri berjanji tidak akan mengulangi sikap begini lagi. Nazri berjanji
kepada diri Nazri sendiri akan belajar bersungguh-sungguh,” ucap Nari ikhlas.
“Baguslah begitu Nazri. Ayah mahu kamu menyesal sekarang, bukan kemudian sebab
peribahasa Melayu ada mengatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”
A: 4. UJIAN KECERGASAN
Setiap peserta kursus Sarjan dikehendaki melalui dengan jayanya setiap ujian kecergasan berikut
4.1 Larian 2.4 km dalam masa
a) 12 minit-Lelaki
b) 15 minit- Perempuan
4.2 Bangkit tubi (30 kiraan per minit)
4.3 Tekan tubi (20 kiraan per minit)
4.4 Lentik belakang (20 kiraan per minit)
4.5 Angkat beban yang setara berat anggota kadet/ tidak kurang 50 kg
20
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B: DISIPLIN DAN KEROHANIAN
B: 1. Ketatanegaraan
Penilaian: - Nama dan jawatan Jemaah Kabinet (isi tempat kosong)
- Menyatakan sekurang-kurangnya 3 amalan baik dalam agama masing-masing
(esei pendek)
- Nama-nama Sultan dan Yang Di Pertua Negeri (isi tempat kosong)
Markah Penilaian: 10 markah
Alatan : Kertas A4 (1 rim)
1.1. Nama dan jawatan Jemaah Kabinet
i. Kabinet adalah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang
oleh Yang di-Pertuan Agong.
ii. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.
iii. Anggota Kabinet terdiri daripada para Menteri yang memegang portfolio
tertentu.
iv. Perlantikan anggota Kabinet dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri dari kalangan ahli mana-mana majlis Parlimen.
v. Kabinet bertanggungjawab kepada Parlimen.
vi. Fungsi-fungsi Kabinet ialah:
a) membuat dasar kerajaan, sama ada dasar luar atau dalam negeri.
b) memperincikan dasar-dasar umum.
c) membentuk satu dasar koordinasi antara kementerian.
d) mengendalikan sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara
atau rakyat.
Senarai nama dan jawatan Jemaah Kabinet
Nama Jawatan
YAB Dato Sri Haji Mohd Najib b. Tun Hj. Abdul Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri
Razak Keselamatan Dalam Negeri.
YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin b. Mohd Yasin Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Pertahanan
21
Sekretariat KRS Daerah Kerian
1.2. Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 amalan baik dalam agama masing-masing.
Tanggungjawab terhadap keluarga
Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam keluarga. Peranan dan tanggungjawab yang
dilaksanakan dengan baik akan menjamin kesejahteraan hidup sekeluarga. Sebuah keluarga asas
terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak.
Tanggungjawab ibu bapa termasuklah:
- Mencari nafkah untuk keluarga.
- Menyediakan tempat perlindungan untuk keluarga.
- Memberikan pendidikan kepada anak-anak.
- Memberikan kasih saying kepada keluarga.
- Menjadi teladan kepada anggota keluarga lain.
Antara tugas dan tanggungjawab anak-anak adalah:
- Mengikut nasihat ibu bapa.
- Mematuhi peraturan ibu bapa.
- Menunjukkan kasih saying kepada anggota keluarga yang lain.
- Saling membantu.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga’
Ibu selalu menasihati anaknya, “Hormatilah orang lain sepertimana kamu dihormati”. Kami
menganggapnya sebagai pedoman penting dalam kehidupan. Ibu selalu berkata bahawa sekiranya
kamu mahu dilayan dengan baik, kamu harus melayan orang lain dengan baik juga. Pedoman
penting ini dinyatakan dalam kebanyakan agama sebagai asas untuk perhubungan dalam
kehidupan. Semua agama menekankan pentingnya sikap menghormati sesama manusia.
Islam - Berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu
Buddha dan orang yang ada hubungan kekeluargaan denganmu (hadis riwayat Bukhari
Hindu dan Muslim)
Sikh
Kristian - Seorang yang membuat tabiat menghormati orang tua akan memperoleh empat
kebaikan; panjang umur; kecantikan, kebahagiaan dan kekuatan. (Dhamapada
109)
- Kesusahan yang dialami oleh ibu bapa semasa kelahiran seorang anak tidak dapat
ditebus walaupun dalam jangkamasa 100 tahun. Seorang harus sentiasa
melakukan apa sahaja yang disenangi oleh ibu bapa (Laws of Manu 2: 226)
- Hormatilah orang yang lebih tua, guru, jiran dan pemimpin and (Guru Grath Sahib
Ji)
- Hai hamba taatlah kepada tuan-tuan kamu, layanilah dengan hati yang rela seolah-
olah kamu melayani Christ.
Agama Buddha banyak memerihal akan perlunya seseorang menghormati ibu bapa
- Kebaikan hati ibu bapa, mereka tiada apa perasaan marah atau benci terhadap anaknya.
- Ibu bapa tidak tersinggung walaupun anak mereka dilahirkan cacat.
- Selepas anak yang dikandung lahir, ibu dan bapa akan menjaga dan melindungi bersama-sama.
- Jagaan dan bakti mereka kepada anak tidak pernah berhenti sehingga ke akhir hayat mereka.
Dalam Islam, Imam Ghazali telah menggariskan 12 panduan bagaimana seseorang anak
harus berbuat baik terhadap ibu bapanya. Empat daripada panduan tersebut ialah:
22
Sekretariat KRS Daerah Kerian
- Taati perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara yang dilarang oleh Allah
S.W.T.
- Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu
yang melanggar keredhaan mereka baik menerusi sikap, perkataan dan perbuatan.
- Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban
mereka.
- Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas
dasar kewajipan demi keredhaan Allah S.W.T
Agama Kristian juga menyuruh penganutnya menghormati ibu bapa seperti:
- Hormatilah ibu bapa kamu dan kamu akan hidup lama di buminya Aku kepada kamu.
- Beri perhatian kepada ibu bapa kamu, dan jangan abaikan ibu kamu apabila tua.
- Anak mestilah selalu ikut perintah ibu bapa. Ini disukai oleh tuhan.
Agama Hindu mengajar penganutnya menghormati ibu bapa dan guru seperti yang berikut:
Jangan mengabaikan pengorbanan dan tanggungjawab terhadap tuhan-tuhan dan bapa-bapa!
Kamu anggapkanlah ibu kamu seperti tuhan! Kamu anggapkanlah bapa kamu seperti tuhan! Kamu
anggapkanlah bapa kamu seperti tuhan! Kamu anggapkanlah guru kamu seperti tuhan.
Taittiyaka Upanishad 1:11.2
Agama Sikh mempunyai kata-kata berikut untuk menghormati bapa. “Anak, mengapakah kamu
berkelahi dengan bapa kamu, Adalah kerana beliau kamu besar sehingga sekarang? Adalah
berdosa untuk bertengkar dengannya.”
Adi Granth, Sarang, M 4.p 1200
Selain perlunya kita menghormati ibu bapa, keluarga dan orang lain, kita perlu ada sifat hormat
kepada diri sendiri. Maruah diri dan hak peribadi kita juga perlu dijaga. Semua agama menuntut
penganutnya menghormati satu sama lain.
1.3. Nama-nama Sultan dan Yang Di Pertua Negeri
23
Sekretariat KRS Daerah Kerian
i. Negeri-negeri di Malaysia masing-masing mempunyai seorang Raja atau seorang
Yang Dipertua Negeri.
ii. Negeri-negeri yang mempunyai Raja ialah:
a. Kedah Darul Aman
b. Kelantan Darul Naim
c. Johor Darul Takzim
d. Pahang Darul Makmur
e. Terengganu Darul Iman
f. Perak Darul Ridzuan
g. Negeri Sembilan Darul Khusus
h. Perlis Indera Kayangan
iii. Di semua negeri, Raja dikenali sebagai Sultan kecuali di Negeri Sembilan Darul
Khusus Raja dikenali sebagai Yang Dipertuan Besar dan di negeri Perlis Indera
Kayangan dikenali sebagai Raja.
iv. Negeri-negeri Melaka Darul Azim, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak mempunyai
Yang Dipertua Negeri.
v. Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai keutamaan mengatasi orang-orang lain
di negeri masing- masing.
vi. Fungsi Raja/ Yang Dipertua Negeri dalam pentadbiran Negeri
i. Raja/Yang Dipertua Negeri boleh bertindak mengikut budi bicaranya melantik
seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
ii. Raja/Yang Dipertua Negeri boleh mengikut budi bicaranya menolak permintaan
Menteri Besar atau Ketua Menterinya supaya membubarkan Dewan Undangan
Negeri. Walaubagaimanapun Raja/Yang Dipertua berkuasa membubarkan
Dewan Undangan Negeri apabila diminta oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.
iii. Raja/Yang Dipertua Negeri hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
iv. Raja/Yang Dipertua hendaklah melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
atau seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
v. Hanya Raja sahaja berfungsi sebagai ketua agama Islam di negara masing-
masing. Walau bagaimanapun, Raja sesebuah negeri boleh untuk tidak bersetuju
mengikuti upacara atau amalan agama Islam Kerajaan Persekutuan.
vi. Yang Dipertua Negeri tidak boleh menjadi ketua agama Islam di negeri masing-
masing. Fungsi ini diambil alih oleh Yang di-Pertuan Agong.
vii. Raja hendaklah melantik anggota Suruhanjaya Awam Negeri masing-masing.
Nama-nama Sultan dan Yang Dipertua Negeri
24
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Negeri Nama Sultan/Raja
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al- Marhum Tuanku Syed Putera
Jamalulail
Kedah Darul Aman Tuanku Abdul Halim Muádzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah
Pulau Pinang Tun Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas
Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf
Izzuddin Ghifarullatu Shah
Selangor Darul Ehsan Sultan Sharifuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Al-Haj
Negeri Sembilan Darul Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Khusus
Melaka Bandar Raya Tun Khalil Yaakob
Bersejarah
Pahang Darul Makmur Tuanku Haji Ahmad Shah Al- Mustaín Billah Al-Marhum Sultan
Abu Bakar
Johor Darul Takzim Tuanku Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah Ibni Al-Marhum
Sultan Abu Bakar
Kelantan Darul Naim Sultan Muhammad ke-V
Terengganu Darul Naim Sultan Mizan Zainal Abidin
Sabah Negeri Di Bawah Tun Ahmad Shah Abdullah Abang Barieng
Bayu
Sarawak Bumi Kenyalang Tun Abang Muhammad Salahuddin
B: 2. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
25
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.1 Perkhemahan
• Membantu menguruskan perkhemahan selama 2 hari satu malam/ menjadi Pengerusi AJK
kecil
• Menyertai perkhemahan selama 4 hari 3 malam di luar sekolah
• Mengendalikan satu aktiviti terancang dalam perkhemahan.
Contoh: Aktiviti rempuh halangan
2.2 Ikatan
• Peserta dikehendaki melakukan aktiviti High Element seperti Abseiling, Flying Fox,
Repelling, Ascending/ Sky Venture
Jenis simpulan :
Simpul Himpit
Simpul Pengail
Simpulan Bunga Keti
26
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Ikatan Balak
Ikatan Belit
27
Sekretariat KRS Daerah Kerian
JENIS-JENIS GAJET
28
Sekretariat KRS Daerah Kerian
29
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.3. KOMPAS
Kompas merupakan peralatan yang sangat penting dalam setiap pengembaraan iaitu sebagai alat
pandu arah. Sebuah kompas perlu kejap, lasak, ringan dan mudah dikendalikan. Kompas hendaklah
digunakan dengan teliti untuk mendapatkan arah yang tepat. Di dalam aktiviti orienteering kompas
digunakan untuk :
• Melaras Peta
• Membantu Dalam Navigasi
• Menentukan Kedudukan
• Membuat peta
• Mengukur jarak di atas peta
Secara amnya terdapat dua jenis kompas yang biasa digunakan untuk menentukan arah iaitu:
• Kompas Bearing sudut (Kompas Silva)
• Kompas Mata Angin 16
AKTIVITI PENGGUNAAN KOMPAS
• Latihan dan aktiviti orienteering di kawasan yang ditetapkan
• Membaca / mengguna dan orientasi peta
Langkah-langkah yang perlu dilakukan :
1. Letakan peta diatas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dikenalpasti bering sudutnya.
Contoh X dan Y.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan di titik X dan Y.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan Y dengan satu garis selari.
5. Gunakan kompas untuk menentukan sudut bermula dari utara mengikut arah pusingan jarum
jam sehingga ke garisan menyambung kedua-dua titik tersebut.
30
Sekretariat KRS Daerah Kerian
AKTIVITI PENGUJIAN KUMPULAN
Berdasarkan lampiran peta latihan “Parit Buntar” tuliskan bearing yang tepat pada landasan :
i. Titik permulaan pertandingan ke titik kawalan 1 : _____________
ii. Titik Kawalan 1 ke titik Kawalan 2 : _____________
iii. Titik Kawalan 2 ke titik Kawalan 3 : _____________
iv. Titik Kawalan 3 ke titik Kawalan 4 : _____________
v. Titik Kawalan 5 ke titik Kawalan 1 : _____________
2.4. IKHTIAR HIDUP
Pendahuluan
Ikhtiar hidup adalah satu kemahiran untuk meneruskan hidup dan melepaskan diri daripada
ancaman dan persekitaran yang berbahaya dalam keadaan serba kekurangan. Peluang untuk
meneruskan hidup bergantung kepada faktor persediaan diri, kekuatan, kenyakinan diri mengambil
tindakan yang betul.
Tujuan Ikhtiar Hidup
i. Mendapatkan makanan dan minuman.
ii. Mendapat tempat perlindungan (cuaca, musuh dan lain-lain)
iii. Pakaian (alam sekeliling)
iv. Kembali ke pengkalan atau keluar daripada kawasan hutan.
1. PANDUAN PEMILIHAN MAKANAN SELAMAT
Langkah-Langkah Ujian Sebelum Mengambil Sesuatu Buah, Ubi dan Tumbuhan Sebagai
Makanan.
i. Hidu – jika berbau keras atau busuk kemungkinan tumbuhan tersebut mengandungi
racun
ii. Sapu – setelah itu disapukan pada bahagian kulit yang sensitive. Tunggu sehingga 10
hingga 15 minit. Jika gatal atau panas elakan dari memakannya. Ini kerana kemungkinan
ianya racun.
iii. Kunyah – kunyah dalam jangkamasa yang agak lama dari biasa. Jika didapati terasa
gatal atau panas serta loya elakan dari memakannya.
Sumber makanan yang boleh dimakan terdiri :
i. Mamalia – kancil, rusa, pelanduk, kijang
ii. Reptilia – cicak, kura-kura, ular, katak.
iii. Moluska – siput, kerang, kepah, lala (elakan makan najisnya)
iv. Serangga – anai-anai, semut, belalang, cengkerik, ulat kayu
v. Burung – semua jenis burung
vi. Telur – telur burung dan reptilia spt. tuntung, penyu boleh dimakan kecuali telur ular dan
buaya.
vii. Tumbuhan – asam gelugur, berangan, jering, sengkuang, kerdas, petai, pulasan.
31
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2. MEMBUAT PERANGKAP/JERAT
Membuat Jerat atau Perangkap Binatang
i. Jerat – Jerat biasanya dibuat daripada tali dan kayu. Antara jerat yang boleh dibuat ialah
jerat simbat, jerat gantung, jerat hempap, jerat lubang, jerat burung.
ii. Perangkap – Alat ini biasanya berbentuk kurungan yang memerangkap haiwan-haiwan.
Haiwan yang diperangkap biasanya hidup.
iii. Jaring – Jaring boleh digunakan terutamanya untuk menangkap burung.
iv. Tangkapan tangan – Jenis-jenis binatang yang boleh ditangkap dengan tangan seperti
burung, katak, serangga. Ini dapat dilakukan pada waktu malam ketika haiwan tidur.
32
Sekretariat KRS Daerah Kerian
3. MEMASAK MENGIKUT KAEDAH IKHTIAR HIDUP
Panduan Memasang Api
i. Kanta pembesar – focus cahaya matahari pada bahan yang mudah terbakar seperti daun
kering, kapas, habuk kayu sabut dan lainnya.
ii. Besi dan batu – cara dengan mengeser kuat berdekatan bahan mudah terbakar.
iii. Geseran kayu busar dan anak panah – caranya agak rumit dengan menyediakan terlebih
dahulu alatan tersebut. Gunakan kayu yang keras dan kering serta habuk kayu.
iv. Menyalakan ranting yang mudah terbakar seperti ranting kecil barulah diikuti kayu yang
lebih besar.
v. Menghidupkan api pada musim hujan agak mencabar – menggunakkan bahagian dalam
kayu kering yang belum tumbang, menyerap atau menyimpan air yang banyak.
Panduan Memasak Makanan
i. Memasak air dalam buluh-Panggang dalam jarak yang selamat dengan api sehingga
mendidih.
ii. Memasak nasi, ikan dan daging dalam buluh – Caranya adalah dengan membersihkan ruas
buluh yang agak besar dan gunakan daun pisang untuk memudahkan nasi keluar dari buluh.
Panggang pada jarak yang sesuai.
iii. Memasak makanan dalam tanah/baker – Gunakan aluminium foil, Lumpur, daun agar
makanan tidak rosak. Contoh makanan yang boleh dimasak cara ini adalah seperti jenis
keketang, telur dan ikan.
iv. Memanggang makanan/salai – Contoh makanan adalah seperti ikan daging dan jenis
kekentang.
4. MEMBINA DAN MENGENDALI RAKIT
Rakit boleh dibuat daripada buluh, batang kayu mati yang ringan atau tiub getah. Terdapat dua cara
untuk membuat rakit iaitu cara lapis dan cara berkas.
i. Cara Lapis
- Buluh disusun dalam bentuk lapisan kira-kira 12 ke 16 buluh diperlukan.
- Buluh dirapatkan dalam susunan selapis dan dikepit dengan kayu palang yang
diletakkan melintang di bahagian atas dan bawah kedud-dua hujung buluh.
- Dengan menggunakan tali, rotan atau akar yang teguh, ikatlah buluh-buluh itu kepada
palang tersebut
ii. Cara Berkas
- Ikatkan buluh kepada dua berkas berasingan.
- Tiap-tiap berkas diikat kuat, kayu-kayu atau buluh disusun ke atas kedua-dua berkas
itu dalam keadaan melintang.
- Setelah buluh-buluh palang mencukupi untuk dijadikan tempat penumpang dan
muatan, maka ia hendaklah diikat supaya membentuk para yang kukuh.
Rakit satu lapis Rakit dua lapis Rakit berkas
33
Sekretariat KRS Daerah Kerian
AKTIVITI PENGUJIAN KUMPULAN
1. Menyenaraikan pokok-pokok perubatan / tumbuhan / buah-buahan yang boleh dimakan /
minum.
2. Membuat satu jenis perangkap / jerat.
3. Memasak sejenis makanan mengikut kaedah ikhtiar hidup
4. Membina dan mengendali rakit sama ada menggunakan buluh/tiub getah.
2.5. PERTOLONGAN CEMAS/ BANTU MULA
1. Tiga kaedah praktikal pemulihan pernafasan.
a. Mulut ke mulut
Udara hembusan masih mengandungi 16% oksigen. Maka udara inilah dipergunakan
untuk memberi oksigen kepada pesakit dengan hembusan dari mulut penolong ke
mulut pesakit. Kaedah ini telah terbukti paling berkesan SEKIRANYA pesakit tidak
patah tulang dagu atau mengalami kecederaan-kecederaan parah di muka.
Langkah-langkah yang harus diikuti adalah seperti berikut:
i) Korek keluar sebarang benda asing dari mulut.
ii) Buka saluran pernafasannya. Kedudukan yang baik ialah lubang hidung
mengarah lurus ke langit.
iii) Tutup lubang hidung dengan memicitnya.
iv) Tentukan mulutnya terbuka.
v) Tarik nafas dalam-dalam dan melalui mulut ke mulut, tiup nafas sampai masuk
ke dalam paru-paru pesakit. Tentukan tiada kebocoran udara di celah-celah bibir.
Semasa menghembus perhatikan dada pesakit naik. GUNAKAN TEKNIK 3M.
(Mendengar nafas pesakit, Merasa haba nafas dan Melihat turun naik dada
pesakit)
vi) Tarik nafas kembali dan ulangkan langkah (v). Buatlah 12 kali seminit dengan
lima hembusan pertama disempurnakan dengan cepat untuk memenuhi semula
oksigen di dalam darah.
34
Sekretariat KRS Daerah Kerian
b. Holger Nielsen
Kaedah ini digunakan apabila mangsa mengalami kecederaan pada mulut dan hidung
seperti patah tulang dagu dan luka-luka di hidung dan mulut.
Langkah-langkah yang harus diikuti adalah seperti berikut:
i) Mulut pesakit dibersihkan dari benda asing dan kemudiannya
diletak meniarap supaya mukanya berpaling ke sebelah sambil pipinya
berehat di belakang tapak tangan yang dialas bertindih.
ii) Siku-sikunya bengkok hampir sama paras dengan kepala.Penolong melutut
sebelah kakinya di hadapan kepala pesakit dan sebelah lagi di tapakkan di
hadapan siku pesakit.
iii) Kedua-dua tapak tangan penolong diletak di atas belakang mangsa pada
bahagian bawah tulang-tulang skapula. Sendi siku penolong sentiasa lurus dan
tegang. Dengan keberatan badan, penolong menjungah ke hadapan, menekan
belakang pesakit selama 2 saat.
iv) Siku pesakit pula diangkat dan ditarik sehingga ketegangan terasa pada
bahu pesakit selama 2 saat. Ulang prosedur ini dengan licin dan pastikan 5 saat
digunakan bagi tiap-tiap kali dan atas kadar 12 kali seminit.
PERINGATAN: Kaedah ini hanya boleh digunakan jika pesakit tidak ada apa-apa kecederaan parah
pada tulang-tulang rusuk dan tangannya. Urut jantung tidak boleh dikerjakan kerana kedudukan
pesakit yang meniarap.
35
Sekretariat KRS Daerah Kerian
c. Silvester
Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
i) Pesakit diletakkan terlentang dan rongga mulutnya dibersihkan dari benda-
benda asing.
ii) Letakkan lapik kusyen di belakang badan mangsa dan dongakkan kepalanya
untuk membuka saluran pernafasan.
iii) Penolong berlutut dengan kedua-dua kakinya di hadapan kepala mangsa.
iv) Pegang kedua-dua pergelangan tangan mangsa dan bawa seiring ke atas
bahagian bawah tulang sternumnya.
v) Tekan dengan berat badan melalui menjungah ke hadapan. Pastikan siku
sentiasa lurus dan tekanan adalah selama 2 saat bagi mengeluarkan udara dari
paru-paru mangsa.
vi) Hayunkan kedua-dua tangan ke atas bagi mengembangkan toraks supaya
udara boleh memasuki paru-paru semula.Condongkan badan ke belakang
sambil menarik tangan mangsa hingga tegang otot-otot dadanya selama 2 saat
juga.
vii) Ulang perbuatan ini selama 5 saat bagi menjadikan 12 pernafasan seminit.
NOTA: Usaha urut jantung boleh dikerjakan kerana pesakit berkedudukan terlentang.
36
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.6. KEBUDAYAAN
Pelajar telah menyertai aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan tidak kurang dari satu
tahun.
Contoh: Menganggotai kumpulan nasyid sekolah, koir, marhaban, kompang dll.
2.7. BASIKAL
Pengenalan Basikal dan Membaiki Kerosakan kecil
Rajah Basikal serta fungsinya
Bahagian-bahagian Basikal Fungsi
Pelana
Brek Tempat duduk
Nat roda Mengawal, mengurangkan, dan
Rantai menghentikan putaran roda
Tiub Mengunci syaf roda
Pedal
Menguhubungkan gear pemacu dengan gear
Spok dipacu
Engkol Menampung udara yang dimampat
Bertindak sebagai pengayuh untuk
menggerakkan engkol
Bertindak sebagai jejari yang mengimbang
dan mengukuhkan rim
Menggerakkan gear pemacu
37
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Langkah mengantikan tayar basikal :
38
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Langkah mengantikan tiub basikal
39
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.8. KAYAK
Pengenalan kayak :
- Kayak adalah sejenis kenderaan air yang seakan-akan perahu dan tidak terdedah.
Untuk masuk ke dalam kayak, anda mestilah memasuki melalui lubang kayak yang
dinamakan “cockpit’. Kayak digerakkan dengan menggunakan tenaga manusia
dengan cara berdayung sebagaimana juga perahu tetapi dengan ada sedikit
perbezaan dari segi tekniknya.
Kayak mempunyai data-data teknikal seperti berikut:
Model Panjang Lebar Berat Kegunaan
perseorangan
C1 520cm 75cm 16kg berduaan
C2 650cm 75cm 20kg
- Bahan yang digunakan untuk membuat kayak ialah dari jenis “fiberglass” atau
“super-reinforce plastic”. Ada juga yang diperbuat daripada kain kanvas yang kalis
air.
- Kayak tidak akan tenggelam apabila ianya terbalik kerana di bahagian “bow” dan
“stern” ada pundi pengapungan.
Jenis kayak
Terdapat tiga jenis kayak yang popular digunakan iaitu:
i. Madesta
ii. Ottersport
iii. Slalom
40
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Peralatan kayak
Kayak mempunyai alat-alat tertentu yang harus dibawa ketika ingin menjalankan
kegiatan berkayak.
i. Dayung (Paddle)
Terdapat dua jenis dayung iaitu satu papan (blade) ataupun dua papan (double
blade). Dayung yang mempunyai dua papan biasanya digunakan untuk berkayak.
Dayung biasanya diperbuat daripada fiberglass pada papan dan aluminium pada
batangnya (shaft).
ii. Jaket keselamatan (life jacket)
Ianya adalah alat yang wajib dipakai dan diikat dengan kemas setiap kali ingin
menjalankan kegiatan berkayak. Biasanya ia berwarna cerah (oren) dan
diperbuat daripada alat plastik ringan yang boleh melampung dan kalis air.
iii. Penimba air
Untuk menimba air yang berada di dalam kayak.
iv. Tali Penambat Kayak
Tali yang panjangnya 4 atau 5 meter yang diikat pada bahagian bow dan
digunakan semasa kecemasan. Ia juga digunakan untuk menghalang kayak
daripada hanyut dengan cara menambatkannya pada pokok atau lain-lain.
v. Spray Cover
Alat ini dipasang pada coaming bagi menghindarkan air dari memasuki kayak
semasa berkayak.
Pengendalian kayak
• Pengendalian kayak adalah satu kemahiran yang dimestikan bagi setiap “canoist”. Ini
bertujuan membimbing ke arah cara-cara praktikal bagi mengendalikan kayak semasa
penggunaannya dalam air.
• Kayak boleh dibawa dengan cara berikut:
i) Pikulan di bahu
ii) Kelekan di pinggang
iii) Menggunakan kenderaan
Pelancaran kayak
• Apabila meletakkan kayak untuk berdayung ianya mesti berada di dalam air. Elakkan
mana-mana bahagian tebing dari bersentuhan dengan darat yang boleh
mengakibatkan kayak terlekat di dasar air semasa ianya dinaiki dan menyukarkan
untuk berdayung.
• Bahagian bow kayak hendaklah bersudut tepat menghala ke laut. Tujuan posisi ini
ialah bagi mengelakkan ombak dari menghempas bahagian rusuk kayak.
41
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Pendaratan kayak
• Apabila hampir sampai ke pantai dalam jarak 10 meter atau mengikut keadaan ombak
dan kedalaman air, ianya hendaklah dipusingkan supaya menghadap semula ke laut
dalam posisi bersudut tepat. Ini bertujuan supaya bahagian bow sahaja yang
dipengaruhi oleh ombak.
• Setelah kayak menghadap ke laut, dayunglah ke belakang (back paddle) sehingga
sampai ke bibir pantai dan “sternman” mesti turun dahulu dan memegang kayak
barulah diikuti oleh “bowman”.
Menaiki dan menuruni kayak
• Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan yang kecil maka ianya tidak boleh
dinaiki dan dituruni sewenang-wenangnya. Pijakan kaki yang tidak betul sewaktu
menaiki dan menuruninya, menyebabkan kayak mudah senget dan mudah terbalik.
Langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan:
i. Untuk menaiki kayak, bowman akan menaiki dahulu dan sternman akan
memegang kayak supaya ia tidak bergolek dan terpesong.
ii. Apabila hendak masuk, kedua-dua belah tangan hendaklah memegang
coaming dan semua berat badan hendaklah diarahkan ke bahagian tangan.
iii. Jangan memijakkan kaki pada mana-mana bahagian kayak. Hulurkan kaki
kemudian berlunjur dan terus duduk.
iv. Apabila hendak menuruni kayak, sternman hendaklah turun dahulu dan
memegang kayak, diikuti dengan bowman.
Berdayung
• Berdayung adalah satu gerak laku yang dilakukan oleh canoist bagi menggerakkan
kayak dari satu tempat ke tempat lain. Berdayung adalah satu kemahiran yang amat
asas yang dimestikan kepada setiap canoist yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti
berkayak.
• Jenis-jenis dayungan adalah seperti berikut:
i. Dayungan junam - untuk berdayung ke depan dan ke belakang.
ii. Dayungan tusukan - untuk membelok dan memberhentikan kayak.
iii. Dayungan Sapu - untuk membelokkan kayak
iv. Dayungan tarikan - untuk merapatkan kayak ke suatu objek secara mengiring.
v. Dayungan tolakan (Push over) - menjauhkan kayak daripada sesuatu objek.
vi. Dayungan J - untuk meluruskan haluan kayak ketika sedang berdayung.
vii. Dayungan Goyangan (Sculling) - untuk merapatkan kayak secara mengirinng
AKTIVITI /TUGASAN:
1. Pelajar menerangkan alatan yang perlu dibawa dan disediakan serta fungsinya sebelum
berkayak
2. Pelajar menyatakan langkah–langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas
berkayak
3. Pelajar melakukan aktiviti berkayak secara berpasangan
42
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B: 3. KHIDMAT MASYARAKAT
MODUL KHIDMAS
Aktiviti/Tugasan
a. Membuat laporan bertulis tentang sejarah tempat tinggal anda
(300 patah perkataan)
ATAU
Menulis riwayat hidup seorang tokoh ulama’ silam di Negara kita
(300 patah perkataan)
b. Menyertai khidmat masyarakat
BORANG PENILAIAN KURSUS SARJAN KRS
AKTIVITI: KHIDMAS
Bil No. Peserta/ Nama Laporan Menyertai Jumlah
bertulis khidmat (10 Markah)
(7 markah) masyarakat
(3Markah)
43
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B: 4. ALAM SEKITAR
ALAM SEKITAR
Kenalpasti salah satu perkara berikut:
i. 20 jenis burung yang terdapat di Malaysia
ii. 20 jenis hidupan liar di hutan
iii. 20 jenis ikan air tawar atau laut
iv. 20 jenis serangga
BIL 20 JENIS BURUNG/HIDUPAN LIAR/IKAN AIR TAWAR/SERANGGA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Pelajar perlu menyediakan buku skrap 20 jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan berikut :
i) Tumbuh-tumbuhan Herba/ perubatan
ii) Tumbuh-tumbuhan /pokok renek
iii) Tumbuh-tumbuhan/ pokok bunga
Malaysia mempunyai kekayaan Flora yang beranika jenis. Sesejenis pokok biasanya tidak
terhad kepada sesuatu kawasan kecil. Mereka tidak mengenal sempatan sesuatu negara.
Oleh kerana ini tumbuhan Malaysia boleh didapati di kawasan jirannya iaitu Negeri Thai
Selatan, Indonesia dan Singapura. Oleh sebab begitu banyaknya jenis tumbuhan di Malaysia,
hanya sebahagian kecil tumbuhan tempatan dapat diberi di sini
Tumbuhan yang biasanya dikelompokkan sebagai herba mempunyai batang yang lembut. Ia
juga sejenis tumbuhan saka, iaitu pokok dimana riwayat hidupnya pendik. Malaysia
mempunyai banyak jenis tumbuhan herba, dan banyak diantaranya mempunyai nilai
perubatan. Sungguhpun masih sekarang ada banyak orang masuk ke rimba dan hutan untuk
mencari bahan perubatan, banyak jenis pokok bernilai perubatan sudah ditanam di kawasan
rumah dan kampong.
44
Sekretariat KRS Daerah Kerian
1. Nama Melayu (Malay Name) Rumput Aur Beijing
Pokok ini adalah sejenis rumput aur. Biasa
ditanam. Bunga mempunyai tiga kolopak putih
keungguan. Batangnya menjalar dan mempunyai
dahan tegak yang pendik. Membiak daripada
membelah rempuan. Dikenalkan kepada Malaysia
dari Cina oleh kerana nilai perubatannya.
2. Nama Melayu (Malay Name) Remayong Hijau /
Benggala Hijau
Pokok ini adalah jenis herba semusim. Pokok ini
adalah satu jenis sayur yang bernilai, boleh
ditanam daripada biji benih atau keratan batang.
Pokok ini memanjat dan sesuai untuk ditanam
pada pagar. Pokok ini juga digunakan dalam
perubatan tradisi Cina.
3. Nama Melayu (Malay Name) Bunga Kembang
Mas Jingga / Bunga Tahi Ayam Jingga
Pokok herba semusim yang berasal dari Afrika,
Mexico dan Guatemala. Bunganya indah dan
menarik tetapi berbau. Tinggi pokok antara 20
hingga 40 cm. Ada banyak jenis hybrid, yang saiz
bunganya berbedza serta berjenis warna. Pokok
ini dibiakkan dari biji benih.
4. Nama Melayu (Malay Name) Selasih Hijau /
Ruku-ruku
Pohonnya berasal dari India, Myanma, Negara
Thai, Malaysia dan Indonesia. Biji yang
dikeringkan harum, dan diguna sebagai perasa
dan rempah. Daunnya juga sangat harum dan
diguankan dalam penyediaan makan asli seperti
ulam dan lauk tradisi. Bunga dan biji halus.
Ditanam daripada biji benih, keratan batang.
Bijinya diguna untuk rempah kari dan dapat dibeli
daripada kedai rempah.
45
Sekretariat KRS Daerah Kerian
5. Nama Melayu (Malay Name) Misal Kucing
Pohonnya berasal dari Negara Thai, Malaysia,
Indonesia dan Asia Tropika. Tingginya lebih
kurang 45 cm. Pokok ini bercabang banyak dan
berdaun hebat. Bunga berjambak, berwarna putih
dengan pistil dan stamen yang panjang. Ditanam
dengan keratan batang. Pokok ini ada nilai
perubatan.
6. Nama Melayu (Malay Name) Pegaga Asia
Pokok liar berjalar, biasa dapat dijumpai hidup
bersama rumput, di tanah rendah, tanah terbiar,
tepi longkang dan tepi jalan. Sentiasa digunakan
sebagai sayur dan boleh dimakan segar atau
dimasak. Juga digunakan untuk nilai
perubatannya.
7. Nama Melayu (Malay Name) Bunga Loceng
Kuning / Tekoma Kuning
Pokok renek, 4 hingga 6 meter tingginya. Pokok
ini berasal dari kawasan Tropikal Amerika, Indies
Barat, Mexico hingga Peru. Bunganya berwarna
kuning, berjambak di hujung bahan. Pokok ini
banyak ditanam sebagai pokok hiasan tepi jalan.
8. Nama (Malay Name) Bunga Melor Taski Bunga /
Melor Bentuk Ros
Pokok kacukkan bunga melor ini diminati ramai
kerana bunganya cantik, dan merupakan sekuntuk
bunga ros putih yang kecil. Bunga ini juga harum.
Mudah untuk ditanam daripada keratan batang
pokok ini merupakan satu pokok renek yang muda
berbunga.
9. Nama (Malay Name) Kopi Liberia
Kita memang biasa dengan minum kopi pada
waktu pagi. Minuman yang berwarna hitam ini
ialah daripada buah beri pokok kopi. Spesies kopi
ini berasal daripada negara Liberia dari mana ia
dapatkan namanya. Pokoknya adalah pokok renek
yang boleh mencapai tiga meter tingginya. Buah
beri yang matang dituai, dkeringkan dan diproses
unduk dijadikan kopi.
46
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Di Malaysia pohon liar adalah kumpulah pokok yang terbesar mengikut saiz dan bilangan.
Banyak pohon adalah jenis dikot. Tertapi ada juga banyak jenis pohon monokot dan
Pandan Laut adalah sesuatu contohnya. Semua bahagian pokok boleh ada nilai
ubatannya, kadang kala daunnya diguna, kadang kala bunganya, buahnya, atau bijinya.
Batang, kulit batang, kulit pohon, kayu, atau akar, atau kulit akar boleh mengandungi ubat.
10. Nama Melayu (Malay Name)Kelapa, Nyiur
(Jenis Rendah)
Palma yang terkenal dan berasal dari
kepulauan Pasifik. Tingginya 10 hingga 30
meter. Cara membiakkannya ialah
daripada biji benih. Biasa ditanam untuk
buah kelapanya.
11. Nama (Malay Name) Kenanga
Sejenis bunga liar tempatan. Oleh kerana
bunganya harum, ia sentiasa ditanam di
taman dan di tepi jalan. Tinggi pokoknya
boleh sampai 10 meter. Pokok yang
ditutkan dan ditanam dalam pasu, jarang
sampai 2 meter tingginya. Ia juga dipanggil
Yiang-yiang. Pokok ini sama keluarga
dengan pokok Buah Nona atau Seri Kaya.
12. Nama (Malay Name) Bunga Bereksa
Sejenis pohon sederhana besar berbunga
kuning. Berasal dari India. Ditanam dari biji
daripada buahnya berjenis kekacang.
Pohonnya boleh sampai 10 meter tinggi,
daunnya hijau muda. Daunnya biasanya
digugor pada musim kering.
13. Nama Melayu (Malay Name) Asam Jawa
(buah dan daun)
Pohonnya berasal dari Afrika Timor dan
Asia Barat. Pohon yang besar sampai 25
meter tinggi. Isi buahnya digunakan
sebagai perasa asam bagi masakan, juga
digunakan sebagai perasa minuman dan
ubatan
47
Sekretariat KRS Daerah Kerian
14. Nama Melayu (Malay Name) Bunga
Cempaka Kuning
Pokok bunga renek yang boleh besar
sehingga sepohon kecil ini berasal dari
India. Bunganya kuning dan sangat harum.
Ditanam secara tut atau menyemai biji
benih. Pohon liar penah dijumpai di hutan
Cameron Highlands
15. Nama (Malay Name) Mambu
Pokok sederhana tinggi yang biasa dapat
dijumpai, kerana ditanam untuk nilai
perubatannya. Lebih kurang semua
bahagian pokok digunakan. It mempunyai
getah antiseptik yang pahit. Tumbuhan ini
terdapat daripada India hingga Indonesia.
Ia ditanam dengan menggunakan biji
benih.
16. Nama (Malay Name) Daun Cengkih
Berasal daripada Moluccas. Pohonnya
boleh capai 10 meter tinggi. Bunganya
dijadikan rempah. Pucuk daunnya merah
dan daunnya harum.
17. Nama (Malay Name) Bunga Jambu Batu
Sejenis pohon sederhana tinggi dan boleh
mencapai 8 meter. Bunganya putih dan
kecil. Berasal dari Amerika tropika.
Ditanam dari biji benih atau dari cantuman.
Buahnya adalah suatu sumber Vitamin C.
Buah muda serta pucuk daunnya juga
diguna dalam perubatan tradisional.
18. Nama (Malay Name) Buah Pala
Berasal dari Indonesia, Malaysia dan
Moluccas. Pohonnya boleh mencapai 18
meter tinggi. Bunganya berwarna kuning.
Ada pokok betina dan pokok jantan yang
berlainan. Buah Palas digunakan untuk
membuat ubat, rempah, jeruk, minyak dan
gula-gula.
48
Sekretariat KRS Daerah Kerian
19. Nama Melayu (Malay Name) Bunga Orkid
Merpati
Pokok orkid jenis epifit, bunganya putih dan
harum. Bunga berkembang sehari sahaja,
tetapi kerap berkembang beberapa kali
dalam setahun
20. Nama Melayu (Malay Name) Bunga
Sagitaria Cina
Pokok ini adalah sejenis tumbuhan air yang
berasal daripada kawasan Indocina hingga
Malaysia. Pokok ini sekarang biasa
dijumpai di tepi parit dan tali air. Jenis ini
berbentuk daun yang berpuntai dua warna
dan hasil daripada kacukkan.
21. Nama Melayu (Malay Name) Bunga Lili
Bintang Jingga
Pokok ini adalah jenis bebawang dua
musim. Bunganya berwarna jingga. Pokok
ini berasal dari negara tropika. Bunganya
besar, dan mempunyai dua hingga empat
bunga sejambak.
22. Nama Melayu (Malay Name) Bunga
Sundal Malam
Pokok jenis bebawang. Bunga keluar dari
tankai panjang yang boleh mencapai satu
meter. Ditanam daripada membelah
rumpun anak bawang. Bunga biasanya
putih dan sangat harum. Pokok bunga ini
berasal dari Mexico.
49
Sekretariat KRS Daerah Kerian
23. Nama Melayu (Malay Name) Bunga pokok
Pedang
Can grow to 5 or 6 metres high with cluster
of about 40 cm long dagger like leaves on
the top of a thick light brown stem about 5-
7 cm diameter. Crown size about 1 meter
across. Flowers fragrant, and cream
colooured. in bunches.
24. Nama Melayu (Malay Name) Bunga
Butang Ungu
Pokok ini adalah jenis herba semusim.
Bunganya berwarna ungu. Pokok ini
berasal dari kawasan Amerika tropika.
Bunganya kecil, tersusun rapat membentuk
bunga yang bujur. Ada sejenis lagi yang
berwarna putih.
25. Nama Melayu (Malay Name) Bunga Ulam
Raja Kuning
Pokok herba semusim yang berasal dari
Kawasan Tropika Amerika. Sepokok
mempunyai banyak dahan kecil yang
bercabang. Tinggi pokoknya antara 45
hingga 100 cm. Ada banyak jenis hybrid,
dan yang biasa adalah jenis kuning muda
dan kuning tua. Jenis Ulam Raja Liar
(Tulin) berbunga putih atau merah jambu.
Bunganya lebih kecil, lebih kurang 3 cm
sahaja. Pucuk Ulam Raja boleh dimakan
sebagai ulam. Ulam Raja Liar (Tulin)
banyak ditanam di Kampong sebagai
makanan (ulam) tambahan.
50
Sekretariat KRS Daerah Kerian