The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by krskerian2021, 2021-11-14 23:07:34

Modul Pertandingan

Modul Pertandingan

KAWAD KAKI

MASA : 2 Jam
BILANGAN PESERTA
OBJEKTIF : 16 orang anggota kawad dan seorang anggota simpanan.
LOKASI
PERALATAN/BAHAN : Menguji kemahiran peserta dalam berkawad dan mengendalikan
skuad.
SYARAT AKTIVITI
didaftarkan. : Kawasan tapak kawad perkhemahan
(4A).
: Disediakan oleh pihak penganjur
1. Wisel
2. Jam randik
3. Klipboard
4. Borang hakim
5. Kun

: i. Semua peserta kawad adalah peserta perkhemahan yang

ii. Pakaian peserta mestilah pakaian rasmi kawad yang ditetapkan

PENILAIAN AKTIVITI : i. JK Kehakiman akan menilai peserta dan pasukan yang paling
baik dari segi :

1. Pakaian
2. Kawad Asas Pasukan
3. Kawad Dinamik
4. Ketua Platun

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI

bertanding. :a) Sebelum
1. Menyediakan litar kawad dan lokasi pemeriksaan pakaian.
2. Mengendalikan taklimat kepada hakim dan pasukan

3. Menyelaras tugas pegawai Data dan borang Data.
4. Menentukan undian giliran pertandingan

hakim. b) Semasa
1. Taklimat akhir Ketua Hakim kepada hakim dan pembantu

2. Pasukan membuat pemeriksaan pakaian.
3. Pasukan mengadakan persembahan kawad.

kepada c) Selepas
1. Pembantu Data mengumpul borang Hakim dan dihantar

unit data.
2. Unit Data akan merekodkan markah untuk menentukan

Muka surat 1

pemenang.
3. Memastikan litar Kawad dalam keadaan bersih.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PERKHEMAHAN PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH IPA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada kontinjen Kadet Remaja Sekolah IPA yang menyertai
Perkhemahan Pasukan Kadet Remaja Sekolah IPA Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

1.2 Setiap kontinjen wajib menghantar 2 pasukan iaitu melibatkan 16 orang kadet lelaki dan
seorang peserta simpanan dan 16 orang kadet perempuan dan seorang peserta simpanan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun adalah terbuka kepada sekolah SMKA dan SABK,
keutamaan kepada pelajar Tingkatan 3 dan terbuka kepada pelajar tingkatan 4.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah seramai 34 orang.
2.3 Setiap peserta diminta membawa salinan kad pengenalan untuk tujuan penyemakan status.
2.4 Setiap pasukan dikehendaki menghantar borang pendaftaran pasukan yang disahkan oleh

negeri masing-masing.

3. PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah Pakaian Kawad rasmi pasukan Kadet

Remaja Sekolah.

3.2 Pakaian dan aksesori semasa pertandingan ialah seperti berikut :

3.2.1 Uniform kadet ( No 4 ) .

3.2.2 Beret , lencana Beret berpelapik merah dan jambul merah,

3.2.3 Mafla merah bagi lelaki/bertudung warna hijau gelap bagi wanita.

3.2.4 Lencana kolar

3.2.5 Lencana bahu

3.2.6 Lencana Formasi KRS

3.2.7 Tali pinggang hijau kecil (lelaki sahaja)

3.2.8 Lanyard Merah

3.2.9 Sarung Tangan Putih

3.2.10 Tanda Nama Hitam

3.2.11 Kasut Kawad

3.3 Kekemasan Diri.

3.3.1 Rambut hendaklah dipotong kemas (potongan No.2). Bagi wanita, wajib bertudung

warna pakaian kadet.

3.3.2 Misai dan janggut tidak dibenarkan.

3.4 Pergerakan Kawad
3.4.1 Pergerakan Masuk
3.4.2 Melapor
i. Buka Barisan
ii. Ke Kanan Lurus, Pandang Depan
iii. Melapor
3.4.3 Kawad Statik

Muka surat 2

iv. Berpusing ke Kanan
v. Berpusing ke kiri
vi. Menghadap ke belakang
vii. Menghadap ke hadapan
viii. Tutup Barisan
ix. Ke kanan lurus , Pandang Depan
3.4.4 Kawad Dinamik

a. Bergerak ke kiri
b. Cepat Jalan
c. Tukar langkah perlahan
d. Menghadap ke hadapan kanan pusing
e. Buka barisan
f. Pandang kanan
g. Pandang depan
h. Tutup barisan
i. Bergerak ke kiri kiri pusing
j. Tukar langkah cepat
k. Hormat ke kanan, hormat
l. Hormat ke hadapan hormat
m. Tukar langkah semasa berjalan
n. Hormat selaku terima sijil
o. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
p. Bergerak ke kanan, belakang pusing
q. Tukar langkah cepat, cepat jalan
r. Bergerak ke kiri, belakang pusing
s. Menghadap ke belakang, kiri pusing
t. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
u. Hentak kaki
v. Henti
w. Mara Mengadap ( 11 langkah )
x. Melapor Keluar
y. Pergerakan Keluar
z. Kiri Belok ( keseluruhan )

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).
4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun di

dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B,
C dan D hendaklah sama warna (selain daripada hijau).
4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih.

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit. Pemberian
markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan
tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 10 minit,
persembahan tidak akan dinilai.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum
melapor kepada Ketua Hakim.

5.3 Isyarat akan dibunyikan:
a. pada minit ke 8. (sekali)
b. masa tamat. (dua kali)

Muka surat 3

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan Kadet Remaja Sekolah
yang telah ditetapkan.

6.2 Bilangan Anggota:
a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 16 orang termasuk Ketua Platun ketika
bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 16 orang semasa
memasuki litar akan dikenakan penalti.
b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga
sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 16 orang
maka penalti akan dikenakan.
c. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang
berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3 Pemeriksaan Pakaian:
Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk
ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar
pertandingan kawad.

7. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan Kadet Remaja
Sekolah.

a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan, berjalan dalam masa
cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan
ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan
penalti.

b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan,
kanan....pusing”.

c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.

Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor,
skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman
ketika melapor ialah “Assalamulaikum Tuan, Platun L1 (no undian) siap sedia untuk
diuji, Tuan".

e. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan
semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang pusing”

iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman:
“menghadap ke belakang, kanan....pusing”

iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “ menghadap ke hadapan, ke
belakang pusing “.

f. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa hukumannya,
“tutup barisan.......gerak”.

g. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
h. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa

hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
i. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri

hukuman “kiri belok”.

Muka surat 4

j. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun
melepasi kon D dan sebelum kon A.

k. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan,
kanan....pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang
melintasi para hakim .

l. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan
pergerakan berikut mengikut urutan.
i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
iv. “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)

m. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri,
kiri.....pusing” diberikan.

n. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara
kon C dan kon D.

o. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E
(kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad
dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa
berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil,
hormat ke hadapan.......hormat”.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan,
perlahan.....jalan”.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke
kanan, belakang....pusing”.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat
jalan”.
viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang,
kiri......pusing”.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan,
belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari
tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara
mengadap)

p. Melapor Keluar
Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor
keluar ialah “ Assalamualaikum Tuan, mohon kebenaran menjalankan tugas lain, tuan .
Terima kasih tuan.“

Peringatan :

a. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua
Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)

Muka surat 5

b. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad
semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun
yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga
diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan
ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap
Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama
platunnya.

c. Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.

8. PENALTI

Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :

Pasukan Markah Maksimum
Penalti ditolak
Bil Jenis Kesalahan sekali
10 3 kali
1 Pergerakan cepat jalan tidak 128 – 135 seminit 5 5 kali
2 Anggota jatuh ( pengsan / pitam ) 3 5 kali
3 Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
4 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 5 5 kali
5 Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) 3 5 kali
6 Terlanggar kun 5 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5
8 Pergerakan yang bukan ditetapkan

Ketua Platun Markah Maksimum
Penalti ditolak
Bil Jenis Kesalahan sekali
15 sekali
1 Bergerak bersama pasukan 10 sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 2 kali
3 Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam ) 5 5 kali
4 Melapor di luar litar kawad 3 5 kali
5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 5 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5
8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan

Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan
misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan
tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

9. PENGHAKIMAN

9.1 Keputusan hakim adalah muktamad.
9.2 Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

Muka surat 6

i. Pakaian 20%

ii. Kawad statik dan dinamik 70%

iii. Ketua Platun 10 %

Jumlah Keseluruhan 100%

9.3 Jika terdapat persamaan markah, markah kawad dinamik hendaklah diambil kira.

9.4 Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.

10. BANTAHAN
Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan
masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

ORIENTEERING BERILMU

Muka surat 7

TAJUK Orienteering Berilmu
SPESIFIKASI
SASARAN Orienteering dalam kawasan Tapak
MASA Perkhemahan
BILANGAN PESERTA
OBJEKTIF 4 orang anggota putera dan 4 orang anggota
puteri setiap kontijen
KAWASAN
PERTANDINGAN 2 jam
PERALATAN
4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta
SYARAT PERTANDINGAN perempuan setiap kontijen

i. Menyemai nilai kerjasama berpasukan
ii. Mengujudkan sikap tolong-menolong
ii. Menguji pengetahuan, ketahanan fizikal &
mental

peserta

SMKA Kerian

Kompas Orienteering 24 Unit
Pelan tapak/ peta topo SMKA Kerian
Penanda Kawalan – 14 unit
Kad Kawalan - 24

i. Semua peserta mesti mempunyai tahap
kesihatan yang cergas
ii. Setiap pasukan akan dibahagikan kepada
2 kumpulan (berpasangan)
iii. Setiap pasangan mesti mencari 10 titik
kawalan dan menyelesaikan tugasan yang
ditetapkan di setiap titik kawalan.
iv. Penalti (tambah masa) akan dikenakan
kepada pasukan yang gagal mendapatkan
kesemua 10 penanda kawalan (30 saat satu
penalti)

PEMARKAHAN/PENILAIAN Markah akan dinilai berdasarkan
kepantasan masa yang diambil untuk
menamatkan larian dan juga jawapan bagi setiap
tugasan yang diberi.

Sekiranya berlaku persamaan markah,
markah

masa larian akan menentukan pemenang.

Muka surat 8

PENGURUSAN a) Sebelum pertandingan
i. Menyediakan soalan dan alatan.
ii. Menyediakan borang pendaftaran.
iii. Melantik jurulatih/hakim untuk
mengendalikan.
iv. Taklimat kepada jurulatih/hakim dan
peserta.

b) Semasa Pertandingan.
i. Peserta menyelesaikan masalah yang
diberikan jurulatih/hakim.
ii. Keselamatan peserta diawasi jurulatih
dan pembantu.

c) Selepas Pertandingan.

i. Menyimpan semua peralatan

pertandingan.

ii. Mengira peserta sebelum meneruskan

aktiviti lain.

iii. Melakukan penilaian.

Muka surat 9

MODUL PERTANDINGAN IKHTIAR HIDUP Ikhtiar Hidup
TAJUK
SPESIFIKASI Penyembelihan dan Memanggang
SASARAN
MASA Semua anggota putera dan puteri setiap platun
BILANGAN PESERTA
2 jam
OBJEKTIF
4 peserta setiap kumpulan mengikut
KAWASAN PERTANDINGAN kategori(putera dan puteri)
PERALATAN
i. Menyemai nilai kerjasama berpasukan
ii. Mengujudkan sikap tolong-menolong
ii. Menguji ketahanan fizikal & mental peserta

Di sekitar tapak perkhemahan

30 ruas buluh lemang muda.
Beras secukupnya.
Air secukupnya.
60 ekor burung puyuh.
Kunyit
Garam
10 batang x 8 k buluh aur.

SYARAT PERTANDINGAN i. Semua peserta adalah di kalangan
pelajar-pelajar dari SMKA dan SABK.
ii. Setiap peserta akan berkerja sebagai satu
pasukan.
iii. Setiap pasukan perlu menyelesaikan
tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

PEMARKAHAN/PENILAIAN: Pemenang akan ditentukan berdasarkan hasil
PENGURUSAN tugasan yang disiapkan serta masa yang
diambil.

a) Sebelum pertandingan
i. Menyediakan alatan.
ii. Menyediakan borang pendaftaran.
iii. Melantik jurulatih/hakim untuk
mengendalikan.
iv. Taklimat kepada jurulatih/hakim dan
peserta.

b) Semasa Pertandingan.

Sembelihan

Muka surat 10

Setiap kumpulan anggota KRS dikehendaki
menyembelih burung puyuh tersebut dengan
menggunakan pisau yang dibekalkan. Proses
penyembelihan adalah berlandaskan hukum
syarak dan berpandukan kepada rukun
sembelihan yang ditetapkan. Tunjuk ajar dan
demonstrasi akan dilakukan oleh jurulatih
sebelum pengujian dilaksanakan.

Menghidupkan Api

Setiap kumpulan anggota KRS dibekalkan

sekotak mancis/flint/magnesium block .

Anggota kumpulan dikehendaki

menghidupkan api daripada sumber kayu api

yang terdapat di persekitaran bagi tujuan

memanggang burung puyuh. Tunjuk ajar dan

demonstrasi akan dilakukan oleh jurulatih

sebelum pengujian dilaksanakan.

Memanggang Burung Puyuh
Setiap kumpulan anggota KRS dikehendaki
memasak burung puyuh dengan cara
memanggang di atas bara api sehingga burung
puyuh masak. Tunjuk ajar dan demonstrasi akan
dilakukan oleh jurulatih sebelum pengujian
dilaksanakan.

c) Selepas Pertandingan. peralatan
i. Menyimpan semua
pertandingan.
ii. Melakukan penilaian.

KRITERIA PENILAIAN UJIAN IKHTIAR HIDUP
Sinopsis Ujian : Setiap anggota KRS akan diuji secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan
dibekalkan dengan bahan-bahan berikut :
Empat ekor burung puyuh hidup.
Sebilah pisau tajam (untuk sembelihan).
Sekotak mancis/flint/magnesium block.
Sebilah parang.
Garam & kunyit/rempah secukup rasa.
Tugasan 1 : Sembelihan
Setiap kumpulan anggota KRS dikehendaki menyembelih burung puyuh tersebut dengan
menggunakan pisau yang dibekalkan. Proses penyembelihan adalah berlandaskan hukum syarak
dan berpandukan kepada rukun sembelihan yang ditetapkan. Tunjuk ajar dan demonstrasi akan
dilakukan oleh jurulatih sebelum pengujian dilaksanakan.
Tugasan 2 : Menghidupkan Api
Setiap kumpulan anggota KRS dibekalkan sekotak mancis/flint/magnesium block . Anggota
kumpulan dikehendaki menghidupkan api daripada sumber kayu api yang terdapat di persekitaran
bagi tujuan memanggang burung puyuh. Tunjuk ajar dan demonstrasi akan dilakukan oleh jurulatih
sebelum pengujian dilaksanakan.

Muka surat 11

Tugasan 3 : Memanggang Burung Puyuh
Setiap kumpulan anggota KRS dikehendaki memasak burung puyuh dengan cara memanggang di
atas bara api sehingga burung puyuh masak. Tunjuk ajar dan demonstrasi akan dilakukan oleh
jurulatih sebelum pengujian dilaksanakan.

Tugasan Tambahan
Masak Nasi dalam buluh.
Peralatan & Bahan
30 ruas buluh lemang muda.
Beras secukupnya.
Air secukupnya.
60 ekor burung puyuh.
Kunyit
Garam
10 batang x 8 kaki buluh aur.
*Bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih akan diberikan sebelum sesuatu aktiviti dilakukan
oleh anggota KRS.

Muka surat 12


Click to View FlipBook Version