BUKU PANDUAN
UJIAN KENAIKAN PANGKAT
LANS KOPERAL
KADET REMAJA SEKOLAH
SEKRETARIAT KRS DAERAH KERIAN
PENDAHULUAN
Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah dalam
ujian kenaikan pangkat Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah. Guru dan murid boleh menyesuaikan
buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya kaum dan elemen-elemen lain
berlandaskan teras dan kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Namun Buku Panduan Kadet Remaja
Sekolah dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam menjalankan aktiviti Kadet Remaja
Sekolah.
Ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan dapat membuat
persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan ahli-ahli Kadet
Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat. Sehubungan itu, ujian-ujian ini akan melahirkan ahli-
ahli Kadet Remaja Sekolah yang berkualiti, berketrampilan dan berwibawa yang bakal menjana
generasi yang ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’
Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu ahli-
ahli Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja Sekolah iaitu ‘ILMU, IMAN dan
AMAL’.
2
Sekretariat KRS Daerah Kerian
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT
Ujian Kelayakan : LANS KOPERAL
Nama : ....................................................................................
Tingkatan : ....................................................................................
Syarat-syarat : Tarikh Lulus &
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu: Pengesahan
Bil. Perkara
A ITEM UJIAN KHAS
1 Ujian Bertulis
• Mengandungi 60 soalan meliputi semua tajuk dalam Tarikh:
silibus KRS. ( soalan objektif )
2 Ujian Kawad Tarikh:
• Melakukan kawat asas dengan baik
3a Ujian Kerohanian Tarikh:
• Menghafaz Asmaul Husna,
• Menghafaz 5 surah Juz Amma.
3b Ujian Moral Tarikh:
Pengucapan awam:
Tajuk : Buat baik dibuat baik
Kesetiaan kepada Negara
Waspada sebelum kena
Sahabat setia
Teguran membina
4 Ujian Kecergasan Tarikh:
• Larian 2.4 km
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi(20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit
Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak
kurang 50 kg
3
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B ITEM UJIAN TERAS Tarikh:
1 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Tarikh:
Tarikh:
1.1 Ketatanegaraan Tarikh:
• Mengenal Maksud Lambang Negara Malaysia
• Melukis Bendera Malaysia dan maksud. Tarikh:
• Menyanyikan Lagu kebangsaan dan Lagu Negeri. Tarikh:
• Melukis Bendera Negeri tempat tinggal. Tarikh:
2 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
2.1 Perkhemahan Tarikh:
• Kraf Perkhemahan Asas Tarikh:
• Keselamatan asas semasa berkhemah Tarikh:
• Mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam Tarikh:
2.2 Ikatan Tarikh:
• Buku Sila Tarikh:
• Bunga keti
• Ikatan Manok Tarikh:
• Tindih Kasih Tarikh:
• Simpul belit
• Simpulan Pengail Tarikh:
2.3 Kompas Tarikh:
• Mengenal bahagian-bahagian Kompas
• Mengenal arah mata angin
2.4 Ikhtiar Hidup
• Mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup.
• Mengenali jejak atau tanda-tanda
4
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula
• Membuat Anduh Tiga Segi, Anduh Besar, Anduh Tarikh:
Leher dan Andoh Lengan.
• Prinsip asas pertolongan cemas. Tarikh:
• Tindakan semasa kecemasan. Tarikh:
2.6 Asas kebombaan Tarikh:
• Pengenalan mengenai kebakaran
• Punca kebakaran
• Cara-cara mengelak kebakaran.
2.7 Kebudayaan
• Menyertai atau mempersembahkan 2 kali Tarikh:
persembahan kebudayaan seperti nasyid, berzanji,
bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau
persembahan lain yang sesuai.
3 KHIDMAT MASYARAKAT
• Menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak Tarikh:
kurang daripada 6 jam.
4 ALAM SEKITAR
• Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan Tarikh:
dengan Alam Sekitar seperti membuat taman,
menanam pokok, mengutip sampah di kawasan
sekolah, sungai tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti
yang sesuai.
5 KEUSAHAWANAN
• Menyediakan satu projek yang berkaitan samada Tarikh:
rekacipta ataupun jahitan
5
Sekretariat KRS Daerah Kerian
A : 1. Ujian Bertulis
Ujian bertulis (50 soalan objektif) meliputi semua silibus Kadet Remaja Sekolah Tahap 1.
A : 2. KAWAD
MATLAMAT
Mendedahkan kepada anggota Kadet Remaja Sekolah yang berpangkat Lans Koperal
tentang bahasa hukuman dan perbuatan kawad yang mengikut kawad kaki KRS.
OBJEKTIF
# Anggota yang berpangkat Lans Koperal dapat melaksanakan perbuatan kawad yang
betul mengikut arahan ketua.
# Dapat memupuk semangat kerjasama dan mematuhi arahan ketua.
# Dapat melahirkan anggota KRS yang berdisiplin dan yakin pada diri.
PENGISIAN
Bab 1 - Latihan Kawad Statik
Bab 2 - Latihan Kawad Dinamik
Bab 3 - Ujian Kawad
6
Sekretariat KRS Daerah Kerian
KAWAD STATIK
2.1 SEDIA
2.2 SENANG DIRI
2.3 REHATKAN DIRI
2.4 MASUK BARIS
2.5 MEMBETULKAN BARISAN
2.6 NOMBOR
2.7 BUKA / TUTUP BARISAN
2.8 BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG
2.9 BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI
2.10 BERSURAI DAN KELUAR BARIS
2.11 PARAS
KAWAD DINAMIK
2.12 CEPAT JALAN
2.13 BERHENTI
2.14 PERLAHAN JALAN
Berhenti Semasa Perlahan Jalan
2.15 LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG
2.16 LANGKAH MERUSUK
2.17 BELOK
2.18 BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN
2.19 BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN
KE KANAN PUSING
KE KIRI PUSING
KE BELAKANG PUSING
7
Sekretariat KRS Daerah Kerian
2.20 HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN
SEMASA CEPAT JALAN
SEMASA PERLAHAN JALAN
HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI
2.21 TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN
SEMASA PERLAHAN JALAN
SEMASA CEPAT JALAN.
2.22 BERJALAN, HENTAK KAKI BERHENTI DALAM MASA BERLARI
Hentak kaki semasa berlari
2.23 TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI
DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN
DARI PERLAHAN JALAN KE CEPAT JALAN
DARI CEPAT JALAN KE LANGKAH BERLARI
2.24 BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN
2.25 TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN
PERLAHAN
TUKAR HALUAN MASA BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN
2.26 HORMAT DALAM MASA BERHENTI
2.27 MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN
HORMAT KE HADAPAN
HORMAT KE KANAN/KIRI
2.28 HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL
8
Sekretariat KRS Daerah Kerian
A: 3a. KEROHANIAN
SKEMA PEMARKAHAN
UJIAN KEROHANIAN
1. Pelajar dikehendaki menghafaz :
a. Asmaul Husna
b. 5 surah dari Juz Amma
2. Pemarkahan : LULUS @ GAGAL
3. Pemarkahan lulus - Pelajar dapat menghafaz keseluruhan dengan lancar.
ARAHAN SEMASA UJIAN
1. Pelajar dikehendaki berada dalam keadaan berwuduk.
2. Pelajar diuji seorang demi seorang untuk keseluruhan hafazan.
Menghafaz Asma Ul-Husna
9
Sekretariat KRS Daerah Kerian
AYAT-AYAT HAFAZAN
10
Sekretariat KRS Daerah Kerian
A: 3b. PENDIDIKAN MORAL
MASA (UJIAN DIJALANKAN)
• Semasa pelajar Islam sembahyang maghrib/Isyak/ Subuh.
• Aktiviti Stesen
• Kesesuaian Masa Penguji ( Guru)
PANDUAN MELAKUKAN UJIAN
• Guru terlebih dahulu edarkan bahan ujian (bersama buku panduan ujian)
• Menerangkan prosedur ujian.
• Beri masa pelajar membaca
• Tetapkan gred ujian. (gagal ulang semula)- 5% ujian 1 + 5 % ujian 2
TAJUK UJIAN PENGUCAPAN AWAM
TAJUK
1. Buat baik dibalas baik
2. Kesetiaan kepada Negara
3. Waspada sebelum kena.
4. Sahabat Setia
5. Teguran Membina
CONTOH SATU: KESETIAAN KEPADA NEGARA
1. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab masing-masing tanpa mengira status atau
darjat.
2. Pemimpin bertanggungjawab memimpin dan memajukan negara di samping memastikan
keamanan dan keharmonian hidup rakyat di negaranya.
3. Warganegara pula bertanggungjawab untuk memajukan diri, bangsa dan menjaga nama
baik dan imej bangsa.
4. Tanggungjawab memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara turut
terletak di bahu setiap warganegara.
5. Sikap bertolak ansur, bekerjasama dan bermuafakat sangat penting bagi sesebuah negara
demokrasi dan mempunyai masyarakat berbilang bangsa.
Isi :
RUKUN NEGARA
Bahawasanya kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
11
Sekretariat KRS Daerah Kerian
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
1. Menjaga keamanan
2. Menyokong rancangan kerajaan.
3. Taat setia kepada raja dan pemimpin
4. Menjaga imej dan nama baik negara.
5. Mengundi
AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA
• Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.
• Menghargai kemudahan yang disediakan.
• Mengharumkan nama negara.
• Menjaga kelestarian negara.
• Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.
• Mengekalkan perpaduan
CONTOH DUA: TEGURAN MEMBINA
• Kita mesti bertolak ansur dan mengawal diri agar mengekalkan hubungan yang mesra
dengan semua orang.
• Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
• Kita mesti menerima pandangan dan teguran positif daripada orang lain.
CONTOH TEGURAN MEMBINA
1. Guru menasihati kamu untuk mengimbangi kegiatan kokurikulum dengan akademik
- Kamu bersetuju kerana beliau mahir dalam perkara itu dan tahu kemampuan kamu
dalam pelajaran.
2. Guru menegur kamu agar lebih rajin mengulang kaji kerana keputusan kamu merosot
- Kamu menerima kerana niat guru menegur untuk tujuan baik, agar kamu berjaya dalam
akademik.
3. Pengerusi Kelab menegur kamu supaya menghadiri latihan mengikut jadual agar kamu
tidak didenda.
- Kamu datang latihan kerana aktiviti itu penting untuk kesihatan dan kejayaan kamu
akan menyumbang kepada kejayaan kelab.
CARA PENILAIAN
• 10 markah bagi setiap tajuk.
• Isi- 4 markah
• Gaya Penyampaian- 2 M
• Bahasa- 4 M
A: 4. UJIAN KECERGASAN
Murid melakukan ujian mengikut kemampuan masing-masing.
(seperti dalam kad uijan)
12
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B: 1. DISIPLIN DAN KEROHANIAN
B: 1.1. KETATANEGARAAN
1. JATA NEGARA
TAJUK : Mengenal maksud lambang Negara Malaysia (Jata Negara)
KAEDAH
MASA : Soal jawab / perbincangan
TEMPAT
MATLAMAT : 1 jam
OBJEKTIF
: Kawasan yang bersesuaian
: Menanamkan perasaan taat setia kepada negara
: i. melahirkan murid yang mempunyai sikap jati diri yang
tinggi terhadap negara
ii. Menjadikan murid seorang individu yang berdisiplin dan
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara
iii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.
PERALATAN : Bahan edaran
SEBELUM : - Mengenal pasti lokasi yang sesuai
AKTIVITI - Memastikan semua peralatan berada di lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal
jawab dan perbincangan
SEMASA : - Taklimat
AKTIVITI - Memastikan aktiviti berjalan lancar
- Membuat pemantauan dan penilaian
SELEPAS : - Membuat rumusan dan penilaian
AKTIVITI
Isi kandungan :
13
Sekretariat KRS Daerah Kerian
SOALAN LISAN :
(i) Jata Negara di kenali sebagai apa ?
(ii) Huraikan lambang-lambang yang terdapat pada Jata Negara.
(sekurang-kurangnya lima)
JAWAPAN :
(i) Lambang Malaysia
(ii) ▪ Harimau-keberanian
▪ Bulan dan bintang – Agama Islam
▪ Bintang 14 bucu – 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam Malaysia.
▪ Lima bilah keris – lima buah negeri Melayu tidak bersekutu (Johor, Kelantan,
Terengganu,Kedah dan Perlis)
▪ Jata Negeri Sabah – Negeri Sabah
▪ Jata Negeri Sarawak – Negeri Sarawak
▪ Bunga Raya – Kerajaan Persekutuan
▪ Pokok Pinang – Negeri Pulau Pinang
▪ Pokok – Negeri Melaka
▪ Empat Jalur berwarna melambangkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu(Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan)
▪ Warna Kuning – Warna Diraja
▪ Bersekutu bertambah Mutu –Cogan Kata
2. MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD
TAJUK : MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD
KAEDAH : Melukis Bendera Malaysia dan Maksud
MASA : 1 Jam
TEMPAT : Kawasan yang bersesuaian
MATLAMAT : Melahirkan murid yang berasa bangga terhadap
OBJEKTIF
Negara.
PERALATAN : i. Mendidik peserta atau murid mengenal
SEBELUM AKTIVITI
bendera Malaysia
ii. Menyatakan warna dan simbol serta
menghayati maksud yang terkandung
dalam bendera Malaysia.
: Alatulis dan bahan edaran
: i. Memastikan semua peralatan berada di
lokasi
ii. Memastikan semua peserta telah bersedia
dari semasa ke semasa
SEMASA AKTIVITI : Taklimat/penerangan
Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar.
SELEPAS AKTIVITI : Membuat rumusan dan penilaian keseluruhan
14
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Isi kandungan :
Jalur Gemilang
Maksud :
Bil Pernyataan Maksud
1. 14 Jalur merah – putih 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
2. Warna biru tua Perpaduan rakyat
3. Bintang 14 bucu Perpaduan gabungan 13 buah negeri dan
Wilayah Persekutuan
4. Bulan Sabit Agama Islam sebagai agama rasmi
5. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang Kedaulatan Raja-Raja Melayu
6. Warna putih Kesucian
7. Warna merah Keberanian
3. LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU NEGERI
TAJUK : Mengetahui Lagu Kebangsaan Negara Malaysia dan Lagu
Negeri
KAEDAH : Secara lisan (menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri)
MASA : 30 minit
TEMPAT : Kawasan yang bersesuaian
MATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negara dan negeri
OBJEKTIF : i. Melahirkan murid yang cintakan negara
ii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.
PERALATAN : Bahan edaran
SEBELUM : - Mengenal pasti lokasi yang sesuai
AKTIVITI - Memastikan semua peralatan berada di lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal
jawab dan perbincangan
SEMASA : - Taklimat
AKTIVITI - Memastikan aktiviti berjalan lancar
- Membuat pemantauan dan penilaian
SELEPAS : - Membuat rumusan dan penilaian
AKTIVITI
15
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Isi kandungan LAGU NEGERI PERAK
LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA Dilanjutkan Allah Usianya Sultan
Adil dan Murah Memerintah Watan
Negaraku Ditaati Rakyat Kiri dan Kanan
Tanah tumpahnya darahku Iman Yang Soleh Allah Kurniakan
Rakyat hidup bersatu dan maju Allah Berkati Perak Ridzuan
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Allah Selamatkan Negeri dan Sultan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
4. MELUKIS BENDERA NEGERI
TAJUK : Mengetahui Bendera Negeri
KAEDAH : Melukis Bendera Negeri tempat tinggal
MASA : 30 minit
TEMPAT : Kawasan yang bersesuaian
MATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negeri tempat tinggal
OBJEKTIF : i. Melahirkan murid yang cintakan negeri tempat tinggal
ii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.
PERALATAN : Alat tulis dan bahan edaran
SEBELUM : - Mengenal pasti lokasi yang sesuai
AKTIVITI - Memastikan semua peralatan semua peralatan berada di
lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal
jawab/ perbincangan dan melukis
SEMASA : - Taklimat
AKTIVITI - Memastikan aktiviti berjalan lancar
- Membuat pemantauan dan penilaian
- Ujian melukis
SELEPAS : - Membuat rumusan dan penilaian
AKTIVITI
Isi kandungan:
BENDERA NEGERI PERAK
16
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B : 2. KETAHANAN DAN KEBUDAYAAN
B: 2.1. KRAF PERKHEMAHAN
Pengenalan.
Dalam menjalankan aktiviti berkhemah, khemah merupakan antara alatan yang penting. Mengenali
jenis-jenis khemah, bahagian-bahagian khemah dan mengenalpasti lokasi mendirikan khemah yang
sesuai dan selamat adalah penting. Selain itu seni berkhemah seperti membina beberapa gajet
ringkas seperti tempat meletak kasut, tempat meletakkan peralatan dapur dan makanan, membina
lubang untuk sampah dan sisa makanan ( lubang kering dan luang basah ) , membina tandas perlu
juga dikuasasi.
Jenis-jenis khemah.
1. Khemah jenis ‘A’
2. Khemah dome
3. khemah igloo
4. khemah ringkas
5. khemah 180 pound
Bahagian-bahagian khemah.
12
3
4
5
1. badan khemah
2. “flysheet”
3. “groundsheet”
4. pancang
5. tali
6. tiang
Gambarajah khemah jenis ‘A’
17
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Pemilihan tapak untuk mendirikan khemah.
1. Berhampiran kawasan air
2. Bukan dibawah pokok berdahan kering/ pokok kering
3. Bukan laluan binatang atau manusia
4. Di kawasan yang agak lapang/ tidak semak
5. Di kawasan rata dan tidak berbatu/ kayu tajam
6. Bukan laluan air
7. Bukan laluan angin
Cara-cara mendirikan khemah.
1. dirikan tiang
2. pasangkan badan khemah dan ikat tiang dengan simpul manuk.
3. pasangkan tali pada pancang
4. regangkan tali dengan kemas.
5. pasangkan “flysheet” dan ikat pada pancang
Cara-cara melipat khemah.
1. lipat bahagian badan khemah secara memanjang selebar sarung khemah.
2. lipat “flysheet” dan letakkan sekali dengan badan khemah.
3. letakkan tiang khemah, pancang dan tali pada pangkal badan khemah, gulungkan sambil
membersihkan pasir dan lain kotoran.
4. masukkan dalam sarung khemah.
GEJET DAN KEGUNAANNYA
Gejet
Gejet merupakan peralatan yang dibina semasa aktiviti perkemahan bagi menggantikan perabot
yang digunakan di rumah.
Bahan binaan gejet
Antara bahan yang boleh digunakan untuk membina gejet ialah,
➢ Buluh (samada dibelah atau tidak)
➢ Kayu atau ranting kayu (yang terdapat di kawasan perkemahan)
➢ Daun atau tumbuh-tumbuhan
➢ Tin kosong (yang telah digunakan seperti tin susu, sardin atau tin minuman)
➢ Batu-batan (dari sungai atau di sekitarnya yang sesuai dengan kegunaannya)
➢ Tali (rami atau raffia), rotan dawai dan akar untuk ikatan
Tujuan
1. Rasa lebih selesa seperti di rumah
2. Segala peralatan kemas dan tersusun.
3. Kesihatan terjamin dan menjadi lebih segar. (contoh lubang sampah, tandas dan
sebagainya)
4. Memupuk semangat kerjasama dan menjalin hubungan yang lebih erat
5. Mencetuskan idea kreatif, membuka minda dan realiti.
6. Dapat menggunakan masa lapang dengan kerja berfaedah.
7. Dapat mempraktikkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari
18
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Kriteria semasa membina gejet
1. Gejet biarlah ringkas dan praktikal
2. Senang dibina dalam masa yang singkat
3. Kukuh dan dapat digunakan sepenuhnya
4. Menggunakan bahan semulajadi dan bahan terbuang untuk mengurangkan kos
5. Mesti menggunakan ikatan atau simpulan yang telah dipelajari
6. Keselamatan gejet dan pengguna hendaklah diutamakan
7. Gejet diletak atau disusun di tempat yang sesuai
Jenis-jenis gejet
1. Gejet dapur - dapur masak
- rak pinggan mangkuk
- tempat menyangkut cawan
- rak periuk dan alatan memasak
- meja makan
- lubang basah lubang kering
2. Tempat tinggal - penyangkut baju
- penyidai pakaian
- rak kasut
- tandas
3. Lain-lain - lampu, pelita atau tempat meletak lilin
- papan kenyataan
- pintu gerbang
- menara
- pagar
Contoh-contoh gejet
19
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B: 2.2. IKATAN
JENIS-JENIS TALI
Terdapat beberapa jenis tali. Antaranya :-
1. Tali Nylon.
Merupakan tali yang ringan dan tidak tenggelam air tetapi tidak mempunyai keanjalan. Antara
cirinya ialah “ Low Melting Point” iaitu tali ini mudah panas dan putus jika berlaku geseran.
2. Hawser laid (tali belati/ tali manila)
Ia mempunyai kelebihan kerana diameternya yang besar. Tali ini amat sesuai untuk aktiviti
memanjat dan aktiviti gayut tarzan.
3. Tali kermantle.
Terdiri daripada 2 jenis iaitu tali statik dan tali dynamik. Tali statik sesuai untuk aktiviti
rappelling, caving, menyelamat, “fix rope and safety line”. Tali dinamik adalah dikhususkan
untuk aktiviti mendaki. Ini adalah kerana tali ini lebih anjal berbanding tali statik justeru
mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku “jatuhan”. (untuk beban sebanyak 80 kg
keanjalan adalah sehingga 8% ke 10%)
Anatomi tali.
Terdiri daripada teras yang diperbuat daripada fiber sintetik nylon yang dipanggil “Kern” dan
anyaman luar (sheath) polyester yang dipanggil “mantle”. Bahagian teras fiber nylon dibentuk
secara “S dan Z twist” agar dapat menyerap tenaga jatuhan pendaki. Saiz yang sesuai untuk aktiviti
adalah yang berdimeter antara 9mm hinnga 11 mm. Antara kelebihan fibre sintetik :-
❖ kekuatan tali adalah sama disepanjang tali
❖ tidak mudah reput
❖ kurang menyerap air berbanding fiber asli
❖ mempunyai kekuatan sehingga 9000 lbs.
Kegunaan tali
1. Mengikat untuk mengukuhkan sesuatu
2. Menyambung antara dua atau lebih benda
3. Memanjat / menuruni bukit, pokok dan sebagainya
4. Bergayut menyeberani sungai atau lurah
5. Menyelamat mangsa di tempat yang sukar
6. Membuat aktiviti abseiling dan ‘flying fox’
SIMPULAN DAN IKATAN
20
Sekretariat KRS Daerah Kerian
PENGENALAN
Simpulan ialah aktiviti antara tali dengan tali
Ikatan ialah aktiviti yang menggunakan tali dengan objek.
OBJEKTIF
Kemahiran tali temali didedahkan kepada murid supaya mereka akan dapat mempraktikkannya
semasa menyertai perkhemahan. Ianya meliputi mendirikan khemah, membuat gajet dan aktiviti-
aktiviti lain yang menggunakan tali.
JENIS-JENIS SIMPULAN DAN IKATAN
SIMPULAN BUKU SILA
• Kegunaan – menyimpul anduh, tali kasut, dan menyelamatkan nyawa. Tidak boleh
digunakan untuk menyambung tali.
SIMPULAN BUNGA KETI
• Kegunaan – membuat gelungan dan penyambungan sementara
IKATAN MANUK
• Kegunaan – mengikat objek kepada tali yang lain
SIMPULAN TINDIH KASIH
21
Sekretariat KRS Daerah Kerian
• Kegunaan – menyambung benda yang berlubang, menyambung tali yang berlainan saiz
SIMPULAN BELIT
• Kegunaan – mengikat tali pada tiang dan mematikan ikatan pada objek
SIMPULAN PENGAIL
• Kegunaan – menyimpul atau menyambung tali yang licin atau tali kail
B: 2.3. PENGGUNAAN KOMPAS
22
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Pengenalan
Masyarakat Cina telah mengenali prinsip kompas sejak 5000 tahun dahulu. Kompas merupakan
peralatan yang sangat penting dalam setiap pengembaraan. Ia juga merupakan bantuan yang tidak
ternilai pentingnya bagi navigasi dalam keadaan-keadaan terburuk. Kompas boleh didapati dalam
berbagai bentuk. Walau bagaimanapun fungsinya adalah sama iaitu sebagai pandu arah.
1. Kegunaan kompas
Sebuah kompas perlu kejap (compact), lasak ringan dan mudah di kendali. Secara amnya kompas
bertujuan menunjuk arah. Di dalam orienteering kompas orienteering digunakan dalam perkara-
perkara berikut:
• Melaras peta
• Membantu dalam navigasi
• Menentukan kedudukan
• Membuat peta
• Mengukur jarak di atas peta
2. Bahagian-bahagian di setiap kompas.
Gambar kompas
1, Rumah kompas (home)
2. Jarum kompas
3. Skala
4. Kanta Pembesar
5. Panduan grid
6. Arah Pergerakan
7. Tapak
8. Bacaan Bering
9. Garis panduan (selari dengan rumah kompas)
10. Rumah dail ( “Compas housing” boleh diputar)
11. Tali Keselamatan
3. Mata Pedoman Kompas
23
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Gambar arah mata angin
4. Bearing
Bearing memberi tanda arah yang tepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Bearing adalah sudut
yang diukur mengikut perjalanan jam, dari satu garisan dengan garisan yang ditetapkan. Garisan
yang ditetapkan selalunya adalah utara
SKEMA PEMARKAHAN MARKAH
10
(Markah penuh 50 markah)
5
BIL PERKARA UJIAN 5
1. Memahami kaedah menggunakan kompas serta boleh mencari 5
15
bearing dengan betul.
2. Menyatakan Etika Perkhemahan serta boleh memasang dan melipat
khemah dengan betul.
• Etika Perkhemahan
• Memasang
• Melipat
3. Telah mengikuti aktiviti perkhemahan selama 3 hari 2 malam dengan
menunjukkan buku laporan yang telah ditandatangani oleh
Penyelaras Perkhemahan.
B: 2.4. IKHTIAR HIDUP
24
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Objektif
1. Membolehkan pelajar mengetahui pengetahuan asas kemahiran ikhtiar hidup, bagi
membolehkan mereka meneruskan keupayaan untuk terus hidup dengan menggunakan
sumber alam semula jadi dan dengan peralatan asas yang ada pada mereka.
2. Membolehkan pelajar mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup dan jejak atau tanda-tanda.
Perlaksanaan Aktiviti
Semasa aktiviti
1. Teori dan prinsip Ikhtiar Hidup diterangkan oleh Jurulatih.
2. Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap jurulatih kemahiran membimbing pelajaran ikhtiar hidup mengikut kumpulan
kemahiran.
4. Demonstrasi dan penerangan ikhtiar hidup oleh jurulatih.
5. Tanya soalan dan nilai yang berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari.
Selepas aktiviti
1. Bacaan doa
2. Membersihkan alat
3. Berkumpul semula
4. Rumusan dari jurulatih
5. Bersurai
Sumber-sumber Ikhtiar Hidup
1. Rotan
2. Buluh
3. Akar
4. Kayu/ranting kayu
5. Tanah liat
6. Daun pisang
7. Daun bertam
8. Daun nipah
9. Batu batan
Hutan-hutan di Malaysia merupakan hutan hujan Tropika. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan
bahan yang boleh digunakan untuk ikhtiar hidup.
1. Rotan - merupakan pokok yang menjalar dan mempunyai duri di permukaannya. Apabila dikikis
kulitnya, kita akan mendapati rotan yang boleh digunakan untuk mengikat dan lain-lain.
2. Buluh - Buluh merupakan bahan yang paling banyak didapati di hutan-hutan Malaysia. Buluh
boleh digunakan untuk membuat gajet-gajet serta perlindungan atau khemah
sementara. Rebung boleh juga dijadikan bahan makanan.
3. Akar - Di dalam hutan Malaysia terdapat pelbagai jenis akar. Akar juga terdapat di dalam tanah.
Pokok juga menjalar dan melilit pokok-pokok besar. Sebahagian akar tersebut boleh
digunakan untuk manfaat manusia contoh akar yang boleh diminum airnya dan untuk
membuat ikatan/ perubatan dan lain-lain.
4. Kayu dan ranting - Benda ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak dan lain-
lain. Kayu juga boleh digunakan untuk membuat gajet dan juga senjata.
5. Tanah liat - Tanah liat banyak digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup. Tanah liat boleh dibentuk
dengan mudah apabila dicampur dengan sedikit air. Tanah liat juga boleh digunakan
untuk memasak seperti membuat telur masin, membakar ikan dan juga membuat
25
Sekretariat KRS Daerah Kerian
bekas-bekas air atau makan seperti tembikar sayap dan sebagainya. Benda ini
juga boleh dibuat ubat untuk menyejukkan anggota badan yang terbakar atau
melecur.
6. Daun pisang - Daun pisang boleh digunakan untuk membalut atau membungkus makanan
(tradisional). Daun pisang juga boleh digunakan untuk membungkus ikan yang
hendak dibakar.
7. Daun Nipah - Sejenis pokok palma yang banyak terdapat di hutan Benda ini boleh dibuat atap.
Jika dianyam boleh dibuat dinding atau lantai. Air Nira juga boleh dibuat daripada
pokok Nipah.
8. Batu-batan - batu-batan adalah bahan yang boleh didapati di tepi sungai dan kaki bukit. Batu-
batan boleh digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup contoh untuk membuat tungku
memasak . Di samping itu batu juga boleh digunakan sebagai tungku untuk
mengecutkan bengkak-bengkak pada badan dan juga rahim ibu selepas bersalin.
Di dalam rajah di bawah bahan-bahan yang digunakan ialah :
1. ranting kayu
2. kayu kering
3. buluh
4. daun pisang
Mengenali jejak atau tanda-tanda.
Semua binatang yang ada dalam dunia ini mempunyai jejak. Kita dapat mengesan binatang tertentu
melalui tapak kaki (jejak). Tujuan kita mengenali ini adalah untuk mengetahui sama ada ia musuh (
binatang buas) . Contohnya hariman. Selain itu kita dapat mengenali hidupan liar yang terdapat
dalam hutan. Selain daripada tapak kita juga dapat mengenali binatang ini melalui sisa buangan
contohnya gajah dan musang.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
1. Mengenal tapak binatang.
2. Perbincangan secara lisan.
3. Mengenali najis binatang, tempat tinggal dan habitat
B : 2.5. PERTOLONGAN CEMAS
MATLAMAT:
26
Sekretariat KRS Daerah Kerian
OBJEKTIF : Mendedahkan pelajar KRS kepada asas pertolongan cemas bagi menghadapi
situasi kecemasan yang dihadapi serta mengenal anggota tubuh badan dan
fungsinya.
1. Pelajar dapat mengetahui maksud pertolongan cemas
2. Pelajar dapat mengenal anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan anduh
lengan.
3. Pelajar dapat melipat anduh tiga segi dengan betul
4. Pelajar dapat membuat anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan anduh
lengan.
5. Menamakan struktur anggota badan serta fungsinya secara ringkas
KANDUNGAN SUKATAN :
1. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
a) Apa itu pertolongan cemas?
Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada
orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang
berkelayakan.
b) Objektif Pertolongan Cemas
i. Melindungi nyawa
ii. Mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk
iii. Membantu pemulihan
c) Sifat-sifat sebagai Pembantu Dalam Pertolongan Cemas
i. Tajam perhatian-nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan
ii. Pantas Ikhtiar- dapat menggunakan apa yang sesuai di persekitaran
kemalangan
iii. Tidak Kasar- Tidak menyakiti mangsa
iv. Bertimbang rasa- bersimpati dengan masa
v. Berakal budi- Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar
vi. Sentiasa senyum-muka sentiasa senyum akan memberikan keyakinan
kepada mangsa
vii. Memberi Pertolongan- lakukan setakat mampu sahaja.
d) Tugas sebagai pembantu dalam pertolongan cemas.
i. Mengetahui apa yang terjadi tanpa membahayakan diri sendiri
ii. Menyakinkan pesakit dan melindungi daripada sebarang kemungkinan
bahaya
iii. Menguruskan untuk membawa pulang atau hospital berhampiran jika perlu
iv. Membuat keputusan dengan bijak dan pantas
e) Alatan Dan Bahan dalam Peti Pertolongan Cemas
▪ Pembalut merekat kalis air ▪ Pen dan pensel
▪ Pembalut steril kasa ▪ Penyepit Kecil
bersegi ▪ Gunting
▪ Gulungan kapas ▪ Pin
▪ Pembalut segitiga ▪ Bekas plastik
▪ Pembalut bergulung ▪ Pembalut elestik
▪ Gulungan pita ▪ Sabun
▪ Sapuan antiseptic ▪ Buku catatan
f) Pembalut Segitiga
27
Sekretariat KRS Daerah Kerian
Pembalut jines ini dijual satu-satu dalam bungkusan steril. Pembalut ini juga
boleh dibuat sendiri dengan memotong dan melipat satu meter persegi kain
jenis linen atau slico. Ia boleh digunakan:
▪ Terus daripada bungkusan dan dilipat dalam satu pad sebagai
pembalut pad improvisi yang steril.
▪ Dilipat ke dalam pembalut lipatan lebar untuk menyokong dan
menghentikan pergerakan anggota. Ia juga digunakan untuk
mengukuhkan penganduh dan pembebat yang tebal.
▪ Dilipat ke dalam pembalut lipatan tirus untuk menghentikan pergerakan
kaki dan buku lali serta meneguhkan pembebat anggota.
Membuat Pembalut Lipatan Lebar
1. Lipat pembalut segitiga
mendatar supaya titik
menyentuh asasnya.
2. Lipat pembalut sekali lagi.
Proses ini melengkapkan
satu pembalut.
Membuat Pembalut Lipatan Tirus
1. Lipat pembalut segitiga ke
dalam satu pembalut
lipatan lebar.
2. Lipat sekali lagi pembalut
ini. Proses ini
melengkapkan satu
pembalut.
g) Simpulan buku sila
28
Sekretariat KRS Daerah Kerian
h) Pembalut kepala
i) Sling
29
Sekretariat KRS Daerah Kerian
30
Sekretariat KRS Daerah Kerian
j) Sling yang di ubah suai .
31
Sekretariat KRS Daerah Kerian
k) Sling Pengangkat
32
Sekretariat KRS Daerah Kerian
SOALAN PENILAIAN
Jawab soalan dan buat amali berikut untuk mendapat pengiktirafan dalam Pangkat Lans
Koperal .
1. Buat satu amali cara melipat anduh segitiga dengan betul.
2. Buat satu simpulan buku sila dengan menggunakan anduh segitiga .
3. Buat satu amali anduh leher, anduh lengan dan anduh besar dengan betul.
SKEMA PEMARKAHAN MARKAH
2
BIL PERKARA/UJIAN 3
1. Pelajar diuji oleh guru untuk membuat kerja amali melipat anduh 15
segitiga dengan betul
2. Pelajar boleh membuat simpulan buku sila dengan mengunakan
anduh segitiga atau tali
3. Pelajar dapat membuat amali anduh leher,anduh lengan dan
anduh besar dengan betul setelah diajar oleh guru.
SUMBER RUJUKAN :
1. Abdul Rahman Isa, (1989)
Pertolongan cemas, Prinsip dan Amalan Crescent news (K.L) Sdn.Bhd. Kuala Lumpur
2. Palang Merah British. (1996) Buku Kecil Pertolongan Cemas. Golden Books Centre
Sdn. Bhd Kuala Lumpur
3. St. John Ambulans (1994). Manual Pertolongan Cemas. Golden Books Centre Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
33
Sekretariat KRS Daerah Kerian
B: 2.6. ASAS KEBOMBAAN
Pengenalan
Api terdiri daripada tindakbalas pengoksidaan atau tindakbalas kimia yang pantas hasil
daripada unsur penting seperti oksigen, haba dan bahan .
Kebakaran biasanya akan melibatkan kerugian dan kehilangan harta benda. Selain itu,
kebakaran juga boleh mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan tubuh badan dan juga
kerosakan harta benda.
Kebakaran sering terjadi disebabkan oleh kecuaian manusia yang tidak mengendahkan
tentang bahaya api, seperti peribahasa “API YANG KECIL MENJADI KAWAN DAN API YANG
BESAR MENJADI LAWAN“ sering tidak menjadi iktibar dan pengajaran kepada pengguna.
Api boleh dikelaskan kepada 4 kumpulan di antaranya ialah :
- Api kelas A daripada bahan pepejal
- Api kelas B daripada bahan cecair
- Api kelas C daripada bahan gas.
- Api kelas D daripada bahan logam.
Punca Kebakaran
- Kecuaian manusia - sikap yang mengabaikan keselamatan , dilakukan dengan
sengaja dan tidak sengaja serta penggunaan peralatan yang tidak betul .
- Kerosakan pendawaian dan peralatan elektrik – berlaku akibat litar pintas.
- Kejadian semula jadi – kejadian petir , kilat, dan kebakaran hutan .
- Bahan Kimia - ammonia, belerang dan gas terpeluwap
- Haba - api, matahari dll.
- Arus elektrik - voltan tinggi
- Sinaran radiasi - nuklear dan sinar X-ray
Cara-cara Mengelak/Mencegah Kebakaran.
- Padamkan punca api dengan betul.
- Matikan punca bekalan kuasa elektrik selepas digunakan.
- Jangan mendedahkan bahan kimia berbahaya.
- Hindarkan diri dan harta daripada punca sinar radiasi.
- Sediakan alat pemadam api yang sesuai di persekitaran tempat kerja, rumah dan
kawasan permainan.
- Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahayanya api yang boleh
mengakibatkan kebakaran.
- Jauhkan puntung rokok, lilin dan ubat nyamuk daripada bahan-bahan yang mudah
terbakar.
- Melakukan pendawaian semula bagi peralatan elektrik dan pendawaian yang rosak.
- Menyediakan jadual pemeriksaan alat kebakaran .
- Memasang alat pengesan kebakaran.
- Mengenal pasti tempat-tempat untuk menyimpan alat keselamatan.
B: 2.7. KEBUDAYAAN
34
Sekretariat KRS Daerah Kerian
UJIAN KEBUDAYAAN
- Pelajar menyertai atau mempersembahkan 2 persembahan kebudayaan seperti
nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau
persembahan lain yang sesuai mengikut kebudayaan kaum-kaum yang lain.
ARAHAN UJIAN KEBUDAYAAN
1. Persembahan pelajar lelaki sahaja atau perempuan sahaja dalam bentuk
kumpulan.
2. Kedudukan penonton pelajar lelaki dan perempuan diasingkan.
3. Persembahan pelajar harus berlandaskan teras kurikulum bersepadu KRS.
PEMARKAHAN UJIAN - 15 markah
1. Gaya dan penampilan - 15 markah
2. Kreativiti - 15 markah
3. Mesej - 5 markah
4. Peralatan
B: 3. KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS)
SUKATAN
- menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada 6 jam
OBJEKTIF
1. menggembleng tenaga menjadi satu pasukan gotong royong
2. menyedari kepentingan bekerja dalam satu pasukan (contoh : kerja yang berat
menjadi ringan, kerja yang lama menjadi singkat). Konsep berat sama dipikul ringan
sama dijinjing.
PELAKSANAAN
1. pelajar dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu dan diketuai oleh ketua platun.
2. Urusetia akan menyelia tugasan yang diberikan kepada murid serta
mengesahkannya.
B : 4. ALAM SEKITAR
35
Sekretariat KRS Daerah Kerian
SUKATAN
- Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan dengan alam sekitar seperti
membuat taman, menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai,
tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai.
OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran tentang alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengan alam
sekitar
2. menghasilkan sajak atau syair atau pantun yang berkaitan dengan alam sekitar
3. mendekatkan pelajar dengan alam ciptaan tuhan
PELAKSANAAN
1. mencipta sajak dengan menggunakan perkataan yang disediakan seperti langit, awan,
sungai, air, batu, pokok, tanah, pencemaran, merosakkan, cantik, harmoni, dll. Tema
utama ialah alam, manusia, tuhan, masyarakat dan kesatuan ketiga-tiga unsur. (pada
sehelai bersaiz kertas A4)
2. mendeklamasikan sajak, syair atau pantun.
B: 5. KEUSAHAWANAN
SUKATAN
- menyediakan salah satu projek yang berikut:
o Sains Pertanian (cara menjaga pokok komersial)
o Kemahiran Teknikal (merekacipta, mengira, bertukang, menjahit, membaiki
peralatan elektrik dll)
o ERT (menyiang ikan/ayam, memasak 3 jenis makanan)
OBJEKTIF
1. menyenaraikan sifat-sifat usahawan yang baik
2. menanam minat kepada keusahawanan
3. memberi pengetahuan tentang kemahiran hidup
PELAKSANAAN
1. menghasilkan projek secara individu
2. menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dengan anggaran kos
3. membuat projek tersebut secara individu
HASIL NUKILAN :
MUHAMMAD THANI B. SHA’BAAN
PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH
susunan semula oleh Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017
36
Sekretariat KRS Daerah Kerian