The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Ujian Kenaikan Pangkat KOPERAL KRS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by krskerian2021, 2021-11-13 04:57:16

Panduan Ujian Kenaikan Pangkat KOPERAL KRS

Panduan Ujian Kenaikan Pangkat KOPERAL KRS

BUKU PANDUAN
UJIAN KENAIKAN PANGKAT

KOPERAL
KADET REMAJA SEKOLAH

SEKRETARIAT KRS DAERAH KERIAN

PENDAHULUAN
Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah

dalam ujian kenaikan pangkat Koperal Kadet Remaja Sekolah. Guru dan murid boleh
menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya kaum dan elemen-
elemen lain berlandaskan teras dan kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Namun Buku
Panduan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam
menjalankan aktiviti Kadet Remaja Sekolah.

Ahli- ahli Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan dapat
membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan
ahli -ahli Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat. Sehubungan itu, ujian-ujian
ini akan melahirkan ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang berkualiti, berketrampilan dan
berwibawa yang bakal menjana generasi yang ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’

Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu
ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja Sekolah iaitu ‘ILMU,
IMAN dan AMAL’

1

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan : KOPERAL KRS
Nama : .........................................................................................
Tingkatan : .........................................................................................

Syarat-syarat : Tarikh Lulus &
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 2 iaitu: Pengesahan

Bil. Perkara

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis

• Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan Tarikh:
struktur meliputi semua tajuk dalam silibus KRS.

2 Ujian Kawad

• Berkebolehan memberi arahan & Perintah Kawad Tarikh:
dengan baik dan betul.

• Melipat, menaik, menurunkan bendera dengan cara Tarikh:
yang betul.

3a Ujian Kerohanian

• Menghafaz 10 surah Juz Amma Tarikh:
• Menghafaz selawat Syifa’ Tarikh:

• Menceritakan atau menulis tentang sejarah Tarikh:

kehidupan Rasullah S.A.W.

3b Ujian Moral

Pengucapan awam: Tarikh:

Tajuk :

• Balasan Jujur
• Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
• Contohi labah-labah
• Kalau cermat, tentu selamat
• Budi bahasa

4 Ujian Kecergasan Tarikh:

• Larian 2.4 km
• Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
• Tekan tubi(20kiraan/minit)
• Lentik Belakang(20 kiraan/minit
• Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak

kurang 50kg

2

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

B ITEM UJIAN TERAS

DISIPLIN DAN KEROHANIAN

1 Ketatanegaraan Tarikh:
• Menerangkan Rukun Negara

• Menyanyikan satu lagu patriotik Tarikh:

• Menyanyikan Lagu Kadet Remaja Sekolah

2 Ketahanan diri dan kebudayaan Tarikh:
Tarikh:
2.1 Perkhemahan
Tarikh:
• Etika Perkhemahan Tarikh:
• Penjagaan Khemah

(Membuka, memasang, melipat, membersih)
• Amalan kesihatan berkhemah
• Mengikuti perkhemahan selama 4 hari 3 malam

2.2 Ikatan Tarikh:
Tarikh:
• Ikatan Balak Tarikh:
• Ikatan Seraya Tarikh:
• Ikatan Serong Tarikh:
• Ikatan Silang Gunting Tarikh:
• Mengemaskan Tali
• Membina 2 jenis gajet

2.3 Kompas Tarikh:
Tarikh:
• Mencari bearing
• Menentukan arah kiblat

2.4 Ikhtiar Hidup Tarikh:
• Mengenali bahan-bahan apungan di air Tarikh:
• Membina model apungan di air

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula Tarikh:
Tarikh:
• Membebat dan membalut luka Tarikh:
• Pengendalian pengusungan Tarikh:
• Menunjukkan 5 jenis balutan
• Mengenalpasti tempat-tempat pengaliran darah

2.6 Asas kebombaan Tarikh:

• Alat-alat melawan kebakaran
• Pemadam api jenis air, serbuk, buih dan gas
• Kaedah pengendalian

3

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

2.7 Kebudayaan

• Menyertai atau mempersembahkan 3 kali persembahan Tarikh:
kebudayaan seperti nasyid, berzanji, bermain kompang,
bersajak, pentomin, seni silat atau persembahan lain
yang sesuai.

• Menerangkan perayaan pelbagai kaum di Malaysia

3 KHIDMAT MASYARAKAT

• Menyertai 4 khidmat masyarakat dengan masa tidak Tarikh:
kurang daripada 12 jam.

4 ALAM SEKITAR

• Menyertai atau melaksanakan 3 projek yang berkaitan Tarikh:
dengan Alam Sekitar seperti membuat taman, menanam
pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai,
tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai.

5 KEUSAHAWANAN

• Menyediakan satu projek yang berkaitan samada Tarikh:
masakan atau kraftangan

A: 1. UJIAN BERTULIS

4

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Ujian bertulis mengandungi 60 soalan objektif dan 40 Soalan struktur meliputi silibus KRS tahap 2.

A: 2. KAWAD

Pengisian

Kawad Memberi perintah kawad kumpulan masing–masing
i. (Semua kawad asas statik dan dinamik Tahap 1)

ii. Kawad Perhimpunan

iii. Memberi hormat
o Hormat Ke hadapan

o Hormat Ke kanan/kiri

o Hormat selaku terima sijil

Melipat, menaik dan menurunkan bendera dengan cara yang betul
(melakukannya secara praktikal)

A: 3a. KEROHANIAN

Skema pemarkahan ujian kerohanian.

Pemarkahan: LULUS@GAGAL
Permarkahan lulus – murid dapat menghafaz keseluruhan dengan lancar.

1. Murid dikehendaki menghafaz 10 surah Juz Amma

Sepuluh Surah Juz Amma
i. An Nas
ii. Al Falaq
iii. Al Ikhlas
iv. Al Kaafirun
v. Al Qadr
vi. An Nasr
vii. At Tin
viii. Al Lumazah
ix. At Takasur
x. Ad Dhuha

2. Pelajar dikehendaki menghafaz selawat syiffa’
5

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

3. Murid dikehendaki menulis sirah Rasulullah S.A.W (100 patah perkataan)

SEJARAH HIDUP RASULULLAH SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun Gajah
bersamaan 20 April 571 M. Ayahandanya bernama Abdullah Bin Abd. Mutalib manakala
ibundanya bernama Aminah Binti Abdul Wahab. Kedua-duanya adalah berketurunan
Quraisy. Sewaktu berumur 2 bulan di dalam kandungan ibunya, ayahandanya telah
meninggal dunia.Pada malam kelahirannya, kelihatan di ufuk timur bintang yang amat
terang-benderang tanda akan lahirlah pemimpin agung yang akan menjadi rahmat bagi
seluruh alam. Baginda disusui oleh ibunya selama 3 hari dan kemudiannya oleh Suwaibah
serta Halimatun Saadiah sehingga berumur 4 tahun. Ketika berumur 6 tahun ibundanya telah
meninggal dunia ketika menziarahi makam ayahandanya di Madinah. lbunya dikebumikan di
Abwa’. Baginda dipelihara datuknya Abd Mutalib iaitu ketua kaum Quraisy yang amat
disegani. Apabila datuknya meninggal dunia, baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya
iaitu Abu Talib.

Baginda telah diasuh sejak dari kecil sebagai pengembala kambing yang memiliki
sifat Iemah lembut, belas kasihan dan sentiasa bersabar. Baginda telah diberi gelaran 'Al-
Amin' yang bererti 'Yang Amanah' kerana memiliki sifat yang sangat terpuji. Setelah
dewasa, baginda menolong Siti Khadijah menjalankan perniagaannya di Syam. Peribadi
baginda yang jujur dan amanah telah menyebabkan Khadijah melamar baginda. Lamaran
itu diterima oleh baginda dan melangsungkan perkahwinan ketika berumur 25 tahun dan Siti
Khadijah berumur 40 tahun.

Ketika berumur 40 tahun, baginda telah mengasingkan diri di Gua Hira' kerana
menjauhkan diri daripada kesesatan kaumnya yang menyembah berhala, minum arak serta
melakukan pelbagai maksiat. Baginda sering memikirkan tentang kehidupan dan pencipta
alam yang serba indah ini. Pada hari Isnin 17 Ramadhan 609 Masihi, datanglah kepada
baginda Malaikat Jibril yang menyuruh baginda membaca. Oleh sebab baginda seorang
yang tidak tahu membaca maka Baginda tidak boleh membaca. Setelah beberapa kali
disuruh membaca, akhirnya baginda diajar membaca iaitu ayat Al Quran pertama Surah Al
'Alaq atau lqra'. Semasa baginda menerima wahyu ini, baginda berumur 40 tahun.

Setelah mendapat wahyu, Rasulullah SAW kembali ke rumahnya dalam ketakutan.
Sejak peristiwa itu, baginda terus menerima wahyu dan menyampaikannya. Isteri Rasulullah

6

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

SAW iaitu Siti Khadijah adalah wanita pertama yang memeluk lslam. Saidina Ali merupakan
kanak-kanak yang pertana dan Saidina Abu Bakar adalah lelaki dewasa yang pertama.

Pada permulaan penyebaran Islam, baginda telah mengalami berbagai-bagai
kesukaran dan kesusahan akibat tentangan daripada orang-orang kafir Quraisy yang
diketuai oleh Abu Jahal dan bapa saudaranya Abu Lahab.

Apabila Saidina Umar Al Khatab memeluk Islam maka dakwah dijalankan secara
terang-terangan kerana beliau adalah seorang yang sangat ditakuti dan berpengaruh.
Tambahan pula, Allah telah menurunkan wahyu agar Rasulullah SAW menyampaikan
dakwah secara terang-terangan. Semakin ramai orang-orang kafir telah memeluk lslam.
Sungguh pun begitu pemimpin-pemimpin Quraisy telah melaksanakan berbagai-bagai cara
untuk menghalang dan menghapuskan ajaran Islam. Mereka telah menyeksa dan
membunuh pengikut-pengikut Rasulullah SAW. Orang-orang kafir juga telah memulaukan
umat Islam dan Bani Hashim selama 3 tahun dengan tidak mengadakan sebarang hubungan
dan menjual makanan dan minuman kepada mereka. Pemulauan ini telah tidak memberi
kesan kepada dakwah Rasulullah SAW. Pada tahun 818 Masihi, baginda telah ditimpa ujian
yang amat besar iaitu kematian Saidatina Khadijah isteri kesayangan baginda dan juga
kematian Abu Talib bapa saudaranya yang sering melindungi baginda dan ancaman orang
kafir.

Pada 27 haribulan Rejab tahun 621 Masihi berlakulah peristiwa “Isra' dan Mi'raj”
iaitu Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril AS menaiki Buraq dari Masjidil Haram di
Mekah menuju Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis. Baginda kemudiannya dibawa ke langit ke
tujuh atau “Sidratul Muntaha” mengadap Allah S.W.T dan menerima perintah menunaikan
sembahyang 5 waktu. Selepas peristiwa ini, baginda seolah-olah mendapat semangat untuk
menyebarkan Islam. Tindakan ini telah menyebabkan pemimpin kafir mengambil keputusan
untuk membunuhnya. Allah telah memerintahkan agar RasuluIlah SAW berhijrah ke Yathrib.
Oleh itu, rancangan pemimpin-pemimpin Quraisy untuk membunuh baginda dan
menghapuskan syiar Islam telah gagal apabila baginda berjaya keluar daripada rumahnya
yang dikepung oleh pemuda-pemuda Quraisy bersama-sama Saidina Abu Bakar RA tanpa
disedari oleh mereka.Tempat tidur baginda telah digantikan oleh Saidina Ali KWJ. Baginda
telah bersembunyi di Gua Thur dan sebelum sampai ke Yathrib. Baginda telah singgah di
Quba' dan mendirikan masjid yang pertama. Rasulullah kemudiannya sampai di Yathrib
dengan disambut oleh penduduknya dengan meriahnya. Rasulullah SAW menamakan
Yathrib dengan Madinah al-Munawarah yang bermaksud “Kota Yang Bercahaya”.
Rasulullah telah wafat pada 7 Jun 633 M / 13 Rabi'ul Awal tahun 11 Hijrah.

A: 3b MORAL

Ujian Moral
- Menulis dan mempersembahkan pengucapan awam (seperti di bawah)

7

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Balasan jujur

i. Kejujuran merupakan suatu sikap perlakuan dan peraturan yang amanah, baik dan penuh
keikhlasan. Orang yang jujur sentiasa melakukan sesuatu perbuatan atau percakapan tanpa
berselindung.

ii. Niatnya sentiasa ikhlas dan boleh dipercayai. Orang yang bersikap jujur juga senang
mendapat kepercayaan dari orang lain.

iii. Individu yang jujur ialah individu yang menepati janji, sentiasa bercakap benar, mematuhi
arahan yang diberikan.

iv. Seorang yang telah berjanji hendaklah sedaya upaya menunaikannya. Apabila kejujuran
dapat diwujudkan dipersekitaran maka hal ini akan mampu menghasilkan masyarakat yang
produktif, dinamik dan progresif.

Contoh yang mempunyai nilai kejujuran :

- Encik Razak telah mendermakan sejumlah wang kepada kanak-kanak cacat di salah
sebuah pusat pemulihan. Apabila ditanya berapakah jumlah yang telah didermakan oleh
para wartawan, En. Razak menyatakan itu adalah rahsia peribadinya dan dia menderma
secara ikhlas.

- Persatuan Bulan Sabit Merah adalah sebuah persatuan yang menjalankan tugas secara
sukarela. Mereka sentiasa memberi bantuan kepada orang yang terlibat dalam
kemalangan dan kesusahan. Bantuan yang mereka berikan adalah secara ikhlas dan
tidak mengharapkan balasan dan bayaran.

Berbudi Pekerti Mulia.

i. Seseorang yang memiliki budi pekerti yang mulia ialah seseorang yang berhemah tinggi,
bersopan santun dan sentiasa berbudi bahasa.

ii. Seseorang itu mestilah memiliki sifat ini agar ia diterima dengan baik oleh keluarga , rakan-
rakan dan masyarakat sekeliling.

iii. Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang mulia selalunya akan mempamerkan sifat-
sifat seperti mudah mesra dengan orang lain, bersopan santun dan tidak teragak-agak untuk
mengakui kesalahan diri sendiri.

iv. Individu yang mempunyai sikap ini mempunyai rohani dan jasmani yang sihat dan bersih.
Cara dan corak pemikirannya sihat, bernas, matang, positif serta kritis dalam menangani
sesuatu isu.

A: 4. UJIAN KECERGASAN

Murid melakukan ujian mengikut kemampuan masing-masing seperti di dalam kad ujian.

B: DISIPLIN DAN KEROHANIAN
B: 1 KETATANEGARAAN

8

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

1.1. Menerangkan Rukun Negara secara lisan

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun
kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13
Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk
dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

1.2. Menyanyikan satu lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Pertiwi dan
lain-lain.

1.3. Menyanyikan lagu Kadet Remaja Sekolah

KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah Remaja , sambutlah cabaran
Menuju satu ikatan bersaudara Menjadi bangsa Malaysia
Bersatu menjulang keamanan Maju dan cemerlang
negara Remaja berwawasan
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Jangan kita lupa kepada pencipta

Marilah kita membina peribadi Remaja , hayati budaya
Membentuk insan yang kreatif Ilmu, Iman dan Amal
Ke arah kecemerlangan diri Kekalkan di hati , dan jiwamu
Sepanjang masa yang berterusan Wawasan Kadet Remaja Sekolah

B: 2. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN

2.1. Perkhemahan
Pengenalan.

9

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Dalam menjalankan aktiviti berkhemah, khemah merupakan antara alatan yang penting.
Mengenali jenis-jenis khemah, bahagian-bahagian khemah dan mengenalpasti lokasi mendirikan
khemah yang sesuai dan selamat adalah penting. Selain itu seni berkhemah seperti membina
beberapa gajet ringkas seperti tempat meletak kasut, tempat meletakkan peralatan dapur dan
makanan, membina lubang untuk sampah dan sisa makanan (lubang kering dan luang basah),
membina tandas perlu juga dikuasasi.

Jenis-jenis khemah.

1. Khemah jenis ‘A’
2. Khemah dome
3. khemah igloo
4. khemah ringkas
5. khemah 180 pound

Bahagian-bahagian khemah.

12

3
4

5

1. badan khemah
2. “flysheet”
3. “groundsheet”
4. pancang
5. tali
6. tiang

Gambarajah khemah jenis ‘A’

Pemilihan tapak untuk mendirikan khemah.

1. Berhampiran kawasan air
2. Bukan dibawah pokok berdahan kering/ pokok kering
3. Bukan laluan binatang atau manusia

10

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

4. Dikawasan yang agak lapang/ tidak semak
5. Dikawasan rata dan tidak berbatu/ kayu tajam
6. Bukan laluan air
7. Bukan laluan angin

Cara-cara mendirikan khemah.

1. dirikan tiang
2. pasangkan badan khemah dan ikat tiang dengan simpul manuk.
3. pasangkan tali pada pancang
4. regangkan tali dengan kemas.
5. pasangkan “flysheet” dan ikat pada pancang

Cara-cara melipat khemah.

1. lipat bahagian badan khemah secara memanjang selebar sarung khemah.
2. lipat “flysheet” dan letakkan sekali dengan badan khemah.
3. letakkan tiang khemah, pancang dan tali pada pangkal badan khemah, gulungkan sambil

membersihkan pasir dan lain kotoran.
4. masukkan dalam sarung khemah.

SKEMA PEMARKAHAN

1. Menyatakan Etika Perkhemahan serta boleh memasang dan melipat khemah dengan betul

Etika Perkhemahan - 5 markah

Memasang - 5 markah

Melipat - 5 markah

2. Telah mengikuti aktiviti perkhemahan selama 4 hari 3 malam dengan menunjukkan buku
laporan yang telah ditandatangani oleh Penyelaras Perkhemahan.
(15 markah)

3. Menyatakan 3 amalan kesihatan semasa berkhemah.
(15 markah)

2.2. Ikatan
Murid dapat membuat simpulan dan ikatan yang disenaraikan di dalam kad ujian.

11

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Ikatan Balak Ikatan Seraya

Ikatan Serong
Ikatan Silang Gunting

Simpulan Mengemaskan Tali
12

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Jenis-jenis Gajet

13

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

2.3. Kompas

14

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Pengenalan

Masyarakat Cina telah mengenali prinsip kompas sejak 5000 tahun dahulu. Kompas merupakan
peralatan yang sangat penting dalam setiap pengembaraan. Ia juga merupakan bantuan yang tidak
ternilai pentingnya bagi navigasi dalam keadaan-keadaan terburuk. Kompas boleh didapati dalam
berbagai bentuk. Walaubagaimanapun fungsinya adalah sama iaitu sebagai pandu arah.

Kegunaan kompas
Sebuah kompas perlu kejap (compact), lasak ringan dan mudah di kendali. Secara amnya kompas
bertujuan menunjuk arah. Di dalam orienteering kompas orienteering digunakan dalam perkara-
perkara berikut:

• Melaras peta • Membuat peta
• Membantu dalam navigasi • Mengukur jarak di atas peta
• Menentukan kedudukan

Bahagian-bahagian di setiap kompas.

1. Rumah kompas (home) Gambar kompas
2. Jarum kompas
3. Skala 8. Bacaan Bering
4. Kanta Pembesar 9. Garis panduan (selari dengan rumah
5. Panduan grid
6. Arah Pergerakan kompas)
7. Tapak 10. Rumah dail ( “Compas housing” boleh

Mata Pedoman Kompas diputar)
11. Tali Keselamatan

Bearing Gambar arah mata angin

15

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Bearing memberi tanda arah yang tepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Bearing adalah sudut
yang diukur mengikut perjalanan jam, dari satu garisan dengan garisan yang ditetapkan. Garisan
yang ditetapkan selalunya adalah utara

Soalan:
Murid mencari bearing dan menentukan arah kiblat

2.4. Ikhtiar Hidup

IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu aktiviti yang diadakan dalam Kadet Remaja
Sekolah. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menggunakan alam
ciptaan Tuhan sebagai bahan survival bagi meneruskan hidup selain berlaku keadaan
kecemasan dan darurat.

Bahan-bahan apungan air dari alam ciptaan Tuhan;
• Kayu balak
• buluh
• batang kelapa
• rotan
• sabut

Bahan-bahan rekaan manusia yang boleh dijadikan bahan apungan;
• tiub tangan
• gabus (polysterene)
• jaket keselamatan
• botol plastik
• tong dram/ tong plastik

Contoh Model Apungan Air

Bahan-bahan yang terapung akan berfungsi sebagai rakit apabila ia diikat atau dicantum
kemas.

2.5. Pertolongan Cemas

16

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Bebatan dan balutan

Apa itu anduh
Pembalut segitiga yang biasa digunakan diperbuat daripada kain belacu yang tidak luntur.Ia
digunakan untuk menyangga atau membalut anggota yang cedera. Ianya berbentuk tigasegi
dua sama dengan ukuran 90cm x 90cm x 130cm

Apa itu anduh ubah suai
Segala kain yang tidak berbulu serta bersih boleh digunakan sebagai pembalut atau anduh
seperti tali, kain sarung, sapu tangan, baju ,tali pinggang, tali leher setokin, tudung,
selendang , kain batik serta bahan-bahan lain yang difikirkan boleh sebagai pembalut atau
anduh.

Jenis-jenis Anduh
Anduh terdiri daripada
- Anduh tiga segi
- Anduh besar
- Anduh kecil dan
- Anduh terkehel serta patah pergelangan kaki

Anduh digunakan bertujuan untuk
- Memberikan kelegaan
- Memberikan ampuan
- Menolong mengurangkan bengkak
- Mengawal pendarahan
- Menetapkan bebat di kawasan yang cedera.

Jenis-jenis bebatan
Bebat terdiri daripada beberapa jenis diantaranya ialah;
- Bebat medan- digunakan oleh anggota keselamatan
- Bebat luka – digunakan oleh pembantu dalam pertolongan cemas.
- Bebat hospital – digunakan oleh hospital atau paramedik
Bebat digunakan untuk tujuan;
- Mencegah daripada kekotoran
- Menyekat daripada jangkitan kuman
- Membantu mengurangkan pendarahan
- Membubuh ubat
- Supaya segera sembuh

Balutan

Balutan atau pembalut merupakan bahan yang terdiri selain bebatan seperti anduh ianya dikenali
sebagai BALUTAN .Balutan terdiri daripada;

- Balutan Tiga Segi
- Balutan Gulung
- Balutan Kenyal

Balutan yang biasa digunakan dalam membantu mangsa adalah terdiri daripada anduh tiga segi.
Anduh tiga segi pula digunakan dalam balutan seperti;

- Anduh besar.
- Anduh tiga segi
- Anduh Kecil
- Anduh terkehel dan patah pergelangan tangan.

17

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

18

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

19

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Tempat-tempat Pengaliran Darah.

Pengenalan
Anggota tubuh badan kita terdiri daripada tulang rangka ,daging, urat serta organ tubuh yang

mana ianya dilindungi oleh lapisan kulit. Oleh yang demikian kulit merupakan lapisan yang
mudah cedera dan bila berlaku kecedaraan secara tidak langsung urat-urat terputus dan
menyebabkan aliran darah keluar.

Tempat yang mudah untuk merasa nadi adalah di bahagian leher dikenali sebagai nadi
karotid dan bahagian lengan adalah dikenali sebagai nadi radial.
Darah dipam keluar dari jantung, 3 sistem pembuluh antaranya ialah arteri, kapilari dan vena.
Sumber pendarahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;

- Pendarahan eksternal – luka nampak dengan jelas ada pengaliran darah.
- Pendarahan internal berkesan – luka di bahagian organ dalam yang mengeluarkan

tanda-tanda seperti muntah berdarah atau berak berdarah.
- Pendarahan internal tanpa kesan – luka yang di dalam bahagian anggota yang tidak

dapat di kesan atas sebab darah telah beku di anggota yang cedera.

Sebagai seorang pembantu dalam pertolongan cemas anda perlu tahu bahagian-bahagian atau
tempat-tempat pengaliran darah di antaranya;

- Arteri brakial – di bahagian lengan
- Arteri femoral - di bahagian siku dan pergelangan tangan
- Arteri kartiod - di bahagian leher

Sistem Peredaran Darah
Peredaran darah adalah satu sistem pengedaran darah dan kitaran darah bermula

dari jantung ke jantung semula. Fungsi utama dalam asas peredaran darah adalah
menyampaikan bahan-bahan nutrien serta oksigen (O2) ke segenap sel-sel di dalam badan.

Selain daripada itu ia juga mengeluarkan karbon dioksid (CO) dan bahan-bahan
yang tidak diperlukan lagi oleh sel-sel.

Darah dipam keluar dari jantung dan sampai ke seluruh tubuh badan melalui satu
sistem peredaran darah yang mengandungi :
- Jantung.
- Arteri
- Vena
- Rerambut/ Salurhalus
- Bendalir.

Jantung
Jantung merupakan satu daripada organ yang amat penting dalam badan manusia

.Organ ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu bahagian kiri dan bahagian kanan .
Ia terbahagi kepada dua dinding yang dikenali sebagai SEPTUM. Kedua-dua bahagian ini
tidak dapat berhubung diantara satu sama lain.

Selain daripada itu jantung juga dibahagikan kepada dua injap iaitu ,
dibahagian atas dikenali sebagai ATERI kiri dan kanan manakala bahagian bawah dikenali
sebagai VENTRIKAL kiri dan kanan .

Peredaran Darah Dalam Jantung.

20

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Peredaran darah bermula apabila darah yang dibawa dari badan oleh VENA CAVA
(Darah kurang oksigen) masuk kedalam arteri aville atau arterium kanan. Apabila darah ini
masuk arteri akan mengepam darah ke ventrikal kanan.

Darah yang masuk ini dikawal oleh injap. Selepas itu darah ini akan dipam oleh
ventrikal kanan ke peparu. Di peparu proses menukarkan oksigen dan karbon dioksida
berlaku. Setelah proses ini selesai darah ini akan masuk semula ke aurikel kiri. Selepas itu
darah ini akan mengalami proses yang sama seperti disebelah kanan.

Apabila sampai di ventrikel , darah yang mempunyai banyak oksigen tadi akan dipam
ke seluruh badan melalui AORTA dan ARTERI.

Tempat-tempat pengaliran Darah

Mengangkat Dan Mengusung Pesakit.

Pengenalan .
Dalam pertolongan cemas, pembantu perlu tahu beberapa kaedah mengangkat dan

mengusung mangsa atau memindahkan mangsa yang cedera .Apabila berlaku kemalangan ,
salah satu perkara yang diutamakan adalah menentukan samada mangsa perlu dirawat di
tempat kejadian atau perlu dipindahkan ketempat lain.

Hal ini bergantung kepada situasi tempat kemalangan yang mana pembantu perlu ambil
tindakan di antara tindakan yang perlu diambil ialah ;

- Bertindak dengan pantas serta jangan panik dan lakukan perkara yang difikirkan
penting.

- Jika kecederaan lebih teruk, rawat serta merta jika perlu dan jangan alihkan mangsa.
- Anda tidak digalakkan memindahkan mangsa jika tiada orang mahir memindahkan

mangsa.
- Jangan pindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaan rapi, terutamanya di

kepala, leher , dada, perut dan anggota-anggota lain.

Teknik Memindahkan mangsa.

21

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Ada pelbagai teknik untuk memindahkan mangsa yang cedera, pemindahan mangsa bergantung
kepada kecederaan yang dialami. Antara beberapa teknik yang biasa digunakan untuk
memindahkan mangsa adalah;

Usungan merangkak
- Pesakit di bawah pembantu .
- Pembantu berjalan secara merangkak dengan menyeret pesakit.

Usungan menarik
- Pesakit ditarik oleh pembantu
- Pembantu berjalan dengan cara mengundur

Usungan mengendong belakang
- Pesakit digendong di bahagian belakang pembantu.
- Pesakit masih sedar serta pembantu boleh memberi arahan kepada mangsa.

Usungan mendukung.
- Pesakit di dukung di bahagian depan dengan pembantu menggunakan kedua-dua
tangan mendukung

Usungan menopang
- Pesakit berjalan bersama dengan pembantu yang mana pembantu akan memegang
pinggang pesakit dan tangan pesakit disangkutkan ke bahu pembantu.

Usungan bomba
- Pesakit dibawa dengan mengangkat di bahagian perut di atas bahu pembantu.
- Pesakit separuh sedar atau tidak sedar.

Usungan kerusi
- Pesakit akan di bawa dengan kerusi oleh dua orang pembantu dengan cara pembantu
depan belakang atau pembantu kanan-kiri kerusi serta pesakit di antara dua pembantu.

Usungan empat tangan
- Pembantu dua orang akan menjalin tangan dan mengangkat pesakit diantaranya dengan
pesakit memegang bahu pambantu.

Usungan improvisi.
- Merupakan usungan yang diubah suai menggunakan bahan serta alatan di sekeliling
mangsa yang sesuai dijadikan usungan
- Contoh usungan improvisi ialah dua batang kayu bersama dengan kain sarung atau
khemah atau kain batik atau baju atau seluar atau selimut.

Usungan yang tersedia..
Usungan ini merupakan yang terjual di pasaran di antaranya ialah :
- Standard Stretcher
- Scoop Stretcher
- Utila Folding Stretcher
- Pole and Canvas Stretcher
- Neil Robertson Stretcher
- Trolley Bad

2.6. Asas Kebombaan

22

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

Asas kebombaan
Alat-alat melawan kebakaran

• Pemadam api jenis air, serbuk, buih dan gas
• Kaedah pengendalian

23

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

24

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

2.7. Kebudayaan

• Murid menyertai atau mempersembahkan 3 kali persembahan kebudayaan seperti nasyid,
berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau persembahan lain yang
sesuai.

• Murid menerangkan perayaan pelbagai kaum di Malaysia secara bertulis
(80 – 100 patah perkataan)

B: 3. KHIDMAT MASYARAKAT

• Murid dibahagikan kepada kawasan tertentu dan diketuai oleh seorang ketua platun
• Urusetia akan menyelia tugasan yang diberikan kepada peserta serta mengesahkannya.

CONTOH BORANG KHIDMAS

NAMA PESERTA : _____________________________________________________

SEKOLAH : _____________________________________________________

BIL TUGASAN LOKASI PENGESAHAN
1
2
3
4
5
6
7

B: 4. ALAM SEKITAR

Murid melaksanakan 3 projek yang berkaitan dengan Alam Sekitar seperti membuat taman,
menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai, tempat rekreasi atau lain-lain
aktiviti yang sesuai.

B: 5. KEUSAHAWANAN

Murid menyediakan satu projek yang berkaitan samada masakan atau kraftangan

HASIL NUKILAN :
MUHAMMAD THANI B. SHA’BAAN

PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH

susunan semula oleh Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017

25

Sekretariat KRS Daerah Kerian 2017


Click to View FlipBook Version