The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04280908, 2024-04-04 01:21:51

NOTA DARAH TITIK DI SEMANTAN

NOTA DARAH TITIK DI SEMANTAN

Bahasa Melayu Nota Novel Darah Titik di Semantan Oleh: Cikgu Norasmah


Novel Darah Titik Di Semantan NOVEL INI AKAN DIGUNAKAN SEPANJANG TAHUN INI. DITULIS OLEH ARMAN SANI. MERUPAKAN NOVEL YANG MENGISAHKAN TENTANG PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENENTANG PENJAJAHAN INGGERIS.


Sinopsis Apakah yang dimaksudkan dengan sinopsis? Sinopsis ialah ringkasan cerita. Novel in mempunyai 14 bab. Diharapkan anak-anak membaca & memahami penceritaan novel darah titik di semantan.


Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad telah menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman. Mereka berempat membuat andaian tersendiri tentang perubahan tersebut. Datuk Bahaman telah memberikan amanat penting tentang kemaraan British dan meminta penduduk bersedia melawan British. Datuk Panglima Raja Awang Ishak yang narah dengan Tindakan Inggeris menceroboh Semantan meminta izin untuk mengamuk, namun dihalang oleh Datuk Bahaman. Datuk Bahaman meminta mereka untuk bertindak mengikut perancangan. Zahid dan rakan-rakannya telah menyelamatkan Kak Minah, iaitu isteri Lajis yang diganggu oleh dua orang pemuda. Mereka merupakan pembanci yang diuoah oleh Tuan Owen. Datuk Bahaman meminta tali barut Inggeris itu pulang ke pangkuan Inggeris. Syres mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman tidak memberikan Kerjasama untuk membina rumah pasung. Sultan juga kemudiannya dipaksa mengisytiharkan Datuk Bahaman menderhaka dan segala pangkat dan kuasa Datuk Bahaman ditarik. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh telah mengetuai usaha pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail yang ditangkap oleh Inggeris kerana tidak mempunyai surat kebenaran membawa rotan. Namun, Datuk Bahaman tahu tindakannya itu akan menyebabkan dirinya diburu oleh Inggeris. Beliau kemudiannya Menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Pertempuran akhirnya berlaku antara orang-orang Melayu dengan Inggeris. Datuk Bahaman mengingatkan pengikutnya bahawa pertempuran ini akan menjadi semakin besar. Beliau memutuskan sekiranya askar sultan Bersamasama askar Sikh, mereka akan berundur Sahaja. Mereka tidak ingin berbunuhan dengan askar sultan. Pertempuran terus berlaku. Datuk Bahaman membuat perjanjian dengan sultan bahawa askar sultan akan menembak ke udara dan pasukan Datuk Bahaman diminta melarikan diri. Namun, semasa pertempuran keadaan menjadi kacau-bilau apabila Mat Lela telah ditembak oleh askar sultan yang belot. Awang Muhammad di dada dan Datuk Panglima Raja juga ditembak. Datuk Bahamankecewa kerana askar-askar sultan telah mungkir janji. Mata-mata Inggeris yang diketuai oleh Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka bertindak menyerang orang kampung. Datuk Bahaman dan orang-orangnya berpatah balik dan membunuh askaraskar Inggeris. Akhirnya, Datuk Bahaman mengambil keputusan untuk mudik ke Sungai Tembeling dan Bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.


Tema Novel ini bertemakan semangat patriotisme dalam kalangan anak watan untuk membebaskan tanah air daripada penjajah. Datuk Bahaman dan orang-orangnya telah berjuang menentang Inggeris. Datuk Bahaman serta orang-orangnya telah menyusun strategi dan serangan melawan Inggeris yang mula bertapak di daerah Semantan. Mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran dan saingan sehingga peringkat menggadaikan nyawa.


Persoalan 1. Budaya bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan 2. Keberanian untuk menegakkan keadilan 3. Semangat cinta akan negara 4. 1.Persoalan sikap bekerjasama untuk menjayakan sesuatu kerja. Zahid, Samad dan Awang Muhammad bekerjasama sentiasa mengawasi keselamatan kampung mereka dan menjaga kubu bersama-sama.


Nilai Murni 1. Kerjasama contohnya Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membinakubudi Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan TukSelampitmengawal tempat tersebut. 2. Keberanian contohnya Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahudirinyadalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialahmenyusunstrategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang dengan membawa50orang mata-mata Inggeris, Datuk Bahaman menyerang dan menewaskanmereka.3. Patriotisme contohnya Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup melakukan apa-apasahajademimenyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orangmata-mataInggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajahtidakbolehdiberi muka di bumi Semantan.


Nilai Murni 1. Hormat-menghormati contohnya Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghormati DatukBahamansebagai ketua mereka. 2. Kepatuhan contohnya Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dansentiasaberdoa kepada Tuhan supaya diberikan pertolongan.


Pengajaran 1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan 2. Kita perlulah berani menegakkan keadilan 3. Kita mestilah berjiwa patriotisme 4. Kita perlulah cinta akan negara kita 5. Kita hendaklah sentiasa menepati setiap janji yang telah dibuat.


Watak utama dan watak sampingan Gambar contoh


Watak Utama(Datuk Bahaman) Orang kaya Semantan Seorang yang bertanggungjawab- sebagai pembesar negeri, Datuk Bahaman sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu. Seorang yang berani- Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua agar menentang Inggeris. Datuk Bahaman menyuruh penduduk mempergiat latihan kerana mereka hanya boleh menentang Inggeris jika penuh dengan ilmu. Seorang yang berpegang teguh pada janji- Datuk Bahaman masih berpegang pada janji untuk menyerang pihak Inggeris walaupun askar-askar sultan memungkiri janji dengan tidak menembak ke udara seperti yang dijanjikan, sebaliknya menembak Mat Lela, Awang Muhammad dan perajurit-perajurit Datuk Bahaman.


Watak Sampingan 1.Zahid 2.Samad 3.Mat Lela 4.Lajis 5.Awang Muhammad


1. Daerah Semantan contohnya Datuk Bahaman merupakan pemimpin di daerah Semantan. 2. Lubuk Terua contohnya Syres selalu datang ke Lubuk Terua dengan tujuan untuk mencari rahsia tentang Datuk Bahaman 3. Lubuk Sengarat tempat Zahid dan rakan-rakannya membina kubu. 4. Rumah Datuk Bahaman contohnya Zahid, Samad, Awang Muhammad, Pak Long Abas, dan Datuk Panglima Raja berbincang dengan Datuk Bahaman tentang kubu yang sedang dibina di Lubuk Sengarat. 5. Darat Kelubi contohnya peristiwa Mat Kilau datang untuk menemui Datuk Bahaman sambil membawa satu salinan surat pengampunan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Latar Tempat


Latar Masa Hari Jumaat- Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari Jumaat Waktu Pagi - Zahid memikirkan cara untuk mendalamkan kubu pada pagi itu Waktu Tengah hari -Zahid, Samad, dan Awang Muhammad makan nasi lauk ikan kelah bakar. Waktu Maghrib - Zahid dan kawan-kawannya membaca surah yaasin selepas solat maghrib Zaman pemerintahan Inggeris- Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu, negeri mereka telah diambil oleh Inggeris.


Latar Masa Hari Jumaat- Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari Jumaat Waktu Pagi - Zahid memikirkan cara untuk mendalamkan kubu pada pagi itu Waktu Tengah hari -Zahid, Samad, dan Awang Muhammad makan nasi lauk ikan kelah bakar. Waktu Maghrib - Zahid dan kawan-kawannya membaca surah yaasin selepas solat maghrib Zaman pemerintahan Inggeris- Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu, negeri mereka telah diambil oleh Inggeris.


Latar Masyarakat Masyarakat golongan penjajah Inggeris- Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang seperti Rodger, Clifford dan Syres. Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan BenggalaPihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris. Masyarakat yang menentang penjajah Inggeris- Mat Lela menentang penjajah Inggeris. Masyarakat yang mementingkan agama- Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal agama. Masyarakat yang mengenang jasa- Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas.


Gaya Bahasa 1) Diksi a) Bahasa istana Contoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana. b) Bahasa klasik Contoh: Datuk Bahaman berhenti kira-kira 5 hasta dari pintu pagar rumah pasung itu. 2) Simile Contoh: Bahagian tengah pisang itu hancur seperti kena tikam. 3) Personifikasi Contoh: Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur. 4) Peribahasa Contoh: Biarlah, Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. 5) Sinkope Contoh: Tak guna kita tunggu di sini. 6) Metafora Contoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah. 7) Inversi (ayat songsang) Contoh: Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian.


Binaan Plot 1.Permulaan/pengenalan 2.Perkembangan 3.Perumitan 4.Klimaks/puncak 5.Peleraian


Binaan Plot


Permulaan Novel Darah Titik di Semantan bermula dengan Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad yang sedang menuju ke Masjid Lubuk Terua. Zahid terkenang akan sikap Datuk Bahaman yang banyak berubah. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman berucap tentang Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka. Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris. Perkembangan Inggeris telah membina kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas mencadangkan supaya mereka bertindak tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman dengan alasan persiapan belum cukup. Kira-kira dua minggu kemudian, Zahid ternampak dua buah perahu yang membawa seorang Inggeris dan diapit oleh tiga orangmata-mata Sikh. Samad hendak menyerang mereka tetapi dihalang oleh Awang Muhammad.


Perumitan/Konflik Pada bahagian ini, berlaku pergaduhan antara Zahid dan rakan-rakannya dengan dua orang pemuda Melayu yang cuba menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman pula difitnah oleh Inggeris. Inggeris mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah menderhaka kepada sultan. Pak Long Abas, Ismail dan Samad ditangkap Desborough. Datuk Bahaman telah menyelamatkan mereka. Sekali lagi Pak Long Abas dan Ismail ditangkap Desborough. Pak Long Abas dapat menyelamatkan diri tetapi Ismail tidak dapat menyelamatkan diri. Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Desborough datang dengan lima puluh orang mata-mata Sikh. Mereka telah ditewaskan oleh pasukan Datuk Bahaman. Peperangan telah bermula. Rodger mudik bersama dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman dalam dilema. Perjanjian dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian itu, askar- askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara.


Klimaks Askar-askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Askar-askar itu meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnya menghalakan senapang ke udara. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila tembakan askar-askar sultan terkena paha Mat Lela. Kemudian, dada Awang Muhammad pula ditembusi peluru askar-askar sultan. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Namun begitu, mereka berdua ditikam oleh ketua askar sultan. Peleraian Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Datuk Bahaman kecewa kerana sultan telah mungkir janji. Datuk Bahaman sendiri tetap patuh pada janji. Datuk Bahaman meninggalkan Semantan lalu mudik ke Sungai Lembing. Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.


Kerja Kursus Anda dikehendaki membuat satu bahan fizikal secara kreatif.bahan adalah bebas. 1. Boleh buat bertaip/tulis tangan. contoh-contoh buku skrap yang boleh dihasilkan boleh lihat dalam video link google drive yang dikongsi dalam group 2. tempoh membuat buku skrap ini adalah selama 1 bulan.tetapi setiap minggu perlu ada jalan kerja. 3.


Kandungan projek 1.tema 2.5 persoalan beserta contoh 3.3 gaya bahasa 4.5 nilai beserta contoh watak dan perwatakan (watak utama dan watak sampingan) 5. 6.plot 7.5 pengajaran Latar (masa, tempat dan masyarakat) beri 3 setiap satu 8. tempoh 3 April hingga 6 Mei 2024 Bahan: Bebas boleh print @ tulis tangan WAJIB LETAK NAMA PROJEK : CONTOH “KOTAK NOVEL DATIDITAN” LETAKKAN NAMA KUMPULAN DAN AHLI KUMPULAN


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version