The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fhailmizan, 2021-11-09 04:29:51

e folio kumpulan 2

e folio kumpulan 2

MPU 21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM CINA DI
MALAYSIA

AHLI KUMPULAN:
1)AZRA’E BIN HISHAMUDDIN (17DDT21F1045)
2)MUHAMMAD ADAM BIN ABD RASHID (17DDT21F1081)
3)NUR FAEIZA BINTI HAILMIZAN (17DDT21F1053)
4)SRI SANGGARY A/P GUNASEGARAN (17DDT21F1055)
5)YAMUNA DEVI A/P DAVANDRA (17DDT21F1071)
NAMA PENSYARAH: PUAN NOORWATI BINTI MOHD DAWAM

Muka surat ISI KANDUNGAN
2 tajuk
3-4
5-6 Pengenalan kaum Cina
7-8 Perayaan kaum Cina
9 Adat resam dan pantang larang kaum Cina
Adat perkahwinan kaum Cina
10-12 Adat kematian kaum Cina
13-15 Makanan kaum Cina
Pakaian kaum Cina
16 Agama dan kepercayaan kaum Cina
17
kesimpulan

1

1. PENGENALAN KAUM CINA
Asal usul orang cina di Malaysia adalah penghijrah orang Cina luar negara yang
menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kemasukan masvarakat
Cina ke Tanah Melavu dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka.
Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia
sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Namun demikian, kemasukan
yang agak jelas adalah bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Manakala
kemasukan besar-besaran dan bersistematik hanya berlaku selepas pendudukan
British di Pulau Pinang dan Singapura.
pada abad ke 18. Di Malaysia, kaum ini biasanya dirujuk sebagai "orang Cina".
Seawal tahun 1404 lagi hubungan baik antara Melaka dengan China telah berlaku
melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan dikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada
1409 ke Melakas ebagai utusan Maharaja China. Kesan daripada hubungan baik ini
juga, Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak China sudi menaungi
keselamatan Melaka khususnya dari ancaman Siam ketika itu.
Kaum Cina datang ke tanah melayu untuk berdagang seperti orang India. Melaka
sebagai Negara kecil pada masa itu mempunyai kedudukan yang strategik dan
terletak di antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina datang
dan singgah ke pelabuhan Melaka. Orang China datang ke Tanah Melayu untuk
mendapatkan bekalan buah-buahan,bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat
akar juga memperniagaan barangan mereka seperti Kain sutera. kain benang emas,
tembikar, pinggan mangkuk dan sebagainya. Hubungan perniagaan yang luas dan
"mewah' ini membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika Itu sangat
konsisten dan berterusan pada masa 1tu

2

2. PERAYAAN KAUM CINA
• TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan kaum Cina yang paling popular
di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh mereka
berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru
menurut kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga
akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama
keluarga.Pemberian angpau pula sebenarnya hanya dilakukan oleh mereka
yang sudah kahwin. Wang angpau akan dimasukkan ke dalam sampul merah
untuk diberikan kepada kanak-kanak, remaja, mahupun yang belum
berkahwin.

• PESTA TANGLUNG
Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan sebagai penutup
bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta tanglung merupakan malam pertama
bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung
berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk
memeriahkan lagi sambutan.
Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau makhluk
jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya
mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun.

3

• PERAYAAN KUIH BULAN
perayaan kuih bulan dikatakan bermula sebagai menyambut kemenangan
orang Cina kalahkan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman
dulu kala. Perayaan ini juga dikaitkan dengan Chap Goh Mei, namun ia
adalah perayaan yang berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-
15 bulan ke-8 dalam kalendar Cina.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini sudah semestinya kuih
bulan itu sendiri. Kuih bulan biasanya dibuat daripada adunan manis berinti
kacang merah, biji teratai mahupun kuning telur masin. Terdapat juga tradisi
mengatakan bahawa kuih bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa
Dapur agar mulutnya selepas memakan kuih bulan. Oleh itu, dia tidak akan
dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaya Syurga.

• PESTA PERAHU NAGA
Pesta ini juga dikenali dengan nama Dragon Boat Festival dan kebiasaannya
akan disambut pada hari kelima bulan kelima dalam kalendar Lunar. Ketika
perayaan ini, kaum Cina akan mengadakan perlumbaan perahu naga dan dan
memakan zongzi. Zongzi adalah sejenis makanan tradisional Cina berbentuk
tiga segi diperbuat daripada pulut.
Perayaan ini juga dikatakan jadi simbol semangat dan kebudayaan bangsa
Cina. Diadakan setiap tahun, pelbagai perahu beraneka warna yang dihiasi
kepala naga, ekor naga dan lukisan badan naga sepanjang perahu akan dapat
disaksikan. Selain itu, perayaan ini juga boleh mengeratkan hubungan baik
sesama mereka dan memupuk semangat berpasukan.

4

3. ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM CINA
Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa sukudialek.Terdapat enam
kumpulan dialek utama iaitu HAKKA,KANTONIS,TEOCHEW,HAINAN dan
FUZHOU(HOKCHIU).Sandakan pernah bergelar "Hong KongKecil" kerana bandar itu
dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari
Guangdong.Maka,secara am nya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina
Malaysia. Justeru itu,masyarakat cina mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan
pantang larang dalam kehidupan seharian mereka.

Semasa mengandung dan selepas bersalin
untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk.Sebagai
contoh,wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa
berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat
melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur
sebulan. Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana
mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.

Penyapu
Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang
kegunaan penyapu. la dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu
tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah dan kedai
sahaja. la tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan
kawasan sembahyang di rumah orang cina. Semasa perayaan Tahun Baru Cina,
menyapu rumah ataupun kedai milik orana cina tidak dibenarkan pada 3 hari
pertama peravaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang
dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam
aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu boleh'diugut' sehingga
kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan adakalanya penyapu
digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan
menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas
itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan
semangat yang tidak dingini itu.

Nombor
Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya
kaum Cina. la sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti
menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang
dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8
adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis
dan Mandarin bererti tuah.Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia
jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor
lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan
kematian dan kesunyian masing-masing.

5

Misai dan Janggut
Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa
kecelakaan ke atas si keluarga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya
wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di
percayai tidak akan membawa tuah kepadanya. Seorang yang memiliki misai
ataupun janggut akan di kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja bawahan,
kerana la tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas
bawahan.
Kuku jari kaki dan tangan
Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan
mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah
dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat,
ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.
Airmata anjing
Adalan dipercayai berkebolenan melihat manluk ghaib dan akan menyalak
apabila terserempak dengannya. Jikalau anjing itu menyalak tidak henti-henti,
bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang
Cina, airmata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan
memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek
moyang. Seorang perantara biasanya akan menyapu airmata anjing keatas mata
tersebut untuk melihat ke dalam dunia ghaib itu. Ada yang percaya bahawa sesiapa
yang melakukannya dengan sesuka hati, mereka akan ditimpa kematian.

6

4. ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA

Pengenalan

• Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk
mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat
diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

• Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-
baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh
ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-
masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi
peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

✓ Merisik

- Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat
Cina terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si
gadis.Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di
restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Perbincangan ketika merisik adalah
berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal
keturunan.

✓ Meminang

-Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Segala ketetapan yang telah
dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan
berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak
perempuan. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk
berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

✓ Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian
dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk
penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Upacara
bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Cincin disarung di jari manis kiri
oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan

7

-Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah
atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada
tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-
sang kepunyaan si gadis pula akan diberikepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang
sama tentang dirinya.Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan
kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping
nyik-kor dandiberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor
tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua
bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

✓ Mailis Perkahwinan

-Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki
dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang
diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian
dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning.

Baju hitam, biru dan kelabu Adalah dilarang memakai kerana dipercayaiwarna-warna
tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama
pasangan pengantin akan didudukkan diatas pelamin yang telah disediakan diruang
tamu. Selepas acara bersanding,pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga
masing-masing. Pengantinlelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya
kepada isterinya dan begitulah sebaliknya

Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang
tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si
isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi

8

5. ADAT KEMATIAN KAUM CINA
✓ Apabila berlaku kematian mayat dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi

penghormatan terakhir kepada si mati.
✓ Mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek, bertujuan untuk mengharumkan si

mati terutama apabila berada di alam akhirat. Mayat dipakaikan dengan pakaian
yang cantik yang lazimnya dipakai ketika hari perkahwinan.
✓ Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai
dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.
✓ Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu
sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan untuk ditanam.
✓ Lazimnya tangisan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah
membuat jasa. Kata-kata yang mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali
✓ Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah berwarna hitam, lengkap dengan
topi.
✓ Mereka juga memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut dan
dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori
khas beberapa kertas bersalut logam dicampak sepanjang perjalanan

9

6. MAKANAN KAUM CINA
Setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, terdapat pelbagai makanan tradisional
disediakan dan ditonjolkan kepada para pelancong. Ia sekaligus dapat memperkenalkan
kepelbagaian makanan serta budaya yang terdapat di Malaysia.
ADAB DAN ETIKA MAKAN TRADISI MASYARAKAT CINA:

10

• Yee Sang Atau Yusheng

Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari
aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini
berwarna-warni dan sangat menarik.
Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah
lambing kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan.
Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan
yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan
dihidangkan sempena upacara keagamaan.

• Chang Shou Mian

Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta diperbuat
daripada tepung gandum. Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara ciri-
ciri istimewanya.
Teksturnya yang sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah disebabkan penggunaan
air soda yang digunakan dalam membuat doh. Ia kemudiannya digoreng serta
dikeringkan.
Ia mengambil masa selama dua minit untuk direbus dalam air rebusan. Makanan ini
melambangkan umur panjang seseorang. Mee ini tidak digalakkan untuk dipatahkan
semasa makan kerana ia menandakan umur yang panjang.
Mee chang shou mian ini biasanya disajikan semasa sambutan hari lahir atau tahun
baru. Ia biasanya dihidangan bersama sayur – sayuran seperti sawi, cendawan dan
juga cili.

11

• Dumpling dan Jiaozi

Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada
tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar,
daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.
Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak
secara rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain.
Selain direbus, ia jug boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus.
Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya
seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut
Yuanbao. Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang
dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan
menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat.

• Kuih Bulan

Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim
luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan
begitu sahaja.
Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning telur itik
(masin) serta bahan – bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang
pelbagai di sebelah dalamnya.
Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu
dan biji tembikai.
Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan
perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina
akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah
berkorban demi rakyatnya.

12

7. PAKAIAN KAUM CINA
-Busana klasik Cina yang asalnya berlapis- lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan
upacara. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
-Pakaian tradisional cina yang dipakai saat menghadiri upacara- upacara penting seperti
jamuan perkawinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao (Cheongsam). Yang
ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan
pengadaptasian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke-
17 (1644) hingga awal abad ke-20.
-Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradisional Jepun dan Korea juga di inspirasikan
dari pakaian Hanfu. Oleh itu, Hanfu bisa disebut sebagai nenek moyang pakaian tradisional
bangsa Asia Timur (China, Jepun, dan Korea).

Jubah labuh:
Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki
bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakkannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang
emas dan perak. Pakaian Cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering
dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian
ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.

13

Samfoo:
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita berketurunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar
dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

Hanfu:
Han Cina pakaian, atau Hanfu (“Busana dari orang Han”) merujuk kepada pra- abad ke-17
pakaian tradisional dari China Han, yang dominan dari kelompok etnik China.
Banyak kostum tradisional dari negara- negara Asia, seperti Scorpio di Jepun, bersama
dengan manusia tradisional Korea Hanbok dan Vietnam Ao Dai, berasal dari Hanfu dan
memiliki gaya yang sama seperti Hanfu. Berbeza dengan Cina, Jepun dan Korea pakaian
tradisional telah diawetkan selama berabad- abad, dan dekat dengan ciri khas pakaian pra-
Manchu iaitu pakaian Hanfu.

14

Cheongsam:
Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke
hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu,
bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya
diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.
Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tiong
hwa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam”
bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi
Guangdong (Canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang
melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam
tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa
motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.

15

8. AGAMA DAN KEPERCAYAAN KAUM CINA
Agama Rakyat Cina ialah agama turun temurun bangsa Cina. Ia sebenarnya adalah satu
budaya tradisional yang dituruni dari satu generasi ke satu generasi secara lisan. Lebih-lebih
lagi agama ini tidak mempunyai kitab agama dan tidak pula mempunyai institusi yang
memeliharanya. Oleh itu ajaran agama ini adalah tidak jelas, dan berbeza-beza dari satu
tempat ke satu tempat. Tetapi secara umumnya agama ini mendukung konsep yang baik
dibalas baik, yang buruk dibalas buruk.
Secara umumnya, Agama rakyat Cina melibatkan 3 bentuk penyembahan iaitu:

• Penyembahan Nenek Moyang
Penyembahan nenek moyang merupakan intipati dalam agama rakyat china. Ia
berkaitan dengan sistem nilai masyarakat china yang memberi nilai yang tinggi
kepada sifat "ketaatan kepada ibu bapa".

• Penyembahan Berhala
Berhala yang disembah dalam agama ini adalah terlalu banyak. Ia terdiri
daripada dewa-dewi, watak dalam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah.
Adalah dipercayaai penyembahan berhala dapat menjamin “keselamatan
kehidupan sehari-harian

• Penyembahan Datuk Tanah
Datuk Tanah dapat diumpamakan sebagai penunggu dalam masyarakat Melayu.
Biasanya orang cina akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai.

MASALAH PENGENALAN AGAMA DALAM MASYARAKAT CINA
Kemunculan tema "Agama Rakyat Cina" sebenar adalah hasil daripada kesedaran diri
masyarakat cina yang sebelum itu telah salah faham mengenai agama mereka. Pada masa
dahulu, orang Cina telah salah anggap agama yang dianuti mereka sebagai agama Buddha,
sehingga kebanyakan rakyat Cina mengakui diri mereka sebagai penganut agama Buddha.
Ini karena Agama Rakyat Cina ini mempunyai pelbagai unsur terutama dari Khonghucu
(Confucianism), Buddhisme, dan Taoisme. Namun sebenarnya agama yang asli berasal dari
dalam China adalah Khonghucu dan Tao.

16

9. KESIMPULAN
Kedatangan orang cina ke tanah melayu pada suatu masa dahulu menyebabkan
wujudnya kepelbagaian di negara ini yang mana ia telah menjadi salah satu elemen
keunikan negara ini di mata masyarakat dunia. Negara-negara antarabangsa amat
kagum dengan dengan negara kita yang mempunyai masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum, bangsa dan kepercayaan tetapi tetap hidup dengan aman
dan harmoni. Adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu dikekalkan
dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat Cina perlu
menitikberatkan keperibadian luhur dan murni.
Budaya melambangkan identiti sesebuah Negara. Budaya tradisional juga dapat
memupuk perpaduan Negara. Oleh sedemikian, generasi muda zaman sekarang
haruslah sedar tentang kepentingan budaya dan adat. Semoga kegemilangan kaum
Cina akan terus terpelihara dan berterusan dari satu generasi ke satu generasi.

17


Click to View FlipBook Version