PANTUN ISTIMEWA BUAT SEMUA
Buah kuini manis rasanya
Buat hidangan diwaktu petang
Pantun ini nukilan istimewa
Buat kenangan staf tersayang
Lembah Danum tempat yang indah
Tempat belajar dan penyelidikan
PK Kurikulum tegas orangnya
Tindakan diambil m
engikut peraturan
Bunga ros di dalam taman
Merah warnanya idaman kumbang
Abang Idros nama panggilan
Nampak garang b
erhati penyayang
Jerat sang kancil di tepi hutan
Sang kacil terlepas pelanduk yang kena
Haji Kecil diberi gelaran
PK Kokum sede
rhana orangnya
Tiba musim si buah nona
Banyak dijual di tepi jalan
Cg Hasim Titeh itulah orangnya
Sentiasa tenang menghadapi cabaran
Kuih talam di dalam dulang
Hendak dihidang masa kenduri
PK HEM yang berjiwa penyayang
Sentiasa membuat kerja berkualiti
Bunga raya pelbagai warna
Banyak di tanam di mana-mana
Cikgu Hajijah manis orangnya
Berbudi bahasa lembut bicara
Cikgu Henry kreatif orangnya
Merekacipta BBM untuk mengajar
Kerja dibuat mengikut masa
Guru Matematik
berbakat besar
Senyumannya simpul manis sekali
Kemas dan tertib bila berbicara
Rajin dan komited kerjasama diberi
Berfikiran posit
if setiap masa
Cikgu Zulkiefly berkaca mata
Pendiam orangnya tak banyak bicara
Proaktif dalam membuat kerja
Tidak berkira mem
beri kerjasama
Matematik subjek yang diajar
Murid didedahkan pelbagai kaedah
Disulami jenaka ketika mengajar
Semua murid suka padanya
Cikgu Noradieh nama diberi
Mr Poch jadi panggilan
Guru BI yang disenangi
Murid tak bosan mengikuti pelajaran
Guru ICT banyak membantu
Tak banyak karenah patuh arahan
Semua tugasan dibuat jitu
Tepat masa tida
k ketinggalan
Cikgu Rizali unik orangnya
Guru bahasa Inggeris yang disegani
Muka serius seperti marah
Tetapi didalam
berhati suci
Berfikiran kritis sering membantu
Idea diberi selalunya jitu
Sikap bersahaja memang begitu
Usah tersinggung ataupun tersentuh
Cikgu Udus tenang orangnya
Tak banyak bicara suka bekerja
Sekali sekala bergurau senda
Itulah caranya y
ang sederhana
Tak banyak bicara suka bekerja
Masuk ke kelas tak pernah berkira
Ketika mengajar penuh berhikmah
Semua murid berasa selesa
Cikgu Malieki hitam manis orangnya
Berbakat besar pelbagai bidang
Bersukan dan mengajar silat aktivitinya
Tak kira pagi atau pun petang
Maha guru silat diberi gelaran
Mesra dan peramah suka berjenaka
Bila ketawa bertambah tampan
Komitmen dibe
ri tak kira masa
Cikgu Jabridin guru digeruni
Guru yang serius ketika mengajar
Perancang utama peningkatan prestasi
Murid murid t
ekun belajar
Walaupun orang tersalah anggap
Semangat kerja tak pernah pudar
Semua cabaran sanggup dihadap
Mahu melihat anak bangsa belajar
Cikgu Rizwan digelar jeneral
Perancang terbaik dalam acara
Banyak idea mengelakkan aral
Sebab itulah ke
rjanya berjaya
Terkadang kritis tetapi menghargai
Sangat berbakat penyeri majlis
Kemahiran yang ada terus disemai
Sukan memanah dialah perintis
Syarul Niezam guru nama diberi
Kendalikan program motivasi diri
Terkadang segan menjalankan aktiviti
Sentiasa bersedia meningkatkan diri
Terkadang segan menjalankan aktiviti
Namun bersedia meningkatkan diri
Komitmen diberi sepenuh hati
Orangnya prihatin
dan seikhlas hati
Cikgu Azman berwatak santai
Tak usah gusar lepas laku orangnya
Serahkan sahaja apa tugasnya
Pasti dibuat s
edaya upaya
Mengawal disiplin ketika mengajar
Masa yang ada tidak dipersia
Murid tekun ketika belajar
Prestasi subjekny
a sentiasa terjaga
Tiba giliran Ustaz Noh pula
Pendiam dan bersahaja itu wataknya
Terkadang lucu melihat tingkahnya
Ada sahaja ya
ng dibuatnya
Bolasepak sukan kegemarannya
Menjadi jurulatih sentiasa bersedia
Taekwando juga kemahirannya
Bersemangat tinggi dan tidak berkira
Tinggi lampai manis orangnya
Periang dan peramah kepada semua
Cikgu Erwin itulah dia
Semua ceria bersama dengannya
Bola baling sukan kegemarannya
Menjadi pengadil di peringkat negeri
Mengajar mendidik tidak dilupa
Murid diajar s
epenuh hati
Ustaz Shafie di beri nama
Memiliki bakat pelbagai perkara
Mengacara memimpin bacaan doa
Jurulatih tilawah
dan nasyid juga
Mengajar murid dengan berhikmah
Masuk ke kelas tepat masanya
Tugasan diberi dibuat sempurna
Kata diteliti se
belum bicara
Cikgu Samad kreatif dan cekal
Bakat terserlah kerja-kerja seni
Hiasan pentas dan juga mural
Hasil tangannya
bermutu tinggi
Ketika mengajar berhati-hati
Kerja murid semua diteliti
Begitu cara kerjanya setiap hari
Hatinya gembira walaupun letih
Cikgu Nurulla mengajar di pra sekolah
Berbakat muzik tampan orangnya
Sentiasa tenang masa bekerja
Murid menangis boleh ketawa
Mengajar murid dengan ceria
Bahan mengajar menarik minda
Penuh sabar menghadapi karenah
Murid bermasal
ah jadi gembira
Cikgu Mazlan juga di pra sekolah
Cekal hatinya sepanjang masa
Mengajar menulis juga mengira
Semua murid m
anja padanya
Pengurus pra sekolah setiap hari
Rutin seharian yang dilaksanakan
Penat dan lelah tolak ke tepi
Prestasi murid me
njadi keutamaan
Cikgu Nazri bersemangat orangnya
Ketika mengajar dan beraktiviti
Kerja disiapkan mengikut masa
Sedia belajar meningkatkan prestasi
Bahasa Inggeris subjek diajar
Pelbagai aktiviti yang dirancangnya
Pengajaran berkesan murid belajar
Anak didik berasa gembira
Cikgu Nazri bersemangat sentiasa
Berkaca mata sederhana orangnya
Tidak mengeluh menerima amanah
Tugasan dijalankan dengan gembira
Mengajar BI bukannya mudah
Pelbagai pendekatan yang dia guna
Murid yang lemah dibantu sentiasa
Potensi besar ja
di guru berjaya
Cikgu Aziz kacak orangnya
Beg tangan dibawa takpernah dilupa
Mudah dibimbing dalam kerjaya
Bersikap terbuka
gemar berjenaka
Sering diusik oleh rakan sekerja
Memancing dan bolasepak itu hobinya
Mengajar dengan tekun subjek sejarah
Menggunakan pendekatan peta minda
Membuat kertas kerja amat teliti
Semua perkara dijelaskan terperinci
Kalau mengajar penuh kreativiti
Kerja murid se
mua diperhati
Memberi idea perkembangan sekolah
Itulah ciri yang ada padanya
Suka berbincang membuka minda
Itulah dia Cikgu Eranshah
Ust Umar tak banyak karenah
Aktiviti memanah kegemarannya
Tidak berkira dan sentiasa ceria
Jurulatih memanah jadi juara
Mengajar tilawah dialah orangnya
Bersemangat teguh untuk berjaya
Murid diajar akhlak dan agama
Murid menantinya dengan gembira
Buah Melaka tolong ulikan
Hendak dimasak untuk semua
Pantun seloka kita teruskan
Khusus untuk guru wanita
Guru wanita tak kurang hebatnya
Masing-masing punya cerita
Sikap keibuan terserlah sentiasa
Mengajar mendidik menghibur juga
Bermula dengan Cikgu Rosita
Orangnya rajin sentiasa ceria
Selain mengajar dialah guru media
Komited dan bersedia tidak berkira
Subjek BI kepakarannya
Murid diajar pelbagai cara
Susah hatinya murid bermasalah
Sanggup mengajar berlebih masa
Cikgku Fatin pendiam orangnya
Sentiasa tersenyum bila berjumpa
Amat prihatin kepada muridnya
Kelasnya tersus
un sangat ceria
Komited bertugas serta teliti
Setiap tugasan dikenal pasti
Mengajar mendidik sepenuh hati
Murid belajar berhati-hati
Cikgu Jumrah peramah orangnya
Kreatif daninovatifitulahsikapnya
Berdedikasi dan komited setiap masa
Kelas berinformasi dan juga ceria
Bahan terbuang dimanfaatkan
Kurangkan kos penyediaan bahan
Tekun mengajar tak hiraukan bosan
Semua muridny
a diperhatikan
Cikgu Siti Norizam rajin dan cermat
Guru kebajikan yang prihatin
Masuk ke kelas sentiasa diingat
Kebajikan guru dan
murid diutamakan
Kerja dibuat berhati-hati
Agar kerja tak berulang kali
Terlibat aktif dalam semua aktiviti
Masa yang diberi
sentiasa ditepati
Cikgu Rusiatina pendiam orangnya
Sekali sekala sahaja dia berbicara
Mengajar penuh dengan usaha
Susah hatinya m
urid bermasalah
Mengambil berat tetang kerjanya
Urusan tugas diselesaikan segera
Cekal dan teguh sungguh hatinya
Cabaran dihadapi dengan hati terbuka
Cikgu Ruswin proaktif orangnya
Ketua kelas diberi gelaran
Kerjanya sempurna tidak berkira
Tugasan diurus sebaik-baiknya
Menjadi penyokong setiap acara
Gelagatnya lucu membuat kita ketawa
Sering memberi dan bersedekah
Guru BI ini cuk
up istimewa
Cikgu Narsi Guru Pemulihan Khas
Kreatif orangnya kerjanya kemas
Kelasnya menarik sentiasa dihias
Menarik belajar m
urid yang malas
Penyelaras RMT itulah dia
Rajin ke sekolah tak kira masa
Kelas Pemulihan dibuat seperti rumah
Tidak akan bosan berada didalamnya
Ustazah Norhayati sederhana orangnya
Kerjanya diatur mengikut masa
Semua murid suka padanya
Aktiviti mengaj
ar penuh ceria
Mengajar mengaji diutamakan
Jawi tidak dikesampingkan
Berusaha gigih penuh harapan
Anak didik tercapai impian