1 INOVASI CARTA ALIR PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Oleh ABDUL HASSIM HJ HALDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA, LAHAD DATU
2 INOVASI - CARTA ALIR PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendahuluan Pemantauan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hendaklah dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di kelas, pencerap atau pemantau perlu mendengar maklumat tertentu ketika proses pencerapan berlangsung. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh pemantau sebagai asas perbincangan dengan guru-guru dalam usaha membantu meningkatkan kualiti PdP di dalam kelas. Selain daripada itu, pemantau atau pencerap boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada pihak pentadbiran untuk merangka strategi terbaik memperbaiki proses dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh pihak pentadbir sebagai alat untuk menilai keberkesanan metodologi PdP seseorang guru. Kajian dan Penemuan Kaedah Mencatat Maklumat semasa proses pencerapan kaedah Carta Alir. Menurut prinsip pelaksanaan penyeliaan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1987 – :Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah – (2.4.2) REKOD PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN hendaklah dicatit dengan ringkas dan tepat.
3 Justeru untuk mencari maklumat yang ringkas dan tepat sesungguhnya memerlukan satu kaedah yang bukan sekadar mendengar atau melihat/memerhati tetapi juga melibatkan proses berfikir dan mencatat. Proses berfikir yang saya maksudkan disini adalah proses mengingati semua fakta penting yang diperolehi semasa penyeliaan berlangsung. Menulis dengan ringkas fakta yang diperolehi semasa proses penyeliaan dalam bentuk nota merupakan cara yang baik. Pada masa yang sama, jika cara ini ditambahbaik dengan satu kaedah yang lebih menarik supaya dapat melihat secara menyeluruh kronologi Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan saya mencadangkan penggunaan Kaedah Carta Alir yang akan dibincang dan diterangkan didalam penulisan ini. Melalui pengalaman dan implimentasi yang saya gunakan sejak tahun ( 2008 – 2023 ), ternyata kaedah mencatat perjalanan dan proses PdP seseorang guru adalah lebih mudah dengan penggunaan kaedah Carta Alir. Bagaimana Penemuan Inovasi berlaku? Sebagai seorang baru didalam melaksanakan penyeliaan dan pencerapan PdP saya menggunakan kaedah biasa iaitu mencatat semua fakta-fakta penting mengikut kronologi PdP yang berlangsung. Malangnya, apabila tiba masa perbincangan dengan guru yang dicerap hanya perkara yang dicatat sahaja dapat menggambarkan semula proses PdP yang telah dilaksanakan . Akhirnya perbincangan yang dijalankan hanya berkisar kepada fakta fakta dan nota ringkas yang dibuat. Pada pencerapan PdP seterusnya, saya telah mencuba mengaplikasikan carta alir untuk mencatat setiap langkah atau kronologi PdP yang dijalankan. Saya telah menambah beberapa perkara seperti RESPON MURID, AKTIVITI YANG DIJALANKAN, PENGHARGAAN KEPADA GURU ATAS KREATIVITI DAN INOVASI YANG DIGUNAKAN DALAM PdP, PENGGUNAAN ABM DAB BBM.
4 Saya juga telah menambahkan beberapa simbol yang ada di dalam carta alir untuk mewakili perkara-perkara yang disebutkan di atas. Amat menakjubkan, saya telah berjaya mencatatkan kesemua langkah PdP dalam susunan kronologi yang amat jelas sekaligus dapat mempamerkan secara menyeluruh apa yang telah dilaksanakan oleh guru semasa pdp berjalan. Untuk menguji keberkesanan kaedah ini, saya telah mempraktikkannya setiap kali membuat penyeliaan di sekolah. Tidak setakat itu, saya juga telah mencuba kaedah ini dibeberapa buah sekolah lain ketika berlaku Program Pemantauan Silang. Hasilnya sungguh mengkagumkan. Dimana guru-guru yang dicerap begitu gembira kerana mereka dapat melihat dengan jelas dan menyeluruh kronologi PdP yang mereka laksanakan. Kekuatan dan Kelebihan Inovasi Keadah Carta Alir 1. Memaparkan keseluruhan proses PdP. (Mula hingga Tamat – PdP) 2. Kaedah atau teknik yang digunakan dalam PdP dalam setiap langkah dapat dikesan dengan jelas. 3. Sebagai bahan rujukan/evidence semasa sesi perbincangan. 4. Sebagai dokumentasi rujukan didalam fail Bagaimana mengimplimentasikan teknik carta alir? Teknik ini amat mudah dikendalikan 1. Pemantau perlu menguasai (4.1 hingga 4.12 didalalm Standard 4 SKPMg2) instrument pemantauan 2. Menguasai simbol-simbol dalam carta alir 3. Menguasai jenis-jenis interaksi dalam PdP
5 Simbol-simbol dalam Inovasi Carta Alir dan maknanya didalam pencerapan Bil Simbol Nama Makna dan fugsi 01 Anak Panah Aliran proses kerja Menunjukkan kronologi 02 Bulatan Mula 03 Bentuk diamond Ya/Tidak Jika YA kronologi akan diteruskan Jika ULANG 04 Segiempat Tepat Langkah /Proses 05 √√ Tanda √ bertindih Inovasi dan kreativiti yang dilakukan oleh guru didalam PdP. 06 Bulatan bintang Untuk penghargaan kepada guru 07 Bulatan bintang kecil Cadangan pemantau kepada guru *
6 Jenis- jenis Interaksi Dalam belajar Sumber: https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/interaksi-dalam-pendidikan Hasil dapatan kajian Dengan menggunakan kaedah ini didalam pencerapan, saya mendapati beberapa kesan/impak yang menarik untuk dikemukakan didalam penulisan ini. 1. Guru yang dicerap berpuashati apabila mendapati proses PdP mereka dapat dilihat dengan jelas dalam bentuk carta alir. 2. Perbincangan refleksi diantara pencerap dan guru lebih jelas dan terperinci. 3. Mudah untuk kedua-dua pihak membuat rumusan dan penilaian secara menyeluruh pengajran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. 4. Mengelakkan perasaan bosan ketika menyelia dan mencerap pdp. 5. Proses pemantauan dan pencerapan PdP lebih objketif dan berkesan.
7 Penutup Saya berharap penemuan inovasi kaedah Carta alir dalam pencerapan PdP ini dapat memberikan pilihan kepada rakan-rakan yang melaksanakan penyeliaan dan pencerapan PdP di perigkat sekolah masing-masing. Disamping itu, memudahkan perbincangan ketika proses refleksi kendiri dan bimbingan dijalankan.
8 Format Kertas kosong dibahagikan kepada tiga ruang A , B , C A B C Ruangan A untuk mencatat Kaedah/teknik PdP Respon murid Kekuatan guru Ruangan B untuk melakar Carta Alir Kronologi dan perkembangan PdP guru Ruangan C untuk mencatat Penghargaan dan cadangan pencerap kepada guru yang dicerap
9 Rumusan : 1. Kekuatan/ ………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………. 2. Kelemahan ….…………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………… 3. Cadangan Penambahbaikan ……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………… Catatan Pencerap : ……………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………
10 Contoh Kelas : Nama guru : Tarikh Pencerapan : Matapelajaran : mula Set Induksi
11 CONTOH LAKARAN CARTA ALIR PENYELIAAN PDPC Contoh lakaran Carta alir yang dibuat semasa mencerap guru
12
13 HAKCIPTA TERPELIHARA PENULISAN INI ADALAH HAK MILIK KEPADA PENULIS KAJIAN DAN SEBARANG PENGGUNAAN MANA-MANA BAHAGIAN KAJIAN INI ADALAH DILARANG KECUALI DENGAN KEBENARAN DARIPADA PENULIS KAJIAN INI