BULETiN SKS - EDISI KHAS 08 SEPT 2023 ( RABU ) Siap siaga “Fire Drill” Fasa 1
SK SEPAGAYA - Unit 3K dibawah Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan latihan pencegahan dan keselamatan bencana kebakaran “ Fire Drill” fasa 1 pada hari ini. Aktiviti wajib diadakan oleh sekolah ini telah menjemput Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu sebagai penceramah sekaligus membantu pihak sekolah mengendalikan aktiviti penting ini. Selain daripada memberi pendedahan tentang kepentingan mematuhi SOP ketika berlaku kecemasan khususnya kebakaran kepada warga sekolah, ia juga memberikan peluang keemasan kepada murid-murid mengenali pasukan Bomba dan Penyelamat secara lebih dekat. Ini merupakan pembelajaran luar bilik darjah yang amat jarang diperolehi oleh murid-murid. Aktiviti pagi itu telah dimulakan dengan sesi taklimat pencegahan kebakaran oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Encik Sumsoa Bin Rashid. Ini diikuti dengan demontrasi penggunaan alat pemadam kebakaran oleh sembilan orang pegawai bomba yang turut hadir pada pagi itu. Aktiviti demonstrasi memadam kebakaran telah diadakan di kawasan padang sekolah dengan penglibatan beberapa orang guru dan murid secara hands on. Encik Sumsoa juga telah memberikan ceramah mengenai pencegahan dan SOP keselamatan bangunan dan kebakaran di sekolah kepada semua guru selepas aktiviti demonstrasi memadam api dijalankan. “ Aktiviti ini bukan sahaja memberikan pendedahan dan pengetahuan lebih lanjut mengenai aspek keselamatan dan SOP menangani bencana kebakaran tetapi ia adalah peluang terbaik untuk warga sekolah belajar dan lebih cakna dalam hal yang melibatkan keselamatan dan nyawa warga sekolah” Ujar Guru Besar SK Sepagaya. “Syabas dan Tahniah kepada Penolong Kanan HEM Puan Norhayati Mohammad dan Guru Penyelaras 3K Encik Amran Atong serta semua guru diatas kesungguhan mengadakan aktiviti ini” Tambah beliau lagi.
Guru Besar bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Murid-murid SKS dengan adab dan disiplin yang tinggi ketika mengikuti ceramah pencegahan kebakaran oleh Encik Sumsoa Encik Sumsoa Bin Rashid menyampaikan ceramah
Pegawai-pegawai Bomba dan Penyelamat membuat demontrasi dan tunjuk cara penggunaan alat pemadam api kepada guru-guru dan murid-murid
Aktiviti demonstrasi dan tunjuk cara penggunaan cara memadam api
Siap Siaga. Sebelum demonstrasi teknik memadam kebakaran/api, ‘Abang Bomba’ memberikan taklimat keselamatan dan cara-cara yang betul memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran.
‘Abang Bomba’ menunjukkan cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api. Gambar kiri : PK HEM, Puan Norhayati Mohammad, mencuba cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api. Gambar kanan: ‘Abang Bomba’ mengajarkan teknik memadam api kepada salah seorang murid dari PPKI. Gambar atas: Penolong Kanan 1, En. Kamarudin Hj Omar Hassan - memadamkan api
Gambar kiri: Cikgu Nordin Sulle Gambar atas : Cikgu Yonisarah Jeffry Gambar kiri: Salah seorang murid Perdana yang diberi peluang mencuba memadamkan api dengan bimbingan ‘Abang Bomba’. Gambar kanan: Salah seorang murid yang diberi peluang berjaya memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api. Pembelajaran luar bilik darjah bermakna.
Pastinya jentera bomba dan penyelamat ini menarik perhatian semua warga sekolah. Oleh sebab itulah masing-masing tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk merakamkan gambar kenang-kenangan. Selesai aktiviti demontrasi memadam kabakaran, inilah pose-pose istimewa warga SK Sepagaya yang sempat dirakamkan melalui lensa kamera jurugambar.
Wajah ceria dan bersemangat warga sekolah
Menarik! pose- pose paling “manang” guru-guru bersama ‘Abang Bomba,
Sesi Taklimat SOP Keselamatan Bangunan menutup Aktiviti “Fire Drill” Aktiviti ‘Fire Drill’ Fasa 1 ini diakhiri dengan sesi taklimat keselamatan bangunan dan SOP Pencegahan Kebakaran oleh Encik Sumsoa Bin Rashid kepada guru-guru SK Sepagaya. Guru Besar SK Sepagaya, menyampaikan Sumbangsih kepada Encik Sumsoa Bin Rashid sebagai tanda terima kasih dan penghargaan warga sekolah diatas kesudian Pegawai-Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu yang telah memungkinkan kejayaan aktiviti tahunan ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Aktiviti ‘Fire Drill” yang telah dirancang dengan baik oleh Unit 3K dibawah Unit Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh Puan Norhayati Mohammad selaku Penolong Kanan HEM dan Guru Keselamatan Sekolah Encik Amran Atong serta kerjasama yang jitu dari semua guru dan murid-murid telah berjaya serta menepati obejktif yang ditetapkan dalam “Fire Drill” Fasa1 ini. Fasa 2 akan menyusul pada bulan Januari 2024 sebelum akhir semester persekolah sesi 2023/2024. Syabas dan Tahniah UNIT HEM dan 3K. HEBAT!! Oleh : Abdul Hassim Bin Hj Halddin
PENGHARGAAN SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA GURU DAN AKP SERTA SEMUA STAF DAN WARGA SK SEPAGAYA YANG TELAH BERTUGAS DI LAPANGAN DAN JUGA YANG BERTUGAS DISEBALIK TABIR SEHINGGA MEMUNGKINKAN PENCAPAIAN SEPANJANG MINGGU INI TERCAPAI DENGAN JAYA DAN CEMERLANG.