BULETiN SKS - EDISI KHAS 29 SEPT 2023 ( JUMAAT) MAJLIS MAULIDUR RASUL SK SEPAGAYA DISAMBUT DALAM SUASANA SEDERHANA TETAPI AMAT BERMAKNA SK SEPAGAYA - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan dalam suasana yang sederhana dan penuh makna. Majlis sambutan telah dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Ustaz Haji Adek Bin Adek Mat pagi ini. Manakala bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Mustafid Md. Zuki. Majlis Sambutan yang diadakan di dewan terbuka SK Sepagaya itu telah dihadiri oleh semua guru, murid-murid dan warga sekolah. Majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini diserikan dengan kehadiran kumpulan Marhaban Annur Kg Tabanak yang diundang khas oleh Cikgu Hjh Dayang Madznah. Turut menyerikan majlis adalah Ust Muhd Dzul Helmi bin Mohd Noh dari SK Tanjung Paras,Lahad Datu. Beliau telah berjaya menarik perhatian warga dewan khususnya murid-murid dengan ceramah Maulidur Rasul yang menarik. Sementara itu, Ustazah Rosehasira selaku guru penyelaras sambutan berharap sambutan Maulidur Rasul kali ini berjaya mencapai objektif dan hasrat yang diharapkan.
Selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat. Majlis diteruskan dengan persembahan Marhaban oleh Kumpulan Marhaban Annur Kg Tabanak. KUMPULAN MARHABAN ANNUR KAMPUNG TABANAK Seusai persembahan marhaban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norhayati Mohammad telah menyampaikan cenderahati kepada setiap ahli kumpulan marhaban.
Murid-murid begitu tertib dan sopan serta memberi perhatian kepada Ust Muhd Dzul Helmi bin Mohd Noh sepanjang ceramah berlangsung.
Persembahan Marhaban daripada kumpulan Marhaban SKS. Guru Besar menyampaikan Sumbangsih SKS kepada Ust Muhd Dzul Helmi bin Mohd Noh sebagai tanda terima kasih dan penghargaan warga sekolah diatas kesudian memenuhi undangan ke Majlis Maulidur Rasul peringkat SK Sepagaya. Ucapan Penangguhan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2023 oleh Guru Besar.
KUMPULAN MARHABAN SK SEPAGAYA “ Sebagai pelajar atau murid, kita haruslah sentiasa meletakkan adab dan akhlak terpuji ditingkat paling atas dalam kehidupan kerana orang yang berjaya dunia akhirat bukan yang kaya raya atau berpangkat tinggi tetapi mereka yang memiliki adab dan akhlak terpuji serta berhikmah di dalam kehidupannya. Semoga anak-anak dan kita semua sentiasa mencontohi akhlak dan adab terpuji Nabi Muhammad SAW didalam menjalani kehidupan kita.” - Guru Besar SK Sepagaya.
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru khususnya Guru-guru Pendidikan Islam ( PANITIA PAI ) diatas usaha, dedikasi dan komitmen sehingga berjaya melaskanakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini berjaya dijalankan dengan jaya. Sekalung ucapan tahniah kepada Ustazah Rosehazira selaku guru penyelaras sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Sesungguhnya kejayaan majlis ini merupakan petanda jelas bahawa guru-guru dan warga sekolah sentiasa bekerjasama dan memberikan yang terbaik untuk kejayaan dan kemenjadian murid khususnya dan sekolah amnya. Oleh : Abdul Hassim Bin Hj Halddin