1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM 24000, KEMAMAN TERENGGANU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 SESI 2022/2023 23 JUN 2023 (JUMAAT) 9:00 Pagi Secara Hybrid DIRASMIKAN OLEH: PN. HAJAH HAMIDAH BINTI HASASN Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman
2
3 MESYUARAT AGUNG PIBG SMKML KALI KE-19 TARIKH: 23 JUN 2023 (JUMAAT) ATUCARA MAJLIS 8:30 PAGI - Pendaftaran ibu bapa dan guru (bersemuka/ google meet) 9:00 pagi - Ketibaan perasmi - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis - Bacaan doa - Ucapan pengetua (wakil) - Ucapan YDP PIBG SMK Mak Lagam Ir Wan Sabri bin Wan Ahmad - Ucapan perasmian PPD Kemaman - Persembahan pelajar 10:00 pagi - Mesyuarat PIBG bermula 12:00 tgh - Jamuan/ bersurai TEA2032 Tel:09-8599041 Fax: 09-8599040
4 AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK MAK LAGAM SESI 2022/2023 PENGERUSI IR WAN SABRI BIN WAN AHMAD NAIB PENGERUSI EN. MOHD BASRI BIN ABD. WAHAB SETIAUSAHA EN.ZOLKIFLI BIN IBRAHIM PENOLONG SETIAUSAHA PN. MAIMUN BINTI IBRAHIM BENDAHARI PN. ZAMILAH BINTI MOHD ZAWAWI PN. AZNIZA BINTI AJISAT AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA MOHD ROSLAIMI BIN YAACOB WAN MUSTAFA BIN WAN HAMAT SITI ROHANI BINTI MUDA RAHIMAH ABD RASHID NOOR ALYSHARINA BINTI CHE HAK TUAN HASLIZA TUAN HASSAN NOR HISYAM BIN MOHD ARIFIN GURU PN. HAJAH FARIDAH BT LEBAI ISMAIL PN. HAJAH SALMIAH BT IBRAHIM PN. HAJAH MONALIZA BT ISMAIL EN. MOHD HISYAM BIN MUHAMMAD PEMERIKSA KIRA-KIRA PN.WAN NASRAH BINTI WAN JAAFAR EN. TUN OTHMAN BIN TUN ABU BAKAR
5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM, 24000, KEMAMAN, TERENGGANU MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 SESI 2022/2023 UCAPAN PENGETUA UCAPAN PENGERUSI PIBG UCAPAN PERASMIAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG USUL DAN CADANGAN
6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKML KALI KE-19 1.0 Ucapan pengerusi PIBG SMK Mak Lagam 2.0 Membentangkan dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung kali ke-18 3.0 Perkara-perkara berbangkit 4.0 Membentangkan kegiatan PIBG sesi 2022/2023 oleh setiausaha PIBG 5.0 Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan PIBG berakhir pada 31 Mac 2023 oleh bendahari. 6.0 Membahas dan menerima usul 7.0 Ucapan penagngguhan TEA2032 Tel:09-8599041 Fax: 09-8599040
7 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK LAGAM, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MAK LAGAM KALI KE-18 TAHUN 2022 TARIKH : 23 JUN 2022 (KHAMIS) TEMPAT : SMK MAK LAGAM KEHADIRAN: 1.0 UCAPAN PENGERUSI PIBG SMK MAK LAGAM 1. Beliau mengucapkan syukur kerana akhirnya dapat berkumpul untuk melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG selepas hanya dapat melaksanakan secara maya tahun lepas. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir. PIBG tidak akan dapat bergerak tanpa sokongan ibu bapa. 2. Beliau menjangkakan mesyuarat akan tamat pada jam 1.30 petang bagi memberi ruang untuk solat sebelum majlis perasmian jam 2 petang. 3. Beliau menyentuh tentang keputusan SPM 2021 yang baru diumumkan. SMK Mak Lagam telah mencatat seorang pelajar ‘straight A’s’ dan 11 orang pelajar yang memperoleh ‘near miss’ 1 mata pelajaran. Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan ibu bapa dan guru-guru atas pencapaian SPM 2021. 2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-17 2.1 Setiausaha PIBG, EN Zolkifli bin Ibrahim membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG 2021/2022 (Rujuk muka surat 2-11 Buku Mesyuarat) Setelah tiada pindaan dan pembetulan, - Puan Siti Rohani binti Muda mencadangkan agar minit mesyuarat Agung PIBG 2021/2022 diterima dan disahkan. - Disokong oleh En Mohd Basri binti Abdul Wahab - 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
8 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4.0 MEMBENTANGKAN KEGIATAN PIBG SESI 2021/2022 OLEH SETIAUSAHA PIBG 4.1 Setiausaha PIBG membentangkan aktiviti PIBG 2021/2022 melalui tayangan video. 4.2 Setiausaha menerangkan tentang banyak sumbangan yang ibu bapa berikan sepanjang pengurusan covid dijalankan seperti bantuan makanan dan ubat-ubatan. 5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 OLEH BENDAHARI 5.1 Bendahari PIBG, Puan Zamilah binti Mohd Zawawi membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 (Rujuk muka surat 12 Buku Mesyuarat) 5.2 Menjelaskan tatacara perbelanjaan penerimaan dan perbenlanjaan serta baki. 5.3 Encik Fadhlan bin Abdullah bertanya tentang baki kewangan yang banyak - Baki kewangan yang adalah kerana SOP sepanjang PKP yang tidak membenarkan penglibatan orang luar dan aktiviti dijalankan. 5.4 Bermula Januari 2022 hingga Jun 2022, pihak PIBG telah mengeluarkan perbelanjaan Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Raya sebanyak RM 1000. 00, Majlis Pengumuman Keputusan SPM dan bayaran penyelenggaraan asrama sebanyak RM 5000. 00. 5.5 Pengetua menerangkan tentang kutipan kecemerlangan sepanjang musim covid dikutip berdasarkan ekonomi keluarga pelajar. Wang Dana Kecemerlangan adalah dibahagikan kepada bidang akademik (60%) , hal ehwal murid (20%) dan kokurikulum (20%). 5.6 Pengetua juga menerangkan tiada kutipan untuk modul kerana guru menyediakan modul dan perlu dicetak sendiri yang memerlukan kos yang tinggi. 5.7 Pengetua berkongsi tentang sokongan YDP PIBG dalam menyiapkan system PA di dalam 12 kelas sebagai persiapan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM tahun 2021. YDP PIBG juga memberi perbelanjaan tambahan kipas di perpustakaan. Sumbangan-sumbangan ini memberi impak kepda kecemerlangan pelajar dan kemenjadian pelajar.
9 5.8 Untuk Kejohanan Olahraga Tahunan MSSD Kemaman, pihak sekolah telah memohon sumbangan dari PIBG untuk digunakan sepanjang kejohanan. 5.9 En Shaari bin Senik mencadangkan penyata kewangan sesi 2021/2022 ini diterima dan disahkan. En Wan Mohd Suhaimi bin Wan Muda menyokong cadangan untuk disahkan. 6.0 MEMBUBARKAN AJK PIBG SESI 2021/2022 6.1 Ir Wan Sabri mengucapkan terima kasih untuk semua AJK PIBG SMK Mak Lagam bagi sesi 2021/2022. 6.2 En Zolkifli bin Ibrahim mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 7.0 MELANTIK SEMULA PENGERUSI SEMENTARA 7.1 En Zolkifli melantik dirinya sebagai Pengerusi Sementara dan majlis sebulat suara bersetuju. 8.0 MELANTIK AJK PIBG SESI 2022/2023 KEPUTUSAN PEMILIHAN Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Mak Lagam Sesi 2021/ 2022 Pengerusi (Ibu bapa) : Ir Wan Sabri bin Wan Hmad Naib Pengerusi (Ibu bapa): En Mohd Basri bin Abdul Wahab Setiausaha (Guru) : En Zolkifli bin Ibrahim Bendahari (Guru) : Pn Zamilah binti Mohd Zawawi AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) 1. EN MOHD ROSLAIMI BIN YAACOB 2. EN WAN MUSTAFFA BIN WAN HAMAT 3. PN SITI ROHANI BINTI MUDA 4. PN RAHIMAH BINTI ABD RASHID 5. NOOR ALYSHARINA BINTI CHE HAK 6. PN TUAN HASLIZA BINTI TUAN HASSAN 7. NOR HISYAM BIN MOHD ARIFIN AHLI JAWATANKUASA (GURU) - Akan diputuskan oleh pihak pengurusan sekolah
10 9.0 MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL PIBG 2022 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MAK LAGAM KALI KE-18 TAHUN 2021. USUL-USUL PIBG 2022 1. YDP mengusulkan untuk pelantikan dijalankan sebanyak 2 tahun sekali atau 3 tahun sekali. JAWAPAN : - Usul diterima untuk menjalankan pelantikan 2 tahun sekali 2. ………….. mengusulkan tentang makmal computer dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar untuk mencari bahan pdp, termasuk kemudahan mencetak dan penggunaan internet. Masa yang dicadangkan adalah waktu petang dan pada hari pelajar tidak pulang ke kampung. JAWAPAN: Pihak sekolah tidak mempunyai Juruteknik kerana semua Juruteknik telah dikumpulkan di PKG. Makmal computer diuruskan oleh Guru Media sahaja. 3. …………… mengusulkan untuk mewajibkan ibubapa membayar RM 10 seorang sebagai imbuhan untuk guru al-quran yang akan datang mengajar anak-anak yang masih belum lancar membaca al-quran JAWAPAN: - En Fadhlan bin Abdullah bertanya samada program ini melibatkan semua pelajar atau tidak dan berapa peritus yang masih tidak lancar membaca al-quran - En Zolkifli bin Ibrahim memberitahu tahap penguasaan pembacaan al-quran bagi hampir 90 % pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 adalah tidak lancar. Pelajarpelajar melakukan kesalahan yang melibatkan makhraj atau tajwid - Ustazah Mariam menerangkan tentang Yayasan Terengganu yang boleh membekalkan guru al-quran tetapi perlu dibayar oleh pihak sekolah.
11 - Pn Roslawati binti Abdullah menyokong kutipan RM 10 dan melibatkan semua pelajar kerana ia akan menjadi jariah kepada ibu bapa sendiri dan bertanya bagaimana jika penjaga mahu menyumbang lebih? - En Zolkifli bin Ibrahim menjawab bayaran boleh dimasukkan ke dalam akaun PIBG dan menulis rujukan “Kelas Pengajian Al-Quran” - En Azman berharap anak-anak SMK Mak Lagam menjadi ELIT dari semua segi; Agama, Akidah dan Akademik. Semoga anak-anak kita dapat menjadi pemimpin yang bagus di dunia dan akhirat. Sekolah adalah tempat untuk kita mendidik anakanak kita. - Majoriti bersetuju untuk membuat bayaran RM 10 sebulan. Usul diterima. 4. ………… mengusulkan tambahan Rm 2.00 setiap bulan untuk yuran asrama bagi kos membeli dan menampung penyelenggaraan Tangki air coway. - En Zolkifli menerangkan tentang asrama sudah mempunyai 2 unit Coway yang disumbangkan secara tetap setiap bulan oleh ibu bapa. Peruntukan tambahan diperlukan untuk menambah 2 lagi unit coway lagi dan kos penyelenggaraan. - Usul diundi dan disokong sebulat suara. 5. En Zolkifli mengusulkan tentang jumlah sumbangan PIBG TING PIBG KECEMERLANGAN COWAY AL-QURAN 1 RM 50.00 RM30.00 RM 20.00 RM 100.00 2 RM 50.00 RM30.00 RM 20.00 RM 100.00 3 RM 50.00 RM 30.00 RM 20.00 RM 100.00 4 RM 50.00 RM 60.00 RM 20.00 RM 100.00 5 RM 50.00 RM 180.00 RM 20.00 RM 100.00 8.5 UCAPAN PENANGGUHAN 8.5.1 YDP mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG Baharu bagi sesi 2022/2024 dan mengucapkan terima kasih kepada semua penjaga yang hadir. Beliau memohon maaf atas sebarang kekurangan. 8.5.2 Ir Wan Sabri bin Wan Ahmad membuat penangguhan mesyuarat PIBG bagi sesi 2022/2023 pada jam 2.00 petang.
12 UCAPAN PENGETUA – HAJAH FATIMAH BINTI HARON 1. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan mengalukan kehadiran YB Ahli Parlimen Kemaman, YB Che Alias bin Hamid dan YDP, Ir Wan Sabri yang sudi menerima jawatan sebagai Yang Di Pertua. 2. Ribuan terima kasih kepada jawatankuasa yang lama dan tahniah kepada jawatankuasa yang baru dilantik dan ucapan terima kasih kerana merima jawatan 3. Banyak aktiviti yang memerlukan sokongan pihak PIBG dan Yang Berhormat setelah banyak aktiviti yang dibenarkan dijalankan. 4. Beliau bertanya tentang status permohonan dewan tertutup sekolah kepada Yang Berhormat. 1. UCAPAN YDP PIBG – IR WAN SABRI BIN WAN AHMAD 1. Beliau memberi ucapan salam dan terima kasih kepada pengacara majlis, YB Che Alias bin Hamid, Puan Roslina sebagai wakil dari PPD Kemaman, Pengetua Hajah Fatimah binti Haron, guru-guru dan ibu bapa yang hadir. 2. GPS sekolah dalam SPM 2021 telah meningkat dari 3.03 kepada 2.96 dengan pencapaian seorang pelajar mendapat semua A. 3. Beliau melihat komitmen dan semangat pelajar yang sangat baik ketika Tesmal Track & Field. Semoga ibu bapa akan dapat hadir dalam aktiviti-aktiviti lain untuk menambah semangat pelajar. 4. Beliau berharap pihak pengurusan sekolah dapat berbincang dengan pihak PPD untuk membuat sedikit perubahan bagi aliran pelajar menengah atas agar bersesuaian dengan kemampuan pelajar Tesmal setelah melihat data kegagalan bagi matapelajaran Matematik Tambahan yang semakin bertambah. 5. Beliau juga bertanya tentang status permohonan dewan tertutup untuk kegunaan sekolah kepada YB Che Alias 6. Beliau mengucapkan terima kasih untuk sokongan ibu bapa pada Program Pengajian AL-Quran 7. Beliau menjawab tentang permintaan untuk penggunaan telefon pintar oleh pelajar yang masih dalam perbincangan. Guru-guru perlu menjaga seramai 400- 500 pelajar, maka ini menyukarkan untuk pemantauan dalam mengelakkan penggunaan yang tidak berfaedah dikalangan pelajar.
13 8. Tesmal merupakan hub untuk sukan ragbi daerah. Beliau berharap agar Tesmal dalam menjadi hub di peringkat negeri pula. 9. Beliau berharap sumbangan dari YB berterusan untuk kecemerlangan Tesmal 10. Beliau mengucapkan tahniah untuk semua AJK yang baru dilantik. Semoga semua dapat menjalankan tugas dana manat semampu mungkin. 11. Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran YB, Pn Roslina sebagai wakil PPD, Pengetua, barisan AJK, Ibu bapa dan guru. 2. UCAPAN WAKIL PPD – DIWAKILI OLEH PUAN ROSLINA BINTI ABU SAMAH 1. Beliau memohon maaf atas kelewatan kerana baru mendapat makluman dan baru sahaja habis konsultasi kewangan Sekolah Amanah, SMK Kijal bersama JPNT. 2. Beliau menyampaikan salam Kemaman Unggul dari tuan PPD, Tuan Haji Idris kepada semua. Tuan Haji Idris menghadiri Program Penanda Aras ke PPD Sibu, Sarawak sekarang, 3. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG dan sekolah kerana berjaya menjalankan Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-18. 4. Kebanyakkan pelajar di tingkatan 6 yang ditawarkan ke kelas aliran Sains tidak kekal di kelas Sains. Walaubagaimana pun kelas Sains adalah wajib ada di setiap daerah. Kementerian menekankan kemahiran berfikir yang memerlukan kreativiti tetapi tidak salahnya pelajar tidak berada di kelas Sains. 5. Tahniah kepada pengteua atas pencapaian terbaik SPM dan lulus semua matapelajaran Teras. Ibu bapa dan penjaga perlu tahu tentang syarat untuk mendapat sijil SPM adalah pelajar wajib lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. 6. Pelajar yang dipilih ke Tesmal masih lagi dikalangan pelajar yang terpilih walau pun tiada lagi UPSR dijalankan. Diharap semua guru dapat menggunakan semaksimum kemahiran untuk mengekalkan kecemerlangan dari segi akademik dan juga kokurikulum. 7. Beliau mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih atas jemputan dan tahniah kepada semua jawatankuasa yang telah dipilih.
14 3. UCAPAN PERASMIAN – YB CHE ALIAS BIN HAMID (AHLI PARLIMEN KEMAMAN) 1. Ucapan aluan dan terima kasih atas jemputan untuk merasmikan majlis 2. Beliau dapat melihat sendiri persekitaran sekolah tentang keadaan dewan terbuka sekolah 3. Beliau telah memanjangkan kepada parlimen tentang permohonan Dewan SMK Mak Lagam bersama-sama permohonan dari SMK BAS dan SK Seri Iman. Namun, pembinaan dewan untuk kedua-duanya telah hampir siap. Beliau akan cuba untuk memanjangkan sekali lagi permohonan kepada pihak Menteri tentang infrastruktur sekolah yang melibatkan sekolah Elit. 4. PIBG adalah medan muhasabah dan saluran terbaik untuk perbincangan kecemerlangan anak-anak. Maka, pentingnya ada kerjasama antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa. Jika tiada sokongan daripada PIBG, akan adalah kekangan untuk kecemerlangan pelajar dan kelancaran proses pdpc. 5. Kecemerlangan adalah tanggungjawab bersama semua pihak, sekolah, ibu bapa dan juga pemimpin. Kerana itu beliau banyak membuat perbelanjaan untuk Pendidikan Kemaman asalkan warga sekolah berada dalam keadaan selesa. 6. Semoga dengan ilmu dapat membantu pelajar mengubah kehidupan dan nasib keluarga. 7. Beliau mengharapkan nama Kemaman akan terus naik. 8. Beliau mengucapkan ucapan terima kasih, syabad dan tahniah kepada semua. Disediakan oleh, (ZOLKIFLI BIN IBRAHIM) Setiausaha PIBG , SMK Mak Lagam.
15 AKTIVITI PIBG, SMK MAK LAGAM 2022/2023 * Program Ihya Ramadhan - Sumbangan untuk pelajar yang khatam al-quran sempena bulan Ramadhan - Sumbangan untuk anak-anak asnaf dan yatim * Solat hajat - Masjid Paya Berenjut - Masjid Mak Chili - Masjid Geliga * Sumbangan penapis air untuk kegunaan pelajar * Sumbangan untuk membeli dan baik pulih kipas di setiap kelas * Sumbangan untuk keceriaan kelas * Sumbangan aktiviti ko-kurikulum pelajar - Kursus PRS di Sabah - Aktiviti sukan sekolah * Sambutan Hari raya dan hari guru * Sumbangan hadiah kecemerlangan pelajar SPM 2022 * Sumbangan Program Karnival STEM & KMR
16 PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 PERKARA RM RM Baki pada 1 Januari 2022 41,430.48 PENERIMAAN Sumbangan PIBG 17,240.00 Lain-lain Sumbangan NOTA 1 1,663.00 JUMLAH PENERIMAAN 18,903.00 60,333.48 PEMBAYARAN Belanja PIBG NOTA 2 1,470.00 Sumbangan Sukan NOTA 3 4,780.00 Subangan Ko Akademik NOTA 4 7,569.00 Lain-lain Sumbangan NOTA 5 15,316.00 Caj bank 29.50 JUMLAH PEMBAYARAN 29,164.50 BAKI PADA 31 DISEMBER 2022 31,168.98 NOTA 1 Sumbangan Luar RM 1,563.00 Tunggakan Sumbangan 2021 RM 100.00 RM 1,663.00 NOTA 2 Cenderahati Perasmi RM 70.00 Goodies RM 1,000.00 Siaraya RM 400.00 RM 1,470.00 NOTA 3 Sumbangan Perbarisan MSSD RM 500.00 Sumbangan Olahraga RM 2,000.00 Kejohanan Ragbi NRDP RM 1,060.00 Pertandingan Rugbi RM 1,220.00 RM 4,780.00 NOTA 4 Anugerah Cemerlang SPM 2021 RM 2,720.00 Kecemerlangan SPM RM 1,500.00 Hari Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaaan RM 350.00 Temu Murni Tg.4 RM 1,314.00 Karnival Ko Akademik RM 735.00
17 Pertandingan Stem RM 150.00 Robotic Petrosains RM 800.00 RM 7,569.00 NOTA 5 Cenderahati Khatam Quran 2022 RM 2,000.00 Sumbangan Hari Raya dan Hari Guru RM 1,000.00 Sumbangan Kecemerlangan PBD RM 260.00 Simposium Pembimbing Rakan Sebaya RM 600.00 Selenggara Asrama RM 5,000.00 Pusat Sumber RM 1,000.00 Sumbangan Korban RM 1,000.00 Keceriaan Sudut Bahasa Melayu RM 1,096.00 Laman NILAM RM 960.00 Skrin LCD RM 400.00 Keceriaan Tandas Sekolah RM 2,000.00 RM 15,316.00
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 SESI 2023/2024 SURAT JEMPUTAN En. Zolkifli bin Ibrahim, Pn. Azuraida binti Ramli PENGACARA MAJLIS Pn. Fahimah bt Abdul Majid@Mukhtar PENYEDIAAN BUKU MINIT MESYUARAT En. Zolkifli bin Ibrahim, Pn. Maimun binti Ibrahim PENYEDIAAN LINK KEHADIRAN/ PENDAFTARAN Pn. Farah Hana binti Abdullah, Pn. Hasuzila binti Hassan MONTAJ Pn. Naliza Akma binti Yusof, Pn. Nurul Ashikin binti Noor Zeli BANNER/ POSTER Pn. Nor Fazini binti Ibrahim PENYEDIAAN BUKU PROGRAM Pn. Rozita binti Awang, Pn. Nursyahida binti Shamsudin PERSEDIAAN TEMPAT/ SIARAYA En. Yazid bin Hamzah, En. Aminudin bin Sulong, En. Mujahid bin Azha, Pelajar JAMUAN Pn. Normah binti Kasim, Pn. Zaleha binti Nawang, Cik Roslaini binti Anuar BACAAN DOA En. Yazid bin Hamzah CENDERAHATI Pn. Noorsuhaily binti Abdul Wahab, Pn. Halizawati binti Zahari PENCATAT MINIT Pn. Suhani binti Hassan, Pn. Che Nurul Aishah binti Che Anuar, Pn. Sharifah Amaniya binti Syed Abu Bakar, Pn. Nur Farliana Fatin binti Che Yusof, Pn. Nursyahira binti Ab. Karim PERSEMBAHAN Pn. Khadijah binti Che Ros DOKUMENTASI DAN LAPORAN Pn. Maimun binti Ibrahim Pn. Siti Aisah binti Muda En. Azraimi bin Abdullah