The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyataemin, 2021-05-30 09:28:59

MODUL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2: MENCARI YANG HALAL

Yaziddatul Akmalya binti Yazid

UNIVERSITI SELANGOR

MODUL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2
HADIS: MENCARI YANG HALAL

Disediakan oleh: Yaziddatul Akmalya Binti
Yazid (4174008301)

‫‪FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL‬‬
‫‪IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENGAJIAN ISLAM‬‬

‫‪Mata pelajaran‬‬ ‫‪:Pendiidkan Islam‬‬
‫‪Kelas‬‬
‫‪Tarikh‬‬ ‫‪: 2 Sufian al- Thawri‬‬
‫‪Masa‬‬
‫‪Bidang‬‬ ‫‪:24 Mac 2021‬‬
‫‪Bilangan Murid‬‬
‫‪Tunjang utama‬‬ ‫)‪: 8.50 pagi hingga 10.05 pagi ( 1 Jam 15 minit‬‬
‫‪Standard Kandungan‬‬
‫‪:Hadis‬‬

‫‪: 27 orang‬‬

‫‪: Kerohanian, sikap dan nilai Pendidikan Islam‬‬

‫; ‪: 2.5 Hadis‬‬
‫َر ُس ْو َل اللهِ َصلَّى اللهُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُ ْو ُل ‪ِ :‬إ َّن‬ ‫اا ْلَع ْس َْحتَن ْبلأَاََرِبأََليِل َبِديِّ ْي َعِنٌنْب ِهِد َوَاإِوللَِّنهِع ْاارْللنُّ َِح ْعض َ َرِمهاا‪َ ،‬م ِن َ َبو ْبيِّ َم ٌِننْنبََوَوَبِشقَْيْينٍََعرُه ِفَم َاريأُ ِاُمضل ْو َُّشي ٌبُرا َهللاُمهُ ْشِتتََعبَِْنوَهُهَقا َمَعاٌتفِقَلاياَ َلايَ ْل ْع َسلََح ِ ُممَر ْعُاه ِمَّ ُن‪،‬ت‬
‫ََك َكوثِاإِْيل ٌَّنَّررافِِمِعيَنيااْلليَنََّْجار َِسع ِدس َ‪،‬ى ُمفَ َحَم ْْضوِنَغ َلاةًتَّاإَِْقلذَِاحى َمالىَص ُّشلَبيُُ َْحَهوا ِْشت ِت ُكفَأََصقَلَْْدن َح‬ ‫َي ْرتَ َع ِف ْي ِه‪ ،‬أَلاَ َو ِإ َّن ِل ُك ِّل َم ِل ٍك ِح ًمى أَلاَ َو ِإ َّن ِح َمى اللهِ َم َحا ِر ُمهُ أَلاَ‬
‫ا ْل َج َسدُ ُكلُّهُ َوإِذَا فَ َسدَ ْت فَ َسدَ ا ْل َج َسدُ ُكلُّهُ أَلاَ َو ِه َي ا ْلقَ ْل ُب [رواه البخاري ومسلم]‬

Standard Pembelajaran :Pelajar dapat:
2.5.1 Membaca hadis dengan betul
Objektif Pembelajaran 2.5.2 Menyatakan terjemahan hadis
2.5.3 Menjelaskan maksud halal, haram dan syubhah berserta contohnya
Strategi pengajaran dan 2.5.4 Menerangkan hikmah menjauhi perkara haram dan syubhah
pembelajaran 2.5.5 Menerangkan peranan hati dalam kehidupan manusia
Penerapan Nilai 2.5.6 Menghuraikan pengajaran hadis dan menghubungkaitkan dengan kehidupan
Elemen Merentas Kurikulum 2.5.7 Mengelakkan perkara haram dan syubhah secara beradab dan istiqamah
Kemahiran Berfikir
:Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat;
1. Membaca hadis dengan betul
2. Menyatakan terjemahan hadis
3. Menerangkan maksud halal, haram dan syubhah berserta contohnya
4. Menerangkan hikmah menjauhi perkara haram dan syubhah
5. Menerangkan peranan hati dalam kehidupan manusia
6. Menghuraikan pengajaran hadis dan menghubungkaitkan dengan kehidupan
7. Menjauhkan diri daripada perkara yang haram dan syubhah secara beradab dan istiqamah,

: Strategi berpusatkan murid dan bahan

: Beradab, khusyuk, yakin dan berdisiplin

: Nilai murni dan bahasa

: Mengingat dan mengaplikasikan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Yaziddatul Akmalya binti Yazid selaku
mahasiswa daripada Universiti Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
pensyarah yang banyak membimbing semasa penyediaan modul ini.

Modul pembelajaran ini merupakan pelengkap kepada buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 2.
Tujuan utama modul ini disediakan adalah untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar
tentang isi kandungan pembelajaran. Di samping itu, modul ini mengandungi informasi, panduan, dan
soalan latihan yang dapat membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran serta menjawab
soalan.

Modul ini berfokuskan kepada salah satu topik dalam bidang hadis iaitu “Mencari yang halal.”
Topik ini sangat penting untuk setiap pelajar untuk menguasainya. Hal ini kerana, topik ini menjadi
asas pengetahuan kepada pelajar dalam mengetahui perkara halal, haram dan syubhah.

1

BAHAGIAN TAJUK HALAMAN
1
A PENGENALAN MODUL 2
3
B KANDUNGAN MODUL 4
5-6
Video Pengenalan 7-8
Objekif pembelajaran
9-13
Unit 1 Hadis Rasulullah s.a.w
14-16
Unit 2 Terjemahan Hadis 17-20

Unit 3 Maksud Halal, Haram dan Syubhah serta contohnya 21-22
i. Aktiviti 23-24
25-29
Unit 4 Hikmah Menjauhi Perkara Haram dan Syubhah 30-33

Unit 5 Peranan Hati Dalam Kehidupan Manusia 34

Unit 6 Pengajaran Hadis 2
Unit 7 Latihan Quiziz

C PENILAIAN

D RUMUSAN PENGAJARAN
JAWAPAN PENILAIAN

Assalamualaikum wbt para
pelajar semua, sebelum
memulakan pembelajaran
ayuh lihat video pengenalan
topik yang kamu akan
belajar hari ini !

Sila semak kod QR untuk
melihat video tersebut.

3

1. Pelajar dapat membaca 2. Pelajar dapat menyatakan 3. Pelajar dapat menerangkan
hadis dengan betul terjemahan hadis maksud halal, haram dan
syubhah berserta contohnya.

4. Pelajar dapat menerangkan 5. Pelajar dapat 6. Pelajar dapat menghuraikan
hikmah menjauhi perkara menerangkan peranan hati
haram dan syubhah dalam kehidupan manusia pengajaran hadis dan

menghubungkaitkan dengan

kehidupan 4

5

Sila scan kod QR di atas
untuk mendengar
bacaaan hadis dengan
betul

6

7

MAKSUDNYA HADIS

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas ‫إِ َّن ا ْل َحلاَ َل َبيِّ ٌن َو ِإ َّن ا ْل َح َرا َم بَيِّ ٌن‬
ِِ ‫َو َب ْينَ ُه َما أُ ُم ْو ٌر ُم ْشتَبِ َها ٌت لاَ يَ ْعلَ ُم ُه َّن ََِِ ْي ٌر ِم َن النَّا‬
Antara kedua-duanya terdapat perkara syubhah yang tidak
diketahui oleh kebanyakan manusia ‫َف َم ِن اتَّقَى ال ُّشبُ َها ِت فَقَ ْد ا ْستَ ْب َرأَ ِل ِد ْي ِن ِه َو ِع ْر ِض ِه‬

Maka sesiapa yang menghindari perkara syubhah, dia telah ‫َو َم ْن َو َق َع ِفي ال ُّشبُ َها ِت َو َق َع فِي ا ْل َح َرا ِم‬
membersihkan agama dan kehormatannya
‫ََال َّرا ِعي يَ ْرع َى َح ْو َل ا ْل ِح َمى‬
Dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah,
maka dia terjerumus ke dalam perkara yang haram ‫يُ ْو ِش ُك أَ ْن َي ْرتَ َع ِف ْي ِه‬
‫أَلاَ َوإِ َّن ِل َُ ِّل َم ِل ٍك ِح ًمى‬
Seperti pengembala yang mengembala berdekatan kawasan
larangan ُ‫أَلاَ َو ِإ َّن ِح َمى اللهِ َم َحا ِر ُمه‬

Kemungkinan dia akan masuk kekawasan larangan tersebut ً‫أَلاَ َو ِإ َّن ِفي ا ْل َج َس ِد ُم ْضغَة‬

Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja itu memiliki ُ‫ِإ َذا َصلَ َح ْت َصلَ َح ا ْل َج َس ُد َُلُّه‬
kawasan larangan
‫ َوإِ َذا َف َس َد ْت َف َس َد ا ْل َج َس ُد َُلُّهُ أَلاَ َو ِه َي ا ْلقَ ْل ُب‬8
Ketahuilah! Sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah
perkara yang haram

Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul
daging

Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya

Jika daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh,
ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.

9

1. HALAL Sesuatu yang dibenarkan oleh INFO TAMBAHAN
syarak
MAKSUD SYARAK
CONTOH 1. Haiwan yang disembelih Hukum yang bersandarkan
dengan cara Islam kepada ajaran Islam. Hukum
sesuatu perkara yang
2. Berpakaian menutup aurat dijelaskan dalam al-Quran,
3. Solat dan hadis.
4. Berpuasa

10

2. HARAM NOTA

MAKSUD Sesuatu yang dilarang oleh Haram adalah sesuatu
CONTOH syarak
hukum yang dilarang oleh
1. Makan daging babi
2. Minum arak syarak kerana Allah SWT
3. Mencuri
4. Tidak menghormati ibu Maha Mengetahui

bapa keburukan yang datang
5. Membunuh diri sendiri /
daripada perkara tersebut.
orang lain
6. Pergaulan bebas antara Oleh itu, umat Islam perlu

lelaki dan perempuan menjauhi perkara haram

bagi memelihara iman,

aqidah.

11

3. SYUBHAH Sesuatu yang tidak diyakini halal NOTA
atau haram
MAKSUD Rasulullah s.a.w melarang
CONTOH 1) Membeli produk makanan luar umat Islam mengambil atau
negara yang tidak mempunyai logo melakukan perkara yang
halal yang diiktiraf oleh JAKIM syubhah kerana ia dekat
dengan perkara haram.
2) Melabur di dalam pelaburan Muslimin yang menjauhi
internet yang tidak jelas skimnya perkara syubhah adalah
dan menyerupai skim cepat kaya. seorang warak yang
Tidak ada perjanjian dan berjaya membersihkan
muamalah yang jelas mengikut agama dan kehormatannya.
sistem Islam.
12

Gambar-gambar tersebut menunjukkan perkara halal, haram dan syubhah.
Berdasarkan pengetahuan anda, sila nyatakan hukum bagi setiap perbuatan
dalam gambar tersebut

13

14

Manusia perlu menjauhi perkara haram dan syubhah bagi:

1. Menjaga kesucian dan kemuliaan agama

Umat Islam yang menjauhkan diri daripada melakukan larangan Allah, menunjukkan ketakwaan dan
keyakinan terhadap perintah Allah SWT. Dengan mematuhi segala perintah dan larangan Allah,
kesucian agama Islam dapat dipelihara.

2. Memelihara kesihatan diri daripada kemudaratan.

Setiap perkara yang dilarang Allah SWT ke atas umat manusia adalah untuk kebaikan manusia
kerana Allah SWT Maha Mengetahui keburukan atau kemudaratan yang diperoleh daripada
perkara haram. Contohnya pengharaman arak ke atas umat manusia adalah kerana arak
mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan fungsi otak manusia.

3. Menjamin kewarasan akal daripada mabuk dan gila. 15

Apabila berada di bawah pengaruh dadah atau arak, otak manusia tidak dapat berfungsi
sepenuhnya dan ini menyebabkan mereka melakukan perkara di luar kawalan seperti
membunuh, merogol, dan sebagainya. Di samping itu, pengambilan dadah dan arak secara
berterusan akan menyebabkan manusia hilang kewarasan akal.

4. Menjaga nasab dan maruah daripada rosak.
Sekiranya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tidak dipelihara, kemaksiatan pasti
akan berleluasa. Ini akan menyebabkan peningkatan kelahiran anak yang tak sah taraf. Dengan
menjauhkan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ianya dapat menjaga diri
daripada terjerumus dalam kemaksiatan, memelihara nasab, dan maruah diri, keluarga serta
agama.

5. Memelihara harta daripada sumber haram
Mencuri, riba, makan harta anak yatim, merompak adalah perbuatan yang haram. Hasil
dapatan daripada perbuatan tersebut seperti makanan dan wang juga adalah haram. Bagi
memastikan rezeki sentiasa diberkati, umat Islam haruslah mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan tersebut.

16

17

Hati merupakan pemimpin bagi
badan. Apabila hati terpelihara
maka seluruh anggota badan akan
terbimbing untuk melakukan
kebaikan semata-mata kerana
Allah SWT.

Sebaliknya, apabila hati tidak
terpelihara, maka anggota badan
mudah untuk melakukan maksiat
kepada Allah SWT.

18

Orang yang memiliki hati yang bersih atau hati yang rosak dapat dibezakan melalui dua
aspek iaitu iman dan ilmu.

Berikut merupakan ciri-ciri orang yang memiliki hati yang bersih dan hati yang rosak dari
aspek iman

HATI YANG ROSAK HATI YANG BERSIH

1. Kufur dan ingkar perintah 1. Mematuhi segala perintah
Allah SWT Allah SWT

2. Berkeluh-kesah IMAN 2. Sabar dan tenang dengan
ujian daripada Allah SWT.

3. Sentiasa tertarik dengan 3. Gementar hatinya apabila
nafsu keduniaan disebutkan nama Allah SWT

19

Berikut merupakan ciri-ciri orang yang memiliki hati yang bersih dan hati yang
rosak dari aspek ilmu

HATI YANG ROSAK ILMU HATI YANG BERSIH

1. Tidak mahu menerima 1. Memahami peringatan dan
kebenaran al-Quran pengajaran yang diberikan
oleh Allah SWT
2. Sentiasa tenggelam dengan
kejahilan dan kelalaian 2. Sentiasa berusaha untuk
memahami kebenaran

20

21

PENGAJARAN
HADIS

Berusaha untuk menghindari Mencari yang halal kerana
perbuatan yang syubhah perbuatan tersebut adalah
kerana perbuatan tersebut
boleh membawa kepada ketaatan kepada Allah
perbuatan dosa. SWT.

Menjauhi yang haram kerana
perbuatan tersebut adalah satu
larangan dan akan diazab di akhirat
kelak

22

23

ARAHAN:
1. Masukkan link atau scan qr code berikut:

https://quizizz.com/join/quiz/6058bef7085
a88001c97a2df/start?studentShare=true
2. Tekan butang “ Start” dan anda boleh mula menjawab latihan “Hadis: Mencari yang Halal”

24

25

1. Tulis maksud potongan hadis di bawah

• Tidak diketahui oleh kebanyakan manusia
• Maka baiklah seluruh tubuhnya
• Sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging

ً‫َوإِ َّن ِفي ا ْل َج َس ِد ُم ْضغَة‬ a)

ِِ ‫لاَ يَ ْعلَ ُم ُه َّن ََِِ ْي ٌر ِم َن النَّا‬ b)
ُ‫َصلَ َح ا ْل َج َس ُد َُلُّه‬ c)

26

2. Nyatakan maksud halal, haram dan syubhah berserta satu contohnya.
Halal:
Haram:
Syubhah

3. Jelaskan dua hikmah menjauhi perkara haram dan syubhah

27

4. Senaraikan 3 ciri hati seseorang telah rosak

5. Berdasarkan hadis Rasululullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir,
jelaskan dua pengajaran yang kamu perolehi daripada hadis tersebut.

28

6. Berdasarkan gambar di atas, berikan hujah anda mengapa Islam mengharamkan
arak ke atas umatnya.

29

30

Hadis yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir adalah penerangan Rasulullah s.a.w
berkaitan 3 hukum iaitu halal, haram dan syubhah. Hadis tersebut juga menerangkan
berkaitan segumpal daging (hati) yang ada di dalam badan manusia yang perlu dijaga agar
akhlak, iman dan aqidah umat Islam terpelihara. Berikut merupakan beberapa peta minda
yang merumuskan isi pembelajaran.

1 HALAL: Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak.
Contohnya, menutup aurat dan makan daging yang
MAKSUD & disembelih mengikut penyembelihan Islam
CONTOH HALAL,
HARAM: Sesuatu yang dilarang oleh syarak
HARAM DAN seperti makan daging babi, menipu, mencuri dan
SYUBHAH lain-lain.

SYUBHAH: Sesuatu yang tidak diyakini halal
atau haram. Contoh makanan luar negara yang
tidak dapat logo Halal dari JAKIM

31

2 menjaga kesucian dan kemuliaan agama kerana TIPS MUDAH
mematuhi segala perintah dan larangan Allah INGAT
Manusia perlu SWT
menjauhi Manusia perlu menjauhi
perkara memelihara kesihatan diri daripada perkara haram dan syubhah
Haram dan kemudaratan kerana menjauhi makanan beracun bagi menjamin/
Syubhah bagi dan perbuatan yang memudaratkan memelihara
1. Kesucian agama
menjamin kewarasan akal daripada mabuk dan 2. Kesihatan diri
gila kerana tidak minum arak dan mengambil 3. Kewarasan akal
dadah 4. Nasab dan maruah diri
5. Harta
menjaga nasab dan maruah daripada rosak
kerana tidak berzina dan menjauhi perbuatan 32
yang menjerumuskan diri kepada perbuatan
zina.

memelihara harta daripada sumber yang haram
dan diragui agar rezeki sentiasa diberkati

3 Mencari yang halal kerana perbuatan tersebut
adalah ketaatan kepada Allah SWT.
PENGAJARAN
HADIS Menjauhi yang haram kerana perbuatan tersebut
adalah satu larangan dan akan diazab di akhirat
kelak

Berusaha untuk menghindari perbuatan yang
syubhah kerana perbuatan tersebut boleh membawa
kepada perbuatan dosa.

33

JAWAPAN PENILAIAN (M/S 25-28) Soalan 5.
1. Kita perlulah berusaha mencari yang
Soalan 1.
a) Sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul halal kerana perbuatan tersebut adalah
daging ketaatan kepada Allah SWT
b) Tidak diketahui oleh kebanyakan manusia 2. Kita mesti menjauhi yang haram kerana
c) Maka baiklah seluruh tubuhnya perbuatan tersebut adalah satu larangan
dan akan diazab di akhirat kelak
Soalan 2.
Halal: Sesuatu yang dibenarkan syarak Soalan 6.
contohnya menutup aurat Islam mengharamkan arak kerana ia
Haram: Sesuatu yang dilarang oleh syarak membawa pelbagai kesan buruk kepada
seperti arak manusia. Arak merosakkan fungsi otak
Syubhah: Sesuatu yang tidak diyakini halal atau manusia yang akhirnya menyebabkan
haram. Contohnya makanan luar negara yang manusia tidak dapat mengawal kelakuannya.
tidak memiliki cop halal daripada JAKIM. Ini akan menyebabkan jenayah rogol,
merompak, membunuh dan lain-lain semakin
Soalan 3. berleluasa. Oleh itu, sebagai umat Islam
(rujuk m/s 31) kita perlulah memelihara diri daripada
meminum arak kerana ia akan membuat kita
Soalan 4 terjerumus dengan kemaksiatan yang lain.
1. Sering keluh-kesah
2. Leka dengan nikmat dunia 34
3. Kufur dan ingkar perintah Allah SWT


Click to View FlipBook Version