jenis c SIT e I NUR A r THIRAH i BIN t TI ADNA a N
cerita legenda Sebuah cerita rakyat pada zaman dahulu yang mempunyai hubungan dengan peristiwaperistiwa sejarah. Cerita ini mungkin berkait dengan tokoh, benda, tempat yang mempunyai sejarah tersendiri. Contohnya, Legenda Mahsuri dan Legenda Hang Tuah.
cerita penglipur lara Penglipur bermaksud penghibur manakala lara pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Apabila dua perkataan tersebut dicantumkan lalu membentuk sebuah perkataan baharu akan membawa maksud cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan. Cerita-cerita jenis ini selalunya disampaikan secara lisan dalam epik-epik Melayu seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman.
cerita jenaka Cerita yang berbentuk naratif. Cerita jenaka bertujuan sebagai hiburan, tauladan dan sindiran. Pada kebiasaannya, cerita jenaka berkisar pada seorang watak jenaka atau lucu. Contoh cerita jenaka adalah seperti Pak Pandir dan Lebai Malang.
cerita binatang Cerita binatang menggunakan watak dan peranan haiwan dalam plot-plot cerita. Penggunaan haiwan diwujudkan kerana terdapat sebahagian haiwan mempunyai sifat-sifat yang mudah dimaklumi wataknya. Antaranya ialah berani seperti singa, lambat seperti kura-kura dan bermuslihat seperti musang. Contoh cerita binatang antaranya Sang Kancil dengan Buaya dan Arnab dengan Kura-Kura.
cerita dongeng Sebuah cerita rekaan yang bertujuan sebagai bahan pengajaran kepada kanak-kanak dengan perspektif yang positif dan juga membantu golongan dewasa mendidik kanak-kanak dengan nilai sopan-santun dan adat resam. Contohnya cerita Bawang Putih dan Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.
cerita fantasi Sebuah cerita yang dikarang melalui imaginasi manusia serta menceritakan alam fantasi yang tidak masuk akal, dunia sihir dan makhluk-makhluk dongeng. Watak-watak yang sering diketengahkan dalam karya-karya fantasi termasuklah karakter sang puteri yang jelita, putera raja yang gagah berani, ahli sihir yang seringkali menimbulkan kekecohan dan tentunya pari-pari yang sentiasa memberikan pertolongan. Contoh cerita fantasi yang menjadi kegilaan kanak-kanak pada suatu ketika dulu ialah Aladdin.
cerita agama Sebuah cerita yang bertujuan untuk memyampaikan mesej baik serta menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Contoh cerita agama adalah seperti cerita Nabi Muhammad yang berusaha untuk menyebarkan agama Islam.
cerita novel Novel adalah adalah suatu karya sastera berbentuk prosa naratif yang panjang. Penceritaan dalam novel mempunyai rangkaian sinopsis tentang kehidupan seorang tokoh dan orang-orang di sekitarnya.
cerita pendek Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif fiksi. Kandungan cerita dalam cerpen adalah padat dan langsung pada tujuannya berbanding cerita novel.
cerita sejarah Cerita sejarah mempunyai persamaan dengan cerita asal usul. Cerita ini hanya menceritakan tentang sejarah atau peninggalan sesuatu tempat. Sebagai contoh, cerita sejarah tentang Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis.
cerita peribahasa Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau peringatan secara kiasan atau sindiran kepada seseorang tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain. Perkara yang diumpamakan itu berkait secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.