The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ftinfrhana28, 2021-12-15 21:35:55

Draf E-Folio Peranan ICT

Draf E-Folio Peranan ICT

MAKSUD ICT

• Untuk mengumpul data dan menganalisis data serta menghasilkan maklumat
dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya.

• Teknologi maklumat juga digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

• Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

MAKSUD DAKWAH

• Kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam
usaha mempengaruhi orang ain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran
agama Islam.

• Seruan yang ditujukan kepada manusia oleh Allah swt dan rasul untuk
mempercayai agama yang benar iaitu Islam.

• Mengajak manusia kepada pengabdian diri kepada Allah swt ia adalah suatu
tugas yang mulia dan ia juga merupakan tugas para nabi dan rasul apabila
diutuskan menjadi rasul.

• Kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu
kepercayaan.

• Menjalankan kegiatan menyebarkan agama Islam.

PERANAN DAKWAH

• Memberitahu dan menasihatkan masyarakat supaya menjauhi perkara yang
mungkar. Terdapat sesetengah golongan yang tidak menyedari bhawa apa
yan dilakukan itu adalah perkara yang mungkar. Oleh itu, pendakwah perlu
memberitahu dan menasihati mereka agar menjauhi dan meninggalkan
perbuatan tersebut.

• Memberi peringatan, nasihat dan pengajaran atau balasan yang akan
diterima sekiranya masih melakukan kemungkaran.

• Memberi peringatan tentang nikmat Allah yang tidak ternilai dan terbilang
dan wajib bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan.

• Memberi peringatan terhadap pengajaran umat terdahulu. Satu persoalan
yang sering ditimbulkan, adakah usaha menyeru kebaikan dan mencegah
kemungkaran merupakan tugas setiap mereka yang bergelar muslim atau
hanya tugas pendakwah semata-mata? Hukum menyeru kepada kebaikan

dan mencegah kemungkaran adalah fardhu kifayah, walaubagaimanapun
setiap muslim harus memikul tanggungjawab ini secara Bersama
sepertimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan
tangannya (kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mencegah dengan
lisannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang
demikian itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim).

Hadis ini ditujukan kepada setiap umat Islam. Ini bermakna setiap umat Islam itu
mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini dan ia merupakan tugas asasi bagi
pendakwah mengikut kemampuan dan tanggungjawabnya. Menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan salah satu sifat yang baik antara
sifta-sifat seorang Muslim.

KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH

Tugas berdakwah adalah sangat penting dalam usaha membangunkan
ummah yang seimbang dan berkualiti supaya dapat menyeru kebaikan dan
mengelakkan kemungkaran dengan menasihati dan menegur kesalahan yang
dilakukan oleh masyarakat supaya dapat memberi kesedaran kepada mereka.
Selain itu, orang luar juga akan memandang tinggi terhadap masyarakat setempat
kerana mempunyai tingkah laku yang terjaga dengan melakukan kebaikan dan
mengelakkan keburukan. Ibn al-Arabi al-Maliki pula berkata, ‘Menyeru kepada
kebaikan dan melarang kemungkaran merupakan asas agama dan salah satu
daripada tiang agama yang ditegakkan oleh umat Islam dan khalifah Tuhan
sekalian alam. Ini merupakan tujuan utama Allah swt mengutuskan para nab dan
fardhu atas seluruh manusia sama ada berdua atau bersendirian mengikut
kemampuannya’.

Hukum berdakwah terbahagi kepada dua iaitu FARDHU AIN & FARDHU
KIFAYAH. Walaubagaimanapun, pendapat kebanyakan ulamak menyatakan
hukum berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu. Dalam erti kata
lain, ianya merupakan sesuatu yang tidak dapat ditinggal dan dikecualikan. Al-
Quran dan Al Hadis, ada mengungkapkan tentang kewajipan tersebut antaranya :-

Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud, ‘’Dan
hendaklah ada di antara kamu golongan Amat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-
orang yang beruntung’’.

Sabda nabi SAW, ‘’Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka
hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa maka dengan
lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-
lemah iman’’. Hadith Riwayat Muslim.

Sabda nabi SAW, ‘’Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat’’. Hadith
Riwayat Al-Bukhari.

Commen
menghura

KESAN ICT DALAM DAKWAH

DARI SEGI POSITIF:

❑ Kehadiran teknologi multimedia menjadikan tugas berdakwah menjadi
mudah, cepat dan berkesan.

❑ Dapat meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan dan meningkatkan
kefahaman manusia dalam soal agama.

❑ Pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan hubungan
antara masyarakat Islam Malaysia sama ada yang berada di dalam negara
atau di luar negara.

DARI SEGI NEGATIF:

❑ Menyebabkan dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin
akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran
Islam yang sebenar.

❑ Terdapat pencerobohan dan penggodam laman web (Hacker), jenayah siber
kerana mereka melepaskan computer virus di internet, penipuan kredit kad
secara online, penyebaran maklumat dan bahan yang salah melalui emel,
penghasutan dan penyebaran fitnah.

CADANGAN BERDAKWAH MENGGUNAKAN ICT

Berdakwah menerusi alam maya banyak menarik perhatian anak muda pada masa
sekarang. Seperti mana yang kita dapat lihat pelbagai media social digunakan para
penyebar dakwah untuk menyebar dakwah di kalangan anak muda tidak terkecuali
orang dewasa mahupun yang tua.

Namun kini, ramai yang berdakwah menggunakan ICT adalah sesuatu landasan
paling sesuai untuk berkomunikasi dan mendekati generasi muda ialah di internet
dan laman social. Anjakan paradigma usaha dakwah itu sampai kepada semua
golongan di mana sahaja mereka berada. Ini bersesuaian dengan hobi generasi
muda yang lebih banyak menghabiskan waktu sepenuhnya di internet.

Antara cadangannya ialah :

Menegur secara hikmah dan baik. Jangan sama sekali menggunakan
perkataan yang memaki hamun dan memfitnah. Janganlah pula kita
menambah dosa sendiri dengan memaki hamun dan memfitnah dosa orang.
Berdakwah mengikut kadar kemampuan akal manusia dan golongan
tersebut. Kalau pelajar sekolah. Caranya berbeza apatah lagi orang dewasa.
Lain orang lain cara pendekatannya.
Tabayyun (mengesahkan maklumat dengan betul) sebelum berkongsi apa
apa maklumat apatah lagi menyebarkan hadis palsu.
Beramal soleh, menambah ilmu dan meninggalkan maksiat yang kita
lakukan
Muhasabah diri. Setiap daripaada kita tidak tahu kesudahan hidup. Sebuah
kisah dalam hadis Bukhari menceritakan seorang pelacur telah diampunkan
dosanya hanya semata-mata kerana dia memberi seekor anjing minum
dengan menggunakan kasutnya.

Kepentingan ICT Commen

• Dapat mencari maklumat di internet dan laman-laman web dengan mudah
hanya tekan satu klik sahaja.

• Dapat berkongsi maklumat dengan cepat dengan menggunakan aplikasi
seperti instagram, whatsapp dan telegram.

Kesimpulan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah
sangat penting dan amat perlu dimanfaatkan semakmsimum mungkin. Program
memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam
kalangan pendakwah dan ulama mestilah diadakan serta dipertingkatkan, manakala
program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan kepada para pakar Muslim
dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan dakwah dapat dicapai.

Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah
dibentuk bagi mempastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat
dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada golongan sasaran. Suatu
gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar Muslim dalam pelbagai bidang
dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah diusahakan


Click to View FlipBook Version