The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. NOTA KESALAHAN DALAM PENULISAN TATABAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rodiah.husin, 2021-07-03 23:58:27

1. NOTA KESALAHAN DALAM PENULISAN TATABAHASA

1. NOTA KESALAHAN DALAM PENULISAN TATABAHASA

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Jom… kita lihat beberapa
kesalahan tatabahasa

dalam penulisan Bahasa
Melayu

Kesalahan dalam penulisan tatabahasa

Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak
menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda.
Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:-
Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti
berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :

Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)

2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..)
- ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa
maksud ‘banjir’.

4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja
‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek
bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini
menunjukkan……

6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…

7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa
maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan…..
‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama.
Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…

9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama.
‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata
pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah
menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan
menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri
nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)

11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai
langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…

12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan.
Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.

13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti
lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).

14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh:
Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan
menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan
dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……

15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’.
Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.

17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari
itu ,sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…

18. Oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…

19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana,
bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain
yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa –
(orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang
sesuai. Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).

20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya
semula jadi.

21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula”tidak
digunakan untuk isi baharu.

Kesimpulannya:
Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis
karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan
karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi.
Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.

1. Hukum DM “Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan
menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama
*nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )

salah Betul
Cili sos Sos cili
Mini perpustakaan Perpustakaan mini

Zaleha Restoran Restoran Zaleha

Jaya Klinik Klinik Jaya

2. Kata jamak betul
mereka
salah semua kereta
mereka-mereka
semua kereta-kereta para pelajar

para-para pelajar empat orang abang

empat orang abang-abang

3. kata penguat betul
salah

sangat tinggi sekali sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali sungguh jauh sekali
paling indah sekali paling indah
amat menakutkan sekali amat menakutkan sekali

4. kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.

Salah betul

Sani mendapat markah yang tertinggi Sani mendapat markah yang tertinggi .
sekali. Hassan ialah peserta yang termuda dalam
Hassan ialah peserta yang termuda pertandingan itu.
sekali dalam pertandingan itu.

5. kata hubung

salah betul

Sally sedang membaca bila saya tiba Sally sedang membaca apabila saya
di rumahnya. tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya Badannya besar tetapi kakinya kecil.
kecil.

6. Kata bilangan

salah betul

Sekolah itu telah menjalan berbagai Sekolah itu telah menjalankan
aktiviti semasa “Minggu Penyayang”. berbagai-bagaiaktiviti semasa
Beribu peniaga tidak membayar cukai “Minggu Penyayang”.
pendapatan. Beribu- ribu peniaga tidak
membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang
masa di pasar raya. Setengah- setengah remaja suka
membuang masa di pasar raya.

7. Kata Sendi
i – Dari

salah betul

Umar telah berpindah daripada Umar telah berpindah dari sekolah ini
sekolah ini bulan lalu. bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar Dari hari ini, saya akan belajar
bersungguh-sungguh. bersungguh-sungguh.

ii – Daripada betul

salah Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Tilam itu dibuat dari getah asli. Sukarmi lebih tinggi daripada
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. abangnya.

Tinggal di rumah lebih baik dari Tinggal di rumah lebih baik daripada
tinggal di asrama. tinggal di asrama.

iii – Pada

salah betul

Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Saya selalu pergi ke ibu kota pada
Kebangsaan. Hari Kebangsaan.
Di petang semalam , saya pergi ke Pada petang semalam , saya pergi ke
perpustakaan awam. perpustakaan awam.

Kita mestilah menumpukan taat setia Kita mestilah menumpukan taat setia

dengannegara. pada negara.

iv – Di betul

salah Saya dilahirkan di Sarawak.
Saya dilahirkan diSarawak. Ayah awak bekerja di mana ?
Ayah awak bekerja dimana ?

8. Penjodoh bilangan betul
Setiap pelajar.
salah
Setiap orang pelajar.

Sesetengah orang rakyat. Sesetengah rakyat.
Seluruh buah negeri. Seluruh negeri.
Semua ekor binatang. Semua binatang.

9. Kata ganti diri betul

salah Pencuri itu telah ditangkap. Dia
dibawa ke balai polis.
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva
dibawa ke balai polis. kepada gurunya.
“Kau tinggal di mana ?” tanya Siva
kepada gurunya.

10. Kata adjektif betul

salah Masakan yang dihidangkan oleh
ibunya lazat benar..
Masakan yang dihidangkan oleh Pemandangan di pantai yang indah
ibunya benar lazat. nian itu mempesonakannya.
Pemandangan di pantai yang nian
indah itu mempesonakannya.

11. kata kerja transitif betul

salah Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ibu sedang jahit baju kurung. Ayah selalu mecuci keretanya.
Ayah selalu cuci keretanya.

12. Ayat pasif

salah betul

Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Cerpen itu telah saya karang..
Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Latihan itu mesti kaubuat.

13. Kata tanya betul
Kamu berasal dari mana ?
salah Siapakah nama pengawas itu ?
Kamu berasal dari manakah ?
Apa nama pengawas itu ? Bilakah ayah akan pulang ?

Bila ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama
apa ?
Binatang peliharaan awak bernama
siapa ?

14. Ejaan

salah betul

Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya
ke hospital. ke hospital.
Kucing itu tidur dibawah meja. Kucing itu tidur di bawah meja.

Amin mendapat tempat ke tiga dalam Amin mendapat tempat ketiga dalam

acara itu. acara itu.

Ke tua mereka seorang yang Ketua mereka seorang yang
bertanggungjawab. bertanggungjawab.

Ibu bapa mestilah menunjukkan Ibu bapa mestilah menunjukkan
tauladan yang baik kepada teladan yang baik kepada anak-anak.
anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta
Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang
pesakanyakepada anaknya yang bongsu.
bongsu.

15. Kata Ganti Diri
1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri
atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:

*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda,
*mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi “ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
6. Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan

kerabat diraja saja.

16. Kata Bilangan
1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda,
misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2. Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata
bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
*Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Keduadua orang itu anggota polis. (betul)
(d) `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)

Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh
kesalahan dan pembetulan yang berikut:
*Parapara peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus
dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

17. Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata
bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan
sebilangan. Misalnya:
(a) *para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)
(b) *segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
(c) *sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)
(d) *seluruh buah negeri (salah)
seluruh negeri (betul)
(e) *semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)

18. Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan
frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif,
kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a) *Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
(b) *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) *Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e) *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dari)
(c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
(j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)

k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
(l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara & SHY;

saudara berikan. (bukan * di atas)

19. Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh.
2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata,
bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:
(a) *Dia kata kepada saya. (salah)
Dia berkata kepada saya. (betul)
(b) *Jangan lompat. (salah)
Jangan melompat. (betul
(c) *Dia senyum kepada saya. (salah)
Dia tersenyum kepada saya. (betul)

20. Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja
yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Objeknya mestilah frasa nama.
3. Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber…kan, semua kata
kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul
(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men …kan dan men …i berbagaibagai maknanya dan mesti
digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)

21. Kata Tanya

1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa,
mana, mengapa, dan siapa.

3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan
siapa.

4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau
binatang saja.

5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.

6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Nama kucing ini siapa? (salah)

Nama kucing ini apa? (betul)

(b) *Apa nama anak saudara ini? (salah)

Siapa nama anak saudara ini? (betul)

22. Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak
memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.

(a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)

(b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segala-galanya. (bukan “agar)
(g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)
(j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan *
baik…ataupun)

23. Penggunaan Kata yang Tidak Tepat

1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan
maknanya.

2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan
sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.

3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah
dalam ayat.

Kata dan Keterangannya Contoh Kesalahan dan Pembetulan
Salah
Adakah dan Apakah (a) *Apakah benar ceritamu itu?
i. Kata adakah digunakan untuk mendapat
jawapan ya atau tidak. (b) *Apakah Ali datang semalam?

ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat (c) *Apakah kamu bermimpi?
jawapan tentang nama binatang,benda,
keterangan tentang sesuatu, dan untuk Betul
menanyakansesuatu yang tidak khusus.

iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku (a) Adakah benar ceritamu itu?
apabila kata apakah digunakan pada tempat (b) Adakah Ali datang semalam?
adakah.

(c) Adakah kamu bermimpi?

Banyak dan Ramai Salah
i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan (a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu.
jumlah atau bilangan sama ada manusia,
benda, atau binatang. (b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan
air tawar
ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan
(c) *Sudirman mempunyai peminat yang
dengan keadaan Huh-rendah, ramai.

riang, gembira, meriah, serba Betul

gist, sibuk, tidak sunyi, dan pen- (a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.

duduk yang banyak. Jadi, kata (b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan
ramai menunjukkan suasana atau air tawar.
keadaan.
(c) Sudirman mempunyai peminat yang
banyak.

iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku

apabila kata banyak diganti dengan

kata ramai.

Boleh dan Dapat Salah
i. Kata boleh lebih sesuai digunakan (a) *Adik saya sudah boleh menungang
dalam hubungan dengan keizinan. basikal.
ii Kata dapat pula lebih sesuai
digunakan dalam hubungan dengan (b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman.
keupayaan atau kemampuan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku (c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana
apabila kata dapat diganti dengan badan saya gemuk.
kata boleh.
Betul

(a) Adik saya sudah dapat menunggang
basikal.

(b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam.

(c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana
badan saya gemuk.

Bukan dan Tidak Salah
i. Kata bukan dan tidak tergolong (a) *Beg ini bukan berat.

dalam kelas kata nafi untuk (b) “Adik bukan tidur di bilik.
membentuk ayat nafi. (c) *Dia bukan menulis surat.
ii. Kata bukan tidak boleh digunakan Betul
apabila frasa adjektif atau frasa (a) Beg ini tidak berat.
kerja menjadi predikat ayat. (b) Adik tidak tidur di bilik.
iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna- (c) Dia tidak menulis surat.
kan apabila frasa nama menjadi
predikat ayat. Salah
(a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.
Golong dan Gulung (b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang
i. Kata golong boleh diberi imbuhan baik-baik.
menjadi menggolongkan, tergolong, (c) “Beliau menggulungkan mereka sebagai
golongan, dan penggolongan. Tiap- penentang.
tiap kata ini berbeza maknanya. (d) *Kakak sedang menggolong tikar.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan Betul
menjadi bergulung, mengulung, ter- (a) Golongan petani memerlukan bantuan.
gulung, dan gulungan. (b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang
iii. Kata golong dan gulung ini sering baik-baik.
salah digunakan dan salah dieja (c) Beliau menggolongkan mereka sebagai
kerana seakan-akan sama bentuknya. penentang.
(d) Kakak sedang menggulung tikar.
Menonton dan Menuntun
i. Kata menonton bererti melihat Salah
sesuatu pertunjukan. Selain itu, (a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut
ada pula kata mempertontonkan, malam.
tontonan, dan penonton. Setiap kata (b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan
suatu drama.
(c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi

ini berbeza maknanya. tuntunan kita.

ii. Kata menuntun pula bererti me- (d)*Para penuntun bersorak apabila
Anbalagan berjaya menjaringkan bola.
mimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti
bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap Betul
kata ini pun berbeza maknanya.
(a) Kami menonton televisyen sehingga larut
iii. Penggunaan kata menonton sering dieja malam.
salah sebagai menuntun kerana bentuknya
seakan-akan sama. (b) Kumpulan itu akan mempertontonkan
suatu drama.

(c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi
tontonan kita.

(d) Para penonton bersorak apabila
Anbalagan berjaya menjaringkan bola.

Pedalaman dan Pendalaman Salah
i. Kedua-dua kata ini berasal daripada (a) *Beberapa kawasan pendalaman di
kata yang sama (dalam) tetapi Kelantan dinaiki air.
berbeza maknanya.
ii. Pedalaman bererti kawasan yang (b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di
terpencil atau daerah yang jauh lakukan untuk mengelakkan berlakunya
dari perhubungan dan kemudahan. banjir.
iii. Pendalaman pula bererti usaha
mendalami atau mendalamkan. Betul
iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam
ayat berlaku kerana ketidakpastian (a) Beberapa kawasan pedalaman di
tentang ejaannya. Kelantan dinaiki air.

(b) Pendalaman dasar Sungai Kelang
dilakukan untuk mengelakkan berlakunya
banjir.

Pendapat dan Pendapatan Salah
i. Kedua-dua kata ini pun berasal (a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah
rancangan ini dijalankan?
daripada kata yang sama (dapat)
(b) “Pada pendapatan saya,penswastaan

tetapiberbeza maknanya. banyak membawa
ii. Pendapat bererti buah fikiran atau kebaikan.
pandangan. Betul
iii. Pendapatan pula bererti hasil pen- (a) Pada pendapat saudara, dapatkah
carian yang biasanya dihubungkan rancangan ini dijalankan?
dengan gaji atau upah. (b) Pada pendapat saya, penswastaan
iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku banyak membawa kebaikan.
apabila kata pendapatan digunakan
pada tempat pendapat. Salah
(a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh
Tembok dan Tembuk Shih Huang Ti.
i. Tembok bererti dinding atau (b) *Tapak kasut ini sudah tembok.
halangan yang dibuat daripada (c) *Pekerja itu menembok dinding dengan
batu. Kata ini boleh dibentuk penebuk elektrik.
menjadi kata kerja menembok yang Betul
bererti mendinding. (a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh
ii. Tembuk pula bererti tembus atau Shih Huang Ti.
berlubang. Kata ini pun boleh di- (b) Tapak kasut ini sudah tembuk.
bentuk menjadi kata kerja menembuk (c) Pekerja itu menembuk dinding dengan
yang bererti membuat lubang. penebuk elektrik.
iii. Kesalahan penggunaan kata ini
dalam ayat berlaku kerana ketidak-
pastian tentang ejaannya.

24. Bentuk Jamak
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan

melalui:
(a) pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan
sebagainya.
(b) penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta,
semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.
(c) Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan sebagainya.
(d) pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.
2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.
Misalnya:
(a) *dua buah keretakereta (salah)
dua buah kereta (betul
(b) *semua pelajar pelajar(salah)
semua pelajar (betul
(c) “para pemudi pemudi (salah)
para pemudi (betul)
3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:
*Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul
(b)
4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak
perlu diulang. Misalnya:
Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)
(b) *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah)
Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul)

25. Hukum DM
1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.
2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang.
Misalnya:
(a) *”lainlain hal(salah)
halhal lain (betul)
(b) *Malik kedai runcit (salah)
kedai runcit Malik (betul)
(c) `goreng pisang (salah)
pisang goreng (betul)
(d) `cili sos (salah)
sos cili (betul)
(e) *mini estet(salah)
estet mini (betul)

26. Frasa Adjektif
1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.
Contohnya: sangat besar atau besar sekali.
3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus. Misalnya:
(a) “Ubat itu sangat pahit betul.
(salah)
Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)
Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
Soalan inilah yang paling sukar. (atau)

Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)
4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang,
kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:
(a) *Asmah mendapat markah
yang paling terbaik. (salah)
Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)
(b) *Stadium inilah yang terbesar
sekali di dunia. (salah)
Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)
5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz
sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a) *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)
(b) *Kami benci sikapnya itu. (salah)
Kami benci akan sikapnya itu.(betul)

27. Frasa Kerja Tak Transitif
1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa
objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya.
2. Kata kerja talk transitif yang berapitan ber…kan tidak boleh disertai kata sendi kerana
akhiran kan pada apitan ber…kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata
sendi dengan, atau pada, atau tentang.
Misalnya:
(a) *berdasarkan pada keterangan ini (salah)
berdasarkan keterangan ini (betul)
(b) *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)

3. Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a) *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)
(b) *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)

28. Frasa Kerja Transitif
1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa
nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
2. Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh
disisipkan.
Misalnya:
(a) *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)
(b) *Dia membeli banyak buah.(salah)
Dia banyak membeli buah. (betul)
(c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)

29. Frasa Kerja Pasif
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat.
Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif
itu. Misalnya:
(a) *Surat itu saga akan balas.(salah)
Surat itu akan saga balas.

(b) *Orang itu kita patut Bantu.(salah)
Orang itu patut kita Bantu. (betul)
(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)
3. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh
disamakan.
Misalnya:
(a) *Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
Buku itu saya baca. (betul)
(b) * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)
Mejaineja itu kami susun. (betul)
(c) *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
Nota itu kamu tulis? (betul
Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri
pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:
(a) *Dinding itu dia conteng. (salah)
binding itu diconteng olehnya. (betul)
(b) Drama itu mereka persembah­kan. (salah)
Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)

30. Ayat Tergantung

1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.

3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang
berikut.

*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya) Negara negara di seluruh
dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negara negara)

4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang
berikut.

(a) *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)

Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)

(b) *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)

Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dari sini) atau

Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)

Beberapa contoh “ayat tergantung” yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut.

(a) *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya)
Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.

(Subjeknya: Keterangan im)

(b) *Bagi setiap orang mesti mematuhi undang-undang. (tidak ada subjeknya)

Setiap orang mesti mematuhi undang-undang. (subjeknya: setiap orang)

*Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya) Seluruh kawasan sudah dinaiki air.
(subjeknya: Seluruh kawasan)

TIPS KESALAHAN TATABAHASA

A. ANALISIS KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Gariskan kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di bawah dan betulkan kesalahan tersebut.

1. Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah.
_______________________

2. Beruang ini sakit. Ia ini perlu dirawat.
_______________________

3. “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.
_______________________

4. “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie.
_______________________

5. Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih.
_______________________

6. Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat.
_______________________

7. Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh.
_______________________

8. Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta.
_______________________

9. Sesetengah orang murid tidak suka akan teguran oleh guru walaupun dia bersalah.
_______________________

10. kedua mempelai sama cantik sama padan.
_______________________

11. Para-para penduduk perlu bekerjasama untuk mengatasi apa-apa masalah di kawasan
tempat tinggal
_______________________

12. Perjalanan kami ke rumah Aida mengambil masa satu setengan jam.
_______________________

13. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
_______________________

14. Semua orang peserta pertandingan kawad kaki perlu memakai uniform yang lengkap.
_______________________

15. Segala butir cadangan yang hendak dikemukakan hendaklah dinyatakan dengan jelas.
_______________________

16. Buku cerita yang baru saya beli pada minggu lepas ada dengan Suzie.
_______________________

17. Latihan itu akan diadakan dari semasa ke masa.
_______________________

18. Hafizuddin memberi sekuntum bunga ros kepada Seha.
_______________________

19. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
________________________

20. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
________________________

21. Adik tidur di ruang tamu berbantalkan pada lengannya.
________________________

22. Kami duduk di bawah pokok beralaskan dengan surat khabar lama sambil membaca buku.
________________________

23. Berpandukan kepada arahan juru latih, kami berjaya keluar dari hutan itu dengan selamat.
________________________

24. Ayah sedang mempertajamkan parang yang baru dibelinya semalam.
________________________

25. Para pelancong yang mengunjungi Pulau Tioman sangat tertarik akan keindahan pulau itu.
________________________

26. Ibu akan menghadiahi saya sebuah basikal baharu jika sekiranya saya mendapat 8A dalam
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) nanti.
________________________

27. Buku-buku yang tebal itu saya akan hantar ke bilik guru.
________________________

28. Tugasan yang disediakan oleh kami itu mendapat pujian daripada guru kerana kemas dan
Menarik.
________________________

29. Ibu mengunggu kepulangan abang dari perantauan dari hari ke sehari.
________________________

30. Oleh kerana gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang
lepas, Aizal membuat keputusan untuk mengikuti kursus kemahiran.
________________________

31. Kerajaan telah memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) bertujuan demi untuk
meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah.
________________________

32. Yang di-Pertuan Agong berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-58
di Istana Negara.
________________________

33. Kamu mesti ingat janji-janji kamu tempoh hari.
________________________

34. Amalan saling tegur-menegur sesama jiran tetangga akan dapat mengerat silaturahim.
________________________

35. Siber kafeteria yang dibuka di merata-rata tempat banyak menyumbang keburukan kepada
para remaja.
________________________

36. Bangunan itu tertinggi.
_________________________

37. Persahabatan antara kami hanya tinggal di dalam kenangan selepas ayahnya berpindah ke
luar negara.

38. Pengetua menjelaskan bahawa isu berkaitan ponteng sekolah akan dibincangkan dalam
lain-lain agenda.
__________________________

39. Selain daripada sikap anak-anak, kesibukan ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada
keruntuhan akhlak remaja pada hari ini.
__________________________

40. Encik Murad telah membeli beberapa helai mini telekung untuk isterinya.
__________________________

41. Banyak pemilik rumah menuntut ganti rugi kerana rumah yang mereka beli mahal tetapi tidak
berkualiti.

42. Sejak dari kematian rakan karibnya itu dia kelihatan murung dan sentiasa menyendiri.
_________________________

43. Banjir lumpur yang melanda itu menenggelamkan kebanyakan rumah-rumah yang terletak di
kawasan yang rendah.
_________________________

44. Pahlawan-pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
_________________________

45. Sekandang lembu-lembu Pak Mail mati kerana penyakit kuku dan mulut.
_________________________

46. Kami bercadang ingin bertemu gadis itu pada hujung bulan ini.
_________________________

JAWAPAN :

Gariskan kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di bawah dan betulkan kesalahan tersebut.

1. Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah.
Dia

2. Beruang ini sakit. Ia ini perlu dirawat.
Beruang ini

3. “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.
Kita

4. “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie.
Kami

6. Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih.
Ayam-ayam itu

40. Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat.
Mereka

7. Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh.
ia

7. Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta.
kerana dilanggar

8. Sesetengah orang murid tidak suka akan teguran oleh guru walaupun dia bersalah.
Sesetengah murid

9. kedua mempelai sama cantik sama padan.
Kedua-kedua

10. Para-para penduduk perlu bekerjasama untuk mengatasi apa-apa masalah di kawasan
tempat tinggal.
Para penduduk

12. Perjalanan kami ke rumah Aida mengambil masa satu setengan jam.
satu jam setengah

12. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
Daripada

14. Semua orang peserta pertandingan kawad kaki perlu memakai uniform yang lengkap.
Semua peserta

16. Segala butir cadangan yang hendak dikemukakan hendaklah dinyatakan dengan jelas.
Segala cadangan

16. Buku cerita yang baru saya beli pada minggu lepas ada dengan Suzie.
pada

14. Latihan itu akan diadakan dari semasa ke masa.
semasa ke semasa

15. Hafizuddin memberi sekuntum bunga ros merah Seha.
memberikan

16. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.

menasihati

17. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
mengotori

18. Adik tidur di ruang tamu berbantalkan pada lengannya.
Berbantalkan

19. Kami duduk di bawah pokok beralaskan dengan surat khabar lama sambil membaca buku.
beralaskan

20. Berpandukan kepada arahan juru latih, kami berjaya keluar dari hutan itu dengan selamat.
Berpandukan

21. Ayah sedang mempertajamkan parang yang baru dibelinya semalam.
mempertajam

22. Para pelancong yang mengunjungi Pulau Tioman sangat tertarik akan keindahan pulau itu.
oleh

23. Ibu akan menghadiahi saya sebuah basikal baharu jika sekiranya saya mendapat 8A dalam
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) nanti.
jika

24. Buku-buku yang tebal itu saya akan hantar ke bilik guru.
akan saya hantar

25. Tugasan yang disediakan oleh kami itu mendapat pujian daripada guru kerana kemas dan
menarik.
Kami sediakan

26. Ibu mengunggu kepulangan abang dari perantauan dari hari ke sehari.
dari hari ke hari

27. Oleh kerana gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang
lepas, Aizal membuat keputusan untuk mengikuti kursus kemahiran.
Oleh sebab

28. Kerajaan telah memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) bertujuan demi untuk
meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah.
demi

29. Yang di-Pertuan Agong berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-58
di Istana Negara.
bertitah

30. Kamu mesti ingat janji-janji kamu tempoh hari.
ingat akan janji-janji

31. Amalan saling tegur-menegur sesama jiran tetangga akan dapat mengerat silaturahim.
saling menegur

32. Siber kafeteria yang dibuka di merata-rata tempat banyak menyumbang keburukan kepada

para remaja.
Kafeteria siber

33. Bangunan itu tertinggi.
paling tertinggi

37. Persahabatan antara kami hanya tinggal di dalam kenangan selepas ayahnya berpindah ke
luar negara.
di dalam

38. Pengetua menjelaskan bahawa isu berkaitan ponteng sekolah akan dibincangkan dalam
lain-lain agenda.
agenda-agenda lain

39. Selain daripada sikap anak-anak, kesibukan ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada
keruntuhan akhlak remaja pada hari ini.
Selain

40. Encik Murad telah membeli beberapa helai mini telekung untuk isterinya.
telekung mini

41. Banyak pemilik rumah menuntut ganti rugi kerana rumah yang mereka beli mahal tetapi tidak
berkualiti.
dibeli oleh mereka

42. Sejak dari kematian rakan karibnya itu dia kelihatan murung dan sentiasa menyendiri.
Sejak

43. Banjir lumpur yang melanda itu menenggelamkan kebanyakan rumah-rumah yang terletak di
kawasan yang rendah.
kebanyakan rumah

44. Pahlawan-pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
Pahlawan

45. Sekandang lembu-lembu Pak Mail mati kerana penyakit kuku dan mulut.
Sekandang lembu

46. Kami bercadang ingin bertemu gadis itu pada hujung bulan ini.
bertemu dengan gadis


Click to View FlipBook Version