TATABAHASA - 4 POLA AYAT DASAR
Ayat dasar bermaksud
ayat yang menjadi
dasar pembentukan
pelbagai jenis ayat
yang lain.
Melalui 4 pola ayat dasar maka
terbentuklah ayat-ayat yang
lain seperti ayat tunggal,
majmuk, aktif pasif dan
sebagainya.
TATABAHASA - 4 POLA AYAT DASAR
Setiap ayat dasar terbentuk daripada unsur subjek dan predikat.
Ayat dasar terbahagi kepada 4 pola ayat:
“Jom, kita hargai ilmu walaupun
sepatah perkataan!”
Terdapat 5 cara kenali frasa nama pada predikat.
I. Predikat yang bermula dengan kata imbuhan akhiran -an membentuk frasa
nama. Jika terbaca perkataan berakhiran -an pada awal predikat, sah
jawapannya FN+FN.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA NAMA [PREDIKAT] POLA AYAT
FN +FN
1 Pertandingan itu anjuran Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Kemuning
II. Predikat yang bermula dengan kata pemeri "ialah" wajib diikuti frasa nama.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA NAMA [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Pemenang pertandingan itu ialah murid dari daerah FN +FN
Petaling Perdana.
2 Guru yang sedang berkursus di ialah Cikgu Zakaria FN +FN
Kuala Lumpur
ialah jalan mati. FN +FN
3 Jalan belakang rumah kampung
yang gelap sentiasa itu
III. Predikat yang bermula dengan kata bilangan dan penjodoh bilangan mesti
diikuti frasa nama.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA NAMA [PREDIKAT] POLA AYAT
lima ratus dua puluh orang. FN +FN
1 Bilangan murid yang menyertai
pertandingan itu seorang pelajar Cina. FN +FN
2 Penuntut yang terlibat dalam
kemalangan itu
IV. Predikat yang terbentuk daripada kata tanya juga membentuk frasa nama.
Biasanya ayat tanya bersusunan biasa berakhir dengan kata tanya tanpa
partikel -kah.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA NAMA [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Nama lelaki itu siapa? FN +FN
2 Umur wanita itu berapa? FN +FN
3 Benda itu apa? FN +FN
V. Predikat yang bermula dengan kata nama akan membentuk frasa nama.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA NAMA [PREDIKAT] POLA AYAT
FN +FN
1 Penyanyi muda yang berkasut kulit adik Mat Rashid
buatan Itali itu FN +FN
2 Wanita berkebaya itu ibu saya
Predikat dimulakan dengan kata kerja atau kata bantu + kata kerja.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA KERJA [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Ayah Hafiz FN +FK
pergi ke kedai membeli getah
2 Ketua negara itu pemadam untuk anaknya. FN +FK
3 Ayah sentiasa mengingatkan penghuni FN +FK
kota supaya berdikari.
4 Saya FN +FK
5 Pengetua selalu bekerja keras untuk menyara FN +FK
kami sekeluarga.
akan menghantar latihan jika siap.
telah bersetuju meluluskan
permohonan lawatan sambil belajar.
I. Predikat yang bermula dengan semua kata penguat + kata adjektif.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Baju itu agak longgar. FN +FA
2 Rumah di atas bukit itu besar sungguh FN +FA
II. Predikat yang bermula dengan imbuhan ke-...-an yang membentuk frasa
adjektif.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Langit hari ini kemerah-merahan. FN +FA
2 Pakaian penceramah itu kemelayuan. FN +FA
III. Predikat yang bermula dengan imbuhan ke-...-an yang membentuk frasa
adjektif.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Langit hari ini kemerah-merahan. FN +FA
2 Pakaian penceramah itu kemelayuan. FN +FA
IV. Predikat yang bermula dengan imbuhan se- yang disambut kata kerja atau
kata adjektif yang berunsur perbandingan.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Imran sepandai abangnya. FN +FA
2 Wajah penceramah itu secantik kakak saya. FN +FA
3 Tenaga Ali sekuat ahli gusti. FN +FA
V. Predikat yang bermula dengan kata adjektif + kata adjektif dan kata adjektif +
kata nama.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF [PREDIKAT] POLA AYAT
FN +FA
1 Adik saya riang gembira apabila melihat ibu
bapa. FN +FA
2 Lelaki itu muda remaja. FN +FA
3 Baju adik saya
merah jambu.
VI. Predikat terdiri frasa adjektif yang membawa maksud kiasan.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF [PREDIKAT] POLA AYAT
FN +FA
1 Budak lelaki itu panjang tangan. FN +FA
lancang mulut.
2 Wanita dari Pulau Pinang FN +FA
itu baik hati orangnya.
3 Jiran-jiran saya
VII. Subjek bukan frasa nama kerana ayat bersusunan songsang.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF POLA AYAT
[PREDIKAT] FN +FA
1 Nyenak tidurnya. FN +FA
Tidurnya nyenyak.
2 Tinggi lampai anak mami itu. tinggi lampai.
Anak mami itu
VIII. Predikat yang bermula dengan kata bantu + kata adjektif.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF POLA AYAT
1 Bangunan itu [PREDIKAT] FN +FA
2 Nenek saya FN +FA
masih kuat.
belum sihat.
IX. Predikat yang bermula dengan kata penguat + kata kerja juga membentuk
pola FN + FA kerana kata penguat yang hadir sebelum atau selepas kata kerja
itu sudah membentuk frasa adjektif.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA ADJEKTIF / FRASA KERJA POLA AYAT
1a Filem itu menyedihkan[KK] hati saya. FN +FK
1b Filem itu amat[KP] menyedihkan[KK] hati saya. FN +FA
2a Penerbit filem itu mementingkan[KK] kualiti. FN +FK
2b Penerbit filem itu memang[KP] mementingkan[KK] kualiti. FN +FA
2c Penerbit filem itu mementingkan[KK] kualiti benar[KP]. FN +FA
X. Predikat yang bermula dengan semua kata sendi nama.
BIL FRASA NAMA [SUBJEK] FRASA SENDI NAMA [PREDIKAT] POLA AYAT
1 Wanita tua itu di jambatan. FN +FSN
2 Ibu saya di belakang rumah. FN +FSN
3 Kakak ke dapur untuk membasuh pinggan. FN +FSN
4 Surat yang ibu terima dari Pulau Pinang. FN +FSN
5 Aminah antara rakan baik saya. FN +FSN
6 Anak kecil itu di atas pangkuan ibunya setiap waktu. FN +FSN
7 Hadiah istimewa yang adalah[K.Pemeri] untuk ibu saya. FN +FSN
mahal itu
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama
+ Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. [ ]
2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin. [ ]
3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. [ ]
4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. [ ]
5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu. [ ]
6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
[]
7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh. [ ]
8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
[]
9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah. [ ]
10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya. [ ]
11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda. [ ]
12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu. [ ]
13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia. [ ]
14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih. [ ]
15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria. [ ]
16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini. [ ]
17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina. [ ]
18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. [ ]
1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. (FN+FA)
2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin. (FN+FA)
3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. (FN+FK)
4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. (FN+FN)
5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu. (FN+FS)
6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
(FN+FA)
7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh. (FN+FK)
8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya. (FN+FS)
9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah. (FN+FK)
10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya. (FN+FN)
11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda. (FN+FS)
12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu. (FN+FS)
13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia. (FN+FS)
14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih. (FN+FA)
15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria. (FN+FN)
16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini. (FN+FA)
17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina. (FN+FN)
18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. (FN+FK)