ULANG KAJI [ULASAN & KARANGAN PENDEK]
CARA MENULIS ULASAN / PEMINDAHAN MAKLUMAT
1. ISI TERSURAT DAN ISI TERSIRAT:
ULASAN/ PEMINDAHAN
MAKLUMAT
konsep konsep
ISI TERSURAT ISI TERSIRAT
1. Semua maklumat yang 1. Isi tersirat mesti relevan
terdapat dalam bahan yg kita dengan isi tersurat.
nampak/ segala bahan yang
terhidang di depan mata kita. 2. Cara mengesan isi tersirat
kita boleh guna kaedah -
2. Bahan : peta bulatan/ mengapa/ bagaimana/ kesan/
gambar/ gambar rajah/ peta/ contoh
graf/ iklan dan lain-lain.
3. Contoh: Bahan Ulasan
3. Contoh : Bahan iklan - tajuk/
tarikh/ masa/ tempat/ Gambar kemalangan jalan raya
ISI TERSURAT:
ISI TERSIRAT:
2. KERANGKA ULASAN:
PENDAHULUAN:
[Bila/ tema/ isu]
ISI:
1. ISI TERSURAT
2. ISI TERSIRAT
[Penanda wacana -
menghubungkan isi dan
huraian]
PENUTUP:
1. Tuntasnya
2. Mestilah [cadangan]
3. Supaya/ agar/ semoga
[harapan]
RANGKA JAWAPAN:
A. PENDAHULUAN:
Mutakhir ini, merokok dalam kalangan masyarakat di negara ini semakin serius dan
membimbangkan semua pihak. [14]
B. ISI-ISI PENTING:
1. Antara keburukan merokok ialah merokok membahayakan kesihatan kerana rokok mengandungi
pelbagai jenis bahan kimia. Kesannya, perokok akan menghidapi penyakit seperti barah paru-
paru dan penyakit jantung. [25]
2. Selain itu, merokok akan mendorong kepada penagihan dadah. Hal ini demikian
kerana nikotin yang terdapat dalam rokok menyebabkan perokok ketagihan melampau dan
akhirnya mengambil dadah. [25]
3. Keburukan terakhir ialah merokok akan membazirkan wang kerana perokok
terpaksa menggunakan sebahagian pendapatannya untuk membeli rokok ekoran ketagihan seperti
mereka membeli barangan keperluan lain. [24]
C. PENUTUP:
Tuntasnya, semua pihak mestilah berganding bahu untuk menangani masalah ini supaya rakyat
Malaysia bebas daripada merokok. [16]
ULASAN LENGKAP: (CADANGAN JAWAPAN)
Mutakhir ini, merokok dalam kalangan masyarakat di negara ini semakin serius dan membimbangkan
semua pihak. Antara keburukan merokok ialah merokok membahayakan kesihatan kerana rokok
mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Kesannya, perokok akan menghidapi penyakit seperti barah
paru-paru dan penyakit jantung. Selain itu, merokok akan mendorong kepada penagihan dadah. Hal
ini demikian kerana nikotin yang terdapat dalam rokok menyebabkan perokok ketagihan melampau dan
akhirnya mengambil dadah. Keburukan terakhir ialah merokok akan membazirkan wang kerana
perokok terpaksa menggunakan sebahagian pendapatannya untuk membeli rokok ekoran ketagihan
seperti mereka membeli barangan keperluan lain. Tuntasnya, semua pihak mestilah berganding bahu
untuk menangani masalah ini supaya rakyat Malaysia bebas daripada merokok.
[104 patah perkataan]
CARA MENULIS KARANGAN PENDEK
BAHAGIAN A : 10 markah [15 minit]
1. Calon diberi 1 tema.
TEMA
Peta I-think Gambar Tunggal Gambar Bersiri Satu Set Isi Penting
2. ARAHAN: Tulis karangan pendek berdasarkan bahan yang di beri.
3. Panjang karangan anda hendaklan antara 50 hingga 80 patah perkataan.
KRITERIA PENSKORAN
BIL PERINGKAT MARKAH
1 Cemerlang [5 - 6 isi] 8 - 10 markah
2 Baik [3 - 4 isi] 6 - 7 markah
3 Penguasaan minimum [1 - 2 isi] 3 - 5 markah
4 Tidak mencapai tahap penguasaan 0 - 2 markah
minimum [ tiada isi]
Nota : Berdasarkan pentaksiran PT3 2019
FORMAT KARANGAN
PENDEK
PENDAHULUAN ISI PENUTUP
CONTOH BAHAN KARANGAN PENDEK
Berdasarkan gambar yang diberi, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.
bersalam – minta Hari cuti – membantu
ampun dan restu – ayah – halaman rumah
pembelajaran – bersih – bebas
diberkati. penyakit – denggi.
CARA-CARA ANDA
MEMBALAS JASA
IBU DAN BAPA
belajar bersungguh-sungguh Ayah sakit dan - di
– ke universiti hospital – menjaga ayah -
sabar - keperluan ayah
terjaga - dihargai
JAWAPAN :
Cara saya membalas jasa ibu bapa ialah pada setiap hari cuti, saya membantu ayah membersihkan
halaman rumah supaya bersih. Kesannya, kami sekeluarga bebas daripada penyakit seperti denggi.
Selain itu, saya menjaga ayah dengan sabar apabila ayah sakit dan terlantar di hospital supaya
keperluan ayah terjaga dan beliau berasa dihargai. Seterusnya, saya akan belajar bersungguh-sungguh
sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti supaya mereka gembira. Sebelum ke sekolah, saya
bersalam dengan ibu meminta ampun atas segala kesalahan supaya pembelajaran pada hari itu
diberkati.
[78 patah perkataan]