The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8048745, 2021-10-13 22:49:02

PROJEK PBP 2 SAINS (GEN-Z)

PROJEK PBP 2 SAINS (GEN-Z)

SMK SERI PULAI PERDANA

TAJUK : KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
STANDARD KANDUNGAN : SISTEM PEREDARAN DARAH
STANDARD PEMBELAJARAN : MEWAJARKAN
KEPENTINGAN MENGEKALKAN JANTUNG YANG SIHAT.
KELAS : 3 AL-BUKHARI

NAMA KUMPULAN : GEN-Z

AHLI KUMPULAN :
KUNAAHL NAIR A/L KAMALAHASAN
VIJAYBASKAR RAVINTERAKUMAR
NUR ALIYA NATASYA BINTI MOHD HUSSIN
NERAIMATHI A/P MURUGAN
YADAVI A/P KUMAR

TARIKH PELAKSANAAN : 10 OKTOBER - 24 OKTOBER 2021
MASA DIPERUNTUKKAN : 2 MINGGU

ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka Surat
1 Pendahuluan 3
2 Objektif Kajian 4
3 Hasil Dapatan 5
4 Rumusan 13
5 Sumber Rujukan 14

PENDAHULUAN

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi atas
limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan
kerja kursus ini dengan sempurna walaupun
pelbagai kekangan yang telah kami rintangi
semasa proses perlaksanaan tugasan ini secara
dalam talian.
Namun begitu, kami tetap berusaha untuk
mencari inisiatif bagi mengatasi masalah itu.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Encik Mohd Rozali bin Aloi atas
bantuan dan tunjuk ajar tentang perlaksanaan
ini.
Kami amat berbangga kerana dapat
menyelesaikan tugasan ini pada waktu yang
ditetapkan iaitu dua minggu. Akhir sekali, kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam perlaksanaan
tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kami menjalankan kajian ini bagi Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) adalah untuk mengkaji
tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung.
Melalui kajian ini kami dapat memenuhi objektif
berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk
mengenal pasti kepentingan utama kesihatan jantung
dan kesan sekiranya tidak menjaga kesihatan jantung.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan kami
tentang kepentingan kesihatan jantung. Kajian ini
juga dapat menyedarkan masyarakat bahawa
terdapat pelbagai kepentingan mempunyai jantung
yang sihat. Oleh hal yang demikian, masalah sesak
nafas dan masalah kesihatan sesama rakyat dapat
dielakkan.

HASIL DAPATAN

PENERANGAN TENTANG JANTUNG

FUNGSI KOMPONEN JANTUNG

i) Atrium kanan vi) Injap bikuspid
- Darah terdeoksigen dari seluruh - Hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari
badan kecuali peparu memasuki atrium atrium kiri ke ventrikel kiri.
kanan melalui vena kava superior dan
infrerior. vii) Ventrikel kiri
ii) Injap trikuspid
- Hanya membenarkan pengaliran - Apabila ventrikel kiri mengecut, darah beroksigen
darah satu hala dari atrium kanan ke dipaksa mengalir keluar ke dalam aorta untuk dibawa
ventrikel kanan.  keseluruh bahagian badan kecuali peparu.
iii) Ventrikel kanan
-Apabila ventrikel kanan mengecut,
darah terdeoksigen dipaksa mengalir
keluar ke dalam arteri pulmonari untuk
dibawa ke peparu.
iv) Injap sabit
- Memastikan darah mengalir dalam
satu hala dan tidak berpatah balik ke
ventrikel.
v) Atrium kiri
- Darah beroksigen dari peparu
memasuki atrium kiri melalui vena
pulmonari.

PENERANGAN TENTANG JANTUNG

CARA JANTUNG MEMBEKALKAN OKSIGEN
KESELURUH BADAN

Darah terdeoksigen Darah beroksigen

Vena kava superior dan inferior Vena pulmonari

Atrium kanan Atrium kiri

Injap trikuspid Injap bikuspid

Ventrikel kanan Ventrikel kiri
Injap sabit
Injap sabit
Arteri pulmonari Aorta


Seluruh Badan kecuali Peparu
Peparu

PENERANGAN TENTANG JANTUNG

Kandungan cecair hemoglobin yang jantung salurkan keseluruh badan

Dalam kandungan hemoglobin mempunyai beberapa komponen, antaranya :

Sel darah merah berperanan untuk mengangkut
oksigen keseluruh badan dan peparu. Sel darah
putih pula membunuh patogen dalam darah.
Manakala platlet pula membantu dalam proses
pembekuan darah dan juga plasma berperanan
mengangkut bahan terlarut seperti nutrien.

Sel darah putih Sel darah merah

Plasma Platlet

FUNGSI JANTUNG

Fungsi jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh
.badan Bagi menjalankan fungsi ini, jantung dilengkapi
dengan otot miokardium yang kuat dan tahan lama kerana
jantung bekerja 24 jam sehari tanpa berhenti

Darah dipam mengandungi oksigen dan nutrisi yang
diperlukan oleh sel-sel di seluruh badan. Tanpa bahan
ini, sel-sel tidak dapat hidup dan menjalankan
fungsinya.

Selain itu, darah juga berfungsi membawa karbon dioksida
dan bahan-bahan toksik daripada sel-sel terbabit dan
dibawa ke organ lain untuk tujuan detoksifikasi.

Secara mudahnya, darah yang dipam oleh jantung
melalui dua peredaran iaitu peredaran pulmonari dan

peredaran sistemik.

PEREDARAN PULMONARI

Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari
jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke
jantung melalui vena pulmonari.

PEREDARAN SISTEMIK

Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung
melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke
jantung.

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
JANTUNG

Menghindari daripada penyakit kronik

Jantung yang tidak sihat akan menyebabkan pelbagai
penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari,
serangan jantung, tekanan darah tinggi dan strok.

Badan mempunyai kebolehan untuk
menjalankan pelbagai aktiviti mental,
fizikal, sosial dan fisiologi

Badan tidak akan berasa lemah dan setiasa cergas
dalam melakukan pelbagai aktiviti. Kita juga akan
sentiasa aktif dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti.

Mengelakkan kegagalan jantung
kongestif

Kegagalam jantung kongestif atau "Congestive
Heart Failure (CHF)" bukanlah kondisi dimana
jantung seseorang berhenti berdetak melainkan
kegagalan jantung dalam mengepam darah ke seluruh
tubuh akibat kelainan pada otot-otot jantung.

CARA - CARA MENJAGA KESIHATAN

JANTUNG

Bersenam secara berkala

Aktiviti bersenam dapat mengawal tekanan membantu
mengurangkan serangan jantung dan strok. Ia juga sering
dikaitkan dengan mengurangkan risiko tekanan darah
tinggi. Senaman yang dilakukan juga dapat menurunkan
bahaya terkena plak pada arteri.

Makan makanan yang berkhasiat

Pemakanan sihat dan seimbang haruslah terdiri daripada
buah-buahan, sayuran, bijian, kekacang dan protein tanpa
lemak. Kurangkan atau elakkan pengambilan makanan
diproses, seperti makanan sejuk beku, dan makanan siap
dimakan. Kita juga perlu menggantikkan minuman tenaga
dan karbonat dengan air kosong kerana jumlah gula dalam
kedua-dua minuman tersebut adalah tinggi.

Mengelakkan rokok

Ia menyebabkan barah, merosakkan paru-paru. Merokok
meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit
jantung. Tabiat ini juga boleh merosakkan lapisan arteri.
Tabiat ini adalah penyebab utama penyakit jantung
koronari.

Pengurusan stres

Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang
berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah
meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap
jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan
aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat
membantu menenangkan diri dan mengurangkan
stres.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala

Pemeriksaan kesihatan harus dilakukan dengan kerap
oleh seseorang itu terutamanya golongan dewasa yang
mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi masalah
kesihatan. Melalui perbuatan ini, masalah kesihatan
dapat dikenalpasti dengan mudah dan pada peringkat
awal serta memudahkan proses pencegahannya

Kekalan Berat Badan yang sihat

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT)
di antara 18.5 dan 24.9. Kita disarankan untuk
mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi
tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan
tahap gula darah dan tekanan darah.

KESAN-KESAN BURUK SEKIRANYA TIDAK
MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Kemungkinan berlaku serangan
jantung adalah tinggi

Sekiranya tidak menjaga kesihatan jantung, jantung
berkemungkinan menjadi lemah dan menyebabkan
serangan jantung yang mampu mendatangkan maut
kepada manusia.

Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung berlaku akibat jantung yang lemah
atau rosak. Dalam keadaan ini, jantung tidak dapat
mengepam darah yang mencukupi ke seluruh tubuh atau
otot jantung tidak mengendur sepenuhnya untuk mengisi
darah yang mencukupi.

Kegagalan jantung boleh menjejaskan bahagian kiri,
bahagian kanan atau kedua-dua belah jantung.

RUMUSAN

Kesimpulannya, PBP ini telah menjadikan
pembelajaran kami di sekolah seperti
pembelajaran dalam kehidupan sebenar. Bukan
sahaja membantu dalam kehidupan sebenar,
malah PBP ini telah banyak membantu kami
mempelajari tentang penerangan
jantung,fungsi jantung,kepentingan menjaga
kesihatan jantung, cara-cara menjaga
kesihatan jantung dan kesan-kesan buruk jika
tidak menjaga kesihatan jantung melalui cara
yang lebih efektif dan menarik. Selain
menguasai pengetahuan, PBP ini telah
memudahkan kehidupan seharian dengan
mengajari kami komponen-komponen penting
seperti kolaborasi, penyelesaian masalah,
persembahan, penyampaian dan komunikasi
dengan pihak lain. Kami berharap agar kami
dapat menjalankan tugasan PBP seterusnya
dengan kefahaman yang lebih mendalam.

SUMBER RUJUKAN

LAMAN SESAWANG

https://hellodoktor.com/penyakit-
jantung/kepentingan-menjaga-kesihatan-jantung/

https://www.anlene.com/my/ms/healthy-living/move-
young/5-tips-to-takecare-of-your-heart.html

https://www.facebook.com/poliklinikzainazraibukitidam
anselayang/photos/masalah-jantung-merupakan-
antara-penyakit-yang-bahaya-juga-membawa-maut-
sering-k/2585002455045878/\

https://www.halodoc.com/artikel/ketahui-fungsi-
jantung-ini-pada-tubuh-manusia

BUKU RUJUKAN

Ng Chee Kin&Gan Wat Yeat, 2019, Success Sains,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tho Lai Hong&Che Ahamad Daud, 2018,Sains,Susbidi
Sdn. Bhd


Click to View FlipBook Version