4.1 Lakaran Piktorial
Lakaran piktorial ialah gambaran kasar objek
sebenar yang dilihat dari pelbagai arah atau
sudut pandangan (pandangan atas (pelan),
pandangan sisi (pilih sisi yang lebih penting),
dan pandangan hadapan).
Pandangan atas
Pandangan sisi
Pandangan hadapan
4.1 Lakaran Piktorial
Lakaran adalah dalam bentuk dua dimensi (2D)
atau tiga dimensi (3D).
Lakaran ini digunakan oleh pereka untuk
menyampaikan idea dan konsep kepada para
pelanggan.
Lakaran merupakan contengan berbentuk
garisan, gambar, dan simbol bahasa yang
menerangkan sesuatu perkara.
4.1 Lakaran Piktorial
Definasi Lakaran
Lakaran ialah satu lakaran awal atau
lukisan draf yang dihasilkan dengan
menggunakan teknik lakaran bebas
(freehand drawing) tanpa bantuan alat
melukis seperti pembaris
atau jangka lukis.
4.1 Lakaran Piktorial Piktorial
Alatan asas yang digunakan untuk lakaran ialah
pensel (2B dan 4B), arang, pastel kapur, pen
penanda (marker pen) dan pen.
Komputer boleh digunakan tetapi memerlukan
kemahiran yang tinggi dan tidak semudah
lakaran menggunakan tangan.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Lakaran memainkan peranan penting dalam menentukan
konsep awal proses reka bentuk sesuatu produk, proses
pembinaan, bahan yang akan digunakan, dan kos
pembinaan projek yang terlibat.
Lakaran selalunya memakan masa dan melibatkan proses
yang berulang sehingga lakaran tersebut menepati
kehendak dan dipersetujui oleh pelanggan.
Proses lakaran bermula daripada contengan idea, perincian
konsep asas, perincian visual, and akhirnya lakaran lengkap.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
A. Mempercepat pembangunan konsep
Lakaran merupakan kaedah terbaik dalam penjimatan masa
untuk meneroka konsep bagi menunjukkan gambaran
pereka kerana lakaran hanya dihasilkan di atas kertas, dan
seterusnya dipindah ke dalam komputer.
Bergantung kepada apa penambahbaikan yang dikehendaki,
pelbagai jenis konsep boleh didirikan lalu dilakarkan.
Konsep A Konsep B Konsep C
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
B. Asas Komposisi untk ilustrasi
Lakaran merupakan suatu kaedah yang cepat dan pantas
untuk menunjukkan komposisi komponen dalam ilustrasi
awal sesuatu reka bentu.
Aerodinamik
Lampu belakang
Pandangan sisi Lampu sisi
Pandangan belakang Pandangan hadapan
Lampu hadapan
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
C. Medium komunikasi pelanggan
Lakaran yang telah diusahakan berdasarkan komunikasi
awal pelanggan bersama pereka dihantar kepada pelanggan
untuk pertimbangkan dan persetujuan.
Setelah lakaran itu dimuktamadkan, proses reka bentuk
akan ke peringkat lakaran akhir.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
D. Eksplorasi visual
Lakaran boleh digunakan sebagai catatan aktiviti dan
eksplorasi pereka.
Pereka menujukkan beberapa pilihan
visual rekaannya melalui lakaran.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
E. Penyelesaian perincian visual
Lakaran di proses perincikan dengan menambah pelbagai
elemen berasaskan prinsip reka bentuk.
Penerangan tentang elemen, prinsip, dan bahan yang
digunakan pada lakaran memudahkan pereka melakukan
proses pembangunan reka bentuk.
Hasil lakaran itu boleh diperhalusi dengan menggunakan
lakaran digital.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Jenis-jenis lakaran
i. Lakaran peribadi atau contengan
Lakaran ini tidak kemas, tidak tersusun, dan dilukis di dalam
buku lakaran.
Lakaran ini penting untuk penyediaan konsep produk.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Jenis-jenis lakaran
ii. Lakaran penerokaan
Lakaran ini biasanya lebih kemas.
Dilakar untuk dibuat perbandingan
dengan produk yang sedia ada
dalam pelbagai aspek evolusi
dari segi bentuk, saiz, bahan,
dan sebagainya.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Jenis-jenis lakaran
iii. Lakaran teknikal
Penghasilan lakaran teknikal
menggambarkan penuh
sesuatu objek dari
pelbagai sudud pandangan.
Lakaran ini mengandungi
perincian dimensi yang dapat
membantu pereka
menggambarkan rekaan
produk yang akan dihasilkan.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Jenis-jenis lakaran
iv. Lakaran perkembangan idea
Lakaran ini digunakan untuk
menunjukkan kesemua lakaran
objek bermula daripada
idea pertama hingga
ke objek terakhir yang
hendak dibuat.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Jenis-jenis lakaran
v. Lakaran persembahan
Lakaran persembahan membantu pelanggan memehami
konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka.
4.1 Lakaran Piktorial
Peranan lakaran dalam reka bentuk
Jenis-jenis lakaran
vi. Lakaran digital
Perkembangan teknologi membolehkan pereka
menggunakan alatan (gadget) dan aplikasi terkini untuk
melakar rekaan supaya dapat hasil dan persembahan yang
lebih menarik.
4.1 Lakaran Piktorial
Teknik lakaran piktorial
Lakaran piktorial memaparkan imej 3D yang memudahkah
pereka untuk menggambarkan bentuk atau mentafsir
lukisan. Terdapat tiga teknik lakaran piktorial, iaitu lakaran
secara oblik, isometrik, dan perspektif.
Terang
Byang-bayang Kesan
Kesan pantulan pantulan
cahaya cahaya
Ton gelap separa mendapat
cahaya
Bayangan teras
Kesan bayang
4.1 Lakaran Piktorial
Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
A. Lakaran 2D
Lakaran 2D terdiri daripada sama ada pandangan atas
(pelan), pandangan hadapan, atau pandangan sisi sesebuah
objek sahaja.
Lakaran in dapat dilihat pada satu ararh dan tidak
berstruktur.
Ukuran yang terdapat dalam lakaran 2D bergantung pada
sudut pandangan, sama ada panjang dan lebar, panjang
dan tinggi, atau lebar dan tinggi.
Pandangan hadapan
Ukuran : Lebar dan tinggi
Pandangan sisi
Ukuran : Panjang dan tinggi
Pandangan sisi
Ukuran : Panjang dan tinggi
4.1 Lakaran Piktorial
Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
B. Lakaran 3D
Lakaran 3D memberikan gambaran sebenar objek yang
ingin dibina.
Lakaran in mempunyai lebih daripada satu permukaan
kerana menunjukkan tiga ukuran dimensi, iaitu panjang,
lebar, dan tinggi.
4.1 Lakaran Piktorial
Pemilihan lakaran produk terbaik berdasarkan elemen
reka bentuk
Pemilihan lakaran yang terbaik dapat dilakukan setelah
membuat penilaian terhadap beberapa lakaran yang telah
dihasilkan.
Lakaran yang terhasil mempunyai persamaan dan
perbezaan dari segi beberapa elemen yang memenuhi
kehendak pengguna.
Gabungan elemen reka bentuk boleh mempelbagai variasi
lakaran produk serta dapat dilihat hasilnya.
4.1 Lakaran Piktorial
Pemilihan lakaran produk terbaik berdasarkan elemen
reka bentuk
Jadual analisis elemen lakaran produk.
Produk A Produk B Produk C
Produk
Garisan
Bentuk
Tekstur
Saiz
Warna
Ruang
4.1 Lakaran Piktorial
Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
A. Kriteria pemilihan lakaran
Terdapat lima kriteria yang perlu dinilai pada lakaran untuk
memilih lakaran terbaik:
1. Menarik perhatian pelanggan.
2. Warna seimbang dan sesuai.
3. Bentuk mudah dihasilkan.
4. Mempunyai nilai estetika.
5. Maklumat lakaran lengkap.
4.1 Lakaran Piktorial
Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
B. Borang penilaian pelanggan
Pemilihan lakaran produk terbaik juga boleh dibuat dengan
mengedarkan borang penilaian kepada pelanggan atau
pengguna.
Kaedah ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan
pandangan dan pendapat mereka.
Kumpulan sasaran ditetapkan terlebih dahulu berdasarkan
umur dan jantina.
4.1 Lakaran Piktorial
Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
B. Borang penilaian pelanggan
Maklumat yang diperoleh dapat digunakan oleh pereka
bentuk untuk memilih lakaran yang terbaik berdasarkan
kriteria pemilihan lakaran yang telah dinyatakan dalam
Borang Penilaian Pelanggan.
4.1 Lakaran Piktorial
Penilaian maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih
Cita rasa pengguna sentiasa berubah-ubah mengikut trend
semasa.
Pereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan keperluan
dan kehendak pengguna terkini.
Pereka perlu sentiasa mencari idea baharu untuk
memastikan produk mereka sentiasa berada dalam pasaran.
Penilaian terhadap reka bentuk produk sedia ada di pasaran
dapat membantu pereka mengenal pasti cita rasa terkini
pengguna.
4.1 Lakaran Piktorial
Penilaian maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih
Maklumat yang ada pada lakaran produk yang dipilih adalah
seperti berikut:
1. Bahan yang digunakan.
2. Penyambungan yang digunakan.
3. Jenis kemasan produk.
4. Fungsi produk.
5. Elemen yang digunakan.
4.1 Lakaran Piktorial
Penambahbaikan pada lakaran yang dipilih
Berdasarkan penilaian yang dilakukan pada tiga lakaran
produk itu, satu daripada lakaran telah dipilih sebagai
lakaran yang terbaik.
Penambahbaikan akan dilakukan terhadap lakaran yang
terpilih.
Lakaran produk
setelah
penambahbaikan
dilakukan
Lakaran
porduk asal
4.1 Lakaran Piktorial
Penambahbaikan pada lakaran yang dipilih
Tujuan penambahbaikan adalah seperti yang berikut:
1. Memenuhi cita rasa pengguna terkini.
2. Mengikut trend semasa.
3. Menyaingi produk-produk yang ada dalam pasaran.
4. Mengikut kehendak pasaran semasa.