The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LASS3013 LESTARI Tugasan 4_MOHAMAD FADLI AKMAL BIN MOHD FAISAL (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadliakmal210, 2022-10-26 10:47:21

LASS3013 LESTARI Tugasan 4_MOHAMAD FADLI AKMAL BIN MOHD FAISAL (1)

LASS3013 LESTARI Tugasan 4_MOHAMAD FADLI AKMAL BIN MOHD FAISAL (1)

NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)

Nama : MOHAMAD FADLI AKMAL BIN MOHD FAISAL

Angka Giliran : 2019212350011

Nombor K/P : 990721-01-6201

Kumpulan/Unit : PISMP TESL A JUN 2019

Kod dan Nama Kursus : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

Nama Pensyarah : MADAM SIVE DARSHINE A/P PERIASAMY

Tarikh Hantar : 15 OKTOBER 2022

Tarikh Diterima :

(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar
/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.

Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:

Tarikh :

Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KONSEP
5R DI SK PETALING JAYA

RINGKASAN PROJEK

JENIS PROJEK : Konsep 5R
JANGKA WAKTU / MASA : 8.00 am – 1.00 pm
LOKASI : Google Meet dan SK Petaling Jaya
PESERTA : Murid SK Petaling Jaya berumur 7-12 tahun
JUMLAH PESERTA : 40 orang murid
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :

1. Pengenalan Konsep 5R
2. Pencarian Bahan Kitar Semula
3. Penghasilan Produk Kitar Semula

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Fasa Perancangan
2.1 Pemerhatian, kajian ringkas etc
2.2 Kertas kerja
2.3 Carta Gantt etc

3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Pengenalan Konsep 5R
3.1 Pencarian Bahan Kitar Semula
3.3 Penghasilan Produk Kitar Semula

4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT

5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KONSEP 5R DI KAWASAN RUMAH DAN
SEKOLAH

1.0 Pengenalan

Ungkapan lestari lebih tepat dikaitkan dengan konsep tidak berubah ataupun
mengekalkan sesuatu benda tersebut. Lestari dalam konteks kelestarian pula bermaksud
proses mengekalkan perubahan dengan cara yang seimbang dimana segala exploitasi, dan
pembangunan teknologi membawa kepada keharmonian dan peningkatan potensi kehidupan
manusia pada masa kini dan akan datang. Namun, pada abad ke-21 ini, kemerosotan alam
sekitar dapat diperhatikan dengan jelas di seluruh pelusuk dunia lebih-lebih lagi dengan
kemajuan teknologi dari segi perkilangan dan perindustrian. Oleh itu, persidangan tergempar
melibatkan hampir semua negara di dunia telah diadakan dan dinamakan sebagai Agenda 21
yang bertempat di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Dalam persidangan ini, perkara yang telah
difokuskan dengan menyentuh mengenai kerosakan dunia yang semakin teruk akibat
daripada penggunaan dan pembangunan yang tidak lestari. Hal ini termasuklah pencemaran
air yang tidak dibendung hasil daripada sisa toksik kilang yang tidak dijaga cara
pelupusannya, (Zamhari & Perumal, 2016). Hasil daripada perbincangan Agenda 21, suatu
keputusan telah dibuat dimana Agenda 21 meminta supaya satu tindakan mutlak dan tegas
perlu dilaksanakan untuk mempromosikan corak penggunaan dan pembangunan yang
mengurangkan tekanan kepada alam sekitar dan meningkatkan tahap potensi kemajuan
manusia dalam waktu yang selari, (Xavier, Jacobi, & Turra, 2019)

Amalan lestari boleh ditafsirkan segala amalan menggunakan barangan atau
perkhidmatan demi melengkapkan keperluan asas supaya mencapai kualiti hidup yang lebih
tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan penggunaan sumber asli, bahan toksik
dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang
(Ching, 2010). Jadi, kita mestilah belajar untuk mendedahkan lagi mengenai amalan lestari
yang boleh diaplikasikan dimana terdapat pelbagai amalan lestari yang boleh dilaksanakan.
Salah satu amalan pembangunan lestari yang boleh dijadikan tabiat ialah amalan 5R dalam
kehidupan. Menurut Zain, 2018, amalan 5R ialah cara pengurusan sampah yang merangkumi
refuse (menolak), reduce (mengurangkan), reuse (guna semula), recycle (kitar semula) dan
recovery (pemulihan/diperbaharui). Amalan ini dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal
terutamanya di kawasan bandar (Zamhari & Perumal, 2016). Amalan 5R boleh mencurahkan
manfaat kepada kita dan seharusnya diterapkan dalam kehidupan kita dan merupakan jalan
penyelesaian yang paling sesuai dengan masalah yang dihadapi kita pada masa ini. Dalam
laporan projek ini, satu projek lestari alam sekitar iaitu Program Konsep 5R yang bertujuan

untuk memberi pendedahan mengenai amalan 5R dalam kehidupan seharian akan
dibincangkan dengan lebih lanjut dari aspek fasa perancangan, fasa pelaksanaan dan fasa
selepas pelaksanaan dengan lebih mendalam.

2.0 Fasa Perancangan

Di Malaysia, pelbagai kempen kitar semula sudah digerakkan oleh kerajaan dan swasta
untuk sekian lama. Sebagai contoh, syarikat popular Nestle telah melancarkan program
Kutipan & Kitar Semula Pintu ke Pintu di Petaling Jaya dan Subang Jaya sebagai satu medium
yang membantu memudahkan penduduk untuk mengitar semula (Yusop, 2021). Malangnya,
kesedaran di dalam kalangan rakyat Malaysia masih kurang akibatnya pendedahan yang
sedikit mengenai cara pengurusan sampah yang terbaik. Oleh yang demikian, kita
seharusnya mengambil inisiatif sendiri untuk mendidik diri dan keluarga mengenai pendidikan
alam sekitar seperti amalan kitar semula.

Berdasarkan pemerhatian yang dinyatakan diatas, saya yakin bahawa program Konsep
5R sangat penting untuk dilaksanakan kerana tujuan program ini sememangnya adalah untuk
memberikan pendedahan yang lebih mendalam dalam golongan kanak-kanak berumur 7-12
tahun kerana saya yakin bahawa dalam menangani satu masalah, lebih baik kita mula dari
mereka yang lebih muda. Hal ini kerana mereka lebih terbuka untuk belajar dan mengenal
lebih banyak benda dalam dunia.

Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa ini,
beberapa aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti
matlamat dan objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan serta
peruntukan. Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi menjayakan
program ini:

KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KONSEP 5R
DI
SK PETALING JAYA

TARIKH: 17 OKTOBER 2022

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD FADLI AKMAL BIN MOHD FAISAL

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan

5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di SK Bandar Baru Ampang
8.0 Kewangan

8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup

1.0 Pengenalan
Di Malaysia, pelbagai kempen kitar semula dijalankan oleh pihak

kerajaan dan swasta bagi menggalakkan tabiat mengitar semula dalam
kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, Nestle melancarkan program
Kutipan & Kitar Semula Pintu ke Pintu di Petaling Jaya dan Subang Jaya
sebagai satu platform yang memudahkan penduduk untuk mengitar semula
(Yusop, 2021). Kesedaran untuk kitar semula masih belum memuaskan
menurut sebuah laporan. Hal ini kesan dari kelalaian manusia
meminggirkan lambakan sampah yang dihasilkan oleh kita dalam seharian.
Oleh itu, konsep alam sekitar perlu diterapkan lagi dalam diri masyarakat
terutama dari kecil lagi.

Program Konsep 5R bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai
amalan 5R dalam kehidupan seharian dan berupaya mengubah tabiat
mereka dengan menunjukkan mereka mengenai cara-cara untuk
memulihara dan memelihara alam sekitar melalui amalan 5R. Tambahan
lagi, program ini juga menekankan pembelajaran yang menyeronokkan
atau fun learning yang menarik perhatian peserta untuk memahami dan
mempelajari konsep 5R dengan cara yang lebih interaktif.

2.0 Matlamat

Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran murid-murid
akan kepentingan aktiviti penghijauan sebagai salah satu amalan gaya
hidup lestari bagi memastikan alam sekitar terpelihara.

3.0 Objektif

Objektif pelaksanaan program adalah untuk melatih peserta agar:

1. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap kitar semula dan masalah
yang berkaitan dengannya.

2. Menggalakkan murid-murid untuk melaksanakan aktiviti kitar
semula dengan berkesan seperti menulis janji mereka kepada bumi
dan reka cipta dari bahan terbuang.

3. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas
mengenai amalan 5R dalam kehidupan seharian.

4. Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar

dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif yang ada secara
terancang.
5. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam menyelesaikan
masalah kitar semula di kawasan setempat

4.0 Rasional
Program penghijauan di sekolah yang bakal dijalankan ini adalah diharapkan supaya
dapat memupuk semanga cinta akan alam sekitar dikalangan murid-murid agar masa
depan dunia dapat dijaga dan dipertahankan daripada dimusnahkan oleh sikap
pentingkan diri.

5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program

Tarikh: 17 Oktober 2022

Tempat: Google Meet dan SK Petaling Jaya

Sasaran: 40 orang pelajar SK Petaling Jaya

Cadangan nama program: Program Konsep 5R

6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program Konsep 5R ini. Aktiviti-aktiviti
tersebut telah dirangka untuk mencapai matlamat, objektif dan sasaran yang telah
dinyatakan untuk program ini. Nama dan kandungan slot adalah seperti berikut:

7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di SK Bandar Baru Ampang

Perbincangan mengenai
pilihan aktiviti

Aktiviti 1: Konsep 5R

Aktiviti 2: Mencari
Bahan Sekitar Semula

Aktivti 3: Penghasilan
Produk

8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan:

Item Kuantiti Kos Jumlah
Tape 10 RM3.00 RM30.00

JUMLAH RM30.00
KESELURUHAN

8.2 Peruntukan:
Peruntukan daripada : pihak persendirian

9.0 Penutup
Program Konsep 5 ini bukan bertujuan untuk menjadikan golongan muda terutanya

kanak- kanak belajar amalan 5R sahaja, malah program ini diharap dapat melahirkan pelajar
yang mempunyai nilai-nilai murni seperti sikap bertanggungjawab, bekerjasama serta cinta
dan sayang terhadap alam sekitar. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak
amatlah diperlukan bagi menjayakan program ini. Semoga program ini berjaya mencapai
matlamat, visi serta objektif ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih lestari.

Disediakan oleh,

……………………………………………
(MOHAMAD FADLI AKMAL BIN MOHD FAISAL)

3.0 Fasa Pelaksanaan
Bagi menjayakan program ini, bahan hebahan telah dicipta dan disiapkan untuk
memastikan ramai pelajar menyertai program ini. Sasaran program ini adalah murid-
murid sekolah rendah yang bersekolah di SK Petaling Jaya. Secara total, terdapat 40
murid yang menyertai program ini.

3.1. Aktiviti 1: Pengenalan Konsep 5R

Gambar 1
Gambar Rajah 1 menunjukkan program dimulakan dengan pengambilan kehadiran
para peserta serta taklimat yang diberikan mengenai program yang akan bermula secara
maya di Google Meet. Bahasa yang digunakan untuk kami berkomunikasi adalah Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Seterusnya, ucapan alu-aluan telah diberikan oleh Encik
Fikri sebagai wakil bagi pihak sekolah. Dalam ucapan beliau, beliau berharap agar pelajar
dapat belajar sesuatu dari program ini dan menyentuh mengenai betapa pentingnya
mengenai topik ini dalam kehidupan mereka. Seterusnya, fasilitator mengajukan beberapa
soalan pengenalan mengenai topik hari ini. Peserta berjaya memberi 3 daripada 5R yang
dinyatakan iaitu reduce, reuse dan recycle. Untuk memperkenalkan 5R, satu tayangan
video yang bertajuk 5Rs Technique ditunjukkan. Video itu bertujuan untuk memberi
pendedahan lebih mendalam mengenai 5R. Beberapa soalan yang menyentuh aspek
seperti definisi 5R, contoh-contoh 5R dan juga kebaikan 5R diajukan kepada para peserta.
Soalan tambahan seperti kebaikan 5R diajukan kepada peserta bagi menguji sisi fikiran
kritis mereka. Para peserta telah memberi respon dan berjaya memberi jawapan yang
dikehendaki dengan baik.

3.2 Aktiviti 2: Mencari Bahan Sekitar Semula

Gambar 2
Gambar Rajah 2 menunjukkan murid-murid SK Petaling Jaya mencari dan mengutip
bahan-bahan kitar semula yang boleh dijumpai dikawasan sekitar sekolah disamping juga
disediakan bahan-bahan bantuan oleh fasilitator kerana mereka perlu mengumpul bahan-
bahan diperlukan untuk menghasilkan produk kitar semula di dalam aktiviti yang
seterusnya. Murid-murid diberikan masa selama 1 jam untuk mencari bahan-bahan ini.
Ditunjukkan secara jelas bahawa jumlah penyertaan murid-murid dalam aktiviti ini agak
memberangsangkan. Secara kesimpulannya, aktiviti mencari bahan kitar semula berjalan
dengan lancar kerana murid-murid dapat berjalan dan meninjau kawasan-kawasan
sekolah yang menjadi tempat panas pembuangan sampah secara merata.

3.1.3 Aktiviti 3: Penghasilan Produk Kitar Semula

Gambar 3
Gambar Rajah 3 berfokuskan kepada penghasilan produk kitar semula. Dalam slot
ini, murid-murid perlu mencipta sebuah rekaan dari bahan kitar semula. Mereka
dibenarkan untuk menghiasi rekaan mereka secara kreatif. Kemudian seterusnya,
mereka perlu merekodkan diri mereka dengan menyentuh beberapa elemen nama
mereka, tujuan rekaan, bahan-bahan yang digunakan dan nama rekaan mereka. Fasa
pelaksanaan berakhir di dalam aktivit 3. Mereka perlu menghantar video rakaman
sebelum 18 Oktober 2022 pada pukul 12 tengah hari kerana kesuntukan masa. Dapat
diperhatikan di dalam Gambar 3 bahawa seorang murid telah berjaya menyiapkan
sebuah produk kitar semula yang menyerupai roket yang berkuasakan angin belon yang
diikat bersama botol plastik yang telah diubahsuai.

3.2 Carta Garnn 18/110
17/10
Tarikh/Tugasa 16/10
n 15/10

Fasa Perancangan

Pemerhatian / /

Kertas Kerja /

Carta Gantt /

Fasa Pelaksanaan

Aktiviti 1 /

Aktiviti 2 /

Aktiviti 3 /

Fasa Selepas Pelaksanaan

Analisis /
SWOT

4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan

Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan post-mortem yang
dijalankan pada akhir program. Perbincangan post-mortem ini melibatkan pengenalpastian
kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan cadangan penambahbaikan. Penulisan laporan
mengenai pelaksanaan program turut dilaksanakan pada fasa selepas pelaksanaan ini.

5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
5.1 Kekuatan
Antara kekuatan bagi program Konsep 5R adalah program ini berfokuskan
pada tema pembelajaran yang menyeronokkan (fun learning). Pembelajaran yang
menyeronokkan ialah pendekatan holistik terhadap pendidikan dengan matlamat
untuk memupuk semangat untuk belajar dan pembangunan berterusan sepanjang
hayat (Rodrigo, 2018). Program ini menggunakan permainan secara atas talian
iaitu melalui aplikasi Quizizz. Berdasarkan reaksi peserta, mereka berasa teruja
apabila pautan aplikasi berikut diberikan. Pembelajaran menggunakan permainan
dapat meningkatkan ingatan mereka terhadap kandungan topik yang diajar dan
melibatkan diri dalam pemikiran yang lebih kritis (Suo, Suo & Zalika, 2018). Kadar
penyertaan peserta ketika perbincangan jawapan bagi permainan permainan yang
diberikan juga tinggi. Peserta memberi respon dan sangat teruja untuk memberi
jawapan yang diperlukan. Selain itu, penggunaan video dan lagu di dalam program
ini juga berjaya minat peserta untuk menjadi lebih interaktif dengan fasilitator.
Gambar dan video memberikan gambaran yang jelas dan memudahkan lagi murid
untuk memahami isi pengajaran.

5.2 Kelemahan
Kelemahan yang dikesan ialah dari segi pengurusan sesi soal jawab. Perkara

ini telah berlaku ketika program ini dijalankan. Sebagai contoh, ketika sesi soal
jawab dijalankan, peserta-peserta telah membuka mikrofon mereka secara
serentak dan hal ini menyebabkan berlaku suasana yang agak huru hara dengan
pelbagai suara yang dapat didengari. Perkara ini telah memaksa saya untuk
menghentikan sekejap sesi soal jawab tersebut untuk menenangkan keadaan.
Saya memaklumkan kepada mereka untuk membuka mikrofon selepas nama
dipanggil. Namun, ada juga peserta yang membuka mikrofon walaupun namanya
tidak dipanggil. Selain itu, ada juga peserta yang mencelah percakapan saya untuk
menjawab soalan yang diberikan. Hal ini sekali lagi menyebabkan saya untuk
menghentikan sesi tersebut untuk mengendalikan situasi tersebut. Hal ini tentunya

menyebabkan sesi soal jawab tersebut terhenti dan membazir masa yang
diperuntukkan untuk sesi tersebut.

5.3 Peluang
Bagi program ini, terdapat peluang untuk meningkatkan kesedaran mengenai

amalan 5R dalam kehidupan seharian dalam kalangan generasi muda. Sasaran
program ini ialah pelajar sekolah rendah yang berumur dalam lingkungan 7 hingga
12 tahun. Penting bagi pelajar sekolah rendah untuk mempelajari konsep 5R. Hal
ini kerana generasi muda ialah pemimpin masa hadapan. Inilah masa yang sesuai
untuk kita menumpukan kepada membina generasi yang prihatin terhadap alam
sekitar dan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka untuk menjaga dunia dan
alam sekitar (K.R. Mangalam, 2018). Melalui pendidikan alam sekitar yang mudah
seperti amalan 5R boleh mula diterapkan dalam generasi muda dari sekarang.

5.4 Ancaman
Satu ancaman yang dapat dikesan ialah ketidakstabilan internet. Konsep 5R

dilaksanakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Oleh itu,
penggunaan internet adalah sangat penting terutama dalam fasa era baru ini.
Dalam perspektif penganjur, saya telah memastikan yang capaian internet yang
kuat untuk kelancaran program ini. Bagi peserta pula, mereka juga perlu
memastikan yang capaian internet mereka juga dalam keadaan yang terbaik
supaya dapat memaksimakan dapatan mereka sepanjang program ini
berlangsung. Hal ini merupakan satu ancaman kepada program kerana peserta
yang mempunyai ketidakstabilan internet mungkin terlepas daripada mengikuti
input dan aktiviti yang dijalankan.

6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara

penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah diharapkan selepas ini, saya dapat
membuat aktiviti yang lebih kreatif untuk memastikan murid-murid yang yang terlibat dapat
merasa keseronokan disamping menimba ilmu tentang penjagaan alam sekitar demi
membentuk semangat cinta akan alam sekitar. Selain itu, masa yang ditetapkan perlulah
dibahagikan dengan lebih teratur dan mengikut tentatif program yang telah ditetapkan
demi memastikan perjalanan program Konsep 5R ini berterusan dengan lancar.

7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif

yang telah ditetapkan. Terlebih itu juga, dilihat program ini dapat meninggalkan impak
yang mendalam dalam kalangan pelajar kerana saya yakin bahawa jika pelajar dapat
pendedahan mengenai kepenggunaaan lestari ini, masa hadapan bagi planet yang kita
diami dan cintai ini dapat dipelihara.

Disediakan oleh,

……………………………………………
(MOHAMAD FADLI AKMAL BIN MOHD FAISAL)

Rujukan

Ching,C,S. (2010). Amalan Lestari Untuk Kesejahteraan

Sejagat.https://www.majalahsains.com/amalan-lestari-untuk-kesejahteraan sejagat/

Rodrigo, G. (2018). The fun learning approach – Nurturing a passion for learning from the very
start. Fun Academy. https://funacademy.fi/fun-learning-approach/

K.R. Mangalam. (2018). Being eco-friendly is the first thing we need to teach the kids today.

https://krmangalam.com/blogs/being-eco-friendly-is-the-first-thing-we-need-to-teach

thekids-today-2/

Suo, Y. M., Suo, Y. J., & Zalika, A. (2018). Implementing Quizizz as game based learning in
the Arabic classroom. European Journal of Social Sciences, 5(1).

Yusop, S. H. (2021, Oktober 7). Nestlé perluas program kitar semula bersama MBSJ. Berita
Harian.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/873580/nestl%C3%A9-
Perluas-program-kitar-semula-bersama-mbsj

United Nations. (2021). United Nations Conference on environment and development, Rio de

Janeiro, Brazil, 3-14 June 1992.

https://www.un.org/en/conferences/environment/rio1992

Zain Hassan. (2018). Amalan konsep 5R demi kelangsungan hidup generasi Masa. Depan
http://www.alamflora.com.my/amalan-konsep-5r-demi-kelangsungan-hidup-generasi-
masa-depan/.

Zamhari, S. K., & Perumal, C. (2016). Cabaran dan strategi ke arah pembentuk GEOGRAFIA

Online Malaysia Journal of Society and Space, 12(12).

LAMPIRAN

Lampiran A

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ministry of Education Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Institute of Teacher Education Malaysia

ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN I Tel : 03-83126666

63000 CYBERJAYA Faks : 03-83126631

SELANGOR DARUL El-ISAN Web : http://ipgm.moe.edu.my

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : KPM. 600-4/4/6 Jld. 8 (S)

Tarikh Oktober 2022

Semua Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Datin /YBrs. Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM AKADEMI IMPACT

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa IMPACT Malaysia, Kementerian
Belia dan Sukan dengan kerjasama Youth Environment Living Labs
(YELL) kelolaan United Nations Children's Fund (UNICEF) dan Nations
Development Programme (UNDP) Malaysia akan menjalankan
Program Akademi Impact bagi tahun 2022.

3. Sehubungan dengan itu, pelajar dari institut YBhg. Datin/YBrs. Dr./
tuan/puan dijemput untuk menyertai program tersebut berdasarkan
kepada maklumat seperti di Lampiran 1 dan 2.

4. Sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datin/YBrs.Dr./tuan/puan boleh
menghubungi pegawai seperti di bawah:

Bil. Nama Jawaran/Jabatan No. Telefon

1 . Pn. Mayna Penolong Ketua Jabatan, 014-9314575

Ramesh Jabatan Strategi & Program
Patel 1m act Mala sia

2. En. Riskan Pegawai Kanan 018-4064131

Mustakim Program & Komuniti,Jabatan 03-83126761/
012-3812257
bin Marzuki Pembangunan Belia, Impact
...2/-
Mala sia

3. En. Jamhari Penolong Pengarah, Jabatan

bin Saari Pembangunan Insaniah,

Pusat

Hal Ehwal Pela•ar, IPGM

SIRIM

CERTIFIED TO ISO
2100122018 CERT NO:
00106

( Sila catatkan rujukan Institut ini apabila berhubung )

KPM. 600-4/4/6 Jid. 8 (G)

Kerjasama pihak YBhg. Datin/YBrs. Dr./tuan/puan dalam hal ini amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. RUSMINI B Tl KU AHMAD)

Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

JamhariSaari/JP1/PHEP

-2-

LAMPIRAN 1

MAKI-UMAT UMUM PROGRAM AKADEMI IMPACT MALAYSIA

1. Program Akademi Impact Malaysia merupakan anjuran Impact
Malaysia dengan kerjasama Youth Environment Living Labs (YELL)
kelolaan United Nations Children's Fund (UNICEF) dan United
Nations Development Programme (UNDP).

2. Melalui program ini, Belia Malaysia dipelawa untuk menghantar
cadangan Projek Impak Sosial atau Projek Inovasi bertemakan Alam
Sekitar yang sedang atau ingin dilaksanakan di sekitar komuniti
atau di institusi pendidikan masing-masing.

3. Permohonan penyertaan dibuka bermula :

Tarikh : 01 Oktober 2022 (Sabtu)

Pautan Pendftaran : https://bit.ly/akademiimpact2022

4. Sebarang pertanyaan berkaitan program tersebut boleh diajukan

melalui:

Sesi Webinar : Ask Me Anything

Tarikh : 14 dan 21 Oktober 2022 (Jumaat)

Pautan Pendaftaran : https://bit.ly/akademiimpact2022ama

6. Penyertaan adalah terbuka kepada semua belia. Walau
bagaimanapun, penyertaan daripada kumpulan pelbagai kaum,
komuniti Orang Asli dan kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) amat
digalakkan.

7. Sebarang maklumat program berkaitan boleh diperolehi dengan
melayari laman sesawang https://yell.my/akademi/

8. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi :

a. Puan Mayna Ramesh Patel
Asst. Vice President, Strategi & Programs
[email protected]

014-9314575

b. Encik Riska Mustakim Marzuki
Senior Associate, Programs &
Community [email protected] 018-
4064137

LAMPIRAN 2

KOMPONEN PROGRAM AKADEMI IMPACT MALAYSIA

Program ini terdiri daripada 3 komponen ułama iaitu :

i) Ideation — Peserta akan diberi pendedahan mengenai isu
perubahan iklim dan alam sekitar, analisa kajian kes dan
memperhalusi idea projek mereka melalui perbincangan
bersama pakar-pakar berkaitan semasa bengkel pertama selama
5 hari 4 malam. Peserta juga akan berpeluang menyertai lawatan
sambil belajar bagi mendalami isu dan idea pelaksanaan projek.

ii) Management — Peserta akan diberi bengkel kedua secara
intensif selama 5 hari 4 malam bagi mengasah kapasiti peserta
dalam pengurusan projek, pengurusan kewangan, pengurusan
impak dan pengurusan komunikasi.

iii) ) Pilot — Peserta akan diberi dana awal berjumlah RM5,000.00
bagi setiap projek untuk menguji dan melaksanakan idea projek

mereka di komuniti atau institusi masing-masing sehingga bulan
Mac 2023. Peserta juga akan diberi bimbingan sepanjang tempoh
pelaksanaan projek.

Lampiran B
Poster Projek Konsep 5R


Click to View FlipBook Version