KAJIAN LAPANGAN
TAJUK:
SISA DOMESTIK DI TAMAN
PANDAN SEJAHTERA,
PERKAMPUNGAN PANDAN
SEJAHTERA, KUANTAN, PAHANG
:DISEDIAKAN OLEH
NIK DHIA QHAISARA BINTI MUHAMAD FADZIL
1 EDINBURGH
OBJEKTIF KAJIAN SAYA ADALAH:
Menghuraikan konsep sisa domestik dengan merujuk kepada
sumber yang sesuai.
Menghuraikan jenis sisa domestik yang dijalankan di kawasan
kajian.
Mengenalpasti dan menghuraikan kesan negatif pencemaran sisa
domestik di kawasan kajian.
Mencadangkan usaha-usaha bagi mengatasi masalah pencemaran
sisa domestik.
HASIL KAJIAN
KONSEP SISA DOMESTIK
Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari
kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan
logam terpakai.Sisa buangan toksik seperti minyak masak atau enjin,
lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik.Sisa domestik
terdiri daripada sisa pepejal atau sisa cecair.Sisa domestik dapat
dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan
organik.Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian
manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula
jadi alam sekitar.
1
JENIS-JENIS SISA DOMESTIK
Seperti yang dinyatakan di atas sisa domestik dapat dikelaskan kepada
bahan organik dan bahan bukan organik.Bahan organik ialah bahan
yang boleh diuraikan dan dilupuskan.Ia juga dihasilkan dari sumber
haiwan dan tumbuhan.Bahan bukan organik pula ialah bahan yang
sukar diuraikan dan dilupuskan.Bahan bukan organik dihasilkan dari
sumber mineral.Antara produk yang dikelaskan sebagai bahan organik
ialah sisa makanan, sisa kebun dan kertas manakala contoh bagi bahan
bukan organik ialah tin, plastik, besi buruk dan kaca.
HASIL SOAL SELIDIK SECARA ONLINE MELALUI GOOGLE FORMS
https://forms.gle/GLfHk6kfQwRNjEpY8
JENIS SISA DOMESTIK YANG BILANGAN RESPONDEN
SERING DILIHAT DI KAWASAN
1
YANG DIDIAMI 2
9
BAHAN ORGANIK
BAHAN BUKAN ORGANIK
BAHAN ORGANIK & BAHAN BUKAN
ORGANIK
SISA KEBUN KACA
BAHAN BAHAN BUKAN
ORGANIK ORGANIK
SISA MAKANAN BESI BURUK
2
Perihal tentang jirim sisa domestik juga dinyatakan di atas.Berikut
adalah peta buih yang akan menerangkan ia dalam bentuk yang
ringkas.
SISA MAKANAN KERTAS
2
PERABOT
SISA PLASTIK
PEPEJAL
MINYAK MASAK
LOGAM
SISA
DOMESTIK
SISA LAMPIN PAKAI BUANG
CECAIR
KUMBAHAN
3
KESAN NEGATIF PENCEMARAN SISA DOMESTIK
Pembuangan sisa domestik tanpa kawalan dan pengurusan yang
lemah akan membawa kesan buruk lepada alam sekitar.Alam sekitar
akan mengalami kemusnahan secara berperingkat dan seterusnya
memberi kesan secara langsung kepada hidupan lain. Antara kesan-
kesannya adalah pencemaran.Pembuangan sampah sarap secara
langsung akan menyebabkan pencemaran seperti pencemaran air,
pencemaran udara dan pencemaran bau.Selain itu, ia juga akan
menyebabkan berlakunya penularan wabak penyakit.Sisa pembuangan
sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak
penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas , lalat, nyamuk
dan sebagainya.Sebagai contohnya ialah penyakit taun, demam denggi,
malaria, zika dan rotavirus.Seterusnya,ia juga berpengaruh dalam
peningkatan kos penyelenggaraan. Peningkatan jumlah sisa domestik
akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak
kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan [PBT].Akhir sekali,ia juga
mendorong kepada kejadian banjir kilat.Hal ini disebabkan oleh,sikap
tidak bertanggugjawab penduduk yang membuang sisa domestik ke
dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat
dan terjadinya banjir kilat.
4
PENINGKATAN KOS
PENYELENGGARAAN
PENCEMARAN KESAN BANJIR
NEGATIF KILAT
PENCEMARAN
SISA
DOMESTIK
PENULARAN WABAK
PENYAKIT
BUKU TEKS
5
USAHA-USAHA BAGI MEGATASI MASALAH
PENCEMARAN SISA DOMESTIK
Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik.Antaranya ialah amalan 3R.Penerapan amalan 3R, iaitu
kurangkan [Reduce], guna semula [Reuse] dan kitar semula [Recycle]
dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik. Seterusnya,
penggunaan teknologi terkini contohnya teknologi Loji Waste to Energy
[WtE].Teknologi ini merupakan teknologi terkini yang mampu
mengurangkan sisa yamg perlu dihantar ke tapak pelupusan sehingga
85%.Ia juga mampu mengurangkan pencemaran bau berbanding tapak
pelupusan sedia ada.Idea untuk mencipta pinggan daripada ubi kayu
dapat juga amat membantu dalam menggantikan pinggan polistirena
dan mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.Hal yang menarik
lagi, penguatkuasaan undang-undang juga termasuk dalam senarai
usaha-usaha bagi mengatasi masalah sisa domestik ini.Melalui
pemerhatian saya, sekiranya undang-undang diperketat maka tidak
mungkin ada yang berani membuat sesuatu tanpa memikirkannya
beberapa kali.Tambahan lagi, adanya sistem denda yang akan
dikenakan pada sesiapa yang melanggar undang-undang
tersebut.Seterusnya ialah pendidikan. Seseorang yang berpendidikan
pasti mempunyai nilai moral yang tinggi dan pandai membezakan
perkara yang baik dan buruk.Akhir sekali,kempen.Dengan adanya
kempen yang mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik, maka
perkara-perkara negatif yang dinyatakan di atas pasti dapat diatasi.
6
RUJUKAN
INTERNET
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
http://online.anyflip.com/opsf/hjwh/mobile/index.html
[m/s 159 – 165]
https://online.anyflip.com/ruvqg/nfjj/mobile/index.html
BUKU
Buku Teks Geografi KSSM – Tingkatan 1 [m/s 144 - 152]
7