The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahmunirahfaisal, 2023-04-20 00:32:08

PENGHASILAN PRODUK

TUGASAN 4 BMMB1114

TUGASAN 4 : PENGHASILAN PRODUK PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI (BMMB1114) DISEDIAKAN OLEH: IZZAH MUNIRAH BT MOHD FAISAL BM3


PENGENALAN Seni tulisan dalam aksara Arab atau dikenali sebagai kaligrafi Arab berkembang sejajar dengan perkembangan kemajuan Tamadun Islam. Pengaruh tulisan Mesir Kuno Heroglif yang ditemui pada manuskrip di Syria dan Palestin mempunyai ciri yang mirip dengan tulisan Arab. Sebelum kedatangan Islam, Khat Musnad atau Khat gaya bebas telah digunakan. Selepas kedatangan Islam, seni khat mengalami perubahan apabila lahirnya seni dan gaya yang dikenali sebagai aqlam al-Sittah. Aqlam al-Sittah merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Riq ' ah, Khat Farisi, Khat Kufi dan Khat Diwani.


Sejarah Perkembangan Seni Khat


Menurut Ahmad Sabri Zai’d (2002), Mesir di era keIslamannya merupakan pencetus ketamadunan serta sejarah Islam. Pengaruh kemasukan Islam telah menjadikan masyarakat Mesir ketika itu yang berbangsa Qibti telah terpengaruh dengan bahasa Arab sama ada dari percakapan sehinggalah mempengaruhi gaya penulisan orang Mesir. SEJARAH TULISAN ARAB Penulisan aksara Arab telah dibawa masuk ke Makkah oleh Bashar Bin Abd al-Malak yang menulis dengan huruf al-Nabati (Ahmad Sabri Zai’d 1999).


PERMULAAN TULISAN ARAB Tulisan Arab merupakan tulisan wahyu dan orang pertama menulisnya adalah Nabi Adam a.s. Jika diteliti, tulisan Nabati adalah asal-usul tulisan Arab kerana mempunyai hurufhuruf yang hampir sama dengan tulisan Arab yang digunakan sekarang. Ini berdasarkan helaian mushaf al-Quran yang ditulis pada zaman Khalifah Saiyidina Usman r.a telah ditulis dengan tulisan Khat Kufi Mushafiy yang tidak mempunyai titik ataupun baris. Perkara ini membuktikan perkembangan awal tulisan Arab adalah daripada pengaruh tulisan Nabati. Satu penemuan oleh ahli arkeologi bertempat di padang pasir Lubnan iaitu di Gua Magharah wadi Surah, tulisan bangsa Arab purba berbentuk abjad seolah-olah tangan. Ahli sejarah menjelaskan, tulisan yang dijumpai berdasarkan tangan menunjukkan pada suatu ketika dahulu bangsa Arab yang berada di timur tengah telah melalui zaman yang bertamadun, sekaligus menyokong sejarah tulisan Arab telah wujud sekitar 1400 sebelum Masihi (Abu al-Abbas Ahmad al-Qalqashandy 1913).


Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab menulis tanpa menggunakan seni khat yang rapi dan cantik sebagaimana pada hari ini. Namun begitu, tulisan-tulisan mereka adalah asas kepada kelahiran pelbagai jenis khat yang cantik dan berseni. Tulisan yang timbul dan mempengaruhi gaya Khat Arab adalah seperti beberapa jenis tulisan iaitu Khat al-Hiiriy, Khat al-Anbaariy, Khat Makki dan Madaniy, Khat Kufi serta Khat Basriy. Kesemua tulisan tersebut telah digunakan untuk catatan sebelum dan pada awal kebangkitan Islam dan gaya serta lengguk tulisan kesemuanya adalah sangat berbeza. TULISAN DI ZAMAN SEBELUM ISLAM


TULISAN DI ZAMAN SELEPAS ISLAM Setelah kerajaan Islam semakin berkembang luas di luar tanah Arab, Islam bukan sahaja menjadi agama kepada bangsa Arab bahkan menjadi ikutan kepada kawasan-kawasan takluk kerajaan Islam pada ketika itu. Timbul masalah dari segi pembacaan al-Quran disebabkan wilayah-wilayah baru Islam bukanlah berbangsa Arab dan mereka bercakap dalam bahasa serta dialek masing-masing. Maka Hajjaj Yusuf al-Thaqafiy telah mengarahkan seorang penulis iaitu Abi Aswad alDu’ali untuk mencipta kaedah titik dan baris bagi memudahkan kepada semua orang memahami bahasa al-Quran. Maka perkembangan tersebut juga turut menarik kepada perubahan seni khat dengan tujuan untuk mengindahkan lagi al-Quran dengan gaya tulisan yang cantik. Keindahan seni khat itu belum lagi bermula semasa awal pemerintahan kerajaan Islam Bani Umayyah, namun tulisan khat bermula semasa akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah dan di awal pemerintahan Bani Abbasiyyah. Khat Kufi telah digunakan sebelum Islam dan pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah berlakunya pembaharuan di dalam penulisan khat. Manakala tulisan Khat yang lebih cantik dan berseni telah berkembang semasa empayar kerajaan Umayyah (Ahmad Syuhan 2001).


Setelah pembaharuan serta evolusi berlaku dalam tulisan Arab, seni khat turut melalui zaman perubahan sehingga terhasilnya pelbagai gaya dan jenis tulisan khat. Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Eropah, Afrika, Hindi, China dan Asia Tenggara, telah membawa agama Islam bersama-sama seni khat untuk disebarkan kepada masyarakat. Sebagai contoh apabila Islam berkembang ke wilayah utara Afrika seperti Maghribi, Islam tidak sekadar menjadi agama bagi masyarakat di sana, tetapi turut berlaku migrasi budaya melalui perkahwinan, bahasa, adat budaya dan gaya penulisan. Bangsa Maghribi telah memperkenalkan sejenis gaya khat iaitu Khat Kufi Maghribiy berbentuk mirip Khat Kufi. Bahkan tulisan tersebut menjadi salah satu daripada tulisan khat yang diiktiraf. Selain itu, pengaruh Islam ke atas Turki, Parsi dan Hindi juga telah memberi kesan yang sangat mendalam terutama dari segi penulisan dan bahasa. Contohnya, bangsa Turki telah menggunakan aksara Arab sebagai penulisan bahasa Turki, begitu juga bangsa Parsi dan bangsa Hindi. Maka, kesan pengaruh tersebut membawa kepada timbulnya seni Khat Parsi atau Nasta’liq. PERKEMBANGAN SENI KHAT


JENIS-JENIS TULISAN KHAT Khat Thuluth Khat Diwani Khat Kufi Khat Farsi Khat Riq ' ah Khat Nasakh


Khat Nasakh Khat Thuluth JENIS-JENIS TULISAN KHAT Terdapat beberapa ciri-ciri khat nasakh ini, antaranya ialah ia mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbar dan majalah-majalah ilmiah. Ciri-ciri khat ini ialah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seni-seni tersendiri. Khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.


Khat Diwani Khat Kufi JENIS-JENIS TULISAN KHAT Antara ciri- ciri tulisan ini ialah ia berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid. Setiap huruf yang ditulis di dalam khat ini hendaklah disusun memenuhi ruang yang ada. Khat ini disusun daripada garis-garis lurus yang bertembung dengan garis-garis menegak. Pembaris dan pensil haruslah digunakan semasa membuat khat ini. Khat ini sesuai digunakan sebagai hiasan dalam bentuk geometrik pada bangunan-bangunan dan logo.


Khat Farsi Khat Riq ' ah JENIS-JENIS TULISAN KHAT Khat Farisi ini mula berkembang di Parsi. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat Farisi banyak digunakan dalam penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan dalam bahasa Urdu juga ditulis dengan khat ini. Khat jenis ini digunakan dengan meluas di Parsi, Pakistan dan Turki. Ciri-ciri khat ini ialah bentuk huruf kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Khat riq’ah ini lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Pada masa kini, tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab.


MENULIS TULISAN KHAT KHAT NASAKH


Click to View FlipBook Version