TOPIK 8 1
Kewarganegaraan Digital
(Digital Citizenship)
GAPD1032
ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL
MMR2019
Kewarganegaraan Digital (Digital 2
Citizenship)
● Netiket
● Keselamatan siber
- Undang-undang siber
- Jenayah siber
- Privacy dan kerahsiaan
● Isu-isu terkini dan trenda masa hadapan
MMR2019
Hak Intelek 3
• Harta intelek merujuk kepada idea,
ciptaan ataupun proses yang diilham
dan dihasilkan melalui idea intelek dan
usaha ;
• ia juga boleh merujuk kepada aplikasi,
hak dan pendaftaran berkaitan dengan
harta intelek tersebut.
(Merriam Webber Dictionary)
MMR2019
Hak Intelek 4
• Harta intelek merujuk kepada
perlindungan hak cipta melalui
penguatkuasaan undang-undang
terhadap karya kreatif , idea,dapatan
dan ciptaan.
Ia adalah berkaitan dengan perlindungan
harta tidak ketara (intangible) seperti
paten, cap dagang, hak cipta dan
rahsiah perdagangan.
MMR2019 (US Legal, 2016)
Hak Eksklusif 5
• Hak ekonomi yang diberikan kepada pemunya hak
termasuk hak pengeluaran semula, hak
penyampaian kepada orang ramai, hak untuk
pertunjukan, tayangan atau permainan kepada
awam, hak pengedaran dan hak sewa komersial.
• Hak perundangan yang diberikan kepada mereka
termasuk hak untuk menguatkuasakan karya
berhakcipta mereka dalam kes-kes pelanggaran
sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah.
MMR2019
Pelanggaran akta perlindungan harta 6
intelek
Mana-mana pengguna yang melakukan penyelewengan,
pencacatan atau pengubahsuaian yang lain kerja-kerja
beliau di mana hasil daripada pengubahsuaian yang ketara
akan mengubah kerja asal dan menjejaskan kehormatan
atau reputasi pencipta boleh dikenakan tindakan yang
berikut:
• tindakan sivil
(pendakwaan di mahkamah untuk tuntutan ganti rugi)
atau
• tindakan jenayah
(dikuatkuasa oleh Bahagian Penguatkuasaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) atau Polis Diraja Malaysia.)
MMR2019
Perlindungan untuk Hak Intelek di Malaysia 7
• Akta Hakcipta 1987 (Copyright)
• Akta Paten 1983 (Patent)
• Akta Cap Dagangan 1976 (Trademark)
• Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
(Design right)
MMR2019
Copyright / Hak Cipta © 8
•Perlindungan kepada
pengarang ataupun pencipta
karya mereka supaya hak mereka
untuk menerbit, mempersembahkan,
meniru, memasarkan produk
ataupun nukilannya tidak
disalahgunakan oleh orang lain.
MMR2019
Hak eksklusif pemilik hakcipta 9
• - Hak untuk membuat pengeluaran semula karya tersebut dalam
apa-apa bentuk bahan.
• - Hak untuk melakukan penyampaian kepada orang awam.
• - Hak untuk membuat pertunjukan, tayangan atau permainan
kepada orang awam.
• - Hak untuk mengedar salinan hasil karya hak cipta kepada orang
awam dengan menjualkannya atau melalui cara-cara pemindahan
pemunyaan yang lain.
• - Hak untuk menyewa secara komersil kepada orang awam.
MMR2019 (Nazura Abdul Manap, 2014)
Karya yang dilindungi oleh Hak Cipta 10
(i) Karya sastera;
(ii) Karya muzik;
(iii) Karya seni;
(iv) Filem;
(v) Rakaman bunyi;
(vi) Siaran (broadcast); dan
(vii) Karya terbitan.
MMR2019 (Perbadanan Hak Intelek Malaysia, 2016) (Sumber imej:
http://cyberblogindia.in/copyright-issues/)
Tempoh Perlindungan: 11
• Sepanjang hayat hak cipta dianugerah kepada pengarang
ataupun pencipta karya
• 50 tahun selepas kematian pengarang ataupun pencipta karya.
MMR2019 Tarikh 50 Tahun
Penerbitan
50 Tahun selepas
Penerbitan
Pelanggaran Akta Hak Cipta 12
• Melakukan pengeluaran semula sesuatu karya tanpa kebenaran
tuanpunya karya;
• Melakukan penyampaian kepada masyarakat awam tanpa kebenaran
tuan punya karya;
• Mengimport apa-apa artikel ke negara ini bagi tujuan mendapat
keuntungan;
• Membuat salinan langgaran dan seterusnya menawarkan untuk jualan;
MMR20 1 9 (Perbadanan Hak Intelek Malaysia, 2016)
Pelanggaran Akta Hak Cipta 13
• Menyewakan salinan langgaran;
• Mempamerkan kepada masyarakat umum apa-apa salinan
langgaran;
• Membuat atau memiliki sebarang perekaan yang boleh digunakan
untuk maksud membuat salinan langgaran.
MMR2019 (Perbadanan Hak Intelek Malaysia, 2016)
Pengecualian (Fair use) 14
Penggunaan karya secara urusan yang wajar bagi tujuan yang berikut adalah
dibenarkan tertakluk kepada penghargaan yang diberikan
kepada pencipta karya:
• Penggunaan bagi tujuan penyelidikan;
• Penggunaan bagi pengajian persendirian; dan
• Penggunaan bagi tujuan kritikan dan laporan semasa.
MMR2019
Tindakan Pemilik Hakcipta jika terdapat 15
pelanggaran Akta Hak Cipta
mengambil tindakan undang-undang seperti
•Tuntutan gantirugi kewangan,
serta
•Injunksi (perintah mahkahmah
untuk menghentikan sesuatu
tindakan)
MMR2019
Paten (Patent) 16
Paten adalah satu hak eksklusif yang
dianugerahkan untuk suatu rekacipta,
sama ada ia adalah satu produk atau
satu proses untuk melakukan sesuatu
yang baru atau penyelesaian teknikal
ke atas sesuatu masalah.
MMR2019
(Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Paten 17
• Melindungi hak pencipta yang
menghasilkan sesuatu proses,
produk ciptaan untuk mengguna,
menjual dan menghasilkannya
untuk tujuan pemasaran.
MMR2019
Paten 18
Reka cipta yang boleh dipatenkan:
• Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan
kepada orang awam di mana-mana di dunia;
• Melibatkan langkah merekacipta yang mana
rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang teknologi tersebut; dan
• Dapat digunakan dalam mana-mana industri.
MMR2019
(Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Akta Paten 1983 19
• Paten adalah satu hak eksklusif yang
dianugerahkan untuk suatu rekacipta,
sama ada ia adalah satu produk atau satu
proses untuk melakukan sesuatu yang baru
atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu
masalah.
MMR2019
(Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Produk yang tidak boleh diPATENkan 20
• Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah
matematik;
• Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada
dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan
atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan
manusia, proses mikrobiologi dan keluaran-keluaran proses
mikro-organisma itu;
• Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan,
melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau
bermain apa-apa permainan;
• Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang
melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-kaedah
diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau
MMRb20i1n9 atang. (Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Tempoh perlindungan Paten 21
• Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun
dari tarikh pemfailan.
20 Tahun
Tarikh pemfailan
MMR2019
Reka Bentuk Perindustrian 22
(Design Right)
• Reka Bentuk Perindustrian ialah ciri
bentuk, tatarajah, corak atau hiasan
yang digunakan pada sesuatu barang
melalui apa-apa proses atau cara
perindustrian, iaitu ciri yang ada pada
barang siap, merupakan ciri yang
menarik dan dinilaikan dengan
pandangan mata.
MMR2019
Reka Bentuk Perindustrian yang boleh 23
didaftarkan
• Memenuhi tafsiran reka bentuk
perindustrian
• Baru di Malaysia atau di tempat lain
• Tidak bertentangan dengan ketenteraman
awam atau prinsip moral
MMR2019
Reka Bentuk Perindustrian yang TIDAK 24
boleh didaftarkan
• Kaedah atau prinsip pembinaan. Cap A Cap B
• Ciri yang bergantung kepada rupa suatu
barangan lain
• Perbezaan daripada segi butir-butir tidak
material (tidak penting) atau ciri-ciri
biasa yang digunakan dalam suatu
perdagangan
• Ciri yang ditentukan semata-mata oleh
fungsi
MMR2019
Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 25
• Pemilik reka bentuk perindustrian
berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk
membuat, mengimport, menjual,
menyewa atau menggunakan bagi tujuan
perdagangan atau perniagaan.
MMR2019
Tempoh Perlindungan – Reka Bentuk 26
Perindustrian
• Suatu reka bentuk perindustrian 5 tahun + 5 tahun + 5
berdaftar adalah diberi perlindungan
selama 5 tahun dari tarikh pemfailan. tahun + 5 tahun + 5 tahun =
• Perlindungan boleh dilanjutkan selama 25 tahun
4 tempoh di mana setiap tempoh
perlindungan selama 5 tahun. Ini
bermakna tempoh maksimum
perlindungan ialah selama 25 tahun.
MMR2019
Cap Dagangan (Trademark) 27
• Cap Dagangan boleh sebagai perkataan, logo,
gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi
tersebut.
• Cap dagangan boleh membezakannya barangan
atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
pihak-pihak lain.
• Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang
membolehkan pengguna mengenali dan
mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga
tertentu.
MMR2019 (Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Cap Dagangan 28
Akta Cap Dagangan 1976
• Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak
ekslusif untuk menggunakan cap dagangan
berkenaan dalam urusan/perjalanan
perdagangan.
• Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil
tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang
mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
MMR2019 (Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Cap Dagangan 29
Fungsi Cap Dagangan:
• Cap Dagangan ialah ia dapat menunjukkan
sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau
menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan.
• Cap-cap yang telah ‘established’ di pasaran
menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut
boleh dilesenkan atau di ‘franchise’kan.
MMR2019 (Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Cap Dagangan 30
• TEMPOH PERLINDUNGAN
10 Tahun
Tarikh pendaftaran Perlu diperbaharui
setiap 10 tahun
MMR2019 (Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), 2016)
Persoalan 31
• Sekiranya anda menghasilkan bahan / peralatan / proses
inovasi dalam PdPC, perlindungan yang manakah yang menjadi
pilihan anda? Mengapa?
MMR2019
Rujukan 32
• Copy Alliance. (2017).What is the differences between copyright,
patent and trademark? Dicapai pada 2 Disember 2017 daripada
http://copyrightalliance.org/ca_faq_post/difference-copyright-pa
tent-trademark/
• Nazura Abdul Manap. (2014). Hak cipta dan perundang-undangan.
Dicapai pada 20 April 2016
daripada http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=6107
• Perbadanan Hak Intelek Malaysia. (2016). Soal lazim hak cipta.
Dicapai pada 20 April 2016 daripada
http://www.myipo.gov.my/ms/soalan-lazim-hakcipta
MMR2019