The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94173695, 2022-03-22 22:56:44

MEMBINA PRODUK PROTOTAIP

NOTA 3 WPK2043 2020

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM INFORMATION SHEET
CODE AND NAME
RB-071-2:2014 WOODWORKING MACHINE
TAHAP / LEVEL OPERATION

L2

NO DAN TAJUK UNIT

KOMPETENSI / RB-071-2:2014 - C05 WOOD PRODUCT PROTOTYPE

COMPETENCY UNIT NUM. MAKING OPERATION

AND TITLE

NO DAN PERNYATAAN 1) Memilih bahan pembuatan prototaip
AKTIVITI KERJA / 2) Menyediakan unit mock up
WORK ACTIVITIES NUM. 3) Membina produk prototaip
AND STATEMENT

NO KOD / CODE NUM. RB-071-2:2014-C05/P(../…) Muka : 01 Drp :

1

TAJUK : MEMBINA PRODUK PROTOTAIP
Kelebihan menyediakan protaip sebelum kerja sebenar dilakukan

 Kos penyediaan bahan dapat dikurangkan
 Penyediaan bahan dapat ditentukan awal
 Proses kerja dapat dijimatkan
 Kos operasi dapat dikurangkan
 Masalah pada produk dapat diatasi pada peringkat awal

PROTOTAIP ialah produk contoh yang boleh berfungsi sepenuhnya
PROTOTAIP dibina menggunakan bahan dan saiz sebenar
PROTOTAIP ini diuji dalam situasi sebenar untuk menganalisis fungsi serta kecekapannya bagi
tujuan penambahbaikan sebelum dipasarkan
PROTOTAIP
BAHAN

 menggunakan bahan sebenar
 bahan yang digunakan seperti keluli lembut, getah, plastik atau gentian bergantung

kepada kegunaannya
SAIZ

 saiz yang sama dengan produk sebenar
KEFUNGSIAN

 berfungsi sepenuhnya
 diuji dalam situasi sebenar dari segi fungsi dan reka bentuk

Kebaikan membuat prototaip
 dapat mereka bentuk produk yang memenuhi ciri-ciri ergonomik dan memenuhi cita rasa
pelanggan
 penambahbaikan reka bentuk dan fungsi
2

 membuat anggaran kos jualan
 merancang tenaga pakar dan pekerja
 membuat ujian dengan sempurna
 pemilihan lokasi pembinaan
A) MENERIMA ARAHAN KERJA
Daripada lukisan – reka bentuk projek yang telah dimuktamadkan
Lukisan – ortografik/perspektif/ persembahan
Lukisan boleh dilakukan menggunakan software AutoCAD dan Sketchup

3

4

B) MENGENAL PASTI BAHAN
Kayu – ditentukan mengikut tebal, lebar dan panjang

 meranti
 cengal
 jelutong
 sepetir

Kelebihan kayu adalah seperti berikut :
a. Mempunyai urat dan ira kayu yang menarik
b. Didapati dalam pelbagai saiz seperti papan tebal, papan nipis, kayu beroti, dan kayu jerjak
c. Mudah dicantum dan disambung
d. Lebih kuat jika berbanding dengan papan lapis dan MDF
e. Lebih tahan lasak, sesuai untuk projek di luar bangunan

5

Kelemahan kayu adalah seperti berikut :

a. Mudah mengecut dan meleding
b. Bahagian hujung mudah retak apabila dipaku
c. Mudah diserang oleh serangga perosak
d. Kurang sesuai digunakan untuk membuat permukaan yang luas dan lebar

Papan Lapis

1. Papan lapis dihasilkan daripada beberapa lapisan kayu nipis yang diglu bersama
2. Saiz papan lapis yang biasa didapati dalam pasaran ialah 1220 mm dan 2440 mm. Ketebalan
papan lapis ialah antara 3 mm hingga 32 mm
3. Papan lapis boleh didapati dalam dua bentuk seperti berikut :

a.Jenis kalis air
b.Jenis tidak kalis air
4. Papan lapis banyak duginakan untuk membuat perabot , dinding bilik, pintu , rak dan kotak\
5. Kelebihan papan lapis adalah seperti berikut :
a.Ringan dan mudah digunakan
b.Permukaan yang lebar dan rata
c.Tidak mudah mengecut dan meleding
d.Tidak mudah pecah apabila dipaku atau diskru
6. Kelemahan papan lapisa adalah seperti berikut :
a.Lapisan kayu mudah menggelupas apabila terkena air
b.Tiada saiz yang kecil dan kurang ekonomik jika hanya memerlukan ukuran yang kecil
7. Papan lapis yang permukaannya telah dilapis dengan formika atau lapisan plastik yang
bercorak boleh didapati di pasaran

Medium Density Fobreboard (MDF)

1. MDF diperbuat daripada serat kayu lembut dan bahan kayu terbuang yang dimampatkan serta
diglukan
2. Saiz MDF biasa ialah 2440mm x 1220mm dengan ketebalan yang berbeza
3. MDF yang biasa di pasaran adalah seperti berikut :

a.Permukaan yang berwarna asal, iaitu belum dikemas
b.Permukaan yang berwarna
c.Permukaan yang bercorak ira kayu
4. MDF digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan pembinaan perumahan
5. Kelebihan MDF adalah seperti breikut :
a.Permukaannya rata dan luas
b.Tidak mudah bengkok dan meleding
c.Tahan haba kalau dibanding dengan kayu
d.Tidak akan retak apabila dipaku
e.Kemasannya seperti kayu semula jadi

6

6. Kelemahan MDF adalah seperti berikut :
a.Tidak kalis air , kurang sesuai untuk kegunaan di luar bangunan
b.Boleh lerai jika ada kecacatan
c.Tidak mencangkam paku

C) MENGENAL PASTI JENIS PENGIKAT, KELENGKAPAN DAN PERKAKASAN

Jenis Pengikat
1. Pengikat ialah bahan yangdigunakan untuk mencantum dua keping benda kerja
2. Pengikat yang digunakan dalam kerja amali ialah paku, skru, dan glu

Paku
1. Paku digunakan untuk mencantum kayu atau kepingan logam pada kayu
2. Paku diperbuat daripada keluli lembut yang biasanya disadur dengan zink
3. Terdapat juga paku yang diperbuat daripada lembaga, aluminium, dan loyang untuk kegunaan
khas
4. Saiz paku ditentukan oleh panjang batangnya
5. Jenis paku yang biasa digunakan untuk kerja pertukangan ialah :

a.Paku kepala rata
b.Paku panel
6. Paku kepala rata mempunyai kepala yang besar, rata, dan tidak boleh dibenamkan ke bawah
permukaan kayu
7. Paku kepala rata digunakan untuk membuat kerja am yang memerlukan cantuman yang kuat
8. Paku panel mempunyai kepala kecil berbentuk kon yang boleh dibenam ke bawah permukaan
kayu
9. Paku panel sesuai digunakan untuk pembinaan perabot
10. Semasa memaku, benda kerja nipis harus dipaku pada benda yang lebih tebal
11. Terdapat dua cara memaku, iaitu :

a.Memaku secara menegak- Menghasilkan cengkaman yang kurang kuat
b.Memaku secara serong- Menghasilkan cengkaman yang lebih kuat dan kukuh
Skru

1. Skru diperbuat daripada keluli lembut, kuprum, dan loyang
2. Saiz skru ditentukan oleh ukuran dari kepala skru ke hujung skru
3. Kelebihan skru jika dibanding dengan paku ialah

a.skru boleh ditanggal dan dipasang semula serta memberi cengkaman lebih kuat
4. Kegunaan skru ialah :

a.Mengikat kepingan kayu dan logam
b.Menguatkan tanggam
c.Memasang engsel
5. Skru dipasang dengan menggunakan pemutar skru. Pemutar skru digunakan untuk skru
beralur lurus. Pemutar skru phillips digunakan untuk skru beralur phillips

7

6. Terdapat dua jenis skru, iaitu:

a.Skru kepala bulat - Digunakan untuk mengikat kayu yang nipis atau logam yang nipis
pada kayu- Kepalanya timbul sebagai hiasan
b.Skru kepala benam - Digunakan untuk mengikat kayu yang lebih tebal - Digunakan
untuk memasang engsal pada pintu

Glu

1. Glu digunakan untuk melekatkan dua kepingan logam bahan supaay mendapat cantuman
yang kuat dan kekal
2. Kegunaan glu ialah :

a.Menguatkan cantuman tanggam
b.Melekatkan kepingan kayu pada papan lapis
c.Melekatkan MDF dan mounting board
3. Terdapat dua jenis glu yang biasa digunakan, iaitu :
a.Glu PVA (polyvinyl acetate)
b.Glu sentuh
4. Kedua-dua glu ini terdapat dalam bentuk cecair
5. Ciri-ciri glu PVA:
a.Berwarna putih
b.Tidak tahan air
c.Kuasa cantuman lebih daripada glu sentuh
d.Digunakan untuk pemasangan kerja kayu terutamanya tanggam kayu
6. Glu PVA sesuai digunakan untuk mengglu tanggam parit. Tanggam parit yang telah disapu
glu dan dipaku akan memberi cantuman yang lebih kuat
7. Ciri-ciri glu sentuh :
a.Dalam bentuk cecair yang berwarna kuning keemasan
b.Digunakan untuk pemasangan dua jenis bahan yang berlainan seperti kayu dan plastik
c.Cepat menjadi keras apabila pelarutnya kering

Alatan tangan
1. Penggunaan alatan tangan yang betul akan menghasilkan projek yang baik
2. Sebelum memulakan kerja amali, pastikan semua alatan tangan dalam keadaan baik, tajam,
dan sempurna
3. Selepas kerja amali, pastikan semua alatan tangan dibersih dan disimpan

Pita Pengukur
1. Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak yang lebih daripada panjang pembaris keluli
2. Saiz yang biasa terdapat di pasaran ialah 1 meter , 3 meter, dan 6 meter

8

Pembaris Keluli
1. Pembaris keluli diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat
2. Saiz keluli ialah 300 mm panjang
3. Kegunaan pembaris keluli ialah :

a.Mengukur jarak
b.Menanda jarak
c.Membina garisan lurus

Sesiku L
1. Sesiku L diperbuat daripada keluli. Ia berbentuk L dan bersudut 90º
2. Saiz sesiku L ditentukan oleh panjang bilahnya
3. Kegunaan sesiku L ialah :
a. Menentukan ketepatan sudut 90º
b. Menguji kepersegian tepi kayu
c. Menguji kerataan permukaan kayu
d. Membuat garisan bersudut tepat

Tolok penanda
1. Bahagian utama tolok penanda ialah badan, batang, skru tangan , dan taji
2. Fungsi tolok penanda adalah seperti berikut :

a.Menanda lebar dan tebal kayu
b.Membuat garisan yang selari dengan muka atau tepi kayu
3. Tolok penanda perlu dilaraskan untuk mendapatkan ukuran yang diperlukan daripada taji
sebelum digunakan

Tolok Serong
1. Tolok serong digunakan untuk memindahkan sudut yang bukan 90º
2. Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetat bilahnya mengubah sudutnya
3. Apabila mengguna tolok serong, pastikan muka tonggak sentiasa rapat dengan permukaan
kayu supaya sudut yang tepat boleh diperoleh

Gergaji Tangan

1. Saiz gergaji tangan ditentukan oleh :
a.Panjang bilah.
b.Bilangan gigi setiap 25mm

2. Panjang bilah gergaji tangan biasanya antara 55cm - 70cm
3. Fungsi gergaji tangan ialah:

a.Mengerat kayu(memotong melintang urat kayu)
b.Membelah kayu(memotong selari dengan urat kayu)
4. Semasa bermula menggergaji, ibu jari digunakan untuk memandu bilah gergaji membaut alur

9

Gergaji Puting
1. Kegunaan gergaji puting ialah:

a.Memotong kayu yang kecil.
b.Membuat tanggam
2. Jalur logam di bahagian atas bilah berfungsi untuk menguatkan dan meluruskan bilahnya
3. Saiz gergaji puting ditentukan oleh panjang bilahnya

Gergaji Lengkung Halus

1. Gergaji lengkung halus digunakan untuk meggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis
2. Mata gergaji dipasang menghala ke hulu

Tukul Kuku Kambing
1. Tukul kuku kambing digunakan untuk memukul dan mencabut paku
2. Saiznya ditentukan oleh berat kepala
3. Semasa mencabut paku, permukaan benda kerja perlu dialas dengan reja kayu untuk
mengelakkan permukaannya tercalar

Tukul Warrington
1. Tukul Warrington digunakan untuk menukul paku kecil
2. Saiz tukul ditentukan oleh berat kepalanya

Pahat Tepi Serong

1. Pahat tepi serong digunakan untuk memahat, menatal, meraut, dan membersihkan bucu
tanggam
2. Saiz pahat tepi serong ditentukan oleh lebar mata pemotongnya
3. Mata pahat diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi
4. Mata pahat perlu tajam semasa digunakan untuk mengelakkan kemalangan berlaku
5. Mata pemotong mestilah diasah pada sudut 25º - 40º pada batu canai supaya sentiasa tajam

Kikir Parut
1. Kikir parut berbentuk separuh bulat dan mempunyai gigi
2.Ia digunakan untuk meratakan permukaan kayu dan membentuk lengkok pada penjuru kayu
3. Saiz kikir parut ditentukan oleh panjang kikir, iaitu dari hujung ke tumitnya

Gandin Kayu

1. Saiz gandin kayu ditentukan oleh saiz kepalanya
2. Kegunaan gandin kayu ialah :

a.Menukul pahat
b.Mengetuk bahagian projek ketika memasang tanggam
3.Terdapat dua jenis gandin kayu , iaitu:
a.Gandin kayu kepala segi empat
b.Gandin kayu kepala bulat

10

Mesin
1. penggunaan mesin membolehkan kerja kayu dilakukan dengan lebih cepat dan lancar
2. Terdapat dua jenis mesin gerudi

Mesin Gerudi Lantai

1. Mesin gerudi lantai digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter pada kayu dan
logam
2. Saiz mesin gerudi ditentukan oleh diameter mata gerudi yang paling besar dapat dipasang
pada bindu
3. Benda kerja yang hendak digerudi mestilah diapit pada ragum gerudi untuk :

a.Mengelakkann bende kerja berputar besama mata gerudi semasa menggerudi
b.Mendapatkan hasil lubang gerudi yang jitu
4. Jadual berikut menunjukkan bahagian utama mesin gerudi lantai dan fungsinya

Mesin gerudi Mudah Alih

1. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih:
a.Mesin gerudi mudah alih berwayar
b.Mesin gerudi mudah alih tanpa wayar

2. Mesin gerudi mudah alih digunakan untuk menggerudi lubang pada kayu atau logam secara
mendatar atau menegak
3. Saiz mesin gerudi mudah alih ditentukan oleh diameter mata gerudi yang boleh dipasang
pada rahangnya
4.Jadual berikut menunjukkan bahagian utama mesin gerudi mudah alih dan fungsinya
5. Mata gerudi pintal digunakan bersama mesin gerudi
6. Saiz mata gerudi pintak ditentukan oleh diameter batangnya

D) MENDAPATKAN BAHAN

Mengenalpasti dan memeriksa bahan berdasarkan spesifikasi kerja

i. jenis bahan

ii. spesifikasi bahan

iii. saiz bahan

iv. kuantiti bahan

v. kaedah pemeriksaan

11

12

13

14

D) MENGENALPASTI ALAT DAN KELENGKAPAN
Contoh mesin dan alatan yang diperlukan ialah:

i) Meja kerja
ii) Alatan tangan
iii) Mesin-mesin
iv) Mesin mudah alih
v) Set membuat template
vi) Air gun
vii) Pemempat udara

E) MEMBINA PROTOTAIP
Membina prototaip adalah sama seperti pembinaan asas pembinaan produk yang merangkumi
5 peringkat iaitu tujuan/ fungsi, idea, perkembangan idea, lakaran dan pembinaa. Diabawah
menerangkan maklumat yang utama dalam pembinaan bahan
KUANTITI PRODUK

Kuantiti produk yang akan dihasilkan memainkan peranan yang sangat penting di dalam
menyediakan keperluan bahan. Jumlah produk akhir yang akan dihasilkan bergantung kepada
stok bahan sedia ada, sekiranya stok bahan masih banyak maka produk dapat dihasilkan
menepati kehendak penghasilan, dalam masa yang ditetapkan.
Mass production adalah contoh penghasilan produk dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu
masa. Maka secara tidak langsung, pihak pengeluar memerlukan stok bahan yang banyak pada
satu-satu masa. Keperluan ini membawa kepada permintaan dan penyimpanan bahan di dalam
stor sebagai stok simpanan untuk sesi penghasilan berikutnya.

Rajah 1: Susunan bahan simpanan untuk penghasilan produk secara besaran.
15

Bagi penghasilan produk yang sedikit, kebiasannya produk custom yang dihasilkan
secara bersendirian, menggunakan bahan yang tertentu. Bahan-bahan ini akan ditempah secara
khas. Khusus untuk penghasilan komponen-komponen tertentu sebelum disambungkan
membentuk sebuah produk.

Ringkasnya, keperluan bahan akan ditetapkan berdasarkan matlamat penghasilan
samada dalam jumlah yang banyak mahupun sedikit. Disamping mengawal kualiti produk yang
akn dihasilkan, kualiti bahan mentah yang diterima juga harus menepati piawaian yang
ditetapkan bagi mengurangkan risiko penghasilan produk yang tidak baik.
Huraian bahan Produk

Di dalam proses menghasilkan sesebuah produk berasaskan kayu, setiap komponen
kebiasaannya berasal daripada jenis bahan yang berbeza. Bahan-bahan yang berasingan ini
diproses, dipotong, dikemaskan dan kemudian dipasangkan bersama komponen lain bagi
membentuk sebuah produk siap.

Sebelum mendapatkan bahan-bahan untuk kerja menghasilkan produk berasaskan kayu,
setiap komponen produk akan di asingkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Lazimnya,
lukisan kerja akan memperincikan setiap komponen produk kepada beberapa jenis lukisan
seperti lukisan ortografik, isometrik atau lukisan keratan. Pecahan komponen ini memberikan
gambaran kasar kepada pembuat produk berasaskan kayu dimana mereka dapat mengenalpasti
bahan yang bersesuai, perlu digunakan dan seberapa banyak jumlah yang diperlukan untuk
bahagian-bahagian tertentu.

Rajah 2: Contoh lukisan perincian setiap komponen

16

Saiz Produk
Antara yang lain merupakan saiz sebenar produk akhir yang akan dihasilkan.

Penghasilan produk berskala sederhana kebiasaannya bersesuaian dengan saiz bahan yang
telah diproses. Contohnya, sekeping papan MDF, OSB, chipboard atau lain-lain yang berkenaan
kebiasaannya bersaiz 4’ x 8’. Daripada saiz bahan yang ada, ianya dipotong menjadi beberapa
saiz kecil untuk dipadankan dengan komponen lain berdasarkan lukisan kerja yang diterima.

Untuk produk yang bersaiz melebihi saiz standard bahan sedia ada, kebiasaannya ianya
akan dicantumkan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan saiz yang lebih
besar. Misalnya, untuk menghasilkan sebuah katil bersaiz queen memerlukan kelebaran saiz
yang melebihi 4 kaki. Samada ianya disusun bersebelahan atau ianya dicantumkan menjadi
lebih lebar.

Rajah 3: Contoh pelbagai produk menggunakan jenis bahan dan saiz yang berbeza.
Produk-produk berasaskan kayu yang kecil seperti dulang, bangku kecil, rehal dan yang
lain-lain tidak memerlukan bahan yang terlalu tebal kerana penerimaan beban yang tidak terlalu
berat. Produk-produk sebegini biasanya menggunakan bahan yang mempunyai ketebalan tidak
melebihi 15 mm, berbanding produk yang sedikit berat seperti kerusi atau meja jepun. Perabot-
perabot tersebut memerlukan ketebalan yang tertentu berdasarkan fungsi dan kaedah
pemasangannya, bagaimana ia bekerja menerima beban secara ke atas permukaan atau
daripada sisi bahan.
Namun begitu, tidak bermaksud produk berasaskan kayu yang lebih berat seperti
kabinet, sofa ataupun katil, memerlukan penggunaan bahan yang tebal dan berat. Kerana
penggunaannya adalah berubah-ubah tempat, kebanyakan perabot ini menggunakan bahan
ringan yang kukuh kerana ianya lebih mudah untuk dikendalikan.

17

Namun demikian bagi pembinaan semula produk protatip beberapa perkara perlu dilakukan
antaranya adalah:

1. Menerima arahan kerja
2. Membuat lakaran dan lukisan
3. Mengenalpasti jenis bahan dan peralatan, jenis pengikat dan perkakasan
4. Membina produk prototaip
5. Membuat kemasan akhir produk prototaip
6. Memeriksa dan menguji produk prototaip

F) MEMERISA PROTOTAIP

Jenis Ujian Parameter Keputusan
Ujian kekuatan Dapat bertahan tanpa rosak
cantuman A. Berat beban 100 gram
B. Masa beban diletakkan dalam Tidak jatuh dan kukuh pada
Ujian kestabilan pembinaan tapaknya

A. Sudut condongan permukaan
ilah 45°
B. Diletkkan pada satu tapak rata
dan dilettakkan dengan perekat
yang sesuai

18

G) MLAKSANAKAN KERJA PENGEMASAN KAWASAN KERJA
19


Click to View FlipBook Version
Previous Book
คำศัพท์ 2 ภาษา โดยใช้ e-book
Next Book
กิจกรรมบำเพ็ญประโยชน์ภายใน 1-4