BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM INFORMATION SHEET
CODE AND NAME
RB-071-2:2014 WOODWORKING MACHINE
TAHAP / LEVEL OPERATION
L2
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / RB-071-2:2014 - C05 WOOD PRODUCT PROTOTYPE
COMPETENCY UNIT NUM. MAKING OPERATION
AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN 1) Memilih bahan pembuatan prototaip
AKTIVITI KERJA / 2) Menyediakan unit mock up
WORK ACTIVITIES NUM. 3) Membina produk prototaip
AND STATEMENT
NO KOD / CODE NUM. RB-071-2:2014-C05/P(../…) Muka : 01 Drp :
1
TAJUK : MEMILIH BAHAN PEMBUATAN PROTOTAIP
A)MENTAKSIR LUKISAN DAN LAKARAN BERDASARKAN SPESIFIKASI KERJA
Lukisan Produk dan Spesifikasi
Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum
komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual).
Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu
Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan
komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri kebolehhasilan semula yang baik, serta
mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan.
Lakaran
Proses Lakaran
Lakaran ialah proses mengeluarkan idea yang di terjemahkan di atas kertas. Proses ini
biasanya berpandukan kepada maklumat yang terkumpul di peringkat kajian sebelumnya. Ada
pereka yang melakukan lakaran berpandukan subject matter untuk menghasilkan reka bentuk
contohnya reka bentuk meja kopi hasil perkembangan idea daripada bunga raya.
Proses lakaran idea perlu dilakukan sebanyak yang mungkin sebelum menghasilkan satu
reka bentuk yang merangkumi kehendak asas reka bentuk. Lakaran idea ini akan diperjelaskan
lagi dengan hasil lukisan 3 dimensi bagi melihat dengan jelas bentuk sebenar produk yang di
reka. Lakaran terperinci perlu diperjelaskan termasuk sistem sambungan yang diguna pakai.
Rajah 1 : Proses Membuat Lakaran
2
Rajah 2: Proses Membuat Lakaran
Rajah 3: Proses Lakaran Perabot Menggunakan Dua Titik Lenyap
Persembahan Lakaran
Seperti juga persembahan kesenian lain, dalam lakaran, persembahan boleh
diklasifikasikan kepada 3 kaedah:
1. Kaedah Satu
Pengolahan persembahan melalui komunikasi suara dan gaya. Biasanya tahap ini kurang
atau gagal mempengaruhi pelanggan.
2. Kaedah Dua
Persembahan melalui lakaran 2 dimensi bergambar. Dilakukan melalui lakaran perspektif.
Dengan idea pereka, lakaran yang dihasilkan diterjemahkan melalui warna, penggunaan
ruang serta media yang menarik menimbulkan mood kepada orang yang melihat.
3. Kaedah Tiga
Persembahan melalui scale model / mock up 3 dimensi lebih mudah diterjemahkan oleh
pereka kepada pelanggan.
3
*Kaedah dua dan tiga merupakan kaedah yang baik dan memberi impak yang berkesan kepada
pelanggan.
Maklumat atau data mengenai ergonomik dan antropometrik akan dapat memberikan
satu panduan asas kepada pelakar /pereka bentuk dalam mereka bentuk perabot yang
dikehendaki dengan ukuran atau saiz yang sesuai dan bertepatan.
Lakaran Perspektif
Perspektif amat penting dalam sesebuah lakaran. Ia menampilkan perbezaan dari segi
saiz, warna dan jalinan sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan mata. Perspektif
lurus bermakna memastikan sesuatu objek dalam lakaran itu besar atau kecil. Perspektif juga
ialah sistem untuk memastikan skala atau ukuran objek dari pelbagai sudut pandangan.
Perspektif lakaran berada antara lukisan gaya bebas dengan lukisan teknikal. Ia
mempamerkan aspek tiga dimensi (3D) objek dari sesebuah sudut.
1. Garisan Horizon
Garisan horizon dalam sesebuah lakaran perspektif ialah satu garis mendatar (horizontal)
yang merentasi gambar. Ia selalu berada pada paras mata dan kedudukannya bergantung
dari paras mata kita memandang samada dari tempat tinggi atau memandang sesuatu dari
jarak dekat.
Jika berdiri, aras pandangan mata akan turut meninggi dan jika duduk. Aras pandangan mata
akan menjadi rendah. Begitu juga apabila kita mendongak atau menundukkan kepala, ia
akan mengubah garisan horizon.
Horizon yang sebenarnya tidaklah nampak atau nyata tetapi kita perlu menggunakannya
untuk melakar gambar dalam perspektif. Garisan horizon juga dikenali sebagai garisan aras
mata atau garisan kaki langit.
Rajah 4: Garisan Horizon
2. Titik lenyap
Semua garisan selari yang terdapat di sekeliling kita seperti garis lurus di bahagian kiri dan
kanan jalan raya akan bertemu di satu titik yang dipanggil titik lenyap.
Titik lenyap ialah satu titik yang terletak pada garis horizon. Titik lenyap merupakan titik di
mana semua garisan yang digunakan untuk melukis perspektif bertemu.
Rajah 5: Garisan Titik Lenyap
4
3. Perspektif satu titik lenyap
Perspektif satu titik lenyap digubah dengan hanya menggunakan satu titik lenyap sahaja dan
biasanya berada di bahagian tengah gambar.
Ia akan membentuk gambaran tiga dimensi dalam sesebuah lukisan.
Rajah 6: Perspektif Satu Titik Lenyap
4. Perspektif dua titik lenyap
Rajah 7: Pandangan Perspektif Dua Titik Lenyap
5. Perspektif tiga titik lenyap
Rajah 8: Perspektif Tiga Titik Lenyap
5
Lukisan kerja
Peringkat ini adalah proses akhir dalam kerja mereka bentuk. Pada peringkat ini, reka
bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan. Bagi mendapatkan spesifikasi
produk yang lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek mestilah dibuat.
Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan dan fungsinya.
Lukisan ortografik – lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk merekodkan dan
menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang menggabungkan beberapa pandangan bagi
sesuatu objek yang mengandungi pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.
Rajah 9: Contoh lukisan ortografik
Lukisan isometrik – Satu lukisan pandangan yang dilukis bagi menunjukkan keadaan
sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan
tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala
penuh.
Rajah 10: Contoh lukisan isometrik
Lukisan perspektif – Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis dengan
cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai bentuk atau rupa sebenar
produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam perspektif, kita akan nampak :
Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh daripada kita.
Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya apabila semakin jauh
daripada kita.
6
Rajah 11: Contoh lukisan perspektif
Lukisan persembahan - Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir penyampaian
idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar rupa bentuk sesuatu produk.
Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh memasukkan maklumat-maklumat tambahan
yang berkaitan seperti bahan dan jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga
digunakan dalam mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan
dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.
Rajah 12: Contoh lukisan persembahan
Jenis-jenis lukisan produk
Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:
Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum
dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau
persembahan.
Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu
komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran
itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah
Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.
Spesifikasi lukisan yang perlu ada dalam sesebuah lukisan:
1. Maklumat Bahan
2. Ukuran Panjang Dan Lebar
3. Ukuran Tinggi Dan Tebal
4. Jenis Penyambung Yang Digunakan
5. Tarikh Lakaran
7
6. Skala
7. Dimensi
8. Nama Individu/ Kumpulan
9. Nama Projek
Rajah 13: Contoh perbezaan lukisan isometrik, oblik, perspektif dan lakaran
Cetakan biru
Cetakan biru ataupun blueprint adalah panduan untuk membuat sesuatu – reka bentuk
atau corak yang boleh diikuti. Secara literasinya, blueprint adalah kertas yang berwarna biru
dengan ‘rancangan untuk produk’ yang dicetak di atasnya. Pelan blueprint membantu dalam
merancang apa yang perlu dilakukan. Ia sebagai suatu panduan untuk membuat sesuatu yang
lain. Maklumat asas blueprint seperti rancangan atau garis panduan yang tepat atau terperinci.
Rajah 14: Contoh lukisan cetakan biru
Melalui permodenan masa, blueprint telah digantikan dengan cetakan yang lebih
canggih, yang lebih rendah kos pencetakannya. Pada awal tahun 1940-an, blueprint telah
8
digantikan dengan cetakan di atas kertas putih atau boleh dikenali sebagai whiteprint (diazo
prints).
Whiteprint terus digunakan secara meluas namun terdapat beberapa kes yang ia
digantikan dengan pencetakan xerographic. Pada masa kini, kebanyakan rekabentuk produk
atau binaan direka menggunakan teknik computer-aided design (CAD). Rekabentuk ini
kemudiannya dicetak di atas kertas putih menggunakan mesin pencetak atau plotter. Namun
begitu, istilahnya blueprint masih digunapakai secara tidak formal sehingga ke hari ini untuk
menyatakan maksud lukisan perincian produk
Rajah 15: Contoh lukisan cetakan putih
Blueprint merupakan panduan terhadap produk yang akan dihasilkan. Ia berfungsi
sebagai:
1. Memberi gambaran produk yang akan dihasilkan
2. Membantu dalam menetapkan kerja yang perlu dilakukan
3. Memberi maklumat terperinci berkaitan produk
Contohnya: nama produk, nama lukisan, tarikh lukisan dihasilkan, nama pelukis, dll.
Memberi dimensi saiz sebenar produk, kadang-kala berserta dengan bahan yang digunakan
serta cara penghasilan.
9
B)MENERANGKAN KEPERLUAN BAHAN BERDASARKAN LUKISAN PRODUK
Bill Of Material (BOM)
Definisi Bill of Material Bill of Material (BOM) adalah definisi produk akhir yang terdiri dari
daftar item, bahan atau material yang diperlukan untuk membuat, mencampur atau
memproduksi produk akhir.
BOM terdiri dari pelbagai bentuk dan dapat digunakan untuk pelbagai keperluan. BOM
dibuat sebagai sebahagian dari proses reka bentuk dan digunakan oleh manufacturing engineer
untuk menentukan item yang harus dibeli atau dihasilkan. Perancangan pengendalian produk
dan persediaan menggunakan BOM yang dihubungkan dengan master production schedule
untuk menentukan release item yang dibeli atau dihasilkan.
Untuk BOM ini, gunakan format BOM dengan label yang jadual-jadual yang
mengandungi:
1. Part Number (nombor bahagian),
2. Description (nama bahagian dan keterangan lain yang perlu dicantumkan),
3. Quantity for Each Assembly (kuantiti bahagian untuk setiap satu produk jadi),
4. Unit of Measure (unit ukuran bahagian), dan
5. Decision (keputusan untuk membeli atau memproduksi bahagian tersebut).
Rajah 16: Contoh Bill Of Material (BOM)
10
C)MEMASTIKAN KEPERLUAN BAHAN
Keperluan bahan- bahan
Pemilihan bahan bagi sesuatu pembinaan prototaip adalahl penting , ini adalah kerana
bagi memastikan pembinaannya kukuh, mudah dibentuk dan murah.
Bahan yang dipilih mestilah mengikut “Bill of Material” bagi memastikan binaannya
berkualiti antara perkara yang perlu diambilkira semasa memilih bahan ialah :
i) Kuantiti
ii) Huraian Bahan
iii) Saiz
Permintaan bahan
Permintaan bahan mestilah mengikut keperluan pembinaan prototaip. Ianya juga
mestilah mengikut permintaan pada perbincangan dalam mesyuarat pelaksanaan prototiap.
Antara keperluan yang perlu dipatuhi dalam permintaan bahan ialah:
i) Jenis bahan
ii) Mengikut format permintaan mesyuarat
iii) Kuantiti bahan
D)MELAKUKAN PEMERIKSAAN SENARAI BAHAN DENGAN BETUL
Senarai bahan perlu dikenalpasti mengikut keperluan pembinaan prototaip. Ini bagi memastikan
supaya bahan yang disenaraikan akan menepati dalam pembinaan prototaip itu nanti. Antara
perkara yang perlu diambil kira semasa penenaraian bahan ialah:
i) Tujuan bahan
ii) Kandungan bahan
iii) Format permohonan
iv) Semakan bahan mengikut keperluan
11