The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by heroes1512, 2022-10-30 22:12:45

Laporan Pertandingan 3K SK St. Mary

Laporan Pertandingan 3K SK St. Mary

SK. St. Mary
Kuching

Laporan Penyertaan

PERTANDINGAN 3K

SEKOLAH

SKEBTAN.GSMAAAN RY

SEKOLAH BERPRESTASI
TINGGI

https://sites.google.com/moe-
dl.edu.my/jawatankuasa3kstmary/home

Kandungan

01 Prakata
02
03 Ucapan penghargaan disediakan oleh Jawatankuasa
04 3K sekolah berserta ucapan aluan Puan Guru Besar.
05
Maklumat Am Sekolah

Pengenalan mengenai latarbelakang sekolah dari
aspek sejarah penubuhan, maklumat ringkas sekolah,
mantan guru besar dan lain-lain maklumat.

Pembangunan Fizikal

Bangunan sekolah dan kemudahan infrastruktur lain
yang disediakan di sekolah ini.

Kemudahan Taman Hijau

Taman-taman yang ditanam dengan tumbuhan hijau
serta berinformasi untuk kegunaan warga sekolah dan
pelawat.

Aktiviti / Program

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang tahun 2021-
2022 berkaitan peningkatan 3K disekolah.

06 Faktor 'wow'
07
08 Faktor yang menjadi kelebihan sekolah ini yang boleh
09 diketengahkan dan dibanggakan selain statusnya
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan TS25.

Penglibatan PIBG

Aktiviti yang telah melibatkan Persatuan Ibubapa dan
Guru sepanjang tahun 2021 dan 2022.

Inisiatif & Inovasi

Usaha yang dijalankan oleh Jawatankuasa 3K sekolah
ini bagi memantapkan lagi pengurusan 3K di sekolah.

Penutup

Harapan pihak sekolah terhadap program seumpama
ini agar diteruskan untuk tahun akan datang.

Alhamdulillah kami panjatkan syukur kami ke hadrat Allah
SWT atas segala nikmatNya sehingga kami telah
menyelesaikan Laporan Penyertaan Pertandingan 3K ini
pada waktu yang diperuntukkan. Laporan ini adalah
penting bagi penyertaan Pertandingan 3K kategori Sekolah
Rendah, anjuran DBKU bagi tahun 2022.

Salah satu tujuan laporan ini adalah sebagai dokumentasi dan juga
bentuk evaluasi kegiatan berkaitan 3K disekolah kami. Laporan yang
kami buat ini berdasarkan maklumat-maklumat am sekolah dan
aktiviti-aktiviti berkaitan 3K sepanjang tahun 2021-2022.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak DBKU diatas
usaha murni menganjurkan pertandingan ini bagi menitik beratkan
elemen 3K dipremis-premis sekolah selain sebagai satu cara
mengiktiraf usaha sekolah meningkatkan elemen 3K masing-masing.

Sekalung penghargaan juga kepada semua ahli jawatankuasa 3K SK St.
Mary, yang dipengerusikan oleh Guru Besar, Puan Janet anak Tikut, Guru-
Guru Penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa Kecil dan semua warga sekolah
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan program 3K
di SK St. Mary. Tanpa kerjasama yang erat dan gitu, usaha meningkatkan
elemen 3K di sekolah ini tidak akan tercapai.

Semoga usaha murni bersama ini akan berterusan tanpa erti putus asa
dan akan membuahkan hasil dengan kemenjadian murid-murid yang
sentiasa peka dan cakna berkenaan elemen 3K yang bermula disekolah.

Sekian, terima kasih.

Page 01

KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR



Bersyukur kepada Tuhan Laporan Penyertaan Pertandingan 3K anjuran DBKU bagi kategori
Sekolah 2022 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberi panduan
kepada pihak penganjur untuk menjalankan penilaian dan penjurian dengan mudah dan cepat.

Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini
sebagai sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi sehingga berjaya mendapat
beberapa anugerah dan kejayaan dalam bidang ko-akademik dan ko-kurikulum. Tahniah dan
syabas kepada semua guru penolong kanan, guru-guru, anggota kakitangan pelaksana, PIBG,
LPS, alumni dan ibu bapa yang telah memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah
serta memastikan kelestarian sekolah yang berterusan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Laporan Penyertaan
Pertandingan ini. Juga penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak DBKU kerana telah
memberi peluang dan kesemptan kepada sekolah kami untuk menyertai pertandingan ini.

Akhir kata kepada semua guru dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan St. Mary teruskan usaha
gigih kita agar terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama
terutamanya menjadikan sekolah ini sebagai tempat yang ’Selamat, Sejahtera dan Bersih’.

Sekian, terima kasih. Page 02

Janet

MAKLUMAT
SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan St. Mary, terletak di Lebuh
Wayang, Bandaraya Kuching. Sekolah ini telah
mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) yang mana hanya ada dua buah
sekolah rendah sahaja di Sarawak yang
mendapat pengiktirafan tersebut.

Page 03

Kod Sekolah YCB1202




Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan St Mary,

Kuching (M)




Alamat Lebuh Wayang




PPD Ppd Kuching




Sesi Satu Sesi / Pagi Sahaja




Lokasi Bandar




Gred A




Luas 3.66 ekar (Kawasan Sekolah
Tapak
Menengah St. Mary)

Page 04

Bilangan Bilik 18 bilik darjah
4 bilik khas (setiap satu,
Darjah: sebesar bilik darjah)




Bilangan Murid 577 orang




Bilangan Guru 36 orang




Bilangan Bukan 3 orang

Guru

Page 05

Sekolah St Mary merupakan sebuah sekolah yang tertua di Sarawak dan pada
tahun ini genaplah ia berusia 169 tahun. Sekolah ini didirikan oleh mubaligh Kristian
Anglika dari England dengan galakan dan bantuan daripada Rajah James Brooke
pada tahun 1840an. Daripada usaha mereka ini, lahirlah Sekolah Kebangsaan St
Mary dan St Thomas yang masih tersergam di bandar raya Kuching sehingga kini.
Revd. Dr. Francis Thomas McDougall, seorang doktor dan paderi bersama
keluarganya Deacon Revd. William Bodham Wright sekeluarga belayar ke London
pada 30.12.1847 dan sampai di Sarawak pada 20.06.1848.

Mereka tinggal bersama Rajah James Brooke selama beberapa hari sebelum
berpindah ke sebuah rumah kayu yang dibina oleh seorang Mubaligh Jerman, Hupe
di Pengkalan Batu. Rumah itu digunakan sebagai makhamah. Keluarga Revd.
McDougall dan keluarga Revd.Wright tinggal di situ. Di situ juga Keluarga Revd.
McDougall Elizabeth Richardson, pembantunya menolong Mrs. McDougall
mengendalikan kelas bagi murid perempuan dan kaum wanita. Pada 05.09.1848,
Rajah James Brooke menyerahkan empat orang murid kepada Mubaligh Kristian. Ini
adalah permulaan bagi ’Home School’

Page 06

Pada bulan September 1848, Rajah James Brooke telah memberi
sebidang tanah kepada Mubaligh Kristian Anglika dan Rumah Bishop
dibina. Persekolahan yang diadakan di rumah mahkamah dahulu
dipindahkan ke sini. Pada bulan Oktober 1859, seramai 20 kanak-kanak
mendaftar sebagai penuntut asrama. Mereka terdiri daripada anak yatim
piatu, anak mangsa perang dan buangan. Mereka dididik secara Kristian
serta diberi penuh belaian kasih sayang. Sepeninggalan Puan McDougall
pada tahun 1852 hingga 1855, pendaftaran semakin merosot. Pada
tahun 1855, Cik William datang dari England untuk bertugas di sekolah
itu. Pada tahun 1856, Cik Sarah Comes mengambil alih tugas daripada
Cik Williams tetapi persekolahan diganggu oleh Revolusi Cina pada
18.02.1957. Aktiviti sekolah hanya dapat dipulihkan semula pada awal
tahun 1858. Murid-murid diajar tentang Geografi, Sejarah, Bahasa
Inggeris dan Kitab Injil. Pada Julai 1883, jumlah murid perempuan yang
bersekolah semakin meningkat.

Setelah bangunan sekolah St Thomas siap dibina pada bulan Oktober
1887, bangunan lama dibaikpulih menjadi Sekolah Mubaligh Perempuan
yang sekarang dipanggil Sekolah St Mary. Pada tahun 1902, Sister Mary
Sharp bertanggungjawab ke atas pentadbiran sekolah manakala Caroline
Sharp bertanggungjawab menyelia pengajaran dan pembelajaran. Ketika
itu, murid-murid belajar kitab injil, Bahasa Mandarin, jahitan, masakan,
bacaan, penulisan dan mengira. Pada tahun 1925, bekas penuntut St
Thomas, Revd. E.V.S Lim, bermurah hati mendirikan sebuah bangunan
tadika untuk memperingati mendiang isterinya, Sarah seorang gadis
Bidayuh dari Quop yang meninggal dunia di China. Bangunan ini
dikenali sebagai nama Bangunan
St Nicholas. Bangunan ini juga pernah digunakan sebagai asrama dan
juga sekolah. Sehingga kini, bangunan tersebut masih digunakan oleh
Sekolah Menengah St. Mary dan Sekolah Rendah St Mary.

Pada tahun 1920an, kanak-kanak lelaki yang kecil bersekolah di St. Mary
sehingga tahun 1953. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah St. Mary
sekarang, Datuk Michael Parker adalah bekas murid St. Mary. Pada
zaman Pendudukan Jepun, persekolahan terganggu. Hanya pada 11
September 1945, Cik Chong Kim Joon dan Cik Voon Kim En kembali ke
St. Nicholas untuk memulakan kelas. Cik Andrews kembali pada 14
November 1946 untuk memulihkan keadaan Sekolah St. Mary.

Page 07

Atas jasa itu, dia dianugerahkan pingat M.B.E pada tahun 1949. Pada 3
Januari 1952, Blok York dirasmikan pembukaannya oleh Arch Bishop
York untuk sekolah menengah. Selepas itu Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah dipisahkan. Pada masa yang sama pendidikan
peringkat tadika dimulakan. Murid–murid dikehendaki memakai
pakaian seragam berwarna biru.

Pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Tahun 1957

Pada Januari 1955, kewangan Sekolah Rendah dan Menengah telah diasingkan.
Cik Stackhouse telah menguruskan pentadbiran Sekolah Rendah sejak tahun
1948. Pada bulan Oktober 1985, bahagian pentadbiran Sekolah Rendah
dipindahkan ke bangunan sendiri. Bangunan tersebut dirasmikan pada 01
Oktober 1958 oleh H.E Tuan Anthony Abell, Gabenor Negeri Sarawak ketika itu.

Pada tahun 1962. sekolah ini telah memulakan tiga buah kelas bagi Tahun Satu.
Pada Tahun 1963 pula sekolah ini dipilih untuk melaksanakan ’Peak Course’ dalam
pengajaran Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Pada Tahun 1963 juga Bahasa Melayu
mula diajar. Sebuah perpustakaan juga diwujudkan pada tahun yang sama.Pada
Tahun 1969 sebuah klinik pergigian dibina dan siling bagi semua bilik darjah di
tingkat atas juga telah dibina. Selepas 10 tahun kemudiannya, iaitu Tahun 1973,
ujian ’Common Entrance’ telah dimansuhkan dan melalui ’Sarawak Education
Service’ kerajaan telah mula mengambil alih tanggungjawab terhadap perlantikan
guru dan kakitangan sekolah. Semenjak itu, nama sekolah telah ditukar kepada
Sekolah Rendah Bantuan St Mary.

Pada Tahun 1985, Datuk Daniel Tajem, Timbalan Ketua Menteri Sarawak telah
merasmikan blok baru sekolah. Sehingga kini, sekolah mempunyai lapan belas buah bilik
darjah, sebuah pusat sumber, surau, bilik guru, bilik pemulihan khas, pejabat am, klinik
pergigian, bilik kaunseling, bilik muzik, makmal Bahasa Inggeris, bilik pentaksiran
berasaskan sekolah, makmal sains dan Dewan St Hilda.

Page 08

The Past and Present

Page 09

Page 10

Visi

Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik,
Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan
Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara.

Page 11

Visi

Sekolah Kebangsaan St. Mary

Sekolah Berprestij komited

ke arah

Kegemilangan Pendidikan

Bagi

Melahirkan Insan

yang Berfikran

Global Dan Berakhlak Misi

Melahirkan Modal Insan
Yang Seimbang,
Berkualiti Tinggi
Serta Komited
Dalam Pelbagai Bidang Selaras
Dengan AspirasiNegara
Sehingga
Ke Peringkat Antarabangsa

Page 12

SLOGAN

Ke arah kecemerlangan akademik
dan moral



We strive towards academic and moral
excellence



MOTTO

Berilmu pengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kreatif, kritis dan
inovatif serta berdisiplin

MATLAMAT

Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, beriman, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara

OBJEKTIF SEKOLAH

1.Melahirkan individu yang dapat mencapai matlamat pendidikan sekolah
rendah.

2.Mempastikan dan mengekalkan pencapaian cemerlang sekolah dalam UPSR.
3.Menuju ke arah pencapaian ‘zero defect’ dan seterusnya menjadi sekolah

contoh.
4.Membudayakan pada setiap masa tradisi sekolah yang membanggakan.
5.Penerapan nilai-nilai murni dan penglibatan aktif murid dalam gerak kerja

kokurikulum.
6.Melahirkan individu yang bersifat optimistik, kreatif, inovatif serta mempunyai

visi dan misi dalam merealisasikan wawasan semasa.

Page 13

JAWATANKUASA 3K
(KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN)

JANET ANAK TIKUT
PENGERUSI

WILLSON ANK BINET SHARIFAH LINORA YEO KAH ING
NAIB. PENGERUSI 2 GPK HEM / NAIB PENGERUSI 3
TIMB. PENGERUSI

ROSIAH AK PALUN
NAIB PENGERUSI 1

YUSRIZAL B. AHMAD JUDDY ANAK NATA
PENYELARAS SETIAUSAHA

DORA USUN WAN SUMARNI BT. ONNAI
PEN. PENYELARAS PEN. SETIAUSAHA

AHLI-AHLI
KHALID, SEM, SRI RAHAYU,
NORIZA, RABAIEE, SITI MARIAM

Page 14

PEMBANGUNAN

FIZIKAL &
INFRASTRUKTUR

BILIK KELAS

Page 15

BILIK
GURU

Page 16

PEJABAT
AM

Page 17

KANTIN

Page 18

MAKMAL
SAINS

Page 19

BILIK
MUZIK

Page 20

PUSAT
SUMBER

Page 21

MUSOLLA

Page 22

BILIK
ISOLASI

Page 23

GELANGGANG
BERBUMBUNG

Page 24

BILIK ALAT
SUKAN

Page 25

BILIK SPBT

Page 26

DEWAN
ST. HILDA

Page 27

MAKMAL
ENGLISH

Page 28

TEMPAT
PEMBUANGAN

SAMPAH

Page 29

Page 30

Page 31

KEMUDAHAN

TAMAN HIJAU

Green Garden Page 32

Mind Therapy Garden
Page 33

English Garden Page 34

2 FEB 2021

Nature Garden Page 35

Herbs Garden

Page 36

LAPORAN

AKTIVITI /
PROGRAM 3K

Gotong-Royong 2021 Page 37

14 OGOS 2021

Penambahbaikan SOP covid

21 MAC 2022 Page 38

Suntikan Dos Vaksin

20 OKT 2021 Page 39

Easter Monday Page 40

20 APR 2022

Program Jom Baca 10 Minit

21 APR 2022 Page 41

Pentauliahan Pemimpin Muda

23 APR 2022

Page 42

SumbanganBantuan Covid

27 APR 2022 Page 43


Click to View FlipBook Version