Diari Cuti Sekolah Romi NUR AFIDA BINTI MOHD REZU
PRAKATA Cuti sekolah adalah masa untuk mencipta kenangan dan belajar sesuatu yang baru. Diari Cuti Sekolah Romi mengisahkan tentang persahabatan, kejujuran, dan tanggungjawab dalam membantu mereka yang memerlukan. Melalui kisah ini, pembaca akan diajak untuk menyelami perasaan ingin tahu Romi, keberaniannya dalam menyiasat sesuatu yang misteri, serta kasih sayangnya terhadap sahabat dan haiwan. Buku ini bukan sekadar cerita biasa, tetapi turut memuatkan sebuah sajak bertajuk Istimewanya Seorang Sahabat, yang mengangkat nilai persahabatan sejati. Diharapkan kisah dan sajak dalam buku ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca muda untuk menjadi lebih prihatin, jujur, dan berani dalam menghadapi cabaran. Selamat membaca dan hayati kisah serta sajak yang penuh makna ini!
Romi gemar menulis di dalam diarinya yang bertajuk ‘Diari Cuti Sekolah Romi’ . Romi selalu pulang ke kampung yang indah dengan sawah padi yang luas dan sungai yang jernih semasa cuti sekolah. Dia mempunyai seorang sahabat di kampung yang bernama Sufian. Sungguh tidak sabar saya ingin berjumpa dengan Sufian. 1
Tiba di kampung, Romi menyantuni datuk dan neneknya terlebih dahulu. Setelah itu, Romi segera mencari Sufian. “Sufian! Sufian!” panggil Romi. “Romi! Awal kamu sampai di kampung. Saya rindu kamu ” balas Sufian dengan mesra. Mereka bersama-sama berjalan dan berbual sehingga lewat petang. 2
Sufian, kamu tidak mengapa? Saya tidak mengapa, Romi. Mari kita pulang. Keesokkan harinya, Romi dan Sufian berjanji temu di padang luas untuk bermain layanglayang. Namun, Sufian kelihatan muram dan tidak banyak bercakap seperti kelmarin. Romi berasa hairan dengan perubahan sikap Sufian. Tidak lama kemudian, Sufian mengajaknya pulang. 3
Pada malam itu, Romi menulis tentang sikap Sufian yang pelik pada hari itu di dalam diarinya. Romi masih memikirkan sebab Sufian mengajaknya pulang awal petang itu. Romi bertekad untuk menyiasat tentang perkara yang disembunyikan oleh Sufian. Pasti ada sesuatu yang perlu Sufian lakukan selepas bermain . 4
Pada hari esoknya, Romi mengajak Sufian menangkap belalang di sawah padi. Tidak lama kemudian, Sufian memberitahu Romi bahawa dia perlu pulang awal. Romi bersetuju untuk pulang. Namun, dia sudah bertekad untuk mengikuti Sufian secara senyap-senyap. Ke mana kamu mahu pergi selepas ini, Sufian? Saya perlu membeli sesuatu di kedai untuk ibu saya. 5
Romi mengikuti Sufian sehingga sampai di rumahnya. Kemudian, Romi melihat Sufian keluar semula dari rumahnya sambil membawa bungkusan makanan. Sufian pun berjalan menuju ke arah hujung kampung. 6
Romi mengikuti Sufian sehingga dia masuk ke dalam sebuah pondok usang. Ketika Sufian berada di dalam pondok usang itu, Romi mendengar bunyi pelik. Romi melihat Sufian sedang memberi makanan kepada seekor kucing yang kurus. ‘Rupa-rupanya ini yang disembunyikan oleh kamu Sufian’ bisik hati Romi. 7
Kita boleh meminta tolong datuk dan nenek saya, Sufian kerana mereka suka akan kucing. Sufian terkejut melihat Romi berada di belakangnya. "Kenapa kamu sembunyikan ia di sini?" Romi bertanya. “Saya terjumpa kucing ini hampir mati kelaparan di tepi jalan. Saya tidak boleh membela kucing di rumah kerana adik saya mempunyai alahan kepada kucing. ” jawab Sufian dengan wajah sedih. 8
Dengan sokongan Romi, Sufian meminta bantuan datuk dan nenek Romi untuk memelihara kucing tersebut. “ Datuk dan nenek boleh membantu kamu memelihara kucing ini. Kita perlu ingat bahawa kasih sayang terhadap haiwan merupakan satu bentuk tanggungjawab. ” Pesan datuk. 9
Hari-hari berikutnya dipenuhi dengan kegembiraan. Romi dan Sufian bersamasama menjaga dan memberi makan kucing itu. Dengan bantuan mereka, kucing itu semakin sihat dan aktif. Mereka bersepakat untuk menamakan kucing itu 'Comel' kerana matanya yang besar dan bersinar. Comel! 10
Tiba hari terakhir cuti sekolah, ibu bapa Romi menjemputnya untuk pulang ke bandar. Romi berpelukan dengan Sufian. Mereka belajar bahawa kejujuran sangat penting dalam persahabatan. Romi pulang dengan senang hati. Baiklah, Romi!. Saya bersyukur kerana mendapat sahabat baik seperti kamu. Kamu perlu berjanji untuk berkongsi masalah dengan saya, Sufian. Saya pasti akan membantu kamu. 11
Pada malam itu, Romi menulis dalam diarinya: Cuti sekolah kali ini, saya belajar bahawa persahabatan, kejujuran, dan keberanian menjadikan hidup lebih bermakna sebagai penutup untuk ‘Diari Cuti Sekolah Romi’ . Setelah selesai, Romi menutup diarinya untuk tidur. 12
Sahabat yang baik harus bersikap jujur antara satu sama lain. 1. Sahabat harus saling tolong-menolong apabila menghadapi masalah. 2. Jika menjaga haiwan, kita perlu memberi makan dan merawatnya dengan baik. 3. Keberanian penting untuk mencari kebenaran dan membantu rakan. 4. Cuti sekolah perlu dimanfaatkan dengan aktiviti yang bermakna. 5.
Menyantuni – Bersikap baik dan menghormati orang lain, terutama yang lebih tua. 1. Tekad – Keazaman yang kuat untuk melakukan sesuatu. 2. Menyiasat – Mencari tahu atau menyelidik sesuatu dengan teliti. 3. Usang – Sesuatu yang sudah lama dan kelihatan rosak atau buruk. 4. Diari – Buku catatan harian untuk menulis pengalaman atau perasaan. 5. Muram – Wajah yang kelihatan sedih atau tidak ceria. 6. Alahan – Reaksi badan terhadap sesuatu yang menyebabkan rasa gatal, bersin, atau tidak selesa. 7. Aktif – Keadaan yang penuh tenaga dan suka bergerak. 8. Janji temu – Persetujuan untuk berjumpa atau melakukan sesuatu bersama pada waktu tertentu. 9. Tanggungjawab – Kesungguhan dalam melaksanakan tugas atau janji. 10.
Istimewanya seorang sahabat Indah budi menawan hati Saling menghormati penuh santun Tulus ikhlas tiada kepalsuan Kenangan abadi sepanjang zaman.
Istimewanya seorang sahabat Bersama seiring meniti kehidupan Menghapus duka dengan kelembutan Memberi senyuman di saat kecewa Setia di sisi tanpa keluhan.
Istimewanya seorang sahabat, Bagaikan bintang di langit malam, Menyinari hati saat gundah, Menutur kata penuh mesra, Menghulur kasih tanpa mengira.
Kita mesti berkawan dengan hati yang baik dan tidak berpurapura. 1. Kita perlu bercakap dengan sopan dan menghargai kawan kita. 2. Sahabat yang baik akan tolong-menolong, terutama bila ada yang sedih atau susah. 3. Kita harus cuba menggembirakan kawan kita, terutama bila mereka kecewa. 4.
Istimewa - Sesuatu yang sangat berharga dan penting. 1. 2.Budi – Kelakuan atau tingkah laku yang baik. Menawan – Sangat menarik dan menyenangkan hati. 3. Kepalsuan – Sesuatu yang tidak benar atau pura-pura. 4. Kenangan – Sesuatu yang kita ingat dan simpan di dalam hati. 5. Meniti – Melalui atau berjalan bersama dalam kehidupan. 6. Setia – Sentiasa bersama dan tidak meninggalkan sahabat. 7. 8.Keluhan – Rasa tidak puas hati atau mengadu. 9.Duka – Perasaan sedih atau kecewa. Menutur – Berkata atau bercakap dengan seseorang. 10. Gundah – Rasa gelisah, risau, atau sedih dalam hati. 11. Abadi - Kekal selama-lamanya atau tidak berubah 12.
Diari Cuti Sekolah Romi Sem. Malaysia RM 8.0023 Sabah/Sarawak RM 10.00 BM1 Publications [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu Romi gembira pulang ke kampung untuk bertemu sahabat baiknya, Sufian. Namun, Sufian kelihatan muram dan sering menghilang tanpa alasan. Romi berasa hairan dan bertekad untuk menyiasat rahsia sahabatnya itu. Apakah yang disembunyikan oleh Sufian? Ikuti kisah penuh deburan dan kehangatan persahabatan dalam Diari Cuti Sekolah Romi!