11
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
Disediakan oleh:
Nama: NOOR SHAHIRAH BINTI MAT IESAK
No. Kad Pengenalan: 010125-14-0138
2020192340072
Angka Giliran:
Kumpulan/ Unit F4
Nama Pensyarah: MISS TAN YAN IM
Tajuk Tugasan Projek: PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Penyerahan: 12 MEI 2022
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada Tarikh:
Pensyarah
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 1
2.0 KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 2
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH
MESRA BUDAYA 2
3–4
3.1 ASPEK FIZIKAL
3.2 ASPEK EMOSI 4
3.3 ASPEK SOSIAL 4–5
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
4.0 PENUTUP 5
RUJUKAN 6
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyelesaikan
kerja kursus subjek Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073) dengan jayanya dalam tempoh
masa yang ditetapkan yang bermula 18 April 2022 hingga 12 Mei 2022. Dengan kesempatan
ini, saya amat berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek
ini iaitu Miss Tan Yan Im, selaku pensyarah subjek Budaya dan Pembelajaran yang telah
membantu saya dan rakan-rakan dalam memberi penerangan yang sangat jelas dalam
penulisan akademik ini serta membimbing dalam mencari bahan rujukan sama ada buku,
jurnal dan sebagainya. Saya juga ingin mengucapkan tidak terhingga kepada rakan-rakan
saya yang sering memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam memahami tugasan kerja kurusus
ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang dihasilkan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan di samping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan
modal insan yang seimbang.
1
1.0 PENGENALAN
Sekolah merupakan tempat atau platform utama dalam membentuk keperibadian, sahsiah
dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan murid. Pembentukan keperibadian
tersebut mampu merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu
aspirasi perpaduan yang merupakan salah satu aspirasi yang dititikberatkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Menurut
Sufean Hussin (2004), sekolah diibaratkan sebagai tunjang dalam mewujudkan semangat
perpaduan kaum dalam diri murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Dalam
merealisasikan hasrat PPPM tersebut, pihak guru memainkan peranan yang penting dalam
dengan mewujudkan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif dan mesra
budaya di dalam bilik darjah. Hal ini adalah kerana pengurusan bilik darjah mesra budaya
dapat mewujudkan semangat integrasi nasional dalam diri murid. Menurut Noriati A. Rashid
et.al. (2017), persekitaran bilik darjah mesra budaya seperti penyayang, menyokong serta
inklusif dapat mewujudkan keselesaan murid dalam proses pembelajaran dan bersedia dalam
menerima perbezaan dan persamaan antara murid pelbagai kaum.
2.0 KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Pengurusan bilik darjah adalah perkara yang perlu diberi perhatian dalam memperluaskan
strategi hasil pembelajaran. Pengurusan bilik darjah merujuk kepada satu proses pengurusan
bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru dalam memastikan keberkesanan dan kelancaran
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Lee Shok Mee (1955)
dalam Ain Isma (2018), pengurusan bilik darjah menunjukkan tindakan guru dalam
mengendalikan bilik darjah supaya suasana persekitaran yang diwujudkan dapat mewujudkan
galakan pembelajaran dalam kalangan murid.
Pengurusan bilik darjah mesra budaya pula ditakrifkan sebagai cara guru dan pelajar
bekerja di dalam berkumpulan, cara mereka saling bekerjasama dan bagaimana proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah (Bosch, 2006). Pengurusan bilik
darjah yang efektif dan mesra budaya dapat mewujudkan hubungan perpaduan,
persahabatan dan kerjasama antara murid dalam mewujudkan galakan pembelajaran dan
perkembangan pelajar sama ada dari segi sahsiah mahupun pelajaran. Penerapan
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dapat melahirkan murid-murid yang tinggi dengan
nilai moralnya seperti amalan hormat-menghormati, kerjasama, toleransi dan sebagainya
yang mampu mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan
rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
negara. Oleh itu, para pendidik seperti guru bertanggungjawab dalam menerapkan elemen
2
mesra budaya ini dalam diri murid supaya elemen tersebut dapat disemai dan dipupuk dalam
diri murid.
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan lancar dan berkesan. Antara aspek-aspek yang dititikberatkan dalam
pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosiolingusitik.
3.1 ASPEK FIZIKAL
Pengurusan persekitaran fizikal adalah sangat penting dalam mewujudkan persekitaran kelas
yang mesra budaya. Hal ini adalah kerana perancangan persekitaran fizikal bilik darjah yang
sesuai dan berkesan akan menghasilkan suasana pembelajaran, nilai, sikap dan tingkah laku
murid yang mesra budaya. Antara langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya yang boleh
guru laksanakan ialah susunan atur meja dan kerusi yang terdiri daripada pelbagai kaum
secara berkumpulan. Hal ini adalah kerana percampuran murid antara kaum di dalam satu
kumpulan akan membuka ruang kepada murid untuk berinteraksi dan dapat melaksanakan
aktiviti berkumpulan secara bersama. Hal ini dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam
diri murid dan secara tidak langsung dapat mewujudkan persefahaman antara murid yang
berlainan kaum melalui cara pemikiran dan perbincangan dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, susunan atur meja dan kerusi murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dapat meningkatkan lagi persefahaman antara murid berdasarkan
aktiviti pembelajaran secara koperatif yang dilaksanakan.
Selain itu, guru boleh mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya dengan
menyediakan sudut ruang bacaan atau perpustakaan mini di dalam bilik darjah. Pada ruang
bacaan tersebut, guru boleh menyediakan pelbagai bahan bacaan yang melambangkan nilai
perpaduan rakyat Malaysia dengan diaplikasikan dalam bentuk peta I-think yang
melambangkan pembelajaran abad ke-21. Penggunaan peta I-think dapat meningkatkan lagi
kefahaman murid terhadap konsep dan isi yang terkandung dalam bahan bacaan di samping
dapat merangsang pemikiran yang kreatif dan kritis (Zarina Abu Baker dan Wan Muna
Ruzanna Wan Mohammad, 2021). Guru boleh menyediakan atau menampal maklumat
kepelbagaian kaum di Malaysia seperti sambutan perayaan, pakaian dan makanan
tradisional, adat resam dan budaya dalam bentuk peta I-think pada sudut bacaan di mana
pengetahuan maklumat ini dapat murid aplikasikan dalam kehidupan seharian di samping di
dalam usaha mewujudkan budaya mesra antara kaum di dalam bilik darjah.
3
3.2 ASPEK EMOSI
Emosi merujuk kepada perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Menurut Noriati A. Rashid et.al (2017), emosi merupakan
satu perasaan atau gerak hati yang dirasai oleh individu yang terpancar melalui respons atau
tindak balas fisiologi apabila berlakunya tindak balas ransangan terhadap emosi dalam
sesuatu keadaan. Albert Bandura (1977) dalam Noriati A.Rashid et.al. (2011) yang
merupakan seorang tokoh psikologi dalam perkembangan sosioemosi menyatakan bahawa
perkembangan emosi kanak-kanak dipengaruhi dengan cara peniruan dan peniruan tersebut
berdasarkan pemerhatian tingkah laku orang di sekelilingnya ketika berinteraksi. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan, kanak-kanak akan meniru tingkah laku, sikap dan reaksi
terhadap orang lain. Oleh itu, dalam mewujudkan persekitaran mesra budaya, guru perlu
menjadi model atau contoh yang baik kepada murid supaya tingkah laku yang ditunjukkan
dapat dijadikan teladan dan amalan dalam kehidupan seharian murid. Antaranya ialah guru
memberi layanan yang adil kepada semua murid. Di dalam konteks ini, memberi layanan yang
adil bermaksud guru tidak memilih kasih antara murid sama ada berlainan bangsa, agama
mahupun warna kulit dan layanan yang diberikan adalah sama rata. Contohnya dalam
pengajaran Bahasa Melayu, guru hanya memberi kata-kata pujian atau ganjaran kepada
murid berbangsa Melayu sahaja. Tindakan guru ini akan memberi kesan emosi murid kaum
lain seperti rasa terpinggir dan tidak dihargai oleh guru. Oleh itu, guru perlu memberi layanan
yang adil dengan memberi pujian dan ganjaran kepada semua murid supaya murid berasa
gembira dan dihargai terhadap penghasilan kerja yang telah mereka hasilkan dan secara tidak
langsung dapat mewujudkan hubungan positif antara guru dan murid. Hal ini selaras dengan
pendapat Suresh Kumar N Vellymalay (2016), hubungan positif antara guru dengan murid
dapat memberi kesan positif terhadap sokongan emosi, disiplin dan penglibatan murid di
dalam aktiviti akademik di samping dapat membentuk hubungan dan sosialisasi antara murid
di dalam bilik darjah. Sifat layanan adil ini juga dapat dicontohi oleh murid-murid dalam
membina hubungan persahabatan dengan murid pelbagai kaum.
Selain itu, penggunaan kaedah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai juga
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra
budaya. Hal ini adalah kerana penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai mampu
mempengaruhi emosi murid dalam meneruskan aktiviti pembelajaran. Kaedah pengajaran
yang sesuai digunakan adalah kaedah belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah fitrah
bagi kanak-kanak kerana melalui aktiviti bermain, ia dapat menimbulkan rasa keseronokan
dalam diri murid dalam mencari, meneroka dan merasai sesuatu perkara yang baharu (Chow
Fong Peng & Mohd Fikri Ismail, 2020). Guru boleh melaksanakan aktiviti belajar sambil
bermain ini secara berkumpulan di mana melibatkan murid pelbagai kaum di dalam satu
4
kumpulan. Pelaksanaan aktiviti ini dapat mewujudkan emosi gembira dan teruja dalam diri
murid di samping dapat memupuk semangat kerjasama antara murid dan dapat mengeratkan
lagi hubungan murid antara kaum.
3.3 ASPEK SOSIAL
Sosial merujuk kepada interaksi atau pergaulan antara individu dengan individu yang lain.
Dalam usaha mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu
mewujudkan hubungan interaksi antara guru dengan murid dan juga murid dengan murid. Hal
ini adalah supaya murid-murid mudah bergaul antara satu sama lain dan mudah berinteraksi
sesama guru. Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah guru boleh
melaksanakan aktiviti membuat kad ucapan sambutan hari perayaan bagi setiap kaum.
Langkah ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada murid untuk memahami dan
menghormati perayaan kaum yang terdapat di Malaysia. Hal ini selaras dengan pendapat Tan
Sri Lam Thyme, Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia dalam Nazura Ngah (2017),
sambutan hari perayaan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama dapat membina
pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Langkah
pelaksanaan aktiviti ini adalah murid akan menghasilkan sebuah kad ucapan perayaan bagi
sesuatu kaum. Contohnya, sambutan Tahun Baru Cina, murid-murid selain bangsa Cina akan
menghasilkan kad ucapan dan memberikan kad ucapan tersebut kepada murid bangsa Cina
sebagai tanda penghormatan kepada amalan kepercayaan bagi kaum tersebut. Murid-murid
bangsa Cina semestinya akan berasa gembira dengan pemberian kad ucapan tersebut dan
sekaligus akan mewujudkan hubungan persahabatan dan perpaduan kaum dalam kalangan
murid.
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Secara umumnya, sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi
variasi bahasa serta mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan.
Aspek ini menekankan penggunaan bahasa. Umum mengetahui bahawa di dalam sebuah
kelas terdiri daripada murid pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina dan India. Maka
terdapat pelbagai penggunaan bahasa dalam pertuturan mereka. Oleh itu, bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa utama di dalam bilik darjah sebagai pengantaraan bagi
menghubungkan murid dari pelbagai kaum. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan
ialah guru melaksanakan aktiviti permainan bahasa seperti permainan sahibba dan teka
silang kata Bahasa Melayu. Aktiviti ini dapat mendorong murid-murid khususnya murid selain
bangsa Melayu dapat memahami dan menguasai kosa kata Bahasa Melayu dengan baik.
Tambahan pula, aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa minat dan seronok dalam diri murid
terhadap sesi P&P (Nurul Huda Mohd Saad et.al.,2018). Contoh permainan bahasa adalah
5
permainan sahibba. Sahibba merupakan sebuah permainan membentuk perkataan secara
silang kata dengan menggunakan huruf jubin yang telah disediakan di atas papan permainan.
Pembinaan perkataan adalah harus terdiri daripada perkataan bahasa Melayu. Pelaksanaan
permainan sahibba ini berlaku pemain pertama akan membentuk sebuah perkataan secara
melintang atau menegak pada papan. Setelah itu, pemain kedua dan pemain seterusnya akan
mengikut giliran dalam membina perkataan dan perkataan yang dibina harus perkataan
bahasa Melayu. Melalui permainan sahibba ini, ia dapat meningkatkan bilangan pembinaan
kosa kata murid dalam Bahasa Melayu. Pandangan ini selaras dengan Rasyidah Zulkifli (t.t)
menyatakan bahawa permainan sahibba dapat meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa
kata bahasa Melayu murid di samping dapat meningkatkan penguasaan dan pengembangan
bahasa Melayu dalam kalangan murid.
4.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah atau cadangan yang boleh dilakukan oleh
guru dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Penerapan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat mewujudkan suasana persekitaran
pembelajaran yang ceria dan kondusif. Selain itu, persekitaran kelas yang mesra budaya ini
dilihat sebagai platform dalam mewujudkan hubungan perpaduan kaum dalam kalangan
murid iaitu galakan dalam membina konsep penerimaan dan persefahaman antara murid
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza yang seterusnya dapat
merealisasikan matlamat PPPM 2013-2025 yang berfokuskan kepada aspek perpaduan
sebagai salah satu aspirasi di dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, guru-guru di semua
sekolah terutamanya sekolah rendah perlu mempraktikkan dan mengaplikasikan persekitaran
bilik darjah mesra budaya ini supaya hubungan perpaduan dalam kalangan murid ini telah
dibina dan dipupuk sejak mereka di bangku sekolah lagi dan seterusnya mampu menjadi
warganegara yang menyumbang kepada keharmonian negara iaitu selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6
RUJUKAN
Ain Isma. (2018). Definisi Bilik Darjah. Scribd:
https://www.scribd.com/document/90614970/Definisi-Bilik-Darjah
Chew Fong Peng & Mohd Fikri ismail. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah. Jurnal Pendidikan
Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol 9(1) (14-25):
file:///C:/Users/Dell/Downloads/3400-Article%20Text-10245-3-10-20210107.pdf
Nazura Ngah. (27 Januari, 2017). Sambutan perayaan berbilang kaum, agama kunci negara
aman. BH Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/01/240525/sambutan-perayaan-
berbilang-kaum-agama-kunci-negara-aman
Noriati A. Rahid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noriati A.Rahid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011).
Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar .
Nurul Huda Mohd Saad, Rafidah Abd Karim, Farahidatul Akmar & Zainab Mohd Zain. (2018).
Keberkesanan penggunaan kaedah permainan bahasa dalam pembelajaran
penterjemahan peribahasa. http://journalarticle.ukm.my/12446/1/IMAN-2017-0503-
03.pdf
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah). (n.d.). Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/pelan-pembangunan-pendidikan-
2013-2025
Rasyidah Zulkifli. (n.d.). Nak pandai kosa kata? Jom main Sahibba. Sinar Bestari:
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/gen-alpha/uji-minda/nak-pandai-kosa-kata-
jom-main-sahibba/
Sufean Hussin. (2004). Budaya dan Pembelajaran. Freemind Horizons.
Suresh Kumar N Vellymalay. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas-murid dalam
merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik datjah.
Jurnal Ilmi, Jilid 6 : 69-88: file:///C:/Users/Dell/Downloads/39-65-1-SM%20(1).pdf
Zarina Abu Baker & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (Jun, 2021). Keberkesanan
penggunaan kaedah peta I-think dalam kalangan guru Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan di daerah Seremban. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 3 No 3:
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13496