BUKU PANDUAN PELAJAR UNTUK
PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU
BAGI TUJUAN PENGANUGERAHAN KREDIT
(APEL.C)
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM
ANTARABANGSA SELANGOR
Hak Cipta Terpelihara.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Ogos 2020
Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian daripada
terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta
terlebih dahulu.
Semakan pertama Mac 2021
Semakan kedua Mei 2021
ii
SENARAI KANDUNGAN iii
Senarai Kandungan iv
Glosari vi
Singkatan
Bahagian 1: Pengenalan 1
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Definisi APEL.C 2
1.3 Justifikasi APEL.C
Bahagian 2: Polisi APEL.C 3
2.1 Polisi Am 4
2.2 Penganugerahan Kredit 7
2.3 Proses Pelaksanaan
Bahagian 3: Penilaian APEL.C 8
3.1 Penilaian Pembelajaran 10
3.2 Kriteria Penganugerahan
Bahagian 4: Proses dan Prosedur Pelaksanaan APEL.C 12
4.1 Proses Pra-Permohonan 12
4.2 Permohonan 13
4.3 Penilaian dan Keputusan 14
4.4 Rayuan 14
4.5 Pengurusan Berkaitan Permohonan APEL.C 16
4.6 Ringkasan Proses Permohonan APEL.C 20
Bahagian 5: Permohonan APEL.C
Lampiran
Lampiran 1: Carta Alir Proses Permohonan APEL.C
Lampiran 2: Borang Pendaftaran Pembelajaran Terdahulu
(BPA_APEL.C_01/2021)
Lampiran 3: Borang Penilaian Kendiri
(BPA_APEL.C_02/2021)
Lampiran 4: Borang Permohonan APEL.C
(BPA_APEL.C_03/2021)
iii
GLOSARI
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan
Akses (APEL.A)
Satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian
pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu untuk menentukan tahap seseorang
individu mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan untuk tujuan akses ke sesuatu
peringkat pengajian.
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan
Penganugerahan Kredit (APEL.C)
Satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian
pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu untuk tujuan penganugerahan kredit
bagi sesuatu program.
Diploma Eksekutif
Satu laluan pendidikan alternatif yang formal untuk pekerja industri yang tidak
mempunyai peluang mengikuti program laluan akademik semasa awal kehidupan
mereka bagi membangun dan mengemas kini kemahiran dan pengetahuan untuk
diaplikasikan di alam pekerjaan.
Hasil Pembelajaran Kursus
Pernyataan tentang apa-apa hasil yang dijangka boleh diaplikasi, dianalisis, diperjelas
dan/ atau boleh ditunjukkan oleh pelajar selepas tamat sesuatu kursus.
Kursus
Subjek dalam satu-satu program pengajian.
iv
Program Pengajian
Satu set kursus yang dirangka bagi sesuatu tempoh dan jumlah pembelajaran yang
spesifik bagi mencapai hasil pembelajaran yang dinyatakan, yang kebiasaannya
menjurus kepada pengiktirafan sesuatu kelayakan.
Pembelajaran Formal
Pembelajaran yang disengajakan/ program pengajian yang disampaikan dalam satu
konteks yang terancang dan berstruktur yang boleh membawa kepada penganugerahan
formal/ kelayakan yang diiktiraf seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah,
kolej dan universiti.
Pembelajaran Bukan Formal
Pembelajaran yang berlaku selari dengan sistem pendidikan dan latihan arus perdana.
Ia mungkin dinilai tetapi kebiasaannya tidak membawa kepada pensijilan formal.
Pembelajaran Tidak Formal
Pembelajaran yang berlaku secara berterusan melalui kehidupan dan pengalaman kerja.
Ia adalah pembelajaran yang tidak disengajakan.
Portfolio
Dokumen formal yang mengandungi kompilasi bukti yang mendokumentasikan
pembelajaran pengalaman individu dan sebarang rekod pembelajaran terdahulu yang
diperoleh dalam jangka masa tertentu, yang disiapkan untuk menunjukkan pencapaian
hasil pembelajaran kursus yang dimaksudkan.
Kredit
Pengukuran kuantitatif yang mewakili jumlah pembelajaran atau beban akademik yang
ingin dicapai hasil pembelajaran masing-masing.
v
Kompetensi
Kompetensi adalah ciri asas seseorang/ pelaku berkaitan pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang membolehkannya berjaya dan berupaya menyelesaikan tugas atau
peranan yang diberikan.
Ujian Cabaran
Penilaian untuk menilai pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu terhadap hasil
pembelajaran kursus. Ini mungkin dalam bentuk penilaian bertulis atau ujian lain yang
difikirkan sesuai oleh pakar kandungan dan format tersebut dimaklumkan terlebih dahulu
kepada pelajar.
Penilaian
Merujuk kepada pelbagai kaedah atau alat yang digunakan pendidik untuk menilai,
mengukur dan mendokumentasikan kesediaan akademik, kemajuan pembelajaran,
pemerolehan kemahiran atau keperluan pendidikan pelajar.
vi
SINGKATAN
APEL Accreditation Prior Experiantial Learning
APEL.A Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pembelajaran Terdahulu
(Akses)
APEL.C Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pembelajaran Terdahulu
(Pindah Kredit)
BHKP Bahagian Hasil dan Kewangan Pelajar
BPA Bahagian Pengurusan Akademik
CT (APEL) Credit Transfer (APEL)
HPK Hasil Pembelajaran Kursus
HPNG Himpunan Purata Nilai Gred
IPTI Institusi Pengajian Tinggi Islam
JKPPA Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Akademik
KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
MOOC Massive Open Online Course
MPU Mata Pelajaran Pengajian Umum
MQA Agensi Kelayakan Malaysia
vii
MQF Kerangka Kelayakan Malaysia
MQS Malaysian Qualification Statement
PB Pejabat Bendahari
PNG Purata Nilai Gred
viii
BAHAGIAN 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat, Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) menerusi Akta MQA 2007 (Akta 679) (Agensi Kelayakan Malaysia)
mempunyai komitmen yang berterusan untuk meluaskan akses dan memberi
peluang kepada individu untuk mengikuti pendidikan tinggi. Accreditation of
Prior Experiential Learning for Credit Award (APEL.C) MQA mengiktiraf nilai
pembelajaran yang berlaku di luar kelas formal termasuk pembelajaran yang
berlaku sepanjang pengalaman kerja dan kehidupan; tanpa mengira bila, di
mana dan bagaimana ia diperoleh.
APEL adalah proses sistematik untuk pengenalan, dokumentasi, penilaian dan
akreditasi pembelajaran pengalaman. Dalam konteks pembelajaran sepanjang
hayat, APEL boleh digunakan sebagai mekanisme untuk mengenali
pembelajaran pengalaman sebelum ini untuk tujuan keperluan kemasukan
program; anugerah kredit kursus dalam program pengajian berakreditasi serta
anugerah ke arah kelayakan tertentu.
Di Malaysia, APEL telah dikenal pasti sebagai laluan masuk ke pelbagai tahap
kelayakan yang ditetapkan di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Selepas kejayaan pelaksanaan APEL untuk Akses (APEL.A) ke program
pengajian peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana, MQA telah
mengambil langkah seterusnya untuk memperkenalkan APEL untuk
Penganugerahan Kredit, yang dikenali sebagai APEL.C. Bagi menyokong
pembelajaran sepanjang hayat dan mengiktiraf pengalaman pembelajaran
terdahulu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah
mengambil inisiatif untuk menjadi Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) pertama
yang mengendalikan APEL.C. Hasrat tersebut tercapai apabila KUIS telah
mendapat berjaya kelulusan pengendalian tersebut bermula pada 26 November
1
2020. Oleh itu, Buku Panduan APEL.C ini disediakan sebagai garis panduan
bagi memudahkan pelajar memperolehi maklumat berkaitan permohonan
APEL.C di KUIS.
1.2 Definisi APEL.C
APEL.C adalah pengiktirafan pembelajaran pelajar tanpa mengambil kira
bagaimana dan di mana ia diperoleh bagi tujuan pindah kredit kursus dalam
program akademik yang diikuti. Ia dibenarkan bagi kursus yang telah
memperoleh akreditasi di KUIS dan APEL.C menyediakan mekanisme untuk
mengenalpasti pengalaman pembelajaran individu terdahulu yang relevan dan
spesifik untuk kursus dalam program pengajian yang diikuti.
Penganugerahan kredit diberikan berdasarkan pengetahuan dan kemahiran
yang diperoleh melalui pembelajaran formal, bukan formal dan tidak formal.
Pembelajaran yang menggunakan kaedah ini perlu disemak dan dinilai secara
formal oleh panel penilai terlatih. Ia perlu melalui proses yang akan menentukan
jika pembelajaran sebenarnya telah berlaku dan selari dengan Hasil
Pembelajaran Kursus (HPK) yang berkenaan. Penilaian dikira pada
pembelajaran yang dilalui dan bukannya pengalaman para pelajar.
1.3 Justifikasi untuk APEL.C
Justifikasi untuk pelaksanaan APEL.C adalah untuk;
i. Memberi pengiktirafan untuk pembelajaran yang diperoleh dari sumber-sumber
yang tidak formal dan bukan formal;
ii. Mengurangkan pertindihan pembelajaran, atau pembelajaran kandungan yang
sama/ serupa;
iii. Menggalakkan penyertaan orang dewasa dalam pendidikan tinggi dengan
mengiktiraf pengalaman pembelajaran mereka dalam bentuk penganugerahan
kredit; dan
iv. Mengurangkan masa dan kos program pengajian.
2
BAHAGIAN 2
POLISI APEL.C
2.1 Polisi Am
i. Permohonan APEL.C KUIS adalah terpakai bagi pelajar yang didaftarkan di
KUIS sahaja tanpa mengira cara kemasukan; sama ada melalui laluan
konvensional atau APEL.A.
ii. APEL.C meliputi penilaian berdasarkan pengalaman pembelajaran terdahulu
untuk tujuan penganugerahan kredit. Pembelajaran yang diperolehi melalui
Massive Open Online Course (MOOC) atau kaedah pembelajaran kendiri juga
diambil kira untuk penilaian APEL.C.
iii. APEL.C dilaksanakan untuk semua bidang dan peringkat kelayakan mengikut
MQF. Penganugerahan kredit pascasiswazah adalah terhad kepada program
yang dikendalikan secara mod kerja kursus dan mod campuran.
iv. APEL.C dilaksanakan bagi program di KUIS yang telah mendapat sekurang-
kurangnya akreditasi sementara daripada MQA.
v. Kursus yang merupakan sebahagian daripada struktur program di bawah badan
profesional boleh dipertimbangkan untuk APEL.C tertakluk kepada penerimaan
badan profesional yang relevan.
vi. Yuran proses penilaian APEL.C akan dicaj kepada pelajar (tidak dikembalikan)
dan pembayaran perlu dibuat di Bahagian Hasil dan Kewangan Pelajar, Pejabat
Bendahari KUIS (BHKP PB) seterusnya bukti pembayaran dan borang
permohonan APEL.C perlu diserahkan ke Seksyen APEL.C.
3
2.2 Penganugerahan Kredit
i. Penganugerahan kredit melalui APEL.C adalah dalam bentuk pemindahan
kredit dan ia tidak melibatkan pemindahan gred. Walau bagaimanapun,
penganugerahan kredit yang diberikan untuk APEL.C adalah dikira untuk
keperluan jumlah kredit pengijazahan.
ii. Peratusan maksimum bagi pemindahan kredit melalui APEL.C adalah 30%
daripada jumlah keseluruhan kredit pengijazahan bagi sesuatu program
pengajian. Peratusan ini adalah penambahan kepada peruntukan pemindahan
kredit berasaskan kepada polisi pemindahan kredit sedia ada KUIS dan surat
makluman MQA Bil. 2/2020 Penambahbaikan Dasar Pindah Kredit.
Pemindahan kredit maksimum yang dibenarkan melalui APEL.C mengikut tahap
MQF seperti dalam Jadual 1.
4
Jadual 1: Pemindahan kredit maksimum yang dibenarkan melalui APEL.C
mengikut tahap variasi MQF
TAHAP SEKTOR PENGAJIAN KREDIT 30% DARIPADA
MQF
TINGGI MINIMUM MINIMUM KREDIT
Tahap 8
BERGRADUAT KOMPONEN
KERJA
Ijazah Kedoktoran 80 24
(hanya terpakai untuk
kerja kursus atau
program mod
campuran)
Tahap 7 Ijazah Sarjana 40 12
Tahap 7 9
Tahap 7 Diploma 30 6
Tahap 6 Pascasiswazah 36
Sijil Pascasiswazah 20
20
Ijazah Sarjana Muda 120
Tahap 6 Diploma Siswazah 60 + 6
(Mata Pelajaran
Pengajian
Umum)
Tahap 6 Sijil Siswazah 30 + 6 11
(Mata Pelajaran
Pengajian
Umum)
Tahap 5 Diploma Lanjutan 40 12
Tahap 4 Diploma 90 27
Tahap 3 Sijil 60 18
iii. Kursus-kursus yang telah diberikan pemindahan kredit TIDAK akan dikira dalam
pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG).
Walau bagaimanapun, kredit untuk kursus-kursus ini akan menyumbang kepada
keperluan pengijazahan program yang diikuti.
iv. Penganugerahan kredit melalui APEL.C boleh dipindahkan secara automatik ke
program lain di KUIS sekiranya kursus yang mendapat penganugerahan kredit
melalui APEL.C yang mempunyai hasil pembelajaran yang sama.
5
v. Penganugerahan kredit mestilah setara dengan nilai kredit kursus yang dimohon
untuk APEL.C. Penganugerahan kredit separa adalah TIDAK dibenarkan.
vi. Penganugerahan kredit untuk sesuatu kursus adalah terpakai untuk kursus yang
dimohon sahaja. Penganugerahan kredit adalah TIDAK terpakai bagi kursus
pra-syarat bagi kursus tersebut (jika ada).
vii. Penilaian untuk penganugerahan kredit perlu dijalankan secara berasingan bagi
setiap kursus. Penganugerahan kredit TIDAK boleh diberikan secara blok atau
berkelompok.
viii. Kriteria penilaian dan pemindahan kredit bagi setiap kursus adalah berbeza
tertakluk kepada instrumen APEL.C.
ix. APEL.C adalah terpakai untuk semua kursus KECUALI projek tahun akhir,
latihan ilmiah dan disertasi.
x. Penganugerahan kredit APEL.C untuk program pascasiswazah terhad kepada
program kerja kursus dan mod campuran sahaja.
xi. Kursus berbentuk MOOC boleh dianugerahkan APEL.C jika mempunyai struktur
dan spesifikasi yang jelas.
xii. Penganugerahan kredit APEL.C untuk program profesional boleh
dipertimbangkan tertakluk kepada kelulusan/ persetujuan oleh badan
profesional yang berkaitan.
xiii. Bagi Program Diploma Eksekutif;
Peruntukan 30 kredit berdasarkan 3 tahun pengalaman kerja seperti di
dalam Standard: Diploma Eksekutif TIDAK lagi diterima sebaliknya perlu
menggunakan kaedah APEL.C.
Pemindahan kredit bagi MOOC dimohon merujuk surat makluman MQA Bil.
2/2020 Penambahbaikan Dasar Pindah Kredit.
6
2.3 Proses Pelaksanaan
i. Pelajar dinasihatkan untuk memohon APEL.C semasa tahun pertama
pengajian.
ii. Pelajar TIDAK DIBENARKAN memohon APEL.C bagi kursus yang telah
didaftarkan, sedang diambil semasa tempoh pengajian atau kursus ulangan.
Permohonan akan ditolak jika pelajar gagal mematuhi syarat ini.
iii. Kursus yang telah mendapat penganugerahan APEL.C akan tertera di dalam
transkrip akademik sebagai ‘CT (APEL)’. Kredit tidak dikira di dalam pengiraan
PNG dan HPNG. Walau bagaimanapun, kredit akan dikira dalam jumlah kredit
yang diperlukan untuk bergraduasi.
iv. KUIS turut mengeluarkan Malaysian Qualification System (MQS) sebagai
dokumen iringan tambahan kepada transkrip dan skrol akademik bagi pelajar
yang telah dianugerahkan APEL.C.
v. Pelajar yang tidak berjaya dalam penilaian APEL.C perlu mendaftar kursus dan
menyelesaikan kursus melalui proses biasa dalam program pengajian masing-
masing.
7
BAHAGIAN 3
PENILAIAN APEL.C
3.1 Penilaian Pembelajaran
Penilaian pembelajaran terdahulu untuk tujuan permohonan APEL.C merangkumi
perbandingan pembelajaran pengalaman yang diperolehi pelajar kepada HPK bagi
kursus-kursus dalam program sedia ada. Bagi penilaian APEL.C, pelajar boleh
memilih sama ada menduduki Ujian Cabaran atau penyerahan Portfolio
bergantung kepada jenis kursus dan nasihat oleh Penasihat APEL.C yang dilantik.
i. Ujian Cabaran
Ujian Cabaran adalah ujian standard yang ditetapkan untuk menilai sama ada
pelajar telah mencapai HPK bagi sesuatu kursus yang ditawarkan. Ujian Cabaran
boleh dijalankan dalam bentuk ujian bertulis dan atau peperiksaan lisan
bergantung kepada sifat dan disiplin kursus. Ujian yang dijalani adalah selaras
dengan item yang disediakan oleh penilai berdasarkan HPK bagi kursus yang
dimohon.
ii. Portfolio
Portfolio adalah dokumen rasmi yang mengandungi himpunan bukti yang
mendokumenkan pembelajaran pengalaman pelajar terdahulu dan
pembelajarannya yang diperoleh dalam sesuatu tempoh masa. Pengalaman
pembelajaran yang disediakan oleh pelajar mestilah membuktikan bahawa
pembelajaran yang diperolehi adalah relevan dan khusus untuk setiap HPK
sesuatu kursus.
Portfolio mestilah mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kursus yang
dimohon dan pemetaan pembelajaran individu (dalam bentuk pernyataan
pembelajaran dan asal-usul pembelajaran yang disokong oleh bukti dokumentasi)
kepada HPK bagi kursus tersebut. Semasa proses penilaian, penilai akan
memastikan kandungan dan bukti Portfolio yang dikemukakan oleh pelajar
menunjukkan pencapaian HPK bagi kursus tersebut. Berikut adalah kriteria
8
penilaian yang digunakan bagi memastikan bukti pembelajaran yang dikemukakan
oleh adalah pelajar bersesuaian:
a. Boleh diterima
Bukti mestilah selari di antara HPK dan bukti yang diberikan. Ia juga mestilah
boleh dipercayai dan disah oleh pihak yang mempunyai autoriti.
b. Mencukupi
Bukti pembelajaran yang luas dan mendalam bagi menunjukkan pencapaian
HPK.
c. Tulen/ Asli
Bukti mestilah jelas menunjukkan usaha dan pengalaman pembelajaran
yang dilalui sendiri oleh pelajar.
d. Terkini
Bukti menunjukkan pengetahuan serta kemahiran terkini bagi kursus yang
dimohon.
Bukti yang boleh disediakan oleh pelajar adalah:
a. Sijil
Sijil persekolahan
Penyataan keputusan peperiksaan/ transkrip
Kursus-kursus yang diikuti di tempat kerja
b. Sampel kerja
Lukisan/ gambar/ kerja seni
Laporan/ bahan bertulis
Projek
Objek
9
c. Rekod aktiviti di tempat kerja
Nota
E-mel
Kertas kerja lengkap
Perjanjian kerja/ kontrak
Dokumen
d. Artikel media
Penganugerahan kepujian
Rekod Bertulis
e. • Diari/ rekod
• Jurnal/ artikel
f. E-mel
Maklum balas pengguna
Aktiviti kerja
Kemahiran bertulis
g. Surat sokongan
Majikan
Kumpulan komuniti
Klien pelajar yang pernah bekerja bersama
3.2 Kriteria Penganugerahan
Kredit yang dianugerahkan melalui APEL.C mestilah berasaskan bukti
pembelajaran dan bukanlah hanya pengakuan semata-mata. Walaupun
pertimbangan boleh diberikan untuk semua jenis pembelajaran tanpa mengira di
mana, bila dan bagaimana ia telah diperoleh, pelajar mesti membuktikan (melalui
penilaian yang dikenal pasti) bahawa pembelajaran telah berlaku. Untuk lulus Ujian
Cabaran dan Portfolio pelajar mesti mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada
setiap HPK.
10
BAHAGIAN 4
PROSES DAN PROSEDUR PELAKSANAAN APEL.C
4.1 Proses Pra-Permohonan
Pelajar terlebih dahulu mesti memahami setiap peringkat proses APEL.C dan
mempunyai jangkaan yang realistik tentang kemungkinan hasil permohonan
sebelum pelajar memutuskan untuk mengemukakan permohonan untuk APEL.C.
Rujuk Carta Alir Permohonan APEL.C (Lampiran 1). Pelajar seterusnya diminta
melengkapkan Borang Pendaftaran Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu
(BPA_APEL.C_01/2021) (Lampiran 2).
Sekiranya pelajar memutuskan meneruskan permohonan APEL.C, KUIS akan
memberikan sokongan yang sewajarnya melalui Penasihat yang dilantik di
peringkat fakulti. Penasihat akan menasihati pelajar berkaitan penilaian yang
sesuai untuk permohonan APEL.C. Pelajar mempunyai pilihan untuk menduduki
Ujian Cabaran atau mengemukakan Portfolio. Semua pertanyaan umum berkaitan
dengan APEL.C hendaklah diajukan ke Seksyen APEL.C, Bahagian Pengurusan
Akademik (BPA) KUIS.
4.2 Permohonan
Pelajar mesti melengkapkan Borang Penilaian Kendiri (BPA_APEL.C_02/2021)
(Lampiran 3) dan mengemukakan laporan minima 500 patah perkataan dari
mana-mana tajuk yang telah diberikan berkaitan dengan HPK bagi kursus yang
dimohon dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah untuk menentukan sama
ada pelajar boleh meneruskan permohonan APEL.C. Penasihat akan membimbing
pelajar melengkapkan Borang Penilaian Kendiri.
Berdasarkan Borang Penilaian Kendiri dan laporan yang diserahkan, Penasihat
akan menentukan kelayakan pelajar dan memberi cadangan yang sesuai. Bagi
permohonan yang tidak berjaya, pelajar akan dimaklumkan oleh Penasihat dan
11
proses permohonan tidak diteruskan. Jika permohonan pelajar berjaya, pelajar
perlu melengkapkan Borang Permohonan APEL.C (BPA_APEL.C_03/2021)
(Lampiran 4), membuat bayaran di BHKP PB KUIS dan menyerahkan borang
tersebut ke Seksyen APEL.C untuk ke peringkat penilaian seterusnya.
4.3 Penilaian dan Keputusan
Pelajar akan dimaklumkan tentang format penilaian yang dilaksanakan oleh KUIS
iaitu Ujian Cabaran atau penyerahan Portfolio. Ujian Cabaran atau penyerahan
Portfolio akan dinilai oleh penilai pakar bidang bagi kursus terlibat menggunakan
rubrik yang telah ditetapkan.
Untuk memenuhi keperluan penganugerahan kredit, pelajar mestilah dapat
menunjukkan pencapaian sekurang-kurangnya 50% daripada setiap HPK.
Kesemua keputusan penilaian akan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan dan Pengurusan Akademik (JKPPA) dan diperakukan dalam
Mesyuarat Senat.
Kursus yang berjaya dianugerahkan kredit akan tertera di dalam transkrip
akademik sebagai CT (APEL). Walaupun gred tidak akan digunakan dalam
pengiraan PNG atau HPNG, kredit kursus yang terkumpul akan menyumbang ke
arah jumlah kredit yang diperlukan untuk tamat pengajian. KUIS akan
mengeluarkan dokumen tambahan MQS untuk mengiringi transkrip tersebut.
Pelajar yang gagal dalam Ujian Cabaran TIDAK DIBENARKAN menyerahkan
Portfolio untuk penilaian semula bagi kursus yang sama begitu juga sebaliknya.
Menduduki semula Ujian Cabaran atau penyerahan bukti baharu dalam Portfolio
bagi kursus yang sama melalui APEL.C juga adalah TIDAK DIBENARKAN.
Pelajar yang gagal mesti mendaftar dan melengkapkan pengajian mereka melalui
proses biasa.
12
4.4 Rayuan
Pelajar boleh membuat rayuan terhadap keputusan penilaian APEL.C.
menggunakan proses rayuan sedia ada yang akan disesuaikan dengan keperluan
AEPL.C. Penilai kedua akan dilantik untuk menilai rayuan tersebut. Pelajar
kemudiannya akan dimaklumkan tentang keputusan rayuan dan keputusan ini
adalah muktamad.
4.5 Pengurusan berkaitan APEL.C
Berikut adalah empat (4) peranan utama yang menguruskan berkaitan
permohonan APEL.C pelajar iaitu Pegawai Seksyen APEL.C, Penasihat, Penilai
dan Moderator serta tanggungjawabnya;
4.5.1 Tanggungjawab Seksyen APEL.C adalah seperti berikut;
a) Menyelaras pelaksanaan APEL.C KUIS berpandukan Guidelines to
Good Practices: Accreditation of Prior Experiential Learning for
Credit Award (APEL.C) dan garis panduan KUIS;
b) Memberi rundingcara kepada pelajar berkaitan APEL.C;
c) Menyemak borang permohonan dan dokumen bagi memastikan ia
lengkap sebelum penilaian dijalankan;
d) Mengemukakan permohonan yang lengkap ke panel Penilai
APEL.C peringkat fakulti/ pusat/ institut;
e) Menyelaras pembangunan instrumen penilaian;
f) Menguruskan lokasi untuk ujian penilaian;
g) Mengemaskini gred CT (APEL) bagi kursus yang telah mendapat
kelulusan pemindahan kredit;
h) Memaklumkan keputusan permohonan APEL.C kepada pelajar
melalui portal pelajar di http://lms.kuis.edu.my dan juga secara
bercetak/elektronik beserta satu salinan kepada fakulti/ pusat/
institut berkaitan;
i) Menguruskan urusan rayuan pelajar yang gagal penilaian APEL.C;
j) Menyimpan rekod/dokumentasi berkaitan permohonan pelajar
untuk penganugerahan kredit;
13
k) Bekerjasama dengan fakulti, bahagian atau seksyen lain bagi
melancarkan pelaksanaan APEL.C;
l) Menguruskan urusan berkaitan dengan pihak berkepentingan
seperti MQA; dan
m) Merancang dan menyelaras latihan berkaitan APEL.C kepada
pegawai KUIS.
4.5.2 Tanggungjawab Penasihat APEL.C adalah seperti berikut;
a) Mengalakkan pelbagai penilaian APEL.C;
b) Menerangkan kepada pelajar berkaitan garis panduan yang jelas,
konsisten, tepat dan bertulis tentang aplikasi dan prosedur
penilaian;
c) Menyampaikan harapan APEL.C dengan jelas dan menyediakan
persekitaran yang membantu pelajar;
d) Membantu pelajar yang memohon APEL.C untuk mengenal pasti
matlamat pembelajaran dan kerjaya;
e) Membantu pelajar untuk mengenal pasti pengetahuan dan
kemahiran terdahulu yang telah dilalui pelajar;
f) Menemu bual, memberi tunjuk ajar dan maklum balas kepada
pelajar;
g) Menggalakkan kebebasan individu dalam proses APEL.C;
h) Menghubungkan pelajar kepada sumber yang bersesuaian,
misalnya, Bengkel Pembangunan Portfolio dan lain-lain; dan
i) Menerangkan proses pasca penilaian untuk pelajar yang tidak
berjaya.
4.5.3 Tanggungjawab Penilai APEL.C;
a) Menyediakan HPK yang sesuai untuk pelajar yang telah mempunyai
pengalaman bekerja;
b) Menggubal soalan, skema jawapan dan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) bagi Ujian Cabaran supaya selari dengan HPK;
c) Membuat keputusan berkaitan mod penilaian dan mengembangkan
item penilaian untuk menilai pengalaman pembelajaran sebelum ini.
d) Terlibat dalam penilaian Ujian Cabaran dan penilaian Portfolio; dan
14
e) Mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Peperiksaan
peringkat fakulti/pusat/institut dari semasa ke semasa berkaitan hal-
hal penaksiran atau yang berkaitan.
4.5.4 Tanggungjawab Moderator APEL.C;
a) Menyemak instrumen penilaian yang dibina sesuai dengan tahap
pengajian dan HPK untuk pelajar yang telah mempunyai
pengalaman bekerja;
b) Memastikan konsisten dan adil dalam penandaan penilaian; dan
c) Terlibat dalam penilaian Ujian Cabaran dan penilaian Portfolio.
4.6 Ringkasan proses permohonan APEL.C;
Bil Perkara Aktiviti Tindakan
1. Mendaftar sebagai pelajar Pendaftaran Pelajar
KUIS sama ada secara
konvensional atau APEL.A
2 Taklimat kepada pelajar Ta’aruf Pelajar
baharu yang mempunyai
pengalaman berkerja
berkaitan pemindahan kredit
melalui APEL.C
Bil Perkara Minggu Tindakan
Pengajaran &
Pembelajaran
1. Taklimat kepada pelajar 1 Pelajar
senior yang mempunyai Pegawai
pengalaman berkerja Seksyen
berkaitan pemindahan kredit APEL.C
melalui APEL.C.
2. Mendapatkan maklumat dan 1-2 Pelajar
nasihat berkaitan APEL.C Penasihat
daripada Penasihat APEL.C
seperti; APEL.C
Kursus yang dibenarkan Pegawai
untuk permohonan Seksyen
APEL.C. APEL.C
Gugur kursus yang ingin
di mohon jika kursus
15
tersebut ditawarkan pada
semester permohonanan
dibuat.
Melengkapkan Borang
Pendaftaran
Pengiktirafan
Pembelajaran Terdahulu
beserta dokumen
pembuktian.
Proses dan prosedur
APEL.C.
Jenis penilaian APEL.C.
Dokumen berkaitan
permohonan seperti
borang – borang dan
pembuktian.
Melengkapkan Borang
Ujian Penilaian Kendiri.
3. Semakan kelayakan 3 Penasihat
pelajar berdasarkan APEL.C
Borang Ujian Penilaian
Kendiri. Pegawai
Seksyen
Memaklumkan kepada APEL.C
pelajar keputusan Ujian
Penilaian Kendiri.
Jika berjaya, pelajar perlu
melengkapkan Borang
Permohonan APEL.C.
Jika tidak berjaya, pelajar
perlu mendaftar kursus
tersebut.
4. Borang Permohonan 4 Pelajar
APEL.C yang telah Penasihat
dilengkapkan oleh pelajar APEL.C
perlu disahkan oleh
Penasihat APEL.C.
Seterusnya ia diserahkan Pegawai
kepada Seksyen APEL.C Seksyen
bersama bukti APEL.C
16
pembayaran di BHKP PB 5 - 14 Pelajar
KUIS.
5-8 Pelajar
Pemakluman kepada 9 Pelajar
fakulti terlibat berkaitan
permohonan pelajar. 9 - 10 Penilai/
Moderator
5. Pelajar membuat APEL.C
persediaan untuk Ujian
Cabaran (tarikh akan
dimaklumkan)
atau
Pelajar menyediakan
Portfolio.
6. Penyerahan Portfolio
kepada penilai yang telah
dilantik oleh Fakulti.
Semakan dilakukan oleh
penilai.
Pembentangan Portfolio 11 - 14 Pelajar,
oleh pelajar (jika 15 Penilai/
berkaitan) dan Moderator
penyediaan markah. APEL.C
7. Pelajar menduduki Ujian Pelajar
Cabaran.
16 - 17 Penilai/
Semakan Ujian Cabaran. 18 - 20 Moderator
APEL.C
8. Mesyuarat Semakan dan
Pengesahan Markah. Dekan/
Timbalan
Mesyuarat JKPPA. Dekan
Akademik,
Penilai/
Moderator
Ahli
Mesyuarat
JKPPA
17
Mesyuarat Senat. Ahli
Mesyuarat
9. Keputusan dikeluarkan. Senat
Permohonan rayuan 20 BPA
semakan semula (jika
ada). 21 Pelajar
Semakan semula. 21
Penilai
Keputusan rayuan. kedua
10. Daftar kursus jika gagal 21
rayuan dan ikuti BPA
pengajian seperti kaedah
biasa. 21 Pelajar
*Perubahan minggu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah tertakluk
kepada perubahan Takwim Akademik semasa KUIS.
18
BAHAGIAN 5
PERMOHONAN APEL.C
1. Permohonan APEL.C adalah terbuka kepada pelajar yang telah mendaftar di KUIS
dengan syarat berikut;
a) Tidak pernah memohon APEL.C; dan
b) Hanya dibenarkan memohon bagi kursus yang belum pernah diambil.
2. Sebarang maklumat berkaitan proses dan prosedur APEL.C, senarai penasihat
APEL.C, senarai fakulti/pusat/institusi dan kursus yang menawarkan APEL.C serta
borang - borang yang diperlukan berkaitan APEL.C boleh diperolehi dari Seksyen
APEL.C.
3. Memaklumkan keputusan permohonan APEL.C kepada pelajar melalui portal
pelajar di http://lms.kuis.edu.my dan juga secara bercetak/elektronik beserta satu
salinan kepada fakulti/pusat/institusi berkaitan.
4. Pelajar perlu mendapat khidmat nasihat daripada Penasihat APEL.C yang dilantik
oleh fakulti/pusat/institusi bagi memastikan kesesuaian pengalaman dengan HPK
bagi kursus yang ingin dimohon melalui kaedah APEL.C.
5. Sebarang permohonan tanpa mendapat penasihatan daripada Penasihat APEL.C
yang telah dilantik menyebabkan permohonan ditolak.
6. Sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan APEL.C boleh berurusan dengan
mana - mana pegawai seperti alamat di berikut;
19
Alamat: Seksyen APEL.C
Bahagian Pengurusan Akademik
No Telefon: Aras 1, Blok Pentadbiran
E-mel: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Laman web: Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan.
+6038911 7000 samb. 1401/ 1206
[email protected]
www.kuis.edu.my
20
LAMPIRAN 1
CARTA ALIR PERMOHONAN
APEL.C
CARTA ALIR PERMOHONAN APEL.C
1 Pelajar mendaftar sebagai pelajar di KUIS
T/jwb: Pelajar
Tidak layak 2 Melengkapkan borang Pendaftaran Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu
T/jwb: Pelajar
4a 3
Pelajar Menduduki Ujian Penilaian Kendiri
Daftar Kursus 04 T/jwb: Pelajar, Penasihat, Seksyen APEL.C
T/jwb: Pelajar,
Seksyen APEL.C Layak Semakan Kelayakan pelajar
Tempoh: 7 hari
5 T/jwb: Penasihat, Seksyen APEL.C
Melengkapkan Borang Permohonan APEL.C dan pembayaran yuran
Tempoh: 7 hari
T/jwb: Pelajar, Penasihat,Pejabat Bendahari, Seksyen APEL.C
Ujian Cabaran 6 Portfolio
Tempoh: 30 hari
0 Ujian Penilaian T/jwb: Pelajar, Penilai dan Moderator Fakulti,
Seksyen APEL.C
6a(i) Tempoh:1 hari 6b(i)
6a(ii) 6b(ii) Penilaian Portfolio
T/jwb: Pelajar, Penilai dan Moderator Fakulti, Tempoh: 7 - 14 hari
T/jwb: Penilai/Moderator Fakulti
Seksyen APEL.C
Pemberian Markah / Gred
Tempoh: 7- 14 hari
T/jwb: Penilai/Moderator Fakulti
11a 7 Mesyuarat Semakan Markah Peperiksaan Akhir
8 T/jwb: Timbalan Dekan Fakulti, Penilai/Moderator
Gagal 9
10 Mesyuarat Pengesahan Markah
T/jwb: Dekan Fakulti, Penilai/Moderator
101
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Akademik
T/jwb: Ahli Mesyuarat JKPPA
Perakuan Keputusan Peperiksaan di Mesyuarat Senat
T/jwb: Ahli Mesyuarat Senat
Keputusan Dikeluarkan
T/jwb: Seksyen APEL.C
11a(ii) 11a(i)
Rayuan Daftar Kursus
T/jwb: Pelajar, T/jwb: Pelajar,
Seksyen APEL.C Seksyen APEL.C
11a(iii) Semakan Penilai Kedua
Tempoh: 3 hari
T/jwb: Pensyarah Pakar Bidang
11a(iv) Pengesahan Fakulti Lulus Penganugerahan CT APEL (pelajar dikecualikan mengambil kursus)
T/jwb: Dekan T/jwb: Seksyen APEL.C, Penolong Pendaftar Fakulti
110a(v) 12
Keputusan Dikeluarkan
T/jwb: Seksyen APEL.C
Lulus
Gagal
11a(vi) Daftar Kursus
T/jwb: Pelajar, Seksyen APEL.C
LANGKAH PROSES KERJA PERMOHONAN APEL.C
PROSES KERJA
1 Pelajar mestilah telah mendaftar sebagai pelajar KUIS
2 Borang Pendaftaran Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu dilengkapkan oleh pelajar
3 Pelajar menduduki Ujian Penilaian Kendiri yang dinilai oleh Penasihat.
4 Semakan kelayakan pelajar untuk meneruskan permohonan APEL.C oleh Penasihat Fakulti dan
diuruskan oleh Seksyen APEL.C
4a Pelajar perlu mendaftar kursus jika didapati tidak layak untuk meneruskan permohonan APEL.C untuk
meneruskan permohonan APEL.C
5 JIka layak, pelajar melengkapkan Borang Permohonan APEL.C dan perlu membuat pembayaran
yuran ke Pejabat Bendahari serta menghantar permohonan tersebut ke Seksyen APEL.C
6 Pelajar yang layak memilih ujian penilaian sama ada menduduki Ujian Penilaian atau menyediakan
Portfolio atas khidmat nasihat Penasihat fakulti dan diuruskan oleh Seksyen APEL.C
6a(i) Pelajar menduduki Ujian Cabaran yang telah disediakan oleh Fakulti terlibat dan diuruskan oleh
Seksyen APEL.C
6a(ii) Pemberian Markah / Gred oleh Penilai Fakulti dan markah dimasukkan ke dalam sistem eCampus
6b(i) Pelajar menyediakan Portfolio seperti yang ditetapkan oleh Fakulti terlibat. dan akan diuruskan oleh
Seksyen APEL.C – (jika pelajar memilih Portfolio)
6b(ii) Penilaian Portfolio oleh Penilai Fakulti dan markah dimasukkan ke dalam sistem eCampus
7 Markah Ujian Cabaran/Portfolio disemak di Mesyuarat Semakan Markah Peperiksaan Akhir oleh
pensyarah terlibat bersama Timbalan Dekan Akademik dan dibantu oleh Penilai dan Moderator fakulti
8 Semakan kedua markah peperiksaan disemak di Mesyuarat Pengesahan Markah oleh pensyarah
bersama Dekan fakulti dibantu oleh Penilai dan Moderator fakulti
9 Pengesahan keputusan peperiksaan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan
Pengurusan Akademik
10 Perakuan Keputusan Peperiksaan di Mesyuarat Senat
11 Keputusan dikeluarkan
11a Pelajar gagal boleh membuat pilihan sama ada mendaftar kursus tersebut atau membuat rayuan
semakan semula
11a(i) Pelajar perlu mendaftar kursus tersebut pada semester ianya ditawarkan
11a(ii) Pelajar perlu merayu memohon untuk semakan semula
11a(iii) Semakan Penilai Kedua dijalankan oleh penilai kedua yang dilantik oleh fakultI
11a(iv) Pengesahan peringkat fakulti
11a(v) Keputusan dikeluarkan
11a(vi) Daftar kursus pada semester ianya ditawarkan
12 Penganugerahan CT APEL (pelajar dikecualikan mengambil kursus)
LAMPIRAN 2
BORANG PENDAFTARAN
PENGIKTIRAFAN
PEMBELAJARAN TERDAHULU
(BPA_APEL.C_01/2021)
No. Rujukan:
(Untuk Kegunaan Pejabat)
BPA_APEL.C_01/2021
SEKSYEN APEL.C
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
NO. SAMBUNGAN 1406 | 1206
NO. FAKS. 03-89257677
E-MEL: [email protected]
BORANG PENDAFTARAN PENGIKTIRAFAN PEMBELAJARAN TERDAHULU
GAMBAR
TERKINI
BAHAGIAN 1: MAKLUMAT PERIBADI
Nama Pelajar
(seperti dalam Kad Pengenalan/Paspot)
Alamat Surat Menyurat
No. Matrik
No. Kad Pengenalan /
No. Paspot
Kewarganegaraan Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia
(potong yang tidak berkaitan)
Tarikh Lahir
Jantina
E -Mel
No.telefon
Cara kemasukkan ke KUIS Konvensional
(sila tanda √) APEL.A
Nama Program Pengajian
Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana/ PhD
Peringkat Pengajian
Sepenuh Masa / Separuh Masa
Fakulti
Mod Pengajian
(potong yang tidak berkaitan)
mukasurat 1 drp 11
BAHAGIAN 2: MAKLUMAT PENDIDIKAN (Mulakan dengan yan
a) PEMBELAJARAN FORMAL (BERSIJIL)
LATIHAN D
No. Tahun Gelaran Tahap
Penganugerahan Persijilan Penganugerahan
(Sijil / Diploma /
1. CONTOH: SIJIL
1999 PELAJARAN Sarjana Muda)
MALAYSIA SIJIL
2. (SPM)
3.
4.
5.
6.
7.
ng terkini)
DAN PENDIDIKAN
n Badan KEMAHIRAN (Tandakan )
Persijilan Generik Matematik Bahasa ICT
MAJLIS
PEPERIKSAAN
MALAYSIA
mukasurat 2 drp 11
b) PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN
LATAR BELAKAN
Gambaran Berserta bukti dan pengetahu
No. Majikan / Alamat Tempoh
Bekerja Sendiri Perkhidmatan
(Bulan / Tahun)
Dari Ke
1.
2.
3.
4.
5.
6.
NG PEKERJAAN
uan, kecekapan, prestasi atau pengalaman
Jawatan Keterangan Tanggung Jawab (Tandakan √)
Disandang 1: Operasi; 2: Pengurusan;
12 Lain- Lain
(Sila Nyatakan)
mukasurat 3 drp 11
AK
Nama Lokasi Tarikh Jangk
No. Masa
Latihan / Kursus (Jam
1. Hari
Bulan
2.
3.
4.
5.
KTIVITI LATIHAN
ka Apa Yang Telah Saya Pelajari?
a (Tandakan √ bagi yang berkaitan)
m / (Sila rujuk Lampiran II untuk senarai kemahiran yang telah
/ dipelajari)
n) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
mukasurat 4 drp 11
c) LAIN-LAIN AKTIVITI / KEMAHIRAN
Aktiviti Lain
No. Termasuk hobi / sukan / rekreasi / sosial
/ khidmat komuniti / latihan / Tahun
perkhidmatan perundingan atau aktiviti
lain yang mana mungkin berkaitan
dengan kemahiran
1.
2.
3.
d) KEMAHIRAN BAHASA Tahap K
1: Lem
No. Bahasa
Mendengar
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris 12341
3.
Apa Yang Telah Saya Pelajari?
(Tandakan √ bagi yang berkaitan)
(Sila rujuk Lampiran II untuk senarai kemahiran yang telah
dipelajari)
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
Kemahiran (Tandakan Untuk Yang Berkaitan)
mah; 2: Sederhana; 3: Baik; 4: Cemerlang
Membaca Bertutur Menulis
23
23412341 4
mukasurat 5 drp 11
e) PENILAIAN KENDIRI (Wajib)
Huraikan bagaimana pengalaman pembelajaran terdahulu yan
pelajaran (Tidak melebihi 250 patah perkataan):
1. Mengapakah anda ingin menyambung pelajaran? (Min 100 pat
2. Terangkan tentang pengalaman pembelajaran anda dan bagaim
perkataan)
ng anda diperoleh dapat menyediakan anda untuk melanjutkan
tah perkataan)
mana ianya relevan kepada program pengajian. (Min 150 patah
mukasurat 6 drp 11
BAHAGIAN 3: BUKTI PEMBELAJARAN
a) SENARAI LAMPIRAN (Rujuk Lampiran I untuk senarai bu
NO. BUTI
1. CONTOH: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
2
3.
4.
5.
6.
7.
8.
ukti).
IRAN LAMPIRAN
mukasurat 7 drp 11
b) RUJUKAN (berkaitan dengan pekerjaan sebelum ini)
i) Rujukan pertama
Nama Pejabat:
Jawatan (Wajib)
Organisasi
Nombor Telefon
Alamat Emel
Hubungan
ii) Rujukan kedua
Nama Pejabat:
Jawatan (Wajib)
Organisasi
Nombor Telefon
Alamat Emel
Hubungan
Bimbit:
Bimbit:
mukasurat 8 drp 11
BAHAGIAN 4: PENGESAHAN DIRI
Saya dengan ini mengesahkan yang kesemua maklumat/ dokume
benar dan tepat. Saya memahami sepenuhnya terma dan syarat p
jika saya telah memalsukan mana-mana maklumat dalam apa jua c
Tanda tangan:
Nama:
Tarikh:
Permohonan ini tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang din
a. Dokumen / sijil yang bukan di dalam Bahasa Melayu atau B
yang telah sah diperakui.
b. Semua dokumen mestilah disahkan oleh Pegawai Gred 41 k
Pendamai. Setiap pengesahan mestilah mempunyai nam
tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan ad
c. Pihak KUIS diberi kuasa oleh pemohon, untuk menggunakan
BAHAGIAN 5: PENGESAHAN PENERIMAAN
Nama: ________________________________________________
en yang disertakan untuk menyokong permohonan ini adalah asli,
permohonan dan bersetuju bahawa permohonan saya akan ditolak
cara.
nyatakan di bawah:
Bahasa Inggeris perlu disertakan dengan satu terjemahan penuh
ke atas, Ketua /Penghulu Kampung/Pengerusi JKKK/ADUN/Jaksa
ma dan jawatan pegawai serta jabatan / tempat kerja pegawai
dalah tidak dibenarkan atau diterima.
n maklumat atau data dalam permohonan ini sekiranya perlu.
______ Tarikh: _________________________
mukasurat 9 drp 11
Lampiran 1
SENARAI BUKTI
Bukti yang boleh disediakan oleh pemohon:
Bukti Langsung Bukti Tidak Langsung
Sijil Rekod Bertulis
Anda boleh menyediakan salinan kelayakan Anda boleh menyediakan salinan:
anda seperti: Diari
Rekod
Sijil persekolahan Jurnal
Penyata Keputusan (Transkrip) Artikel
Kursus yang diikuti di tempat kerja
Sampel Kerja E-mel
Anda boleh menyediakan contoh tugas / kerja Anda boleh menyediakan salinan e-mel
seperti: komunikasi yang boleh mengesahkan tuntutan
anda seperti:
Lukisan / gambar
Laporan Maklum balas pengguna
Bahan bertulis Aktiviti kerja
Projek Kemahiran bertulis
Objek
Kerja Seni
Rekod aktiviti di tempat kerja Surat Sokongan
Anda boleh menyediakan dokumen yang boleh Anda boleh menyediakan salinan surat
mengesahkan aktiviti anda di tempat kerja: sokongan yang boleh mengesahkan tuntutan
dari:
Nota
E-mel Majikan
Kertas kerja yang lengkap Kumpulan komuniti
Perjanjian kerja Klien yang anda pernah bekerja
Kontrak
bersama (kerja dengan bayaran atau
suka rela)
Dokumen
Anda boleh menyediakan salinan bukti yang
menunjukkan apa yang telah anda capai dalam
kehidupan anda:
Artikel media
Penganugerahan kepujian
mukasurat 10 drp 11