The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atnella29, 2022-10-04 23:55:48

Cerpen - Kisah Hidupku

KISAH HIDUPKU

KiHsaIhDUPKU

Nurfarhana, Amalin Wahida,
Fatin Amirah, Nurliana Atika

Namaku Aisyah. Aku bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Kota Kinabalu. Perjalanan kisah
hidupku menjadi remaja bermula sejak aku baru selesai
menghabiskan SPM ku sehinggalah aku masuk ke IPG dan
bertemu dengan dua orang rakan sahabatku yang baru
sahaja aku kenali. Bermula saat aku beranjak dari sekolah
menengah setelah aku bertungkus-lumus memerah otak
demi menduduki peperiksaan besar iatu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), aku terus bergegas pulang ke rumah untuk
menemui ibu dan ayahku. Keberadaannya ketika itu sedang
menyapu di halaman rumahku di Taman Rimba membuat
aku tersenyum puas melihat insan yang sangat aku cintai itu
masih dapat aku lihat dengan kedua-dua mataku ini. “Ibuuu”,
jeritanku yang sangat kuat itu membuat ibuku tersedar akan
kehadiranku yang sudah pulang dari sekolah. Aku terus
berlari menghampiri ibuku dan memeluknya sekuat tenagaku
lalu berkata “Ibu, Aisyah telah selesai menduduki
peperiksaan besar yang akan menentukan hala tuju Aisyah
selepas ini” ibuku tersenyum dan mengusap-usap kepalaku
dengan tangannya yang sangat lembut itu. Keadaan ibuku
yang semakin hari semakin tua membuat aku sedar bahawa
ibu dan ayahku tidak selamanya akan berdiri teguh dan kuat
untuk menafkahi dan membiayai segala keperluanku dan
adik-adikku yang lain.

Berbulan-bulan masa putih biru aku lewati, keputusan SPM
yang aku nanti-nantikan akhirnya telahpun diumumkan oleh
guru-guru di sekolah. “Dup dup, dup dup” bunyi denyutan
jantung semakin terasa di dadaku apabila sebaik sahaja
mendengar pengumuman itu. Perasaan takut mula
menghantui diriku apabila aku tidak dapat memberi apa yang
ibu dan ayahku harapkan. Ibu dan ayahku yang ketika itu
sedang duduk dihadapanku terus berdiri dan duduk
menghampiri diriku lalu ibu berkata “Aisyah, apa yang aisyah
lakukan itu sudah pasti akan membuahkan hasil yang baik
jika aisyah lakukannya dengan tulus”, “Ibu percaya aisyah
akan berjaya dalam hidup aisyah” ujar ibu kepadaku dengan
nada yang lembut.

Aku merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang di
sekolah. Hal ini diketahui apabila aku mengambil slip
keputusan SPM daripada guru kelasku. Kehidupan baruku
bermula apabila aku memohon untuk masuk ke Institut
Pendidikan Guru. “Selama ini, aku tidak pernah berpisah
dengan ibu dan ayahku, adakah aku sanggup untuk tinggal
dan berdikari sendiri tanpa mereka?” bisikku di dalam hati
ketika permohonanku untuk masuk ke IPG itu diluluskan.
Penempatanku di IPG Kampus Tawau membuat aku terkejut
kerana perjalananku untuk pergi ke sana perlulah menaiki
kapal terbang. Walau bagaimanapun, aku cuba untuk
menenangkan diri dan berusaha untuk berfikir positif.

Beberapa hari kemudian, pendaftaran untuk masuk ke IPG
Kampus Tawau telahpun ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Aku yang dulunya takut terus berubah menjadi semangat dan
teruja untuk menyambung pengajian setelah mendapat kata-
kata semangat daripada ibu dan ayahku. Pada waktu pagi,
semasa pendaftaran aku bertemu dengan banyak pelajar
baru yang datang daripada pelbagai daerah mahupun negeri.
Tibalah giliranku untuk mengambil kunci bilik bersama
dengan dua orang pelajar perempuan yang tidak aku kenali.
Semasa di IPG aku hanya sentiasa berseorangan kerana
belum boleh untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Sehinggalah suatu hari, pada waktu petang aku
memberanikan diri untuk menyapa dan berkenalan dengan
dua orang rakan bilikku yang bernama Ain dan Amirah.
Perkenalan kami begitu menyeronokkan sehingga membuat
kami sentiasa bersama-sama apabila hendak pergi ke
sesuatu tempat. Bercerita mengenai kehidupan masing-
masing adalah perkara yang sudah menjadi satu kebiasaan
dalam kehidupan apabila kami bertiga mempunyai waktu
yang lapang bersama-sama.

Aku dan Ain yang berasal daripada daerah yang sama di
Kota Kinabalu sering bercerita mengenai tempat-tempat yang
menarik dan makanan-makanan sedap yang ada di sini.
Kadangkala, perbualan kami yang terlalu asyik itu telah
menyebabkan Amirah berasa terpinggir. Amirah yang berasal
daripada Kuala Lumpur tidak dapat berkata apa-apa
sehingga membuat dia hanya tersenyum dan terdiam sahaja
apabila mendengar setiap perbualan aku dan Ain. Suatu hari,
Amirah terlihat sangat berubah. Dia membiarkan aku dan Ain
sentiasa bersama-sama pergi ke sesuatu tempat. Aku berasa
hairan dan terus bertanya kepada Ain “Ain, kau ada rasa
pelik ka dengan Amirah tu?… Aku lihat Amirah sejak
kebelakangan ni sering menjauh dan bersendirian sahaja…
Aku rasa tak sedap hati la”. Ain menjawab “Aku pun rasa
benda yang sama lah Aisyah… Apa kata kita tanya dia
nanti…”. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja sebagai
tanda YA.

Ketika berada di dalam bilik, aku dan Ain melihat Amirah
sedang berada di meja belajarnya. Tanpa membuang masa
kami berdua pun terus menghampiri Amirah dan bertanyakan
tentang perubahan dirinya itu. Amirah yang tadinya sibuk
membaca buku terus menutup bukunya itu dengan kuat
“PAKKKK” dan terus berkata kepada kami “Bukankah kamu
berdua bahagia sahaja tanpa saya?...Saya yang sering
terdiam mendengar perbualan asyik kamu berdua juga
merasakan sakit hati kerana merasa tidak dianggap!!”. “Ini
adalah pertama kali aku melihat Amirah begitu marah dan
sedih dengan perbuatan kami berdua ucapku di dalam hati”.
Tanpa berfikir panjang lagi, aku dan Ain terus meminta maaf
kepada Amirah dan cuba untuk menenangkan dirinya dan
berjanji untuk mengubah sikap kami itu.

Sejak peristiwa itu, hubunganku bersama dua rakan bilikku
semakin membaik. Masalah dan pergaduhan itu telah pun
kami lalui bersama-sama. “Bukkkkkkk…”, pukulan meja yang
begitu keras telah menghentikan khayalanku. Ain dan Amirah
yang baru sahaja pulang dari kelas mereka sengaja
mengejutkan aku yang hanya duduk terdiam di kerusi.
“Uihhh, terkejut aku…” ucapanku dengan nada yang agak
tinggi. “Maaf, maaf, Ain tengok Aisyah termenung jauh
sangat tadi, risau pulak tengok Aisyah diam-diam macam tu
hehe” Ain dan Amirah tertawa kecil. Aku yang hanya melihat
gelagat dua rakan bilikku ini terus berkata “tak sangka kita
akan sedekat ini kan Ain, Amirah…Dulu kita terlihat sangat
asing dan sering bergaduh tentang hal-hal kecil…” kata aku
dengan nada yang sayu. Ain dan Amirah yang tadinya
tertawa mengejutkan aku akhirnya terdiam. “Betul tu Aisyah”
ucap Ain dan Amirah secara serentak seraya melemparkan
senyuman manis mereka kepadaku.

Persahabatan kami bertiga yang dulunya menjadi perbualan
orang ramai kini menjadi satu teladan kepada mereka
bahawa persabahatan yang melibatkan tiga orang tidak
semestinya menjadikan seseorang dalam kumpulan itu
berasa tersisih atau dipinggirkan. Ianya bergantung kepada
cara dan bagaimana orang-orang dalam persahabatan itu
berkomunikasi dan menghindarkan perkara yang boleh
mengeruhkan keadaan dalam hubungan. Mengingat
daripada kisah perjalanan hubungan persahabatan kami ini,
aku, Ain dan Amirah telah berjanji untuk sentiasa bersama-
sama tidak kira susah mahupun senang dan berusaha untuk
menyelesaikan segala masalah yang kami hadapi dengan
baik. Walaupun perkenalan kami ini baru bermula sejak
masuk ke IPG tetapi kami bertiga yakin bahawa hubungan
persahabatan kami ini akan kekal sekiranya semua
berpegang kepada janji yang telah diucapkan.

-TAMAT-

KiHsaIhDUPKU

Nurfarhana, Amalin Wahida,
Fatin Amirah, Nurliana Atika


Click to View FlipBook Version