The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atnella29, 2024-03-11 04:33:03

JUMBO SI RAJA JIMBA (1)

JUMBO SI RAJA JIMBA (1)

JUMBO SI RAJA RIMBA


Di sebuah hutan, tinggal seekor gajah yang telah tua dan lemah bernama Jumbo. Jumbo adalah ketua kepada semua haiwan di hutan itu. Ia digelar Raja Rimba. Raut wajah Jumbo kelihatan sangat bengis namun ia merupakan ketua yang sangat baik hati dan sentiasa mengambil berat terhadap haiwan-haiwan di dalam hutan tersebut. Hujan sudah tidak turun selama berbulan - bulan di hutan rimba yang dikenali sebagai Hutan Kayangan. Tanah itu telah menjadi semakin gersang. Kesemua tumbuhan hampir mati kecuali pokok Khejri. Semua haiwan semakin risau kerana semakin kering. Mereka hanya bergantung kepada pokok Khejri sebagai sumber makanan. Di sebuah hutan, tinggal seekor gajah yang telah tua dan lemah bernama Jumbo. Jumbo adalah ketua kepada semua haiwan di hutan itu. Ia digelar Raja Rimba. Raut wajah Jumbo kelihatan sangat bengis namun ia merupakan ketua yang sangat baik hati dan sentiasa mengambil berat terhadap haiwan-haiwan di dalam hutan tersebut. Hujan sudah tidak turun selama berbulan - bulan di hutan rimba yang dikenali sebagai Hutan Kayangan. Tanah itu telah menjadi semakin gersang. Kesemua tumbuhan hampir mati kecuali pokok Khejri. Semua haiwan semakin risau kerana semakin kering. Mereka hanya bergantung kepada pokok Khejri sebagai sumber makanan.


Pada suatu hari, Jumbo memanggil semua haiwan di hutan itu untuk berkumpul. Jumbo mengumumkan berita dengan sedih, "Tidak lama lagi air di hutan ini tidak akan lagi cukup untuk semua orang”. "Ini adalah permulaan musim kemarau. Kita perlu bergerak ke selatan untuk mencari air," tambah Jumbo. Haiwan - haiwan itu bercakap-cakap sesama mereka. Antara haiwan pada perhimpunan itu ialah tiga ekor monyet bernama Nami, Pala dan Jim. Pada suatu hari, Jumbo memanggil semua haiwan di hutan itu untuk berkumpul. Jumbo mengumumkan berita dengan sedih, "Tidak lama lagi air di hutan ini tidak akan lagi cukup untuk semua orang”. "Ini adalah permulaan musim kemarau. Kita perlu bergerak ke selatan untuk mencari air," tambah Jumbo. Haiwan - haiwan itu bercakap-cakap sesama mereka. Antara haiwan pada perhimpunan itu ialah tiga ekor monyet bernama Nami, Pala dan Jim.


Setelah mendengar berita sedih daripada Jumbo, mereka mula berfikir bahawa mereka tidak menyukai idea untuk mengembara berhari - hari di bawah terik matahari untuk mencari air. Mereka bertiga lebih suka berdiam diri dan berehat di dalam gua yang sejuk. Pada suatu hari, ketika Nami, Pala dan Jim bersiar-siar di kawasan hutan, mereka telah menemui air kolam di sebuah gua terpencil di hujung hutan. Tetapi, mereka tidak memberitahu haiwan lain tentang penemuan rahsia mereka. Setelah mendengar berita sedih daripada Jumbo, mereka mula berfikir bahawa mereka tidak menyukai idea untuk mengembara berhari - hari di bawah terik matahari untuk mencari air. Mereka bertiga lebih suka berdiam diri dan berehat di dalam gua yang sejuk. Pada suatu hari, ketika Nami, Pala dan Jim bersiar-siar di kawasan hutan, mereka telah menemui air kolam di sebuah gua terpencil di hujung hutan. Tetapi, mereka tidak memberitahu haiwan lain tentang penemuan rahsia mereka.


Setiap malam, di tengah-tengah kegelapan, mereka menyelinap ke dalam gua untuk memanjat telaga bagi menghilangkan dahaga. “Jika haiwan lain mengetahui perihal kolam ini, tidak akan ada air yang cukup untuk kita," kata Nami yang sangat mementingkan diri sendiri. "Jadi kita mesti berhati-hati agar tidak kelihatan apabila kita datang ke sini," tambah Pala sambil tersenyum sinis. Setiap malam, di tengah-tengah kegelapan, mereka menyelinap ke dalam gua untuk memanjat telaga bagi menghilangkan dahaga. “Jika haiwan lain mengetahui perihal kolam ini, tidak akan ada air yang cukup untuk kita," kata Nami yang sangat mementingkan diri sendiri. "Jadi kita mesti berhati-hati agar tidak kelihatan apabila kita datang ke sini," tambah Pala sambil tersenyum sinis.


"Kita hanya boleh datang di sini pada waktu malam," kata Jim serius. "Apapun, mereka akan keluar pagi esok," sambung Nami. "Kita tidak perlu risau lagi tentang mereka. Kita boleh teruskan hidup dengan buah Khejri dan air di sini tanpa perlu keluar dari hutan ini.” Pala dan Jim pun bersetuju dengannya. "Kita hanya boleh datang di sini pada waktu malam," kata Jim serius. "Apapun, mereka akan keluar pagi esok," sambung Nami. "Kita tidak perlu risau lagi tentang mereka. Kita boleh teruskan hidup dengan buah Khejri dan air di sini tanpa perlu keluar dari hutan ini.” Pala dan Jim pun bersetuju dengannya.


Sementara itu, Jumbo memimpin haiwan lain, kambing, lembu dan unta untuk meneruskan perjalanan mereka ke Selatan. Cuaca sangat panas dan kering. Semua haiwan hanya bergerak pada waktu malam sahaja apabila suhu panas menjadi sejuk. Pada siang hari, mereka berteduh di bawah beberapa pokok atau di dalam gua kecil. Sementara itu, Jumbo memimpin haiwan lain, kambing, lembu dan unta untuk meneruskan perjalanan mereka ke Selatan. Cuaca sangat panas dan kering. Semua haiwan hanya bergerak pada waktu malam sahaja apabila suhu panas menjadi sejuk. Pada siang hari, mereka berteduh di bawah beberapa pokok atau di dalam gua kecil.


Sepanjang perjalanan, haiwan-haiwan tersebut hanya berhenti untuk memakan daun Khejri untuk menghilangkan dahaga. Jumbo dan haiwan-haiwan lain tidak begitu lapar. Mereka tidak terlalu memikirkan tentang makanan. Selepas berjalan selama beberapa minggu, mereka sedih apabila terjumpa banyak bangkai haiwan sesama mereka. Kebanyakan mereka mati akibat dehidrasi selepas mereka tidak dapat mencari air minuman. Sepanjang perjalanan, haiwan-haiwan tersebut hanya berhenti untuk memakan daun Khejri untuk menghilangkan dahaga. Jumbo dan haiwan-haiwan lain tidak begitu lapar. Mereka tidak terlalu memikirkan tentang makanan. Selepas berjalan selama beberapa minggu, mereka sedih apabila terjumpa banyak bangkai haiwan sesama mereka. Kebanyakan mereka mati akibat dehidrasi selepas mereka tidak dapat mencari air minuman.


Tiba masanya, Jumbo yang lemah itu mula rasa keletihan dan kakinya sudah tidak lagi boleh bergerak “Aku rasa aku tidak boleh lagi meneruskan perjalanan ini” kata Jumbo kepada haiwan lain. “Selamatkan lah diri kamu terlebih dahulu, tinggalkan saja aku disini”. Haiwan lain berasa kasihan kepada Jumbo tetapi tiada apa yang boleh mereka lakukan. Tiba masanya, Jumbo yang lemah itu mula rasa keletihan dan kakinya sudah tidak lagi boleh bergerak “Aku rasa aku tidak boleh lagi meneruskan perjalanan ini” kata Jumbo kepada haiwan lain. “Selamatkan lah diri kamu terlebih dahulu, tinggalkan saja aku disini”. Haiwan lain berasa kasihan kepada Jumbo tetapi tiada apa yang boleh mereka lakukan.


Kembali ke gua, mereka bertiga monyet iaitu Nami, Pala dan Jim agak berpuas hati dengan keadaan mereka pada mulanya. Mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan tidur. Mereka bertiga meminum air dari kolam rahsia mereka dan makan beberapa buah dan daun Khejri apabila mereka lapar. Mereka menyangka bahawa air di dalam kolam itu akan kekal selama-lamanya. Kembali ke gua, mereka bertiga monyet iaitu Nami, Pala dan Jim agak berpuas hati dengan keadaan mereka pada mulanya. Mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan tidur. Mereka bertiga meminum air dari kolam rahsia mereka dan makan beberapa buah dan daun Khejri apabila mereka lapar. Mereka menyangka bahawa air di dalam kolam itu akan kekal selama-lamanya.


Tetapi, malangnya, pada suatu pagi mereka menyedari bahawa ia telah menjadi cetek. Jadi mereka bercadang untuk membenarkan diri mereka meminumnya sekali sahaja pada waktu pagi. Ketiga-tiga monyet itu selalu haus. Mereka menjadi gelisah dan mudah marah. Mereka bertiga menjadi resah dan mula menyalahkan satu sama lain atas kesilapan kecil. Tetapi, malangnya, pada suatu pagi mereka menyedari bahawa ia telah menjadi cetek. Jadi mereka bercadang untuk membenarkan diri mereka meminumnya sekali sahaja pada waktu pagi. Ketiga-tiga monyet itu selalu haus. Mereka menjadi gelisah dan mudah marah. Mereka bertiga menjadi resah dan mula menyalahkan satu sama lain atas kesilapan kecil.


Pada suatu malam, Sari dan Jan menangkap Pala sedang minum air dari kolam. “Eh kau ni Pala, kenapa kau telah minum air tanpa kebenaran kami berdua?” kata Sari. “Aku terlalu haus, Sari” . “Ah sudah, kau tidak boleh lagi minum air itu sehingga esok pagi” kata Sari dengan muka yang bengis. Sari, Pala dan Jan sering bergaduh dan bergaduh sesama sendiri tanpa sebab. Kemarau sangat teruk sehinggakan pokok Khejri yang sepatutnya tahan kemarau pun mula kering dan mati. Kolam itu akhirnya kering juga. Jadi ketiga-tiga monyet itu dibiarkan tanpa makanan dan air. Mereka akhirnya jatuh sakit. Pada suatu malam, Sari dan Jan menangkap Pala sedang minum air dari kolam. “Eh kau ni Pala, kenapa kau telah minum air tanpa kebenaran kami berdua?” kata Sari. “Aku terlalu haus, Sari” . “Ah sudah, kau tidak boleh lagi minum air itu sehingga esok pagi” kata Sari dengan muka yang bengis. Sari, Pala dan Jan sering bergaduh dan bergaduh sesama sendiri tanpa sebab. Kemarau sangat teruk sehinggakan pokok Khejri yang sepatutnya tahan kemarau pun mula kering dan mati. Kolam itu akhirnya kering juga. Jadi ketiga-tiga monyet itu dibiarkan tanpa makanan dan air. Mereka akhirnya jatuh sakit.


Sementara itu, Jumbo terbaring bersendirian di hutan tanpa ada yang menemaninya dan menyanyikan sebuah lagu dengan sangat sedih. Lagu : Si Jumbo Sakti Melodi : Nenek si Bongkok Tiga Aku Jumbo tinggal sendiri Tanpa ada yang temani Kaki ku sakit dan lemah sekali Hatiku sedih dan terluka Tolong lah aku wahai bidadari Berikan aku sebuah sakti Agar mampu bantu kawanku Yang sedang hidup di hutan kemarau Turunkan lah hujan kepada kami Supaya hutan tak kemarau lagi Kami mahu hidup harmoni Tinggal bersama dengan senang hati Aku harap bangun esok pagi Semuanya indah seperti biasa Aku sudah tidak lemah lagi Mampu bermain dengan haiwan lain Sementara itu, Jumbo terbaring bersendirian di hutan tanpa ada yang menemaninya dan menyanyikan sebuah lagu dengan sangat sedih. Lagu : Si Jumbo Sakti Melodi : Nenek si Bongkok Tiga Aku Jumbo tinggal sendiri Tanpa ada yang temani Kaki ku sakit dan lemah sekali Hatiku sedih dan terluka Tolong lah aku wahai bidadari Berikan aku sebuah sakti Agar mampu bantu kawanku Yang sedang hidup di hutan kemarau Turunkan lah hujan kepada kami Supaya hutan tak kemarau lagi Kami mahu hidup harmoni Tinggal bersama dengan senang hati Aku harap bangun esok pagi Semuanya indah seperti biasa Aku sudah tidak lemah lagi Mampu bermain dengan haiwan lain


Pada suatu malam, tiba-tiba turun hujan yang sangat lebat dan guruh tanpa henti di kawasan Jumbo. Jumbo berasa sangat senang hati kerana doanya telah didengari namun dia melihat seekor burung yang hampir mati di hadapannya. Walaupun dia sakit, dia tetap berniat untuk membantu burung itu. Ketika Jumbo merawat burung itu, tiba-tiba muncul sinaran cahaya daripada burung itu lalu masuk ke dalam diri Jumbo. Pada suatu malam, tiba-tiba turun hujan yang sangat lebat dan guruh tanpa henti di kawasan Jumbo. Jumbo berasa sangat senang hati kerana doanya telah didengari namun dia melihat seekor burung yang hampir mati di hadapannya. Walaupun dia sakit, dia tetap berniat untuk membantu burung itu. Ketika Jumbo merawat burung itu, tiba-tiba muncul sinaran cahaya daripada burung itu lalu masuk ke dalam diri Jumbo.


Keesokan harinya, tiba-tiba Jumbo bermimpi tentang burung itu lagi. “Akulah burung yang kau selamatkan, kesaktianku sudah berpindah ke dalam dirimu Jumbo. Aku harap kau guna kesaktian itu dengan baik” kata burung dalam mimpi Jumbo. Jumbo terbangun dari tidurnya dan dia terngiang-ngiang akan mimpinya itu. Keesokan harinya, tiba-tiba Jumbo bermimpi tentang burung itu lagi. “Akulah burung yang kau selamatkan, kesaktianku sudah berpindah ke dalam dirimu Jumbo. Aku harap kau guna kesaktian itu dengan baik” kata burung dalam mimpi Jumbo. Jumbo terbangun dari tidurnya dan dia terngiang-ngiang akan mimpinya itu.


Apabila hujan turun semula dan musim kemarau berakhir, Jumbo pulang ke rumah. Apabila Jumbo tiba di gua, dia melihat ketiga-tiga monyet itu terbaring kesakitan. Jumbo menggunakan kesaktiannya untuk mengubati Sari, Pala dan Jan. Selepas beberapa saat ketiga-tiga monyet itu mula beransur pulih. “Terima kasih Jumbo, kami meminta maaf atas segala kesilapan kami selama ini” kata Sari, Pala dan Jan dengan serentak. Akhirnya Jumbo berasa bahagia atas kesaktian yang dimilikinya. Peristiwa ini menjadikan haiwan lain menganggap Jumbo sebagai haiwan yang sangat hebat di hutan rimba itu. Apabila hujan turun semula dan musim kemarau berakhir, Jumbo pulang ke rumah. Apabila Jumbo tiba di gua, dia melihat ketiga-tiga monyet itu terbaring kesakitan. Jumbo menggunakan kesaktiannya untuk mengubati Sari, Pala dan Jan. Selepas beberapa saat ketiga-tiga monyet itu mula beransur pulih. “Terima kasih Jumbo, kami meminta maaf atas segala kesilapan kami selama ini” kata Sari, Pala dan Jan dengan serentak. Akhirnya Jumbo berasa bahagia atas kesaktian yang dimilikinya. Peristiwa ini menjadikan haiwan lain menganggap Jumbo sebagai haiwan yang sangat hebat di hutan rimba itu.


Fakta: Kemarau ialah tempoh cuaca kering luar biasa di kawasan yang selalunya hujan. Ia adalah keadaan kekurangan kerpasan untuk jangka masa yang panjang. Di banyak negara yang kurang membangun, ramai orang dan haiwan mati kerana kekurangan air dan makanan. Apabila tempoh kemarau pendek kira-kira 14 hari, ia dikenali sebagai musim kemarau, manakala kemarau teruk mungkin berlarutan selama bertahun-tahun. Fakta: Kemarau ialah tempoh cuaca kering luar biasa di kawasan yang selalunya hujan. Ia adalah keadaan kekurangan kerpasan untuk jangka masa yang panjang. Di banyak negara yang kurang membangun, ramai orang dan haiwan mati kerana kekurangan air dan makanan. Apabila tempoh kemarau pendek kira-kira 14 hari, ia dikenali sebagai musim kemarau, manakala kemarau teruk mungkin berlarutan selama bertahun-tahun.


Nilai murni : Kejujuran Kita mestilah bersikap jujur dengan orang sekeliling. Contohnya, Nami, Pala dan Jim perlulah bersikap jujur apabila terjumpa kolam yang dipenuhi air. Nilai murni : Prihatin Kita hendaklah bersikap prihatin dan bersimpati terhadap kesusahan orang lain. Contohnya, Jumbo bersikap prihatin apabila kemarau telah tiba dan membawa semua haiwan berhijrah untuk mendapatkan air. Nilai murni : Ketabahan Kita wajarlah tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan. Contohnya, Jumbo tabah apabila kakinya telah mula lemah dan tidak dapat meneruskan perjalanannya ke Selatan. Nilai murni : Kejujuran Kita mestilah bersikap jujur dengan orang sekeliling. Contohnya, Nami, Pala dan Jim perlulah bersikap jujur apabila terjumpa kolam yang dipenuhi air. Nilai murni : Prihatin Kita hendaklah bersikap prihatin dan bersimpati terhadap kesusahan orang lain. Contohnya, Jumbo bersikap prihatin apabila kemarau telah tiba dan membawa semua haiwan berhijrah untuk mendapatkan air. Nilai murni : Ketabahan Kita wajarlah tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan. Contohnya, Jumbo tabah apabila kakinya telah mula lemah dan tidak dapat meneruskan perjalanannya ke Selatan. Nilai Murni i Murni


Nilai murni : Rasional Kita haruslah berfikiran rasional dalam segala perbuatan agar tidak timbul penyesalan pada kemudian hari. Contohnya, Nami, Pala dan Jim sepatutnya berfikiran rasional sebelum membuat keputusan untuk tidak mengikuti Jumbo untuk berpindah dari hutan kemarau. Nilai murni : Keinsafan Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan dan mengakui kesilapan tersebut. Contohnya : Nami, Pala dan Jim memohon maaf kepada Jumbo atas segala kesalahan mereka. Nilai murni : Tanggungjawab Kita perlu memikul tanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan. Contohnya, Jumbo sebagai ketua haiwan di Hutan Kayangan bertanggungjawab untuk menyelamatkan haiwan lain daripada mati disebabkan dehidrasi. Pengajaran : Jangan pentingkan diri sendiri tidak akan menguntungkan anda sama sekali. Nilai murni : Rasional Kita haruslah berfikiran rasional dalam segala perbuatan agar tidak timbul penyesalan pada kemudian hari. Contohnya, Nami, Pala dan Jim sepatutnya berfikiran rasional sebelum membuat keputusan untuk tidak mengikuti Jumbo untuk berpindah dari hutan kemarau. Nilai murni : Keinsafan Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan dan mengakui kesilapan tersebut. Contohnya : Nami, Pala dan Jim memohon maaf kepada Jumbo atas segala kesalahan mereka. Nilai murni : Tanggungjawab Kita perlu memikul tanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan. Contohnya, Jumbo sebagai ketua haiwan di Hutan Kayangan bertanggungjawab untuk menyelamatkan haiwan lain daripada mati disebabkan dehidrasi. Pengajaran : Jangan pentingkan diri sendiri tidak akan menguntungkan anda sama sekali.


MARI CARI PERKATAAN BERSAMA CIKGU !


Click to View FlipBook Version