The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atnella29, 2021-11-12 22:09:37

combinepdf (3)

combinepdf (3)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
-KERJA KURSUS-

KURSUS : KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS : GKEB1072

KANDUNGAN :

i. Bahagian A : Penghasilan Produk
ii. Bahagian B : Penulisan Akademik

Nama Guru Pelatih : FATIN AMIRAH BINTI HAMRI
No. Kad Matrik : P21074380
Kumpulan : PPISMP BM SK 1
Ambilan : JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Semester/Sesi : 1/ September 2021
No. Telefon Bimbit : 0162420674
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah Kursus : HJ BUSTAM BIN DAMAN

Markah :

KRITERIA 40% 40% Jumlah
Pemeriksa 1 (80%)
Pemeriksa 2 Penghasilan Produk Penulisan Akademik

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat
didalamnya.Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 8 November 2021

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada
pensyarah )

1

KEMAHIRAN BERFIKIR

PENGHARGAAN




Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rahmat dan kurnia-
Nya, maka kerja kursus GKEB 1072 ini dapat disiapkan
pada masa yang telah ditetapkan iaitu pada 8
November 2021. Kerja kursus ini menerangkan dengan
kompleks tentang kemahiran berfikir dan
mempelbagaikan cara penyampaian menggunakan alat
kemahiran berfikir.

Dalam penghasilan kerja kursus ini, banyak rintangan
dan cabaran yang telah saya hadapi terutamanya untuk
menyiapkan kerja kursus ini pada waktu cuti
pertengahan semester yang baru sahaja berlangsung.
Namun, saya sangat bersyukur dan ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah saya, Encik Haji Bustam bin Daman
yang mempunyai personaliti penyayang dan tidak
pernah jemu untuk menjawab setiap persoalan yang
diajukan oleh kelas BM SK1 dan BM SK2 serta
berusaha sedaya upaya untuk berkongsi pelbagai
maklumat dan mencurahkan ilmu untuk menjayakan
tugasan 2.

PENGHARGAAN




Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu
bapa saya yang sentiasa menjadi tulang
belakang, menyokong dan memberi kekuatan
kepada saya. Tidak dilupakan jugs, pensyarah
bagi subjek lain dan rakan-rakan yang tidak
pernah berkira ilmu untuk saling berkongsi
idea dan pendapat.

Kandungan

Muka surat

Penghargaan

1.0 Pengenalan 6

2.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir 7
3.0 Justifikasi 9
4.0 Pemilihan Alat Kemahiran berfikir 11
5.0 Penutup 13
Rujukan

1.0 PENGENALAN
TEMA: "BERFIKIR MENJANA

KEBIJA
KAN"

Kemahiran berfikir berm
aksud suatu keupayaan
yang menggunakan akal fikiran seseorang
individu itu sendiri untuk mencari jalan
penyelesaian yang terbaik dalam sesuatu
masalah. Kemahiran berfikir juga boleh dikatakan
sebagai suatu kebolehan individu untuk mencari
asbab bagaimana perkara itu berlaku melalui
proses penaakulan. Seterusnya, Unit Kurikulum
JPN Perak juga mendefinisikan kemahiran
berfikir iaitu suatu proses yang mengaplikasikan
semua maklumat yang telah dipelajari dalam
sesuatu aktiviti. Dalam pada masa yang sama,
kemahiran berfikir mampu membantu individu
untuk membuat pemerhatian dalam setiap kajian
dan memahami setiap konsep yang dikaji serta
membuktikan setiap konsep atau teori yang
dituturkan itu adalah benar.

2.0 KEPENTINGAN
KTEEMMAAH: "IRMAANNBFEA
RAFTIKPIREMIKIRAN
YANG HEBAT"

Kemahiran berfikir sa
ngat penting dalam diri
seorang individu agar dapat menyelesaikan
masalah dengan baik tanpa melakukan perkara di
luar jangkaan. Hal ini demikian kerana, jika
seseorang itu tidak menggunakan anugerah Allah
S.W.T iaitu akal fikiran dengan baik, ia boleh
dikatakan sama seperti haiwan yang tidak
diberikan akal fikiran oleh Allah S.W.T. Sudah
tentu, semua perkara yang dilakukan tanpa
berfikir terlebih dahulu akan menjadi sia-sia dan
menjadi kucar-kacir dalam menyelesaikan suatu
permasalahan. Oleh hal yang demikian, setiap
individu perlu berfikir dengan lebih baik agar
setiap keputusan yang dibuat boleh dipercayai
oleh orang lain dan setiap kajian yang
dilaksanakan lebih dapat dikupas dengan
mendalam.

2.0 KEPENTINGAN
KEMAHIRAN BE
RFIKIR
TEMA: "MANFAAT
PEMIKIRAN
YANG HEBAT"




Selain itu, kemahiran berfikir juga amat
penting untuk mengelakkan individu daripada
melakukan kesilapan berfikir. Kesilapan
dalam berfikir kerap berlaku apabila kita
berfikir dalam keadaan ragu-ragu, pemikiran
sedang bercelaru dan sempit. Sebagai
contohnya, kesilapan berfikir berlaku apabila
fikiran individu itu masih kabur dan ia akan
mengakibatkan setiap penjelasan yang ingin
dibuat tidak jelas dan tidak mecapai objektif
sesuatu yang telah disusun atur atau
ditetapkan.

3.0 JUSTIFIKASI
TEMA: "ASBAB MENJANA
PEMIKIRAN"





Setiap pemikiran individu boleh diperincikan dengan
lebih banyak melalui penggunaan alat kemahiran
berfikir seperti peta pemikiran i-think. Terdapat
beberapa justifikasi yang membuat saya lebih
cenderung untuk memilih peta pemikiran i-think. Bagi
pendapat saya penggunaan peta pemikiran i-think
telah memudahkan saya mengingat semula setiap isi-
isi penting bagi tajuk yang saya telah pelajari dengan
lebih mudah. Jika ingin membuat nota ringkas dan
padat, tidak perlu mencatat semua isi penting
menggunakan ayat penuh dan lebih baik untuk
mengelakkan diri daripada menulis ayat majmuk agar
proses mengingat semula setiap isi penting dapat
dilakukan dengan lebih pantas. Melalui peta pemikiran
i-think , ini telah memudahkan saya untuk membuat
nota ringkas tetapi padat dengan lebih mudah dan
sangat berkualiti sekaligus mudah untuk saya bawa ke
mana pun saya pergi.

3.0 JUSTIFIKASI
TEMA: "ASBAB MENJANA
PEMIKIRAN"





Selain itu, peta pemikiran i-think juga membantu
saya untuk memahami setiap tajuk yang rumit dengan
cepat walaupun setiap isi yang dimasukkan ke dalam
peta pemikiran i-think hanyalah ringkas, tetapi setiap
kata kunci akan menunjukkan maksud yang sangat
jelas dan padat. Ini telah menyebabkan saya lebih
tertarik untuk membuat peta pemikiran i-think agar
saya dapat menjimatkan masa dalam sesi ulangkaji
setiap pembelajaran yang saya lakukan. Secara tidak
langsung, peta pemikiran i-think ini juga telah
menambahkan lagi kekuatan daya ingatan saya dalam
setiap sub topik yang saya pelajari terutamanya bagi
pelajaran yang sukar untuk saya fahami. Hal ini
terbukti, pemilihan saya dalam menggunakan alat
kemahiran berfikiran peta pemikiran i-think ini adalah
keputusan yang sangat bijak untuk memudahkan diri
saya sendiri dalam mengulangkaji pelajaran dan
membantu pemahaman saya dengan lebih mendalam
dalam sesuatu pelajaran.

4.0 PEMILIHAN ALAT
KTEEMMAAH: "IRAASNBAB
BERMFEIKNIJRANA
PEMIKIRAN"




Bagi tujuan penghasilan produk alat
kemahiran berfikir, saya telah memilih alat
kemahiran berfikir peta pemikiran i-think
jenis peta pokok bagi kemahiran berfikir.
Pemetaan I-think merupakan Program
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK),
1994 yang telah diperkenalkan kepada guru
sebagai alat berfikir.

Contoh pemetaan I-think jenis peta pokok

5.O PENUTUP
TAENMUGAE: "RINADHAAHLNLYA
AH MENGGUNAKAN
S.W.T"




Kesimpulannya, setiap kemahiran berfikir terutamanya

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu

dipraktikkan oleh setiap individu supaya individu itu

dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan cara

menjana idea dengan lebih berkesan. Setiap pemikiran

perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat

sebarang keputusan. Sebagai insan yang dilahirkan

dalam pegangan agama Islam, Rasulullah S.A.W juga

bersabda bahawa “berfikir sesaat lebih baik berbanding

menunaikan solat sunat sebanyak 70 kali”. Ini terbukti

bahawa, Rasulullah juga menyuruh umat-Nya sentiasa

menggunakan akal fikiran sebaik mungkin sebelum

membuat apa-apa keputusan. Hal ini demikian kerana,

jika kita membuat sebarang keputusan tanpa

menggunakan kemahiran berfikir, setiap pertuturan

yang sudah dituturkan tidak akan dapat ditarik semula.

Bak kata pepatah “Terlajak perahu boleh diundur,

terlajak kata buruk padahnya.

Rujukan Buku

Abdullah, A. &. (1995). Teknik Berfikir Konsep dan Proses. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Kementerian, P. K. (2002). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran .
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd, A. H. (2002 ). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru . PTS Publications & Distributor
Sdn. Bhd.

Rujukan Internet :
1. http://rujuknota.blogspot.com/2010/03/kemahiran-berfikir.html (Telah diakses pada 2
November 2021)
2. https://www.slideshare.net/norhafizahabdrahim/kepentingan-dan-impak-
pelaksanaan-kemahiran-berfikir-kritis-dan-kreatif (Telah diakses pada 3 November
2021)
3. https://www.researchgate.net/publication/347826801_PENGETAHUAN_PEMIKIRAN
_KRITIS_PELAJAR_PROGRAM_SARJANA_MUDA_PENDIDIKAN_INSTITUT_PEN
DIDIKAN_GURU_KAMPUS_KENINGAU (Telah diakses pada 6 November 2021)


Click to View FlipBook Version