The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BAHAN AKHBAR DIGITAL, 2022-09-15 15:34:36

DULU & KINI SMKA TUNAZ

COFFEE TABLE BOOK

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

Dulu dan Kini

smkatunaz2022

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022

Sejarah Sekolah

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022

Tarikh keramat 1 Disember 1990 menjadi saksi tertubuhnya SMK Agama Tun Ahmad Zaidi 1 Disember yang bertitik tolak daripada
perjuangan pemimpin –pemimpin masyarakat Islam di Kuching lantaran berputiknya kesedaran untuk memajukan pendidikan Islam di
Sarawak. Penubuhannya juga bertujuan melahirkan umat Islam yang berkualiti dan menjadi golongan pemimpin Islam yang akan
meneruskan dan mengekalkan kepimpinan Islam yang ada pada hari ini. Di samping itu , sekolah ini ditubuhkan untuk menampung
kemasukan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Agama Abdul Kadir Hassan dalam rangka perjuangan umat Islam negeri ini untuk mendidik
anak bangsa bukan sahaja memiliki tahap ilmu yang tinggi tetapi juga memantapkan aqidah ,keteguhan iman , berwibawa dan daya tahan
yang kental untuk menempuh cabaran dalam dunia serba maju.

Sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan dan Majlis Islam Sarawak melalui Jabatan Agama Islam Sarawak yang
bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sementara urusan pentadbiran , kurikulum dan ikhtisas ,penempatan murid dan guru
adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Sarawak. Sebelum bangunan sekolah yang tersergam indah sekarang ini siap sepenuhnya dan
diduduki secara rasmi pada 31 Januari 1997, sekolah ini menumpang beberapa buah bilik darjah di SKA Datuk Hj Abdul Kadir Hassan
semasa mula-mula ditubuhkan. Setelah 10 tahun menyerlah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di bawah nama SMK Agama Majlis
Islam Sarawak, pada 6 Jun 2001 semasa perayaan sambutan ke-10 penubuhannya , sekolah ini dinamakan semula sebagai SMK Agama
Tun Ahmad Zaidi sebagai memperingati ketokohan , sumbangan dan jasa Almarhum Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammad Nor Yang Di-
Pertua Negeri Sarawak ke-5. Pada tahun Jun 2014,sekolah ini telah menerima Anugerah Sekolah Kluster Kebangsaan Fasa 8 dan bidang
kebitaraan akademik ialah subjek Bahasa Melayu manakala bidang kebitaraan kokurikulum ialah Persatuan Pendidikan Islam.
Visi sekolah ini ialah pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera manakala misi sekolah ini ialah melestarikan sistem pendidikan
yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Sehingga tahun 2020 SMK Agama Tun Ahmad
Zaidi mempunyai bilangan guru seramai 74 orang dengan ditadbir Pengetua Cemerlang, seorangGuru Cemerlang (Sains Komputer) dan 17
orang staf sokongan. Bilangan murid pula seramai 805 orang dan 357 orang tinggal di asrama.

Tempoh 32 tahun telah meyaksikan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh sekolah dalam pelbagi bidang sama ada akademik mahupun
kokurikulum. Pihak sekolah sentiasa membuat perancangan untuk kecemerlangan masa depan murid. Pelbagai program dan aktiviti
dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai visi dan misi sekolah. Hasil kejayaan dalam program yang dirancang sekolah ini telah berjaya
meletakkan nama SMKA TUNAZ sebaris dengan sekolah-sekolah cemerlang lain di Malaysia. Memegang mandat dan kepercayaan sebagai
Sekolah Transformasi bermula tahun 2020, perancangan tahunan sekolah dalam ketiga-tiga bidang tersebut sentiasa dibuat penilaian dan
diubahsuai mengikut keperluan. Kegagalan sesuatu program dan aktiviti menjadi panduan untuk merancang program yang akan datang.
Bersandarkan aforisme Melayu, Muafakat Membawa Berkat, kecemerlangan sekolah ini juga diperkukuh dengan kerjasama Persatuan Ibu
Bapa Guru, pemegang taruh dan pihak berkepentingan lain yang tidak jemu-jemu menyumbang idea dan khidmat untuk sekolah seperti
Majlis Islam Sarawak,Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Pendidikan Kuching,Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan lain-lain lagi. Semoga dengan usaha dan kerjasama semua pihak sekolah ini akan memangkin kecemerlangan
SMKA Tun Ahmad Zaidi sebagai gelanggang lahirnya ulama dan umarak profesional di Sarawak Bumi Kenyalang.

Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif Majlis Islam Sarawak untuk menampung kemasukan pelajar Darjah Enam dari SRB Agama Datuk Haji
Kadir Hassan dalam rangka perjuangan umat Islam negeri ini untuk mendidik anak bangsa yang bukan saja memiliki keilmuan yang tinggi,
tetapi juga mempunyai kemantapan akidah, keteguhan iman, berwibawa dan daya tahan yang kental untuk menempuh cabaran dalam dunia
serba maju

Untuk meneruskan cita-cita murni umat Islam bagi melahirkan segolongan anak bangsa yang berpendidikan dan berakhlak mulia.

Dis 1990 SMBAMIS bermula dengan berkongsi tapak, kemudahan serta bilik darjah
dengan SRB(A) DHAKH di Jalan Sultan Tengah, Kuching
Akhir 1991
SMBAMIS bermula dengan berkongsi tapak, kemudahan serta bilik darjah
1996 dengan SRB(A)
DHAKH di Jalan Sultan Tengah, Kuching
1997
1998 Fasa I bangunan sekolah SMBAMIS yang terdiri daripada blok pentadbiran, blok
akademik, dewan besar, kantin dan tiga buah flat guru dan kakitangan sekolah
telah siap dibina bersebelahan dengan bangunan SRB(A) DHAKH

Fasa II bangunan sekolah SMBAMIS & siap dibina dengan penambahan
kemudahan dua blok asrama, surau dan 3 buah flat guru dan kakitangan.
SMBAMIS berpindah ke premis dari bersebelahan SRB(A)DHAKH.

Makmal Bahasa dan Makmal Komputer SMBAMIS siap dibina

Majlis penamaan semula sekolah kepada SMK Agama Tun Ahmad Zaidi
oleh YAB Pehin Seri Dr. Haji Abd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Latar Belakang

Almarhum
tun Ahmad Zaidi

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022

Tun Ahmad Zaidi dilahirkan di dalam perahu di tengah-tengah Sungai Rajang pada
24 Mac 1924. Beliau merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup antara
Muhammad Noor dan Saadiah. Bapanya bekerja menanam padi, memancing ikan,
dan berburu di hutan, manakala ibunya merupakan seorang suri rumah. Namun, beliau telah
diserahkan kepada Puan Sharifah Mai, anak perempuan Sharif Masahor untuk dijadikan anak angkat
setelah beberapa hari dilahirkan. Beliau didaftarkan sebagai anak angkat kepada Wan Adruce (anak
Sharifah Mai) dan Dayang Maswo tetapi diasuh oleh Sharifah Mai dan Sharifah Dayang Haji Asiah.
Sharifah Mai tidak dapat mengambil Ahmad Zaidi sebagai anak angkat secara sah dari segi undang-
undang kerana tidak bersuami.

Tun Ahmad Zaidi memulakan alam persekolahannya di Sekolah Melayu Abang Ali, Kampung Datuk untuk pendidikan Melayu
pada sebelah pagi dan di Chung Hwa School Sibu untuk pendidikan Inggeris pada sebelah petang. Walau bagaimanapun,
pendidikan agama tetap tidak dilupakan. Beliau telah dihantar kepada seorang guru agama pada waktu malam untuk diajar
mengaji. Tun Ahmad Zaidi memang dikenali sebagai seorang murid yang pintar. Beliau sering kali mendapat kedudukan yang baik
dalam setiap peperiksaan yang dilaluinya.

Kemudian, setelah menamatkan pelajaran di sekolah rendah, beliau telah menyambung persekolahannya di St. Thomas School,
Kuching. Seterusnya, pada tahun 1938, Tun Ahmad Zaidi telah mengambil peperiksaan Junior Cambridge dan merupakan satu-
satunya anak Melayu yang lulus dalam peperiksaan tersebut. Setelah itu, beliau telah dihantar ke Singapura untuk melanjutkan
pelajarannya di Anglo Chinese School yang terletak di Tanglin Tinggi. Sepanjang setahun belajar di sana, beliau menumpang di
rumah Sheikh Pagak.

Pada akhir tahun 1940, beliau mengambil peperiksaan Senior Cambridge. Seterusnya, pada tahun 1941 Tun Ahmad Zaidi mengikuti
kursus kenaziran di MPSI. Namun begitu, pelajarannya terkandas apabila Perang Dunia Kedua meletus dan menyebabkannya
terpaksa tinggal di Singapura. Semasa peperangan berlangsung, Tun Ahmad Zaidi telah menyertai Passive Defence (Medical
Auxiliary Service) dan dilantik sebagai Section Leader. Beliau kembali ke Sarawak setelah dibawa oleh sebuah kapal Jepun ke
Saigon.

Setelah kembali ke Sarawak, beliau bekerja di Jabatan Tanah dan Ukur tetapi ditukarkan ke Jabatan Catuan. Belum lama
beliau bekerja dil sini beliau dihentikan dan akhirnya bekerja sebagai petition writer. Beliau kemudiannya menjumpai cinta
sejatinya, Hamsiah, seorang gadis kelahiran Kampung Nangka dan seterusnya berkahwin dengannya. Setelah berhenti
menjadi pegawai kerajaan, Tun Ahmad Zaidi bergerak aktif dalam penyebaran idea nasionalisme. Ini kerana beliau telah
terpengaruh dengan semangat nasionalisme semasa berada di Indonesia.

Beliau pernah meninggalkan Sarawak selama 5 tahun kerana dipaksa berjuang sebagai gerila di Kalimantan, Indonesia.
Setelah itu, beliau kembali semula ke Sarawak dan dilantik sebagai pensyarah di Batu Lintang Training College dalam bidang
Biologi dan Sains. Beliau telah diberi biasiswa
Colonial Welfare Department untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Beliau belajar di Gordon College, Scotland
sebelum memasuki universiti dan mengambil subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Zoologi. Pada tahun 1953, beliau lulus
cemerlang dan dianugerahkan MA dalam Political Economy. Seterusnya, beliau diarahkan mengambil Diploma Of Education di
London pertengahan tahun 1953.

Beliau kembali ke Sarawak setelah 6 tahun merantau. Setelah dilantik sebagai presiden Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Tun
Ahmad Zaidi bekerja keras untuk memulihkan nasib bumiputera di Sarawak. Matlamatnya adalah untuk memperjuangkan
kemerdekaan Sarawak. Beliau menyokong penubuhan Malaysia dan mengumpul warga bumiputera untuk menentang ancaman
komunis dan parti berhaluan kiri. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah terjerumus dalam konflik antarabangsa.

Semasa kemerdekaan Sarawak iaitu pada 12 September 1963, Tun tiada di Sarawak kerana ditangkap oleh pihak Indonesia dan
dipaksa menentang penubuhan Malaysia. Beliau kembali semula ke Sarawak setelah tamat konfrontasi. Beliau bertanding di
dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 1974 untuk kawasan Kalaka dan berjaya mengalahkan pesaingnya. Kemudiannya,
beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bertanggungjawab dalam pendidikan negeri. Tun Ahmad
Zaidi banyak memberi sumbangan semasa memegang jawatan tersebut.

Tun Ahmad Zaidi telah berkhidmat sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak
selama tiga penggal bermula tahun 1985. Tanggal 5 Disember 2000, Tun Ahmad Zaidi
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Subang Jaya Medical Centre dalam
usia 76 tahun. Dengan ini negara kehilangan seorang lagi tokoh yang sangat besar
jasanya dalam membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan. Untuk mengenang
jasanya, nama sebuah sekolah di Petra Jaya iaitu SMKA Majlis Islam Sarawak telah
ditukar kepada SMKA Tun Ahmad Zaidi.

Pengetua-pengetua
Smk Agama
tun Ahmad Zaidi

SMKA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022

Encik Awang Hambali bin Awang Hamdan Puan Affid a binti Helmi
Pengetua 1 Pengetua 5
Berkhidmat pada tahun 1993 - 1995 Berkhidmat dari 2011 hingga 2017

Encik Mohammad bin Haron l Puan Hajah Siti Zulaiha binti Ibrahim
Pengetua 2 Pengetua 6
Berkhidmat pada tahun 1995 - 1997 Berkhidmat dari 2017 hingga 2021

Puan Saadiah binti Haji Mohammad Puan Hajah Zainab binti Hussein l
Pengetua 3 Pengetua 7
Berkhidmat pada Bulan Mac - Jun 1997 Berkhidmat tahun 2022 hingga kini

Hajah Amnah binti Haji Mohd Salleh
Pengetua 4
Berkhidmat pada 1997 - 2011

Kemenjadian

Tunaz

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022

Kemenjadian Tunaz PENGARAH KAMPUS UPM, AL-QASIMIA UNIVERSITY
BINTULU SARAWAK Afif Wajdi
AL-QASIMIA UNIVERSITY
Syahrul Razid Sarbini Sharifah Hannan, Adlin
Zaimah & Nur Atiqah
SENIOR FIRST OFFICER
Muhammad Mussaddiq bin UNIVERSITI AL-AZHAR
Fakri Aizat Jafri
Mohamed
UNIVERSITI AL-BAYT
TIMB.PENGETUA TUNAS JORDAN
BAKTI
Nurul Aini Ayuni &
Sulaina binti Jeryin Nurul Amira Syazira

OWNER DOUBLE A PEGAWAI PENYELIDIK UNIVERSITY OF JORDON
TRANSPORTATION Evra Raunie Binti Ibrahim Farid Fathullah

Muhd Afif

KETUA JABATAN will conquer the
KEPIMPINAN INSITITUT world

AMINUDIN BAKI
Dr Hajah Sharifah

Noraidah

GURU SMK SUNDAR, LAWAS
Norfazirah Dol

Anugerah &

Pencapaian

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022





Harapan

Tunaz

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022

Kepimpinan dan pengurusan yang cekap dan
berkesan serta dijadikan penanda aras dan
rujukan di semua peringkat

Menjadi institusi pendidikan agama yang
terunggul di Sarawak dalam melahirkan

profesional yang mutadayyin

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
dengan perkembangan dunia semasa

Panorama &

Memori
Tunaz

SMK AGAMA
TUN AHMAD ZAIDI

smkatunaz2022

KINI




DULU

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KE-14 SMK AGAMA TUN
AHMAD ZAIDI DISEMPURNAKAN OLEH YAB PEHIN SRI HAJI

ABDUL TAIB MAHMUD KETUA MENTERI SARAWAK

7 MEI 2006

SEKOLAH DI BAWAH NAUNGAN JABATAN AGAMA ISLAM
MALAYSIA (JAIS)

DATO HAJI MISNU BIN HAJI TAHA
YANG DIPERTUA MAJLIS ISLAM SARAWAK

SMK AGAMA TUN AHMAD ZAIDI


Click to View FlipBook Version